Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Jun 2017

Penat Bergaduh, Anwar Putuskan Untuk Tarik Diri Dari Menjadi Calon PM.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lapor Malaysiakini.

Laporan itu menyebut, Anwar sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam persiapan menghadapi PRU14. 

Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon Perdana Menteri

Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, merujuk laporan itu.

Minggu lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan. 


Manakala Anwar pula dicadangkan sebagai penasihat manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan pengerusi Pakatan. 

Datuk Seri Azmin Ali dicadangkan menjadi timbalan presiden Pakatan manakala Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masing-masing dicadang menjadi naib presiden. Anwar berkata Pakatan perlulah mempunyai keseimbangan di mana setiap pemimpinnya harus diberikan kedudukan sama. 

Katanya, cadangan PPBM itu harus diteliti semula kerana ia menggambarkan ciri kepimpinan Barisan Nasional. Bekas timbalan perdana menteri itu juga mengingatkan kedudukan Dr Mahathir dalam Pakatan haruslah dimanfaatkan gabungan pembangkang itu. 

Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan,” katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...