Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Februari 2017

Petronas Jual 50% Saham Rapid Pengerang Kepada Aramco Saudi.

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco hari ini menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi penyertaan ekuiti syarikat minyak Arab Saudi itu dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, lapor Utusan Online.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Laporan itu menyebut, menerusi transaksi jual beli saham itu, kedua-dua syarikat akan memiliki pegangan ekuiti sama rata ke atas beberapa projek dan aset penapisan minyak, loji perekah dan kemudahan petrokimia RAPID dalam Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dengan sejumlah AS$7 bilion (RM31 bilion) bakal dijana menerusi kerjasama berkenaan.

Menurut  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, PIC merupakan salah satu projek terbesar di Asia Tenggara dan pelaburan terbesar Petronas bagi sektor hiliran.

“Perjanjian ini merupakan peristiwa bersejarah bagi industri minyak dan gas kerana dua syarikat minyak terkemuka berkongsi dalam membangunkan projek baharu bertaraf dunia.

“Perkongsian ini bakal mengukuhkan lagi kedudukan, pengalaman operasi serta prestasi kedua-dua syarikat dalam membangunkan projek-projek mega serta rangkaian komersial dalam pelbagai pasaran global,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian berakhir. 


Petikan Status Netizen Di FB
Dalam pada itu, terdapat cakap-cakap di laman sosial yang mempertikaikan perjanjian jual-beli tersebut dengan menyifatkan ia sebagai satu lagi aset negara tergadai kepada pihak luar. 

Antaranya Jamzuri Ardani yang menyatakan penjualan 50% saham Petronas kepada Saudi Aramco merupakan satu lagi episod sedih yang berlaku di negara ini apabila satu demi satu harta negara tergadai.

Semua ini berlaku kerana nak memuaskan nafsu seorang kleptorat yang tidak pernah puas katanya seperti yang dipetik di Facebooknya.

Menurutnya, jika Aramco melabur membina loji baru, ambil kontraktor tempatan, pekerja tempatan barulah boleh dianggap sedang melakukan pelaburan. Jika tidak ia merupakan satu lagi bentuk pengadaian yang membabitkan aset negara.  

Tak Payah Pergi Klinik 1 Malaysia, Tiada Doktor, Hanya Bagi Panadol Je Kata Azmin Ali.

Dalam memperkenalkan tentang Skim Peduli Sihat, satu inisiatif terbaru kerajaan negeri bagi membantu golongan susah yang memerlukan rawatan kesihatan, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sempat menyindir gagasan Najib tentang Klinik 1 Malaysia.
Skim Peduli Sihat
Skim Peduli Sihat
“Tak payah pergi Klinik 1 Malaysia sebab faktanya (Klinik 1 Malaysia) tiada doktor. Dia bagi panadol sahaja. Sakit jantung panadol, angin ahmar panadol, semput panadol, lelah panadol dan akhirnya kita mati kerana panadol.
Tapi kalau anda ada kad Peduli Sihat, tidak perlu tunggu sampai sakit kronik, terus pergi klinik swasta berhampiran,” katanya kepada pemberita, seperti dipetik dari portal Selangorkini.
Kata Azmin Ali, dengan mendaftar dibawah Skim Peduli Sihat, rakyat berpeluang menikmati rawatan kesihatan asas di klinik mahupun di hospital swasta dengan cepat tanpa perlu bergantung kepada Klinik 1 Malaysia lagi.
Skim Peduli Sihat ialah salah satu inisiatif yang diasaskan dibawah pelan Peduli Rakyat yang dibentuk oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan rakyat Selangor.
Setakat ini 40,000 orang telah berdaftar dibawah skim tersebut sejak dilancarkan pada Januari lepas. Skim tersebut adalah respon balas kerajaan negeri terhadap aduan yang diterima dari rakyat berhubung kos dan masalah berkaitan rawatan kesihatan sekitar Selangor.
Layari web ini untuk lebih banyak info tentang Skim Peduli Sihat : https://www.pedulisihat.com/

Isnin, 27 Februari 2017

Individu Yang Mengaku Akar Umbi PAS Dan Serahkan Memo Kantoi Menipu Nasruddin Tantawi..

