Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 5 November 2017

Dulu Kelantan Banjir Lim Guan Eng Hina, Sekarang PAS Jadi Parti Pertama Arah Bantu Penang - Harakah Daily.

Oleh : HarakahDaily

PADA 27 Januari 2015 lalu ketika Kelantan dilanda banjir besar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dipetik akhbar Sin Chew Daily berkata:
“Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan.”
Gambar - Harakah Daily
Demikianlah angkuh dan sombongnya Setiausaha Agung DAP ini menghina kerajaan PAS Kelantan ketika Kelantan berhadapan dengan musibah.
Hari ini The Star Online melaporkan "Banjir melumpuhkan Pulau Pinang" dan kini sedang viral klip video Guan Eng sebak memohon campurtangan Pusat dan merayu penduduknya bersabar.
Moga Allah selamatkan Pulau Pinang dan rakyatnya.
Sementara itu PAS merupakan parti pertama mengerahkan tenaga sukarelawannya seluruh negara membantu meringankan beban rakyat Pulau Pinang yang tidak berdosa itu.
Semoga ujian Allah ini menjadi iktibar buat semua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...