Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Jun 2017

Penat Bergaduh, Anwar Putuskan Untuk Tarik Diri Dari Menjadi Calon PM.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lapor Malaysiakini.

Laporan itu menyebut, Anwar sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam persiapan menghadapi PRU14. 

Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon Perdana Menteri

Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, merujuk laporan itu.

Minggu lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan. 


Manakala Anwar pula dicadangkan sebagai penasihat manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan pengerusi Pakatan. 

Datuk Seri Azmin Ali dicadangkan menjadi timbalan presiden Pakatan manakala Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masing-masing dicadang menjadi naib presiden. Anwar berkata Pakatan perlulah mempunyai keseimbangan di mana setiap pemimpinnya harus diberikan kedudukan sama. 

Katanya, cadangan PPBM itu harus diteliti semula kerana ia menggambarkan ciri kepimpinan Barisan Nasional. Bekas timbalan perdana menteri itu juga mengingatkan kedudukan Dr Mahathir dalam Pakatan haruslah dimanfaatkan gabungan pembangkang itu. 

Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan,” katanya lagi.

Peguam Rosmah Beri Amaran, Jangan Tuduh Sebarang Atau Bersedia Dengan Tindakan Undang-Undang..

Satu kenyataan berbaur amaran dikeluarkan oleh firma guaman Messrs Noor Hajrah Mohd Noor, yang mewakili
Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan orang ramai agar tidak membuat tuduhan tidak berasas terhadap isteri perdana menteri itu. 

Gambar - Malay Mail
Firma guaman itu berkata pihaknya akan memantau rapat ruang maya bagi melihat tuduhan palsu terhadap Rosmah dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba menfitnah Wanita Pertama itu

Gambar - Suara Rakyat
Akhir-akhir ini banyak tuduhan tidak berasas dan berniat jahat dibuat terhadap Rosmah di blog dan media sosial. 

Kenyataan media ini bagi mengingatkan orang ramai agar berwaspada daripada membuat kiriman atau kenyataan berniat jahat yang boleh mengundang kekeliruan dan salah fakta terhadap Rosmah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Lebih-lebih lagi penerbitan dan kiriman daripada sumber yang tidak disahkan, kandungan tidak berasas dan serangan politik jahat secara tidak langsung,” katanya lagi. 

Gambar - Suara Rakyat
Firma guaman itu turut berkata kenyataan media secara terbuka itu haruslah dianggap sebagai notis kepada sesiapa yang cuba menerbitkan kiriman jahat terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia itu.

Rakyat Kena Simpati Kepada Pengusaha Stesen Minyak Apabila Harga Petrol Turun - Menteri.

Demikianlah yang dilaporkan oleh portal The Star dalam satu berita yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin. 

Gambar - Google
"Rakyat kena simpati kepada pengusaha stesen minyak yang alami kerugian apabila harga minyak turun. 

Pengusaha stesen minyak juga mengalami kerugian apabila harga minyak turun dan mereka merasakan menjadi mangsa," katanya dalam kenyataan yang dipetik.

Beliau turut dilaporkan berkata kerajaan akan memperkenalkan satu formula baru dalam menentukan harga minyak bermula minggu hadapan.

Formula itu adalah satu usaha kerajaan bagi menstabilkan industri minyak negara dengan menjaga kepentingan pengusaha minyak yang terjejas dengan mekanisme harga mingguan, katanya kepada pemberita. Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak.

Jumaat, 16 Jun 2017

Rantai Berlian 22 Karat Dibeli Untuk Isteri MO1, Sumber Wang Derma Dakwa DOJ.

Hari ini media sosial kecoh dengan penyebaran beberapa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ - selepas ini). 

Dokumen-dokumen yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja secara online itu mengaitkan Rosmah Mansur dengan pembelian beberapa barangan kemas dan mewah yang menggunakan sumber wang derma yang didakwa telah dipulangkan pada suatu masa dahulu.

Wang derma dah dipulangkan - Apandi Ali


Kenyataan bercanggah sesama sendiri

 
Lampiran dokumen yang mengaitkan Wife Of Malaysian Official 1

Gambar - MiloSuam
Sungguh pun nama Rosmah tidak disebut dalam dokumentasi berkenaan namun Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah mengesahkan bahawanya MO1 yang disebut oleh DOJ dalam tuntutan saman adalah merujuk kepada Najib Razak - Perdana Menteri Malaysia, justeru itu adalah logik untuk mengatakan WIFE OF MALAYSIAN OFFICIAL 1 dalam dokumen di atas adalah merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansur.