Ia bermula dengan satu status yang ditulis oleh wakil rakyat PAS bagi DUN Cempaka di Selangor iaitu Iskandar A. Samad.

Beliau menulis dengan caption "apa cerita ini", dan memuat-naik satu gambar.



Individu yang dibulatkan wajahnya seperti gambar di atas, pernah muncul di kaca tv dan mengaku sebagai akar umbi PAS yang meminta semua ahli memberikan sokongan padu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan mendesak agar PAS memutuskan hubungan dengan semua pihak yang ada kaitan dengan DAP dan AMANAH. 

"PKR juga wajar diambil perhatian kerana mereka ibarat duri dalam daging serta gunting dalam lipatan".

"Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mula dirasai", kata Nasiruddin Mohamed yang mengetuai kumpulan itu semasa menyerahkan satu memorandum kepada PAS di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Memorandum itu disambut oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi. Semasa menyampaikan memorandum tersebut, kumpulan itu turut membawa beberapa sepanduk bagi mengiring proses penyerahan memorandum.


Bagaimanapun, terdapat cakap-cakap yang tindakan pihak yang mendakwa diri mereka sebagai 'akar umbi PAS' telah 'dipengaruhi' (dibiayai) oleh musuh politik pembangkang.

Ini berikutan individu yang mengetuai kumpulan tersebut dilihat beberapa kali melakukan tindakan yang lebih kurang serupa tetapi dengan watak, status keahlian parti yang berbeza.


Dengan PKR buang kopiah, dengan PAS pakai kopiah - pelik tak?

Rakaman berita yang turut dilaporkan oleh TV3 - nampak tak?




Netizens turut mengingatkan PAS agar tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa diri mereka sebagai akar umbi sesuatu parti.

Gesaan untuk memutuskan hubungan PAS - PKR seolah-olah untuk mematahkan semua perhubungan PAS dengan pembangkang. Jika PAS tiada langsung hubungan dengan pembangkang, hanya ada satu parti sahaja yang gembira dengan tindakan tersebut.

Semoga PAS tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah kumpulan yang dipercayai didalangi oleh pihak yang berkepentingan politik.

Rakyat Terbeban Dengan Harga Minyak Pemimpin Pula Hidup Mewah Sindir Ahmad Idham.

Pelakon yang juga pengarah filem, Ahmad Idham tampil mempersoalkan kenapa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengeluarkan minyak, rakyat terbeban dengan kenaikan minyak namun dalam masa yang sama pemimpin masih mampu menjalani kehidupan yang mewah.

Perkara itu disuarakan oleh pengarah tersebut menerusi akaun twitternya. Status tersebut telah diretweet sebanyak 4,492 kali setakat artikel ini ditulis.


Sebelum ini, beberapa hari yang lepas Ahmad Idham telah diserang oleh sekumpulan penyokong Najib Razak berikutan kritikannya terhadap BRIM.

Dalam ulasannya tentang BRIM, Ahmad Idham mempersoalkan kewajaran kerajaan memotong kuota pinjaman pelajar namun masih mampu meneruskan pemberian BRIM.

"Sudahla belia nak belajar kena pinjaman, kuota pinjaman pula dipotong. Tapi angka KDNK kata ekonomi sihat. Macam tak realistik je. Kesian belia", kata Ahmad Idham yang dipetik dari status Twitternya.

"Sedih saya tengok wajah belia-belia ini yang nak sambung belajar tapi tiada kuota pinjaman untuk mereka. Seolah-olah hancur harapan mereka untuk belajar", katanya lagi.

BRIM ialah bantuan one-off kepada kumpulan keluarga yang bergaji bawah 4,000 sebulan dan kumpulan bujang yang bergaji bawah rm2,000 sebulan dan berusia 30 tahun ke bawah.

