Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Ogos 2017

Kenapa PPBM Patut Dipersalahkan Dalam Insiden Keganasan Nothing To Hide 2.0.

Ahad lepas bertempat di Shah Alam berlakunya satu kejadian huru hara dalam satu forum terbuka berbaur politik yang diberikan nama Nothing To Hide 2.0.

Forum yang pada awalnya agak damai bertukar menjadi kecoh kira-kira 45 minit selepas ianya berlangsung. Selepas tercetusnya insiden keganasan tersebut, media melaporkan sekurang-kurangnya 3 ditahan kerana menjadi punca kepada berlakunya rusuhan. Suspek-suspek yang ditahan masih muda dan belum pun layak mengundi di mana masing-masing berumur di antara 18 dan 19 tahun. Malahan ada suspek yang mempunyai rekod jenayah dan terlibat dalam dakwaan merogol.

Ketika ini di media sosial pihak-pihak parti politik cenderung menyalahkan antara satu sama lain. Tiada sesiapa pun di antara mereka mahu meneliti kesalahan masing-masing. Dakwaan paling karut, ada yang menuduh Lim Kit Siang dalang kepada keganasan. Punyalah ketandusan idea, dakwaan remeh seperti itu pun sanggup dikeluarkan.

Lim Kit Siang Dipersalahkan
Tanpa menafikan wujudnya elemen sabotaj dan terdapat pihak-pihak yang dengan sengaja menimbulkan suasana huru hara, PPBM juga perlu mengambil tanggungjawab dengan mengakui kesalahan mereka di dalam forum tersebut.

Gambar oleh PPBM
Berikut dibawah ialah sebab-sebab kenapa PPBM patut dipersalahkan dalam forum tersebut;

1. Pada Julai 18 yang lalu, Free Malaysia Today melaporkan kenyataan PPBM mengenai forum Nothing To Hide 2.0. Dalam laporan tersebut, PPBM mengatakan sesiapa pun boleh bertanyakan apa jua soalan kepada Mahathir termasuklah Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. (rujuk)

2. "Kami boleh menjawab semua dakwaan yang dilemparkan terhadap saya. Saya rasa ini platform terbaik untuk memberitahu perkara sebenar. Najib perlu hadir, dan jawab soalan atau lempar dakwaan terhadap saya. Jangan jadi macam Nothing To Hide, apabila dia tak hadir kononnya sebab tunjuk perasaan, tetapi sebenarnya tidak ada pun," Mahathir dipetik berkata dalam laporan tersebut.

3. Ini memberikan bayangan kepada umum bahawanya;

- Sesiapa pun boleh datang dan bertanyakan apa sahaja soalan kepada Mahathir,

- Sesiapa pun tidak akan dihalang dari bertanyakan apa-apa soalan,

- Mahathir akan sudi menjawab apa sahaja soalan yang ditimbulkan oleh para hadirin.

4. Oleh itu tidak sepatutnya menjadi masalah jika sekalipun forum tersebut dihadiri oleh orang-orang UMNO atau yang anti kepada Mahathir, ini kerana Mahathir sendiri telah memberikan peluang yang sama rata kepada semua orang untuk bertanyakan soalan kepada beliau, agar dapat beliau menjawabnya secara terbuka.

5. Antara yang hadir ke forum itu ialah Fariz Hadi, ahli UMNO yang juga AJK UMNO Shah Alam. Beliau bertanyakan soalan kepada Mahathir; tentang Anwar dan sabitan liwat yang pernah berlaku ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri suatu ketika dahulu.



6. Ketika Fariz bertanyakan soalan tersebut, terdapat pihak yang duduk di bahagian VVIP bertepuk tangan; seolahnya membayangkan soalan Fariz itu ada benarnya, padan muka kau Tun kena jawab - lebih kurang begitulah perumpamaannya. (rujuk pada minit ke 6 dan ke atas, lihat bahagian belakang Tun Mahathir)

7. Ketika ini juga ramai bertepuk tangan seolah meraikan soalan Fariz, yakni bersetuju dengan pandangan beliau dan ramai juga yang memprovokasi Fariz dengan menjerit dan membuang bising bagi memperlekehkan soalan yang dikemukakan.

8. Dekat sini dah nampak perangai penyokong Mahathir ataupun mereka-mereka yang pro PPBM. Sungguh tak sopan sekali, tak pandai nak hormat orang lain - kau yang open forum, kau yang beria-ria jemput semua, kau yang kata sudi jawab apa sahaja, bila orang tanya kau nak cemuh dan tuduh dia timbulkan provokasi? Tak bangang ke namanya tu? Tak kisahlah dari UMNO ke dari non partisan ke dari komunis ke apa ke bila kau dah open kata semua pun boleh bertanya dan akan diraikan, ia adalah menjadi tanggungjawab kau untuk terima keadaan itu. Itu satu.

9. Pada babak sebelum terjadinya insiden keganasan, seorang penonton sedang bertanyakan soalan yang agak kontroversi juga seperti soalan liwat. Isunya ialah tentang Memali. Mahathir walaupun ditanyakan soalan kontroversi tetap bersikap tenang dan tidak lari, jauh sekali marah-marah. Beliau bahkan mengucapkan terima kasih. Jawapan Tun ialah 4 anggota polis dah dibunuh, jadi mereka (pihak polis) bertindaklah ikut apa yang sepatutnya (SOP). Tun masih dalam mood nak menjawab tiba-tiba suasana menjadi kecoh.