Senarai barangan kemas

Gambar - Malaysiakini
Dalam dokumen berkenaan di muka surat : 224, ia mendedahkan sejumlah dana dikesan dipercayai hasil penyelewengan untuk membeli berlian merah jambu 22 karat yang dibentuk menjadi seutas rantai berlian ("22 carat pink diamond necklace") untuk isteri kepada MALAYSIAN OFFICIAL 1.

Permata dan rantai itu telah dibeli daripada Lorraine Schwartz Inc. pereka barangan kemas yang berpengkalan di New York, yang mana merupakan pakar kepada barangan kemas dan perhiasan berlian.

Dokumen DOJ turut mendedahkan jumlah harga keseluruhan permata dan rantai itu ialah $27,300,000 (RM116.8 juta).

Menurut laporan Malaysiakini, DOJ mendakwa pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.
Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar. 


Selain rantai merah jambu AS$27.3 juta, DOJ juga menuduh Low membeli 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat untuk isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Pembelian lain dikatakan diguna untuk membeli gambar Diane Arbus bertajuk “Boy with the Toy Hand Grenade" bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. 


Untuk pembacaan selanjutnya tentang dokumen-dokumen tersebut, rujuk sini.

Selasa, 13 Jun 2017

Bukan DAP Tetapi MCA Lah Yang Nak Tutup Bazaar Tu.. - Ini Jawapan Ahli Parlimen Kluang.

Alasan yang diberikan oleh pemimpin Umno bahawanya DAP dihalau dari mengedarkan kurma kerana pernah melukakan hati peniaga bazaar Kluang apabila bertindak mencadangkan agar lokasi perniagaan asal dipindahkan ke tempat lain adalah fitnah dakwa Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.



Dan ini adalah point-point berdasarkan kepada kenyataan Ahli Parlimen itu;

1. Pada tahun 2007, DAP tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen di Johor.

2. DAP mula mempunyai kerusi selepas PRU ke 12 iaitu pada tahun 2008.

3. Liew Chin Tong mula berpindah ke Kluang pada tahun 2013 kerana bertanding (dan menang) di kerusi Parlimen tersebut. Oleh kerana itu sebelum tahun 2013, DAP dan Liew Chin Tong tidak terlibat dalam sebarang urusan ataupun pernah dirujuk untuk membuat keputusan, cadangan, pindaan tentang urusan kerajaan negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

4. Apa yang berlaku ialah, pada tahun 2007, Adun Mengkibol Gan Peng Sieu dari parti MCA (BN) telah mengetuai satu protes terhadap peniaga di bazaar tersebut malahan turut berjumpa dengan wakil daerah bagi membincangkan tentang isu Bazar Ramadhan tersebut.

5. DAP dan Liew Chin Tong sebenarnya tidak terlibat sama sekali dalam urusan protes terhadap peniaga di bazar itu.

6. Oleh itu sebarang tindakan mengaitkan DAP ke atas cadangan memindahkan bazar adalah berniat jahat dan berunsurkan fitnah.

7. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar dan Exco kerajaan negeri, Jais Sardy juga diminta hentikan pembohongan dan pemalsuan fakta dalam insiden berkenaan.

8. Beliau juga pernah dihalau oleh individu yang sama pada tahun 2014, namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap individu mahupun kumpulan berkenaan. Liew Chin Tong turut mendakwa, individu yang mendakwa imam dalam video berkenaan dipercayai adalah penyokong kuat kepada Jais Sardy.

9. Justeru itu beliau memohon agar pihak berkenaan lakukan semakan fakta sebelum membuat sebarang dakwaan. DAP juga menentang sebarang bentuk amalan keganasan dan akan berterusan menyebarkan mesej-mesej kebaikan kepada masyarakat secara amnya.

Semakan fakta yang dilakukan oleh kami mendapati kenyataan Ahli Parlimen Kluang adalah benar. Rekod SPR pada tahun 2004 - 2007 mendapati tiada mana-mana Ahli Parlimen DAP memenangi kerusi pada PRU ke 11 (rujuk).

DAP mula mendapat kerusi sulungnya di Bakri pada tahun 2008, iaitu PRU ke 12 (rujuk). 

Dan Liew Chin Tong mula menjadi Ahli Parlimen Kluang pada tahun 2013 iaitu selepas PRU ke 13 (rujuk).

Kenyataan Liew Chin Tong adalah versi dialihbahasa - Ameno World.

Untuk kenyataan asal versi Bahasa English - rujukan.

Bagaikan Kandang Ayam, Rumah Bantuan Kerajaan Apa Macam Ni..

Tular di media sosial sejak kelmarin beberapa gambar rumah yang kononnya dibina untuk Orang Asal Sabah. Menurut Facebook Tulun Sabah, rumah yang dibina atas nama bantuan kerajaan itu bukan sahaja sempit malahan tidak mencapai spesifikasi pembinaan dan piawaian keselamatan yang standard.






