Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Ogos 2017

Isu Makan Duit UMNO - Ahli PAS Bergaduh Sesama Sendiri Di Laman Sosial.

Pada 4 Ogos lepas, tular di laman sosial tentang satu posting yang ditulis oleh individu yang menggunakan nama Abu Ulwan.

Berikut post beliau;



Post yang tular itu mendapat maklum balas dari Ustaz Zaharuddin di laman Facebook beliau seterusnya beliau turut menyambung membuat penjelasan susulan terhadap dakwaan dibolehkan makan makan duit UMNO kerana dibenarkan oleh Presiden PAS.



Reaksi penyokong;



Individu yang dituduh dalam status berkenaan tidak menjawab kepada pertuduhan yang berlegar-legar di laman sosial.

Abu Ulwan kemudiannya tampil membuat satu lagi post penjelasan.



Mungkin berpunca penyebaran dua gambar di bawah ini;




Menurut Abu Ulwan, beliau tidak pernah mendakwa mana-mana pihak di dalam PAS telah menerima (makan) duit UMNO, jika ada mana-mana pihak terasa dituduh sedemikian itu adalah atas sangkaannya sendiri.

Secara ringkasnya ini apa yang difahami oleh orang luar;


Pemerhatian kami di media sosial, beberapa pihak yang pro kepada PAS dikenalpasti proksi ataupun membela Nurul Islam di laman sosial.

Nurul Islam, individu yang terpalit dalam dakwaan ini tidak memberikan apa-apa penjelasan di laman Facebook beliau setakat hari ini.

Setakat yang difahami oleh kami, Abu Ulwan dan Ustaz Zaharudin bertindak membersihkan imej dan intergriti Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang yang kononnya telah membuat kenyataan bahawanya dibolehkan makan duit UMNO dalam perjuangan PAS memerangi kebatilan. Dakwaan itu disampaikan oleh individu tertentu secara meluas kepada ahli jemaah parti dan ia seterusnya membangkitkan persoalan adakah ianya benar ataupun fitnah terhadap Presiden PAS.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...