Ramai pihak mempersoalkan kewajaran kerajaan memberikan BRIM kepada kumpulan bujang dan berpendapat BRIM bujang harus dihapuskan sebaliknya digantikan dengan satu program bantuan yang lebih memanfaatkan peranan belia dalam institusi kemasyarakatan berbanding meraih undi populis dengan menggunakan BRIM Bujang.

AJK PAS Perak, Ahli UMNO Ditahan Reman 3 Hari Kerana Mempersoalkan Isu Kemalangan Maut 8 Geng Basikal.

Polis pada semalam telah menahan dua individu di dua lokasi yang berbeza berikutan individu-individu tersebut mengeluarkan kenyataan berhubung isu kemalangan yang membabitkan pemandu Nissan Almera dan 8 geng basikal di laman sosial. 

Kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai jelik dan fitnah oleh polis dan mereka berdua akan direman selama 3 hari dan disiasat dibawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia juga dibawah seksyen 500 Kanun Keseksaan. Seksyen 500 Kanun Keseksaan ialah kesalahan yang dikaitkan dengan perbuatan fitnah jenayah.

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung penahanan tersebut;


Dalam pada itu, kami menerima maklumat berhubung identiti kedua-dua individu yang ditahan itu. Salah seorang daripadanya ialah Zaharin Mohd Yasin, pemimpin UMNO di Bandar Tun Razak.



Yang pihak kami percaya ada kaitan dengan status yang ditulisnya seperti dibawah ini;



Manakala salah seorang yang lain pula dikenalpasti sebagai Tuan Haji Surur, AJK PAS Kawasan Tambun Perak berdasarkan sebaran berikut;



Tuan Haji Surur disiasat kerana telah berkongsikan satu post oleh individu yang mengajak kepada perhimpunan di Istana Johor bagi merayu kepada pihak istana untuk campurtangan isu kemalangan maut 8 geng basikal yang merasakan mereka teraniaya dengan siasatan insiden tersebut.

Dalam pada itu, pihak kami menerima maklumat kononnya pemandu wanita tersebut bukanlah anak VVIP seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanyalah seorang jurujual namun kesahihan maklumat tersebut tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini Tengku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, telah mengkritik penganjuran perhimpunan oleh sekumpulan geng remaja tersebut dan menegur sesetengah pihak yang cuba menimbulkan elemen perkauman dalam kejadian malang itu.

Menurut anakanda ketiga Sultan Johor itu, pemandu kereta terbabit "lebih berhak berada di lebuh raya berkenaan" berbanding remaja berbasikal yang tidak mengenakan sebarang alat perlindungan diri. 

"Saya secara peribadi pernah berdepan dengan kanak-kanak begitu yang melintas secara berbahaya di depan kereta saya sebelum ini," katanya. 

Beliau juga menegaskan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa kemalangan itu dan berdoa mereka tabah menghadapi ujian berkenaan. 

Namun Tunku Idris mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak saling menyalahkan orang lain. 

Perhimpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan remaja tersebut juga berakhir dengan penahanan 7 individu oleh polis trafik kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ahad, 26 Februari 2017

Ketika Saya Jadi MB Tiada Tanah Johor Terlepas Ke Warga Asing Kata Muhyiddin Kepada Sultan Johor.

WARKAH TERBUKA YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BUAT DYMM TUANKU SULTAN JOHOR
 

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sultan Johor
Terlebih dahulu patik merafak sembah memohon jutaan keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik terpaksa menjawab secara terbuka titah Tuanku mengenai patik yang telah dibuat secara terbuka dan pada hemat patik telah sedikit sebanyak mencemar nama baik patik. Walaupun Tuanku tidak menamakan patik secara khusus dalam titah tersebut, tetapi ramai pihak mentafsir bahawa patiklah yang Tuanku maksudkan.

Bukanlah niat patik untuk menderhaka kepada Tuanku dengan menulis warkah ini secara terbuka. Niat patik hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah oleh Tuanku.

