Selasa, 13 Jun 2017

Bagaikan Kandang Ayam, Rumah Bantuan Kerajaan Apa Macam Ni..

Tular di media sosial sejak kelmarin beberapa gambar rumah yang kononnya dibina untuk Orang Asal Sabah. Menurut Facebook Tulun Sabah, rumah yang dibina atas nama bantuan kerajaan itu bukan sahaja sempit malahan tidak mencapai spesifikasi pembinaan dan piawaian keselamatan yang standard.






"Kontraktor dan agensi pelaksana membina rumah kandang ayam untuk Orang Asal. Satu projek penghinaan kepada Orang Asal," tulisnya di post tersebut.

"Inilah yang dapat digambarkan dan diakui oleh saudara Jinius Jail berasal dari kampung Batu Lunguyan tentang kecincaian dan ketidaktelusan agensi yang diberikan mandat oleh kerajaan". 

"Menurut saudara Jinius, rumah ini tidak boleh didiami kerana ukuran yang terlalu sempit 8'x15', tidak selamat untuk didiami, bangunan tanpa squre bangunan yang tidak sesuai untuk dinamakan sebagai rumah bantuan kerajaan," katanya lagi.

Admin page berkenaan turut memohon agar netizens menviralkan gambar-gambar rumah tersebut agar perkara itu dapat sampai ke pihak yang berkuasa untuk disiasat selanjutnya.

Tinjauan kami juga mendapati netizens menyuarakan rasa kemarahan di ruangan komen di post berkenaan. Rata-rata netizens meluahkan ketidakpuasan hati terhadap agensi kerajaan yang bersikap sambil lewa dalam menjaga kebajikan Orang Asal di Sabah.




Gambar : Tulun Sabah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...