KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH
Terguling-guling aku membaca luahan dorang neh. Sembang bikin bimbang. Macam la polis nak fitnah korang. Kau tau tak Jamal tu ada kabel besar baik punya? Takde pasal polis saja nak cari pasal la.
Kalau polis bertindak ikut undang-undang, patut dah lama geng-geng Jamal neh kena. Bukan pertama kali dorang main ugut-ugut orang wei.
Aku rasa polis perlu melakukan tindakan selepas laporan dibuat. Dan mungkin pihak pekedai memberikan hint mereka akan sebarkan bukti rakaman CCTV. Jika ianya tular sebelum polis mengambil sebarang tindakan ke atas Jamal dan mahkluk2 pembangangnya, jatuh ke laut la intergriti polis alamatnya. Polis pun ada reputasi yang perlu dijaga kot ye pun kena ikut 'trend' pihak atasan.
Yang tak boleh blah tu, sempat lagi nak menyalahkan Azmin atas perbuatan sendiri.
Takanla Azmin nak update macam neh? Sohai la puak-puak neh. Bergembira edit, sebar dan melakukan pemalsuan cerita. Di sisi yang lain, marah bila kita tersalah fakta sikit dikatanya fitnah. Dan bila kita yang sebarkan benda betul, kita juga yang kena. Puak-puak neh kebal siot. Buat apa pun tak apa! Tulis benda karut pun lepas. Pula tu ramai penyokong dan pembela. Gilak.
Dan siang tadi ketika ditahan. Jamal melaung kuat-kuat di hadapan mahkamah majistret Ampang time polis nak apply reman.
"Tauke judi kebal!"
Kakakaka. Drama king betul la abang kau sorang neh. Tauke judi kebal tu aku setuju juga tapi ikut jalan cerita. Dalam jalan citer abang Jamal vs tauke judi, geng-geng merah telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya ketika melakukan serbuan. Rakamn CCTV jelas menunjukkan dua orang lelaki melakukan sesuatu terhadap seorang perempuan. Aku tak kata ada niat nak mencabul tapi pegang-pegang tu ada kot. Lebih kurang mencabul atau tercabul tanpa niat la kot. Clear beb. Tah nak amek apa tah tatau la aku tapi aksi tu jelas wujud. Bukan rekaan pihak polis okayy.
Dan dalam rakaman kedua, jelas juga menampakkan geng Jamal melakukan kekerasan dan mengambil barang seorang lelaki secara paksa.
Tak payah la nak kalih isu mengatakan korang banteras perjudian haram sedangkan korang buat jenayah lain. Nak banteras perjudian haram tu bagus dah. Tapi jangan la buat jenayah lain untuk halalkan cara kerja korang tu. Satu lagi. Penafian-penafian geng-geng neh membayangkan polis menfitnah puak-puak neh pula. Pihak polis redha ke dianggap begitu oleh Jamal dan geng-gengnya? Hehe.
Nah, luahan geng Jamal seperti yang dipetik dari media sosial.

KEDAI JUDI SELANGOR MAHAKEBAL
Hari ini saya telah ditahan reman atas dakwaan 'gang robbery' atau samun berkumpulan dibawah seksyen 395 kanun keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Ini semua kerana Dato Jamal Yunos telah membuat ‘raid’ atau serbuan dalam kedai judi haram di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu. Ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa kegiatan haram amat berleluasa di Selangor dan pihak kerajaan tempatan tidak mengambil apa-apa tindakan.
Tapi saya ingin ketengahkan hari ini bahawa kita dapat lihat bertapa kebalnya tauke-tauke judi haram dalam negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali dan Pakatan Harapan. Kalau ikut logik akal, kedai judi haram tersebut sepatutnya disita, dan pemiliknya juga ditahan untuk siasatan berkaitan dengan kegiatan haram ini. Akan tetapi kita dapat lihat bagaimana hebatnya, saya syak, pemilik kedai judi itu mampu membuat laporan polis terhadap saya dan rakan-rakan yang berusaha memerangi kegiatan judi haram di sekitar Selangor.
Jika betullah serbuan yang dilakukan oleh Dato Jamal Yunos merupakan satu ‘gang robbery’ atau rompakan berkumpulan seperti dituduh, maka saya percaya serbuan pada premis judi haram tersebut merupakan satu rompakan terhebat di abad.
Ini adalah kerana kami melakukan secara ‘live’ dan disusuli bersama laporan polis mengenai kegiatan judi haram di premis yang berlesen hiburan keluarga, kemudiannya diakhiri dengan satu sidang media di hadapan premis tersebut. Saya yakin tiada kumpulan perompak yang lain pernah membuat rompakan berkumpulan seperti ini. Adakah ini yang dikatakan sebagai rompakan berkumpulan?
Apapun saya terima prosedur undang-undang yang dikenakan terhadap saya. Ini hanya akan membuatkan saya lebih bersemangat untuk membanteras premis-premis judi mahakebal yang hakikatnya melakukan rompakan terang-terangan terhadap orang ramai, terutamanya anak muda pada setiap hari.
Saya berharap dalam masa 6 hari saya direman, itupun kalau reman tidak dipanjangkan, tindakan undang-undang yang sewajarnya patut dikenakan terhadap pengusaha premis judi tersebut.
Selamatkan Selangor daripada Premis Judi MahaKebal.
IMRAN TAMRIN
#Solidarity4DJY #SokongBajuMerah