Post itu pada awalnya dimuatnaik oleh satu page yang dikenali dengan nama Mahathir The Legend sebelum ianya tular di socmed.
Kementerian Kesihatan Malaysia kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media bagi menafikan penyebaran di atas.
Menurut dalam satu kenyataan, KKM menyebut kos sebenar bagi membeli 500 buah ambulance adalah bernilai RM225.2 juta.
Dan 250 buah darinya dilengkapi dengan spesifikasi penuh, iaitu dengan peralatan perubatan terkini antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.
Oleh itu KKM berharap mana-mana pihak tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dalam isu pembelian 500 buah ambulance tersebut.
Berikut kenyataan media penuh oleh KKM;
KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA -PENJELASAN MENGENAI PEROLEHAN AMBULANS
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali. Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta.
Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat.
Sekian.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia
8 Ogos 2017