Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Julai 2017

UMNO Ada Dua Kerosakan Utama Yang Mustahil Untuk Dibaiki - Ustaz Hazizi.

Oleh : Mohd Hazizi Ab Rahman
PANDANGAN PERIBADI SAYA TENTANG UMNO
Terdapat dua kerosakan utama yang ada pada UMNO, yang sukar untuk diperbaiki atau hampir mustahil.
Pertamanya ialah lapisan bangsawan mereka. Maksud saya ialah kelompok yang memegang tampuk kuasa dalam UMNO, sejak dahulu, kini dan akan datang.
Mereka ini memang dipilih dan di'groom' sejak bangku sekolah dan universiti untuk mengambil alih tampuk kuasa dalam UMNO dan pemerintahan Malaysia. KJ pada saya termasuk dalam senarai ini.
Kita akan dapati pelbagai latar belakang pemimpin yang menyertai UMNO; nasionalis, liberalis, sosialis, sekularis, Islamis, 'opportunis' dan lain-lain.
Tetapi tampuk kuasa akan kekal di tangan sekularis versi nasionalis. Nasionalis, sama ada sememangnya dia benar-benar nasionalis, atau sekadar pendekatan pragmatis demi memenangi hati pengundi Melayu.
Kita tidak akan dapati Islamis berada di tampuk kuasa UMNO, kecuali sekadar orang kanan atau kiri yang membantu memberi imej Islamik.
Orang seperti Dr Asyraf Wajdi sebagai contoh, atau Islamis yang lebih hebat kepimpinan daripadanya, tiada laluan dan peluang untuk memasuki kelompok elit pemegang tampuk kuasa UMNO.
Kecuali jika Islamis bertukar jadi pragmatis dan sekularis. Itupun sekadar kemungkinan.
Oleh itu projek mendaulatkan Islam dan Melayu, dalam erti kata yang hakiki, bukan tempelan, tidak akan berlaku di tangan kelompok elit ini.
Kerosakan kedua ialah majoriti penjawat di bahagian dan cawangan yang telah di"didik" dengan duit dan projek kebendaan.
Tahap "pendidikan" itu sehingga menjadi seperti ayam daging yang tidak boleh hidup tanpa dedak walaupun bertenggek atas batang sagu yang tumbang.
Hidupnya UMNO bermakna berisi periuk nasi mereka. Matinya UMNO bermakna dapur mereka tidak berasap. Itu iktikad jazam mereka.
Selain itu, kebanyakan ahli di cawangan jahil tentang Islam yang syumul. Islam pada pendirian mereka sekadar budaya hidup orang Melayu. Urusan pemerintahan terserah kepada kebijaksanaan sipemegang tampuk kuasa dalam UMNO. Islam terserah pada keputusan mereka yang elit itu. Ahli mengikut saja.
Majoriti penjawat yang hidup dengan duit projek dicampur dengan majoriti ahli yang jahil tentang Islam, membentuk sebatian budaya kepengikutan buta tuli yang hampir mustahil dirungkai. Sebatian inilah yang bebas diuli oleh kelompok elit penguasa UMNO.
Oleh sebab itu, kita akan dapati sebahagian kecil orang-orang UMNO yang walaupun mereka begitu jinak di masjid dan kelihatan warak, tetapi hati mereka tetap utuh memberi wala' kepada pucuk pimpinan. Jinak merpati.
Manakala yang tidak jinak ke masjid pula, mereka ibarat telunjuk lurus kelingking berkait. Mereka merapati Islamis sekadar mahu kepentingan mereka sahaja.
Nota: Status ini sekadar pandangan peribadi tentang satu sudut UMNO (sudut kerosakan yang kronik) yang tidak memungkinkan UMNO diislah, apatah lagi diletak harapan untuk mendaulatkan Islam dengan kedaulatan yang hakiki.

Kalau Saya Jadi Ketua Menteri, Saya Ban Semua Bikers Kata Timbalan Menteri.

Pada 15 Julai lepas, penunggang motorsikal berkuasa besar yang mencipta rekod mengelilingi dunia dengan motor besarnya itu, Anita Yusof telah berkongsikan satu status yang kontroversi menerusi laman Facebook beliau.

Menurut Anita, beliau agak terkejut apabila seorang VIP yang juga berstatus timbalan menteri telah memberikan respon yang negatif tentang penunggang motorsikal berkuasa besar. 


Facebook - Anita Yusof

"Dengan lantang VIP ni cakap yang dia tak suka bikers. Bikers ni suka menunjuk-nunjuk dia cakap. Habis parking VIP pun bikers ambil macam la dorang tu VIP. Dia cakap kalau dia jadi Ketua Menteri dia akan ban semua bikers motor besar. Motor yang ada-ada ni pun dia akan limitkan boleh bawa 60kmj jer. Pastu dia sibuk cerita yang dia ada kawan jual dodol, tapi disebabkan main motor besar punya pasal habis bankrup meniaga," kata Anita dalam status berkenaan.