Tuanku sendiri tahu bahawa patik tidak pernah bersikap angkuh dan sombong terhadap Tuanku. Ketika patik menjadi Menteri Besar Johor dan Tuanku adalah Pemangku Raja, hubungan kita amat akrab. Banyak hal-hal berkaitan pemerintahan negeri yang Tuanku kongsikan dengan patik dan patik telah mengurus Negeri Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia waktu itu. Hal ini telah diketahui umum dan tercatat dalam rekod negara.

Seingat patik, tidak pernah berlaku di zaman patik menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri Johor tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam. Perbelanjaan diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam utk membayar gaji.

Sebaliknya patik telah menubuhkan Tabung Amanah Warisan Johor di mana wang pampasan pembinaan Empangan Linggui berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor telah dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan generasi akan datang. Kerajaan negeri Johor sebenarnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor juga adalah antara perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang paling berjaya.

Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada kadar purata 6.7% dari tahun 1991-1995. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat dari
RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8% kepada 3.1%. Ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Johor telah menikmati kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi Menteri Besar.

Patik juga telah menangani masalah perpecahan Melayu Johor dengan menganjurkan perhimpunan Melayu Johor. Krisis pindaan perlembagaan tahun 1993 yang melibatkan soal imuniti Raja-Raja Melayu juga ditangani dengan baik.

Ketika patik menjadi Menteri Besar, patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan rakyat. Urusan negeri dijalankan tanpa campurtangan dari pihak luar termasuk Istana. Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan Kerajaan Negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan. Patik jalankan semua urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat.

Tidak ada tanah negeri Johor yang terlepas milikan secara kekal ke tangan warganegara asing. Tanah-tanah yang dipindah milik kepada para pelabur asing untuk tujuan pelaburan dalam bidang perindustrian  waktu itu hanyalah berstatus pegangan pajak (leasehold). Apabila tempoh pajakan berakhir, tanah-tanah tersebut perlu diserah semula kepada kerajaan. Tidak ada tanah yang tergadai kepada warga asing.

Sebaliknya, pembangunan yang pesat dalam bidang perindustrian telah berjaya menyumbangkan kemakmuran serta impak positif yang signifikan kepada ekonomi negeri Johor keseluruhannya. Malah ianya telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada bukan saja rakyat Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia di negeri lain yang berhampiran.

Pada waktu itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu akrab dan peruntukan yang banyak dicurahkan untuk memajukan negeri Johor. Patik juga diberi kebenaran untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan Singapura secara langsung kerana sedar tentang begitu pentingnya Kerajaan Johor bekerjasama dengan Singapura bagi faedah rakyat negeri Johor.

Malahan selepas patik berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan Menteri Pusat, negeri Johor senantiasa diberikan perhatian dan layanan yang adil. Patik masih ingat, ketika patik menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tuanku baru sahaja ditabalkan menjadil Sultan, Tuanku menitahkan patik supaya menasihati Tuanku tentang bagaimana untuk memajukan lagi negeri Johor. Patik dengan amat berbesar hati menjunjung titah Tuanku.

Bilakah patik dikatakan angkuh dan sombong?

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik tidak lagi berada di dalam kerajaan setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.

Patik masih ingat sewaktu patik mengadap Tuanku selepas dipecat di waktu itu pun Tuanku menyatakan simpati dengan apa yang berlaku terhadap patik. Nyata, Tuanku murka dengan perlakuan Najib yang menyingkir patik.

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik menegur penjualan hartanah berstatus hak milik kekal di Forest City kepada warganegara asing atas sebab mempertahan kedaulatan negeri dan negara.

Apa yang patik lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mempertahankan rakyat dan negara daripada kerosakan yang sedang dilakukan oleh Najib. Jika patik dikatakan angkuh dan sombong hanya semata-mata kerana patik berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran demi membela kepentingan rakyat dan negara, maka biarlah rakyat yang membuat penilaian.

Akhirnya, patik sekali lagi merafak sembah memohon keampunan daripada Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku dan mudah-mudahan negeri Johor sentiasa dilimpahi rahmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Tuanku.

