Oleh : Shahbudin Husin
Politik
demokrasi adalah politik terbuka. Semua orang bebas pergi ke mana-mana,
tidak ada sesiapa yang boleh mewujudkan halangan sama ada dia untuk
pergi ke kawasan orang lain atau orang lain datang ke kawasannya.
Jika
seseorang itu pemimpin yang bagus, berkhidmat dengan baik, tidak banyak
pekung, tidak berperangai gangster dan sentiasa punya hubungan dua hala
yang baik, tidak ada sebab mereka harus takut atau gentar dengan
kedatangan musuh ke kawasannya.
Tun
Mahathir Mohamad sepanjang berkuasa tidak pernah kata, "jangan kacau
Kubang Pasu", Tun Abdullah Badawi juga tidak pernah memberi amaran,
"jangan ganggu Kepala Batas" dan Najib Razak yang sedang terperosok
diserang kini dan kanan pun belum pernah menjerit, "jangan kacau kawasan
saya, Pekan."
Malah
ramai pemimpin politik yang apabila berbalas cabaran, akhirnya dengan
lantang akan mengungkapkan, "kalau betul anak jantan, marilah datang
berlawan ke kawasan saya?"
Tetapi,
agak pelik lagi menghairankan apabila Zahid Hamidi yang kini merupakan
pemimpin Perak pertama merasa naik sehingga jadi Timbalan Perdana
Menteri, cuba bersikap sebaliknya pula?
Kata Zahid Hamidi, orang luar jangan cuba-cuba mengganggu politik Bagan Datuk.
Beliau
seterusnya menyalahkan gangguan orang luar sebagai antara sebab
berlakunya tsunami politik dalam dua pilihanraya umum lalu di Bagan
Datuk di mana beliau hanya menang dengan kira-kira 2,000 undi saja.
Apa masalahnya jika orang luar datang ke Bagan Datuk dan mahu mengalahkannya?
Bukankah politik demokrasi memang begitu - mengalahkan atau kita dikalahkan?
Kenapa Zahid Hamidi takut sangat dengan kedatangan orang luar ke Bagan Datuk?
Adakah beliau sudah terasa mungkin akan kalah dalam pilihanraya akan datang?
Bagaimana
pula dengan beliau sendiri yang selalu pergi ke merata tempat dengan
yang terbaru ke Gombak, Selangor minggu lalu sambil menggesa pemimpin
UMNO kawasan itu datang bertemu dengannya dalam tempoh dua minggu bagi
merencana strategi agar Pakatan Harapan dapat dikalahkan?
Tidaklah dengan tindakannya itu, Zahid Hamidi sendiri telah melakukan gangguan kepada kawasan Azmin Ali dan Pakatan Harapan?
Jika
beliau boleh datang dan melakukan gangguan ke kawasan lain dengan
tujuan mengalahkan lawan UMNO dan BN, apa masalahnya Pakatan Harapan
datang ke Bagan Datuk untuk melakukan perkara yang sama?