Tambah Anita lagi, Rosyam Nor yang turut berada disitu juga sempat mencelah percakapan VIP tersebut.

"Tapi yang ini lain Dato. Yang ini dah harumkan nama Malaysia. Solo ride keliling dunia. Kita kena bangga dengan dia," katanya kepada VVIP itu.

Namun VIP tersebut tetap mempertahankan pendapat beliau malahan sempat menyindir lagi.

"Alahh kalau setakat nak kenalkan Malaysia, aku jalan kaki pun boleh buat lah. Tak penting semua tu," katanya membalas kepada Rosyam Nor.

Menurut Anita, wajah Rosyam Nor kelihatan merah padam selepas mendengar percakapan dari VIP tersebut. Berulang-ulang kali VIP itu meluahkan perasaannya bahawanya beliau betul-betul tidak suka kepada bikers terutamanya yang menunggang motorsikal berkuasa besar.


Facebook - Anita Yusof
Anita turut berkongsikan cerita bagaimana VIP itu bercakap besar tentang pemberiaan dana.

"Bila VIP ini beralih kat icon seorang lagi yang tunjuk hasil inovasi dia, nak tahu apa VIP ini cakap? Esok datang office aku, RM40k aku bagi. Kalau nak empat juta pun aku boleh bagi. Kemain kuat suara dia".

"Pastu dia bisik kat icon tu. Sembang mau kencang. Dapat tak dapat belakang cerita," kata Anita dalam post itu.

Anita turut mengatakan bahawanya Rosyam Nor terasa seperti mahu menumbuk muka VIP itu. 

"Kat bilik F&B, Dato Rosyam cakap, "bodoh punya menteri. Aku rasa nak tumbuk je muka dia tadi," katanya lagi.




Anita sebelum ini pernah menjadi tajuk berita kerana meluahkan perasaannya ditipu oleh Menteri Besar yang tidak disebutkan namanya dalam isu tajaan bagi membolehkan beliau mengelilingi dunia untuk mencipta rekod.

Menurut Anita beliau telah dijanjikan tajaan oleh Menteri Besar berkenaan namun MB berkenaan tidak menunaikan janjinya meskipun beliau telah menulis surat beberapa kali.

Beliau turut menyindir JPA kerana bersikap bias gender dengan menafikan bantuan kewangan kerana berpendapat apa yang beliau lakukan tidak memberikan apa-apa sumbangan buat negara. Anita juga menyindir Kementerian Pendidikan kerana memberikannya cuti tanpa gaji sepanjang beliau mencipta rekod untuk negara.

Untuk rekod, pada 15 Julai lepas Anita Yusof telah dijemput untuk menyertai satu program yang diberikan nama Ekspresi Negaraku bagi pelancarannya di Melaka. Anita Yusof dijemput sebagai icon mewakili negeri Melaka kerana mencipta rekod sebagai biker solo pertama wanita di dunia yang menjelajah 40 buah negara dengan menggunakan motorsikal kuasa besarnya pada tahun lepas.

Program itu turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri bagi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohammad Diah.

Jumaat, 21 Julai 2017

Logo RAC Dari Stesen KTMB Dato Harun Dipadamkan - Kemaskini.

Kemaskini.

21 Julai

Berikut maklumat terbaru yang kami terima pada pagi 21 Julai. Disebabkan kesuntukan masa pihak kami agak lambat mengemaskini maklumat tersebut.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan namanya, logo RAC yang terpapar pada signboard stesen KTMB Dato Harun telah pun ditutup serta-merta selepas berita tentangnya tular di laman sosial.


Gambar logo yang ditutup
Apakah yang sebenarnya terjadi?
Kenapa logo tersebut dipasangkan secara tiba-tiba dan kenapa ianya ditutup secara tergesa-gesa? Masih lagi menjadi tanda-tanya.

Dalam pada itu kami juga menerima satu maklumat sulit berkaitan pentadbiran dalaman KTMB yang tidak boleh didedahkan berikutan kekurangan bukti buat masa ini. Sumber kami akan melakukan siasatan terperinci sebelum mendedahkan ia kepada umum.

-------------------

20 Julai

Belum pun reda isu RNAA yang tidak mendapat persetujuan ramai kakitangan KTMB, kini timbul satu lagi konflik yang menjadi persoalan di kalangan pekerja syarikat itu. 

Ini susulan dari pendedahan blog Suara RUM yang menulis bahawanya logo rasmi KTMB yang terpapar di stesen Taman Dato Harun kini telah digantikan dengan logo baru iaitu logo dari RAC - Railway Assets Corporation; satu agensi yang ditubuhkan bagi mengawal, menyelia dan menyelenggara aset-aset penting milik KTMB.