"Kontraktor dan agensi pelaksana membina rumah kandang ayam untuk Orang Asal. Satu projek penghinaan kepada Orang Asal," tulisnya di post tersebut.

"Inilah yang dapat digambarkan dan diakui oleh saudara Jinius Jail berasal dari kampung Batu Lunguyan tentang kecincaian dan ketidaktelusan agensi yang diberikan mandat oleh kerajaan". 

"Menurut saudara Jinius, rumah ini tidak boleh didiami kerana ukuran yang terlalu sempit 8'x15', tidak selamat untuk didiami, bangunan tanpa squre bangunan yang tidak sesuai untuk dinamakan sebagai rumah bantuan kerajaan," katanya lagi.

Admin page berkenaan turut memohon agar netizens menviralkan gambar-gambar rumah tersebut agar perkara itu dapat sampai ke pihak yang berkuasa untuk disiasat selanjutnya.

Tinjauan kami juga mendapati netizens menyuarakan rasa kemarahan di ruangan komen di post berkenaan. Rata-rata netizens meluahkan ketidakpuasan hati terhadap agensi kerajaan yang bersikap sambil lewa dalam menjaga kebajikan Orang Asal di Sabah.




Gambar : Tulun Sabah

Penjelasan UMNO Isu Halau MP - Sebab DAP Pernah Cadang Pindahkan Tapak Meniaga..

10 Jun lepas, sekumpulan wakil dari DAP dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong telah dihalau oleh sekumpulan pemuda dari memasuki Bazaar Ramadhan ketika sedang mengagihkan kurma secara percuma kepada peniaga-peniaga di Bazaar berkenaan.
Kumpulan DAP dihalang dan ditolak malahan dimarahi kerana cuba mengedarkan kurma di lokasi berkenaan.
"Akak undi kat mana? Saya undi Mahkota. Astaghfirullahalazim. Saya Imam. Ini orang mau puasa! Tau? Kau tau tak orang melayu? Ini orang nak puasa. Nak meniaga," kata salah seorang pemuda yang menghalau wakil DAP itu.

Lelaki yang berbaju merah dan berkepala botak dilihat turut memarahi kumpulan berkenaan dengan nada berbaur ugutan, "Tak payah nak citer Amanah, Pakatan, tak payah! Jangan citer pasal Islam. Orang suruh blah, lu blah la! Muka macam ni buat apa? Apa benda la muka dia ni. Hei lu ni nak pecah muka ke?," katanya dalam rakaman tersebut.

Video (klik sini jika gagal load)

 
Bagaimanapun selepas dikecam bertubi-tubi di laman sosial, blogger BN kemudiannya menyiarkan penjelasan tentang insiden berkenaan. Berikut merupakan penjelasan berkenaan.

EXCO JOHOR TERANGKAN MENGAPA INSIDEN DI KLUANG BERLAKU
12 Jun 2017
Dato Md Jais Sarday
Gambar - TTKM
Insiden kekecohan di bazar Ramadhan Bandar Kluang yang tular baru-baru ini adalah kesan dari sejarah lama di mana Pemimpin DAP ketika itu telah meminta bazar ramadhan di Kawasan itu dipindahkan.
Mengulas perkara berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata insiden kekecohan turut berlaku di bazar sama beberapa lalu ketika DAP mahu memberi sumbangan kurma, seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran masyarakat serta peniaga Melayu dan tidak belajar daripada pengalaman lalu.
Jelasnya pada 2007 Pemimpin DAP meminta Bazar Ramadan Bandar Kluang dipindahkan dari kawasan sedia ada ke kawasan lain, sehingga menimbulkan bantahan dan kemarahan peniaga Melayu.
Katanya, episod itu masih kekal dalam ingatan masyarakat Melayu Kluang, sehingga beberapa rayuan dibuat kepada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abd Ghani Othman bagi membatalkan arahan itu.
Kesan dari peristiwa itulah menjadi punca mengapa kekecohan itu berlaku dan Para penduduk dan peniaga di kawasan itu masih terkesan dengan peristiwa lama itu jelasnya .
Tambahnya lagi selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama.
Apa motif DAP sebenarnya?. "Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ.
"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu.
"Padahal urus setia bazar juga sudah menasihatkan DAP dan anggota pembangkang supaya mengagihkan sumbangan kurma mereka ke kawasan lain, namun mereka berdegil dan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.
"Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?
Md Jais yang juga Setiausaha UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang berkata,adalah tidak adil melabel orang lain sebagai samseng hanya dengan memviralkan video tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...