Amin ya rabbal alamin.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

26 Februari 2017

Risalah Pencerahan DAP Tentang #RUU355 Adalah Fitnah - Ia Bukan Sebaran DAP.

Ketika ini ramai dikalangan penyokong-penyokong PAS giat menyebarkan gambar yang merujuk satu risalah yang kononnya diedarkan oleh DAP di laman sosial.

Ini gambar risalah yang dimaksudkan kami.


Menurut sumber dalaman DAP, penyebaran risalah berkenaan tiada ada kaitan sama sekali dengan parti itu dan sekaligus risalah berkenaan merupakan satu fitnah ke atas parti DAP.

Pihak kami telah mendekati dua individu yang giat menyebarkan risalah berkenaan di group politik WhatsApp bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung penyebaran risalah berkenaan namun kedua-dua individu itu tidak memberikan respon yang sepatutnya. 

Hasil tinjauan kami, mereka berdua mengakui sebagai ahli PAS namun kami tidak pasti jika pengakuan mereka adalah benar mahupun tidak. Ini kerana sesiapa pun boleh berlakon menjadi sesiapa di laman sosial. Sukar untuk disahkan juga.

Kami mendekati mereka untuk mendapatkan kepastian dari mana mereka memperolehi gambar risalah itu namun kedua-dua mereka bukan sahaja tidak menjawab pertanyaan malahan mengabaikan penjelasan kami bahawanya risalah itu adalah fitnah.

Pihak kami berharap agar penyokong-penyokong PAS tidak menjadi alat manipulasi sesetengah pihak dalam menyebarkan kandungan fitnah. Menjelang kempen PRU ke 14, berbagai risalah akan diterbit dan disebarkan, oleh itu sila semak dulu kebenarannya sebelum bertindak menyebarkan ia kerana dibimbangi diri kita menjadi alat untuk menfitnah satu-satu kumpulan. 

Ya, Saya Hisap Rokok Tapi Kerana Stress Kata Dyana Sofea.

Sejak semalam tular beberapa gambar yang menunjukkan lagak seorang bekas calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofea yang dikatakan sedang menghisap rokok di kawasan awam.

Gambar yang diambil oleh orang awam itu kemudiannya disebarkan di laman sosial dan Dyana Sofea seterusnya menerima kecaman yang bertubi-tubi baik dari penyokong pembangkang mahupun penyokong Barisan Nasional.


Gambar Dyana Sofea Hisap Rokok



Ketika kami bertanyakan kepada Dyana, apakah gambar-gambar yang tersebar itu merujuk kepada dirinya yang sedang merokok, Dyana menjawabnya ya.


Dyana Sofea Hisap Rokok Sebab Stress

Dyana dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Twitternya mengakui dirinya memang merokok tetapi hanya ketika dia berada di dalam keadaan yang tertekan. 

Dan kami percaya dengan pengakuannya itu kerana dari gambar-gambar yang tersebar, jelas menunjukkan wajahnya seperti berada dalam satu keadaan yang tertekan, rungsing dan marah.

Dyana tidak mempertahankan tindakannya sebaliknya meminta jika pihak diluar sana mempunyai kaedah terbaik buat dirinya untuk berhenti merokok.

Bagi diri kami tindakan mengakui kesalahan diri adalah satu tindakan terpuji dan baguslah kerana tidak mempertahankan tindakannya itu namun harus Dyana ingat larangan merokok ini bukan setakat kerana dia calon PRU ataupun kerana pembangkang tetapi atas sebab kesihatan juga. 

Untuk berhenti merokok ianya memang bukan mudah namun kami ada beberapa cadangan / nasihat ke atas Dyana dalam menanggani isu ini.

1. Ketika stress, sila merokok di kawasan tertutup. Sementara tunggu masa untuk berhenti merokok.

2. Makan. Senanam. Main game. Jika rasa tertekan sangat cuba gantikan rokok kepada 3 perkara ini. Kalau boleh makan yang manis-manis dan sedap-sedap. 