Gambar - Suara RUM
Logo KTMB yang selalunya tertera di papan tanda di laluan tersebut digantikan dengan logo RAC dan ini menimbulkan tanda-tanya di kalangan kakitangan KTMB.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh laman blog tersebut;


STESEN KERETAPI TAMAN DATO HARUN
TIDAK DIBENAR MENGUNAKAN LOGO KTMB
RNAA


RUM baru mendengar khabar berita bahawa Stesen Keretapi Taman Dato Harun tidak dibenarkan mengunakan "LOGO KTMB" sebaliknya akan mengunakan "LOGO RAC" tindakan sedemikian adalah seolah-olah kewujudan "RAMPASAN KUASA".

Percubaan ini adakah mungkin untuk cuba menonjolkan langkah awal dengan menyatakan KTMB bakal dihapuskan? Langkah permulaan pelaksanaan RNAA.

Gambar - Suara Rakyat
 RUM tegaskan bahawa RUM tidak akan berdiam diri malah seperti perancangan awal bahawa TARGET ke BENTONG tidak pernah terpadam malah masih dalam Minit Mesyuarat Exco.

RUM akan menghantar surat bantahan mengenai perkara ini malah bersedia untuk berpiket di Stesen Dato Harun untuk melahirkan bantahan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Khamis, 20 Julai 2017

Semua Projek Pengangkutan Bawah Mahathir Kena Bail Out - Netizen Jawab Syed Saddiq.

Oleh : Syahir
Saya tak salahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak tahu apa yang berlaku dengan sistem pengangkutan awam yang dibangunkan Dr. Mahathir bin Mohamad.
Satu masa tu dia masih kecil, dua dia mungkin sibuk sebagai ketua pemuda parti jadi tak cukup masa untuk membaca.
Saya ringkaskan apa yang berlaku kepada sistem pengangkutan awam yang dibangunkan pengerusi parti dia:
LRT STAR: Dibina, dimiliki dan dikendalikan pihak swasta. Pada tahun 2001 diambilalih oleh kerajaan melalui Prasarana kerana hutang terlalu tinggi.
LRT Putra: Dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh Renong syarikaf milik kroni yang akhirnya juga terpaksa diselamatkan oleh kerajaan melalui Prasarana pada tahun 2001.
Gambar - cybertroopers BN
Kedua-dua kos mengambil alih LRT adalah hampir RM8 billion. Jumlah yang besar pada tahun 2001.
Monorail: Dibina, dimiliki dan dikendalikan pihak swasta, akhirnya terpaksa diambilalih oleh kerajaan pada tahun 2007 dengan kos RM880 juta
KLIA: Lapangan terbang dengan pengangkutan awam pun tak tahu beza? Kenapa tak letak Puduraya, Pelabuhan Klang sekali?
RapidKL: Ditubuhkan pada tahun 2004 semasa zaman Pak Lah sebagai PM untuk mengendalikan operasi LRT dan bas RAPID.
ERL: Milik kroni rapat Mahathir iaitu YTL, dianugerah konsesi 30 tahun, tambang boleh disemak setiap 5 tahun. Tahun 2015 tambang naik disebabkan perjanjian konsesi yang ditandatangani kerajaan zaman Tun.
Memang Tun Mahathir berjaya bangunkan pengangkutan awam sehinggakan hampir semuanya terpaksa dibail-out akhirnya. Itu tak masuk lagi dua syarikat bas iaitu Intrakota milik DRB-Hicom dan Park May milik Renong kedua-dua syarikat rapat kroni Tun yang juga terpaksa diselamatkan kerajaan.
MRT? Seperti mana saya terangkan semalam, dari mula pembinaan sampai siap terbina dan juga kendalian operasi semuanya oleh syarikat milik penuh kerajaan. Tak ada duit pembayar cukai yang akan digunakan untuk menyelamatkan kroni seperti LRT, Monorail, Intrakota, Park May dan lain lain.
Banyakkan membaca Ketua Armada. Jangan buat malu sekolah kita.
Rujukan : 
1. Interesting times for Prasarana - The Edge Markets: http://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-interesting-tim…
2. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd - Bloomberg https://www.bloomberg.com/rese…/stocks/private/snapshot.asp…
3. Perjanjian Konsesi ERL - Laporan Ketua Audit Negara 2015: Siri 1 https://www.audit.gov.my/…/lkan%20aktiviti%20persekutuan%20…

Wahai PAS Kelantan, Kekayaan Hutan Belantara KPK Milik Rakyat Atau Individu?