10. Mahathir diakui bersikap tenang dan cool, tetapi sayangnya sikap ini tiada pada penyokong-penyokong Mahathir. Ketika individu bertanyakan soalan mengenai Memali tu, perghh dewan kecoh dengan jeritan sana sini dan provokasi yang mana seperti mencuba menghalang si penyoal dari terus bertanyakan soalan dan kemukakan pendapat beliau.

11. Ketika itulah dewan menjadi panas, apabila kerusi dibaling ke arah penyoal, kasut dan botol dibaling ke arah pentas (boleh jadi sasaran si pembaling bukannya ke arah Tun).

12. Dalam rakaman video, yang baling kerusi ialah geng baju hitam - entahkan menyamar atau tidak, tidaklah diketahui.

13. Dalam satu video yang tersebar, ada rakaman yang menunjukkan geng urus setia majlis pun ikut sibuk baling kerusi; adakah bilik urus setia telah ditawan pada ketika itu? PPBM tidak menjawab, kita terus tertanya-tanya, apa kata jawab akan dakwaan yang timbul, supaya tiada sesiapa pun tersalah anggap, jika benar di pihak kita pun turut sama terlibat dalam insiden keganasan tu, mengaku sahaja pihak kita pun ada yang cuai juga, lainkali kita jadikan iktibar, berhentilah salahkan sebelah pihak.

14. Yang aku paling pelik, viral gambar (rujuk gambar kedua) kononnya mewakili team sabotaj majlis, mereka dirakamkan dalam keadaan sedang berkumpul, menerima arahan, coverline, posisi bersedia dan sedang memprovokasi. Dikumpulkan dalam satu poster, maka ramai la yang sebar. Perkara pertama yang aku fikir ialah; macam mana nak tahu dalam 6 gambar yang berbeza tu mewakili orang yang sama? Hebatnya jurugambar tu, macam mana dia tahu? Aku teliti gambar tu satu persatu, nak cari seorang yang sama ataupun seiras pun susah, so macam mana kau boleh dakwa 6 gambar berbeza tu sedang mewakili satu geng yang sama?

15. Coverline aka tutup muka sebenarnya hujah general. Jujur cakap, aku pun tutup muka ketika berdemo. Kenapa? Biasalah, ada lah sebab-sebabnya yang aku takmo cerita, tapi dalam gambar yang tersebar boleh ke nak kata orang yang tundukkan muka tu sebenarnya cover line? Mungkin tak selesa orang tangkap gambar, yelah kita neh kerja kerajaan ke, atau famili tak bagi terlibat dalam forum politik ke atau ada alasan-alasan tertentu ke, so tak berapa manisla kita dedahkan muka kita sana sini, itupun bukannya depa tutup muka, sekadar tundukkan wajah je, sesiapa pun boleh je tangkap gambar mereka secara curi-curi, tak sesuai nak kata mereka coverline.

16. Sejujurnya dalam forum Nothing To Hide, keselamatan memang teruk dan sikap meraikan kepelbagaian pun teruk juga, tak matang betul penyokong-penyokong Mahathir. Ada babak yang menunjukkan ketika suar dibakar, yang dibakar tu dilindungi ramai-ramai seolah-olah nak membolehkan dia bakar suar, time neh team security buat apa? Tidur ke? Formasi keselamatan ke laut, sibuk nak formasikan 6 gambar berbeza sebagai dalang terjadinya insiden huru hara, hadoi.

17. Akui je sistem keselamatan korang lemah, teruk dan perlu diperbaiki; sebenarnya ia kemenangan untuk Najib, dia boleh gunakan keselamatan sebagai modal aka hujah kenapa dia tak patut hadir forum. Sesama PPBM pun gagal kawal crowd, inikan pula jika parti-parti yang bertembung duduk dalam satu pentas, apalah akan jadi nantinya.

18. Kesimpulannya, macam aku sebutkan tadi, aku tak nafikan ada pihak-pihak yang berperanan melakukan sabotaj, sebab tu suar tu ada, ia takan dibawa ke dalam dewan tanpa tujuan. Namun yang buka laluan provokasi tu ialah sikap ketidakmatangan penyokong Mahathir dalam meraikan kepelbagaian pandangan dan soalan dari para peserta forum.

19. Dalam erti kata lain PPBM juga bersalah dalam insiden ini. Usah tuding pihak lain aje dan usahlah datang dengan hujah-hujah tak cerdik macam 6 gambar yang disatukan tu, seriyus kelakar. Kau ingat kita orang neh budak-budak baru lahir ke apa ke. Hadui.

20. Kita belajar dari kesilapan. Pembangkang sebelum Pakatan Harapan juga melalui episode yang sama. Kita juga melakukan provokasi dan kita juga diprovokasi, tetapi kita belajar dan diajar untuk menguruskan emosi kesannya pada hari ini walau bagaimana teruk pun kita berbalah, bergaduh, bertekak, berbeza dalam satu forum, forum kita kekal aman damai walaupun ianya kecoh (mulut bukannya fizikal). Oleh itu, PPBM belajarlah. Syarat pertama, mengakui aje kesilapan itu memang datang dari diri korang juga. 

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...