Isnin, 7 Ogos 2017

Setakat Sarawak Report Kena Bayar PAS €15,000, Itu Biasa Je Sindir MP Amanah.

Oleh : Hanipa Maidin

1. Bila saya mula mula baca tajuk berita (lampiran) saya fikirkan perbicaraan saman fitnah parti suci ke atas Sarawak Report (SR) telah tamat dan parti suci telah menang. Maka saya berniat nak tulis ucapan tahniah saya pada parti suci kerana menang saman itu.

  
2. Tapi bila saya baca isi kandungan berita itu rupanya yang saya fikir tu rupanya tak betul.

3. Sebenarnya perbicaraan belum bermula pun dan parti suci bukan menang bicara penuh (full trial). Kes baru di tahap case management.

4. Rupa-rupanya permohonan SR untuk minta Pas bayar apa yang dipanggil "security for cost" ditolak oleh Mahkamah dan SR seperti yang diduga kena perintah untuk bayar kos kepada parti suci sebanyak €15,000.00

Google - Hanipa Maidin
5. Saya harap parti suci taklah "jual" pada orang kampung di bawah yang ia dah menang bicara, belum lagi..

6. Izinkan saya jelaskan sikit isu teknikal;

a. Dalam mana-mana kes sivil jadi lumrah mana-mana pihak seperti SR untuk pohon pihak luar daripada UK seperti parti suci bayar "security for cost" di Malaysia saya pun saya biasa buat begitu jika saya wakili client tempatan yang menyaman atau disaman pihak luar (party outside jurisdiction).

b. Asas "security of cost" yang didepositkan di mahkamah adalah pihak seperti SR ingin pastikan jika pihak seperti parti suci yang tinggal di luar UK kalah dalam bicara dan di perintahkan bayar kos maka jika mereka gagal bayar sekalipun, SR masih boleh dapatkan kos itu daripada Mahkamah melalui wang sekuriti yang didepositkan di mahkamah tersebut.

c. Lagi satu, dalam undang-undang ada frasa "cost follows the event" ertinya pihak yang kalah kena bayar kos pada pihak yang menang. Oleh kerana SR kalah dalam permohonan untuk dapatkan perintah mahkamah arah parti suci bayar "security for cost", maka SR kena bayar parti suci kos permohonan itu yang dilaporkan €15,000.00. Itu biasa, nothing extra ordinary.

d. Dalam konteks UK, dapat €15,000.00 taklah dikira besar sangat tapi bila mula "diconvert to RM" memanglah nampak besar sebab matawang kita kecil dan lemah!

7. Apa pun tahniahlah parti suci kerana menang pusingan pertama ini, cuma kena ingat the journey is still far away.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...