Kekayaan Hutan Belantara KPK Milik Rakyat Atau Individu?
Sebaik Sidang DUN Kelantan tamat pada 12 Julai, YB Dato TMB dan 20 orang lagi, bergegas ke Nanning, Wilayah Guangxi, Cina.
Penerbangan mereka se awal jam 8 pagi, 13 Julai, menaiki pesawat AK 6431 dari Kota Bharu dan seterusnya pesawat AirAsia AK 168, berlepas jam 1.10 thari, hari yang sama.
Lawatan rasmi satu hari mereka di Nannning berlangsung pada 14 Julai. Satu hari sahaja - dengan 21 anggota rombongan!
PAS Kelantan memang hebat!
Pada 15 Julai, mereka menaiki kereta api laju memakan masa 3 jam 20 minit, menuju Guangzhou dan dijadualkan menginap di Hotel Canton, di tengah pusat perdagangan Guangzhou.
16 Julai, adalah jadual lawatan bersiar-siar kerana lawatan rasmi telah tamat dua hari lalu.
Mereka bertolak pulang pada 17 Julai, jam 12.35 tengah hari dengan pesawat CZ 3047.
Ketika saya membangkitkan isu lawatan ini di DUN pada 13 Julai, YB Adun Pulai Chondong mengiyakan tetapi enggan memberikan senarai anggota rombongan ‘lawatan kerja sambil makan angin’ ini.
Terdapat isteri-isteri pembesar ikut serta, mungkin dibayar secara persendirian, agak saya untuk bersangka baik.
Isu yang saya hendak ketengahkan bukan itu.
Terdapat individu yang menyertai lawatan ini adalah dari Roshaimi Ent. Ini tajuk saya.
Lawatan ini, saya kira, adalah lawatan Kompleks Perkayuan Berhad (KPK) berdasarkan anggota rombongan adalah ahli Lembaga Pengarah KPK dan hampir semua staf KPK yang tinggal sejemput sahaja itu.
Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK - yang akhirnya diakui wujud oleh MB ketika mencelah perbahasan antara saya dan YB Zul PC 13hb lalu - menyebut bahawa Roshaimi Ent (RE) gagal membayar sejumlah besar bayaran kepada KPK atas Kompartmen 42 yang diberikan oleh KPK kepada mereka.
Kompartmen 42 adalah kawasan hutan dara dengan keluasan 292 ha dan diberikan kepada Roshaimi Ent hanya dengan harga RM 1,800 seekar.
Diluluskan oleh KPK kepada RE pada 1 Disember 2014 dan terus disahkan dipersetujui oleh RE keesokan harinya.
Lebih pelik lagi, semua bayaran tribute dan premium telah dibayar sebagai pendahuluan oleh KPK sendiri. Satu tanda murah hati yang menarik. Bayaran balik sejumlah RM 582,572.00 pun belum diterima.
Kompartmen ini asalnya dicadangakam dimasukkan dalam senarai yang akan diserahkan kepada Souncern tetapi diberikan kepada Roshaimi. Sudah tentu, tanpa tender terbuka.
Bah kan, tanpa ikatan perjanjian.
Saya difahamkan, laporan audit SUK menulis seperti berikut:
“Pada pandangan audit, KPK telah gagal menguruskan Syarikat Roshaimi Ent iaitu gagal memungut sepenuhnya bayaran yang sepatutnya. Ia menimbulkan kesulitan kerana tiada suatu perjanjian /kontrak termetrai antara syarikat ini dan KPK bagi Kompartmen 42”.
Ketika RE mendapat layanan istimewa oleh KPK bagi Kompartmen 42 dan bayaran penuh belum dibuat oleh RE, dua orang pemilik Roshaimi Ent mengiringi rombongan TMB-KPK ke Cina itu.
Kenapa RE ikut serta?
Kenapa diizin ikut serta sebelum hutang dibayar selepas bertahun-tahun?
Apa projek perhutanan yang baru di bawah KPK yang dirancang dengan mereka?
Jika tidak ada kepentingan dan keperluan, mengapa mereka ikut bersama?
Siapa membiayai lawatan ini?
Hakikatnya, sebelum hutang-hutang RE diselesaikan, KPK atau mana-mana pemimpin Kerajaan Kelantan tidak layak untuk berurusan dengan RE bagi projek yang lain di bawah KPK.
KPK adalah milik rakyat Kelantan, bukan milik dua tiga kerat individu. Namun, setakat ini, cara KPK diuruskan adalah menunjukkan seakan KPK hanya milik dua tiga individu yang bermaharaja lela atas kekayaan hutan KPK. Kerana ketiadaan ketelusan dan ketiadaan tekanan politik yang berkesan.
Saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, meski pun pada hari ini mungkin tidak ramai rakyat Kelantan berminat dengan perompakan halus khazanah kekayaan negeri mereka. Tetapi apakan daya, ini adalah amanah Allah untuk hambaNya berbuat mengikut keupayaannya. Menegur apa yang pincang berdasarkan fakta dan bukti-bukti untuk kemaslahatan awam yang menjadi teras governance dalam agama suci ini.
Saya melaksanakan tugas saya. Rakyat Kelantan, satu hari InsyaAllah akan memahami apa yang sedang berlaku kini.
YB Dato Husam Musa,
26 Syawwal 1438/20 Julai 2017
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor, Kelantan.

Maaf Nurul, Saya Tidak Percaya Pembangkang Akan Bina MRT Walaupun Selepas Menang PRU..

