Dokumen-dokumen yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja secara online itu mengaitkan Rosmah Mansur dengan pembelian beberapa barangan kemas dan mewah yang menggunakan sumber wang derma yang didakwa telah dipulangkan pada suatu masa dahulu.
Wang derma dah dipulangkan - Apandi Ali
Kenyataan bercanggah sesama sendiri
Lampiran dokumen yang mengaitkan Wife Of Malaysian Official 1
![]() |
Gambar - MiloSuam |
Senarai barangan kemas
![]() |
Gambar - Malaysiakini |
Dalam dokumen berkenaan di muka surat : 224, ia mendedahkan sejumlah dana
dikesan dipercayai hasil penyelewengan untuk membeli berlian merah jambu 22 karat
yang dibentuk menjadi seutas rantai berlian ("22 carat pink diamond necklace") untuk isteri kepada MALAYSIAN OFFICIAL 1.
Permata dan rantai itu telah dibeli daripada Lorraine Schwartz Inc.
pereka barangan kemas yang berpengkalan di New York, yang mana merupakan
pakar kepada barangan kemas dan perhiasan berlian.
Dokumen DOJ turut mendedahkan jumlah harga keseluruhan permata dan rantai itu ialah $27,300,000 (RM116.8 juta).
Menurut laporan Malaysiakini, DOJ mendakwa pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.
Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar.
Selain rantai merah jambu AS$27.3 juta, DOJ juga menuduh Low membeli 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat untuk isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.
Pembelian lain dikatakan diguna untuk membeli gambar Diane Arbus bertajuk “Boy with the Toy Hand Grenade" bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Untuk pembacaan selanjutnya tentang dokumen-dokumen tersebut, rujuk sini.