3. Cari kawan yang bersedia mendengar luahan dan masalah Dyana. Kami faham sebagai seorang public figure yang berkecimpung dalam dunia politik, sudah tentu ada pelbagai masalah yang Dyana lalui dan perlu atasi.

4. Harus Dyana ingat, menjaga kesihatan diri sendiri adalah penting untuk diri Dyana sendiri. Risiko kanser itu bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

5. Keperibadian Dyana sebenarnya cukup penting pada pandangan awam kerana Dyana bukan sekadar bawa diri sendiri malahan imej DAP dan PEMBANGKANG. Sudah tentu sekali lagi DAP akan diheret dalam mempertikaikan imej Dyana. DAP akan dipersalahkan kerana dituduh mempengaruhi Dyana sehingga dia menjadi gadis perokok. Walaupun kita tahu DAP tidak ada saham dalam tindak-tanduk kita, namun bukan itu yang penyokong politik akan fikir.

6. Satu lagi tentang public concern. Ketika ini masyarakat khususnya dikalangan yang terlibat dalam bidang kesihatan dan keselamatan, cukup giat berkempen agar masyarakat TIDAK MEROKOK di KAWASAN AWAM. Ini bagi menghormati ibu mengandung, anak-anak kecil, ibu menyusu, warga emas, wanita dan orang ramai oleh itu bersolidariti dengan kempen mereka, jangan sesekali menghisap rokok di kawasan awam.

Pihak kami percaya Dyana adalah seseorang yang sanggup menerima teguran secara terbuka dan bersedia memperbaiki kesilapannya. Jangan berputus asa dan JOM UBAH ya Dyana. 😎😎😎😎😎😎

Jumaat, 24 Februari 2017

The Star Buat Laporan Salah Tentang Beli Lori Dan Kapal Terbang Kata MP Kuala Nerus - Ini Penjelasan Dari Ustaz Khairuddin.

Oleh : Harakahdaily


Isteri Kedua Ustaz Khairuddin Beli Kereta Audi
Kekecohan Isu Audi Bermula Dengan Status Ini
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri menafikan laporan akhbar The Star yang menyebut kononnya beliau ada menyatakan secara angkuh bahawa beliau boleh membeli apa sahaja termasuk lori dan kapal terbang

Sedangkan kata beliau, ayat asal yang disampaikan kepada wartawan The Star itu hanyalah menyatakan secara umum sahaja.

Kata beliau lagi, pihaknya ada menghubungi wartawan The Star agar membetulkan semula berita yang disiarkan pagi tadi memandangkan masih ada kenyataan yang disalahtafsir oleh pihak berkenaan.

Beliau mengesahkan hanya membuat kenyataan umum tentang hak pemilikan kenderaan dan tidak merujuk kepada dirinya sendiri. 

Beliau berkata: "Setiap orang sama ada kaya atau miskin mempunyai hak memiliki apa sahaja kenderaan yang dia mahu dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing sama ada basikal, motosikal, kereta, lori atau kapal terbang.

"Saya tidak membuat kenyataan lain daripada itu. Mana-mana media yang melaporkan sebaliknya boleh diambil tindakan undang-undang," katanya kepada Harakah hari ini menolak laporan tersebut yang baginya hanya mengundang fitnah kepada beliau.

Beliau menegaskan kenyataan itu tidak merujuk kepada dirinya sendiri. 

"Itulah adalah kenyataan umum menjelaskan prinsip Islam dalam pemilikan harta. Saya tidak bercakap tentang diri saya."tegasnya.

Beliau menekankan bahawa "setiap orang boleh membeli basikal atau kereta kancil untuk kegunaan dirinya menurut kemampuan masing-masing".

Tambah beliau, hanya golongan sosialis yang mempertikaikan pemilikan harta manusia dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Muhammad Najhan Abd Halim pula berkata, dalam Islam, seorang pemimpin boleh memiliki kenderaan yang baik jika dia mampu apatah lagi jika ia datang dari hasil perniagaan sendiri setelah mana dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada rakyatnya dari sudut bantuan dan sebagainya. 