Semalam Nurul Izzah berkata kepada media bahawanya pembangkang mampu membina MRT dengan kos yang lebih murah dan mampu menawarkan jarak yang lebih jauh - lebih baik dari apa yang kerajaan BN telah tawarkan kepada rakyat ketika ini.

Ini susulan terhadap perasmian MRT Fasa II yang dibuka sepenuhnya kepada umum pada isnin lepas. Rabu minggu lepas, Najib bersama rombongannya melakukan lawatan dengan menaiki MRT pada laluan yang belum dibuka bagi melakukan percubaan pertama.

Dan berikut kami kongsikan salah seorang pandangan netizens bernama Anas yang tidak mempercayai bahawanya pembangkang / Pakatan Harapan akan membina MRT meskipun berjaya memerintah negara ini pada masa kelak.

Berikut adalah pandangan beliau;

Betulkah PAKATAN akan bina MRT?

TIDAK !!!

Aku ada dengar bunyi dari pemimpin Pakatan Harapan, kononnya kalau mereka memerintah mereka akan bina MRT yang lebih panjang dengan kos yang lebih murah. Aku yakin mereka tidak akan binapun MRT andaikata sekiranya mereka memerintah. Kenapa aku cakap begini? 

1) pemimpin Pakatan percaya yang kerajaan malaysia sudah hampir muflis akibat hutang hutang kerajaan di bawah BN yang banyak dan hutang ini terpaksa dibayar kembali oleh anak cucu kita kata mereka. 

2) Pembinaan MRT memerlukan belanja yang besar, dan kerana keyakinan kononnya kerajaan malaysia sudah hampir bankrupt, maka kerajaan Pakatan akan kata mereka terpaksa tunda pembinan MRT sehingga kedudukan kewangan kerajaan lebih baik. 

Kedudukan kewangan kerajaan lebih baik yang dimaksudkan Pemimpin Pakatan ini adalah apabila kerajaan malaysia sudah tidak berbelanja defisit lagi dan apabila defisit negara semakin kecil. 

Jadi kesimpulannya mereka tidak akan bina MRT ataupun akan beralasan untuk tunda pembinaan MRT ke satu jangka masa yang kita juga tidak tahu bila dan kemudian terus menerus menyalahkan BN. Iaitu BNlah penyebab kita tidak punya wang untuk membina MRT, alasan seperti inilah yang akan digunakan oleh politikus Pakatan nanti. 

Ramai politikus pakatan termasuk yang kononnya pakar ekonomi berfikir bahawa mekanisme perbelanjaan kerajaan adalah lebih kurang sama dengan konsep perbelanjaan isi rumah. Yang lebih komplikated di kalangan mereka masih berfikir kononnya kerajaan ini adalah seperti sebuah syarikat. 

Ini adalah kepercayaan salah yang menyebabkan mereka sekarang masih melutut kepada kaum kapitalis, SEBAB UTAMA, lagi satu sebab yang aku pikir sebab utama kenapa sekiranya pakatan memerintah, mereka tidak akan membina MRT adalah kerana meraka haram tidak punya polisi, dan tidak punya program ekonomi. 

Aku tak mau sebut nama, tapi aku tahu ada pemimpin muda dalam Keadilan, shining starlah, beliau seorang ahli parlimen, yang sangat terkenal, beliau berkata bahawa kerja kerajaan adalah untuk menggubal undang undang, bukan untuk membuat dasar ekonomi. 

Katanya pembuatan dasar ekonomi itu kerja Economic Planning Unit, bukan kerja ahli politik di parlimen. jadi kesimpulannya...

Apa yang politikus Pakatan cakap yang kononnya mereka akan bina jalur MRT yang lebih panjang dengan kos yang lebih murah hanyalah cakap politik yang populis dan berlanggar dengan cara berfikir (logik ekonomi) mereka sendiri.

Sumber.

Baru Hari Kedua MRT Beroperasi Mesin Touch N Go Dah Rosak - Terbaik Dunia Apa Ni Najib?

Sejak beberapa hari lepas media-media arus perdana begitu teruja melaporkan tentang jasa dan peranan Najib Razak dalam pembinaan MRT Fasa I dan Fasa II yang melibatkan laluan Sungai Buloh - Kajang.

Najib juga dipuji dan digelar sebagai Bapa Pengangkutan Negara.  

Perbandingan antara jasa-jasa Najib dengan Mahathir dalam sistem pengangkutan juga giat disebarkan oleh team media sosial pro BN bagi mengangkat imej Perdana Menteri Malaysia itu.


Najib juga yang teruja dengan projek berkenaan yang secara rasminya telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada isnin lepas menzahirkan pelbagai pandangan beliau terhadap projek itu.

Antaranya Najib dilaporkan berkata sistem MRT yang baru siap ini adalah lebih baik dari subway yang beroperasi di New York dan London.

Meskipun ramai yang mengkritik Najib tetapi masih ada yang bersetuju dengan pandangan beliau. Menurut netizens pro Najib, kenyataan Najib itu benar kerana Perdana Menteri itu merujuk pada sistem dengan sistem dan bukannya membandingkan kualiti perkhidmatan dengan kualiti perkhidmatan.

Oleh kerana sistem MRT di Malaysia menggunakan sistem yang terbaru dari segi teknologinya berbanding New York dan London yang telah lama beroperasi sudah tentulah sistem MRT di Malaysia lebih baik dari kedua-dua bandaraya itu kata mereka lagi.

Bagaimanapun, belum sampai dua hari beroperasi pun, MRT telah pun mendapat kritikan di laman sosial. Ia susulan kerosakan yang berlaku pada mesin Touch N Go yang akhirnya membuatkan ramai orang terpaksa beratur panjang untuk menambahnilai kad masing-masing.

"MRT Kajang. Baru hari kedua officially open to public mesin Touch N Go dah rosak! Gila ah kalau kat Jepun ni, CEO, Project Manager, IT Development Manager semua duduk sebaris, hiris perut pakai pedang serentak sampai terburai isi perut secara berjemaah. Hari kedua tau? Malu tau malu?", kata Aie Aziz yang dipetik dari Facebook beliau.



Post Aie itu kemudiannya tular di media sosial berikutan ianya ditangkaplayar oleh beberapa page-page utama milik pembangkang untuk disebarkan.

Bagaimana Najib, apakah pandangan anda tentang kritikan Aie itu? Kami berharap tidaklah Aie menjadi mangsa mana-mana simen pula selepas ini. 😂😂😂😂😂

Rabu, 19 Julai 2017

Wanita Amanah Mahu Lagu Despacito Diharamkan Di Malaysia.

Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) menuntut sebuah lagu nyanyian bersama artis antarabangsa terkenal Justin Bieber bertajuk “Despacito” diharamkan, lapor Malaysiakini


Gambar - Youtube Despacito
Lagu itu dikatakan memuatkan tema hubungan seksual dan romantik, yang antaranya menyebut aksi menggigit telinga dan bait-bait yang meminta kekasihnya “perlahan-lahan supaya tahan lama”.

Single gubahan penyanyi Puerto Rica itu pada mulanya dinyanyikan oleh Luis Fonsi dan penyanyi rap Daddy Yankee pada 2016 sebelum Bieber terlibat menyumbang suara selepas itu.
 


Menurut satu kenyataan, Pengerusi biro kesenian dan kebudayaannya Atriza Umar berkata lirik lagu dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris itu berunsur lucah. 

Saya memandang serius perkara ini kerana lagu tersebut terus menjadi siulan anak-anak muda tanpa mereka memahami maksud sebenar lagu tersebut. 

“Radio-radio tempatan termasuk berbahasa Melayu yang turut sama memutarkan lagu tersebut menyebabkan fenomena lagu tersebut seperti sukar dikawal lagi,”katanya dalam kenyataan itu.

Berikut adalah sebahagian lirik lagu despacito yang didakwa mengandungi maksud tidak senonoh;



Isnin, 17 Julai 2017

Tak Boleh Politik Di Bagan Dato, Amaran Zahid Dipertikaikan.

 
Politik demokrasi adalah politik terbuka. Semua orang bebas pergi ke mana-mana, tidak ada sesiapa yang boleh mewujudkan halangan sama ada dia untuk pergi ke kawasan orang lain atau orang lain datang ke kawasannya.

Jika seseorang itu pemimpin yang bagus, berkhidmat dengan baik, tidak banyak pekung, tidak berperangai gangster dan sentiasa punya hubungan dua hala yang baik, tidak ada sebab mereka harus takut atau gentar dengan kedatangan musuh ke kawasannya.

Tun Mahathir Mohamad sepanjang berkuasa tidak pernah kata, "jangan kacau Kubang Pasu", Tun Abdullah Badawi juga tidak pernah memberi amaran, "jangan ganggu Kepala Batas" dan Najib Razak yang sedang terperosok diserang kini dan kanan pun belum pernah menjerit, "jangan kacau kawasan saya, Pekan."

Malah ramai pemimpin politik yang apabila berbalas cabaran, akhirnya dengan lantang akan mengungkapkan, "kalau betul anak jantan, marilah datang berlawan ke kawasan saya?"
 
Tetapi, agak pelik lagi menghairankan apabila Zahid Hamidi yang kini merupakan pemimpin Perak pertama merasa naik sehingga jadi Timbalan Perdana Menteri, cuba bersikap sebaliknya pula?

Kata Zahid Hamidi, orang luar jangan cuba-cuba mengganggu politik Bagan Datuk.

Beliau seterusnya menyalahkan gangguan orang luar sebagai antara sebab berlakunya tsunami politik dalam dua pilihanraya umum lalu di Bagan Datuk  di mana beliau hanya menang dengan kira-kira 2,000 undi saja.

Apa masalahnya jika orang luar datang ke Bagan Datuk dan mahu mengalahkannya?

Bukankah politik demokrasi memang begitu - mengalahkan atau kita dikalahkan?

Kenapa Zahid Hamidi takut sangat dengan kedatangan orang luar ke Bagan Datuk?

Adakah beliau sudah terasa mungkin akan kalah dalam pilihanraya akan datang?

Bagaimana pula dengan beliau sendiri yang selalu pergi ke merata tempat dengan yang terbaru ke Gombak, Selangor minggu lalu sambil menggesa pemimpin UMNO kawasan itu datang bertemu dengannya dalam tempoh dua minggu bagi merencana strategi agar Pakatan Harapan dapat dikalahkan?

Tidaklah dengan tindakannya itu, Zahid Hamidi sendiri telah melakukan gangguan kepada kawasan Azmin Ali dan Pakatan Harapan?

Jika beliau boleh datang dan melakukan gangguan ke kawasan lain dengan tujuan mengalahkan lawan UMNO dan BN, apa masalahnya Pakatan Harapan datang ke Bagan Datuk untuk melakukan perkara yang sama?

Ini demoklasi maaa...

Najib Troll Pembangkang Lagi - Naik MRT Boleh Pergi Penjara Sungai Buloh..

Semenjak dua menjak neh Najib suka sangat troll pembangkang. Awalnya Najib troll Rafizi dalam isu pelancaran MRT dengan hashtag #TheRealKangMove dan semalamnya Najib troll pula tentang penjara Sungai Buloh - konon nak sindir Anwar Ibrahim yang dipenjarakanlah tu.



"Bermula esok, perjalanan untuk melawat kenalan di Sungai Buloh dari Kajang akan menjadi lebih mudah dan selesa!," katanya di Facebook beliau.

Kajang - wakil rakyatnya ialah Datin Seri Wan Azizah, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh.

Rata-rata netizens membaca status tersebut sebagai troll untuk menyindir pihak pembangkang terutamanya keluarga Anwar Ibrahim.

Troll neh selalunya dikaitkan dengan rasa gembira. Najib ceria - maka dia boleh troll orang dengan suka hati. Mungkin keceriaan Najib ada kaitan dengan keputusan survey. Seperti yang kita sedia maklum sejak beberapa bulan yang lepas, pasukan peninjau yang dilantik oleh BN telah bergerak ke seluruh Malaysia bagi mengutip tinjauan tentang pendapat rakyat mengenai sokongan mereka terhadap parti-parti politik.

Tinjauan juga dilakukan dengan pelbagai cara. Offline dan online. Secara borang ataupun mengisinya di alam maya. Secara panggilan mahupun bertemu empat mata. Dengan pasukan strategik BN yang mantap dan berjaya menguasai internet tidak seperti 8 tahun terdahulu, rasanya sudah sampai masanya untuk pembangkang merasa was-was dengan kemampuan mereka bagi mengekalkan kemenangan di kerusi sedia ada. Usah merasa terlalu selesa. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah.

Ramai Puji MRT Meskipun Tak Suka Najib - Netizens Sangkal Dakwaan MRT Hadiah PM Buat Rakyat.

Rabu lepas (12 Julai) media sosial dibanjiri isu pelancaran MRT fasa II yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Najib bersama rombongannya termasuk anak dan isteri beliau menaiki MRT di beberapa lokasi dan shutter bus bagi merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan itu yang pertama kalinya beroperasi di laluan Semantan - Kajang.

Disember lepas Najib melancarkan MRT Fasa I yang beroperasi di laluan Sungai Buloh - Semantan. Pelancaran fasa II melengkapkan laluan MRT Sungai Buloh - Kajang seperti dalam perancangan asal projek.


MRT Sungai Buloh - Kajang kini beroperasi sepenuhnya bermula 17 Julai (hari ini). Ketika melakukan operasi percubaan terdapat dakwaan Najib dan rombongannya telah menyebabkan beberapa penumpang diarah berpindah ke belakang bagi memberikan laluan kepada rombongan Najib yang menaiki MRT itu pada rabu lepas.

Dakwaan penumpang diarah ke belakang

Dakwaan yang ditulis oleh Andrew itu viral di media sosial selepas Malaysiakini melaporkan perkara itu.


"Disebabkan Najib dan rombongannya dijadualkan menaiki MRT (pada hari itu), kakitangan MRT telah bertindak mengosongkan gerabak hadapan yang menyebabkan penumpang (dipaksa) perlu berganjak ke ke arah belakang. Bila agaknya ahli politik mahu sedar bahawanya mereka disitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya rakyat perlu menyenangkan hidup mereka," tulis Andrew dalam Facebook beliau.

Dakwaan Andrew itu bagaimanapun dinafikan oleh pasangan suami isteri Yilyn Chan dan William Cheah yang sebenarnya turut dijemput untuk menyertai rombongan Najib menaiki MRT pada percubaan pertama. Beberapa individu ternama dan berpengaruh terutamanya di media sosial juga diajak dalam rombongan berkenaan. Antaranya Wak Doyok dan blogger-blogger terkenal Malaysia.

Menurut William Cheah tiada kejadian penumpang diarah berpindah ke belakang seperti dakwaan Andrew dan rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian (pembinaan MRT) berbanding mengkritiknya secara keterlaluan tulisnya di Facebook.

Tambah William Cheah lagi, kerusi shutter bus telah siap ditandakan dengan nama masing-masing dan lokasi MRT yang dinaiki oleh Najib itu juga sebenarnya belum dibuka kepada umum. Jadi bagaimana mungkin dakwaan penumpang lain dihalau ke belakang oleh rombongan Najib, dakwa William lagi.

Bagaimanapun Andrew mempertahankan dakwaan beliau kerana sebenarnya situasi Andrew dan William adalah merujuk kepada dua lokasi yang berbeza.


Menurut Andrew, Najib mulai menaiki tren di Pusat Bandar Damansara, iaitu di laluan yang telah pun dibuka kepada orang ramai, manakala pasangan suami isteri William dan Yilyn pula hanya mula (dan menyertai rombongan Najib) menaiki tren di laluan yang belum dibuka kepada umum.

Pada awalnya selepas rombongan Najib menaiki tren dari laluan Pusat Bandar Damansara, dan kesemua penumpang biasa perlu keluar semasa di Semantan, rombongan Najib masih berada di dalam tren untuk meneruskan perjalanan ke lokasi yang belum dilancarkan kepada umum.


Malaysiakini turut dikecam kerana melaporkan berita fitnah kononnya ( rombongan Najib menghalau penumpang ke belakang) namun didapati dua versi cerita yang berbeza adalah disebabkan ia berlaku di dua lokasi yang berlainan.

Netizens raikan MRT tetapi..

Tinjauan di laman sosial juga mendapati rata-rata netizens memuji pelancaran MRT bagi memudahkan perjalanan ke destinasi pilihan. Malahan tindakan kerajaan memberikan discount sehingga 50% (80% dengan kad Touch N Go) turut dipuji ramai netizens termasuk oleh mereka yang kerap menyokong pembangkang.

Bagaimanapun ada yang mempertikaikan kos pembinaan MRT dan juga mengaitkan pengurangan tambang dengan PRU yang akan diadakan dalam masa terdekat. 

Page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia pula mengkritik tindakan sesetengah netizens cina yang mempertikaikan pelancaran MRT kerana memberikan komen yang keterlaluan - seperti tidak menghargai pencapaian negara yang sepatutnya dibanggakan rakyat.

Salleh kata MRT hadiah PM buat rakyat

Salleh dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Malaysiakini dilaporkan berkata pembinaan MRT ialah hadiah PM buat rakyat Malaysia. 

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa marah netizens ke atas menteri berkenaan. 

"Hadiah? Hang ingat duit kerajaan neh mak bapak hang punya ka? Ini tanggungjawab kerajaan la," kata Adam Harith.

Manakala Clifford Tan pula memberikan respon "Ia dibina menggunakan wang pembayar cukai (dan siapa tahu jika ada penyelewengan di dalamnya dan apa yang dilesapkan bersama projek ini). Menyediakan dan menyelenggara pengangkutan awam adalah menjadi tanggungjawab asas kerajaan. Najib menuntut pujian ke atas satu perkara yang memang dari azali menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakan kerjanya,".

"Teknikalnya, wang yang dibina untuk projek guna duit rakyat jadi sepatutnya MRT ialah hadiah rakyat untuk rakyat," kata Kenny Teoh pula.

"Kepala bana hadiah PM. Itu semua duit rakyat bodoh! Muslihat nak tutup duit berbillion dia songlap. Kalau gift naik free train la. Ini kena bayar. Lepas tu sepuluh kali nak naikkan tambang, puihh la," luah Sidique dalam nada seperti kemarahan. 



Pihak kami bersetuju dengan kebanyakkan pendapat yang diutarakan oleh netizens bagi membidas kenyataan Salleh Keruak. Bagaimanapun Salleh Keruak masih terlalu jauh untuk memegang gelaran yang pernah disandang oleh Ahmad Maslan, jika itu sesuatu yang diimpikan beliau. Bodek-bodek beliau setakat ini walaupun bengong masih terlalu hambar jika dibandingkan dengan Ahmad Maslan.

Selagi Salleh Keruak tidak membuat apa-apa kenyataan bodoh bagi menyaingi kenyataan Ahmad Maslan - GST boleh turunkan harga barang; selagi itulah netizens akan kekal menobatkan Ahmad Maslan nombor 1 - menteri paling bengong dalam sejarah Malaysia untuk abad ini sekurang-kurangnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...