Apatah lagi tambahnya jika kenderaan yang baik digunakan ke sana sini bersama keluarga dan anak-anak kecil yang ramai berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan pelbagai lokasi ceramah menjangkau ribuan kilometer sebulan.

"Memiliki kenderaan yang baik adalah sunat dalam Islam sebagaimana sabit dalam hadis," ujar beliau lagi.

Isu ini menjadi panas apabila The Star membuat laporan salah mengaitkan Khairuddin sebagai berkata "saya mempunyai hak untuk membeli kereta mewah". Laporan salah itu mengundang persepsi pelbagai oleh khalayak. The Star hari ini telah membetulkan semula kenyataan salah itu.

Rosak Laut Kita Angkara VALE, Lihatlah Video Ini Wahai Rakyat Perak.

Oleh : Otai Manjung

Terima di peti pesanan daripada 'tanpa nama' mengirim video tumpahan bahan yang tidak dinyatakan (kemungkinan bijih besi yang diproses) akibat dari kemalangan. 

Laut Menjadi Mangsa
Pengirim memaklumkan ia berlaku di Teluk Rubiah, Manjung jeti Vale (syarikat yang memenangi undian anugerah ''The World's Worst Corporation in 2012'') yang telah membuka Kilang Bijih Besi di Kawasan Sensitif Alam Sekitar tahap 2 yang jelas tidak membenarkan sebarang pembangunan selain eko-pelancongan impak rendah bergantung kepada halangan setempat. 

Berlaku pada tahun lepas atau tahun ini tidak juga dinyatakan, namun kata pengirim orang yang rekod rakaman ini tidak lagi bekerja di lokasi terbabit, responnya dari persoalan kesan terhadapnya jika video ini dimuat-naik. (sejarah sebelum ini syarikat kaitan telah buang pekerja selepas rakaman bualan telefon kenyataannya terhadap seorang ketua kampung minta duit poket diviralkan dan juga berlaku pemberhentian pekerja asing Sekinchan Ikan Bakar yang dapat kontrak bekal makanan setelah tersebar gambar-gambar kontraktor luar diberikan kontrak bukan daripada pembekal tempatan dari daerah Manjung) 

Perlawanan terhadap kapitalis gergasi ini bermula 2008-2009 di Malaysia (aktivis-aktivis lokal bersama Sahabat Alam Malaysia - SAM, dan bermula dari isu ini wujudnya ngo KUASA), dan lebih awal dari itu di beberapa negara yang menjadi korban pelaburan Vale samada isu pencemaran/kemusnahan alam sekitar, ancaman komuniti dan kebajikan pekerja termasuk di negara asalnya Brazil (kaitan Hutan Amazon). 

Hingga hari ini pemantauan dan perlawanan ini masih berjalan di seluruh dunia oleh aktivis Friends Of The Earth (FoE) daripada setiap negara terbabit, dan daripada Malaysia di kalangan aktivis SAM (FoE-Malaysia), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan sokongan dari NGOs Alam Sekitar tempatan. 

Perjumpaan di kalangan aktivis terbabit diadakan secara bergilir di negara-negara yang menerima ancaman pelaburan Vale. 

Segala kebobrokan Vale di Teluk Rubiah direkodkan untuk generasi demi generasi akan tahu hal disebalik perlawanan ini, boleh layari page 'Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dari kerakusan manusia' (fb.com/SaveTelukRubiah). 

Generasi hari ini mungkin tidak tahu asal usulnya dan keunikan Rubiah yang tidak lagi awam boleh nikmatinya, nelayan-nelayan hilang kawasan pencarian rezekinya.
 

Khamis, 23 Februari 2017

Kronologi Pembunuhan Kim Jong Nam Dan Konflik Malaysia - Korea Utara Bahagian 1.

13 Februari 2017 di KLIA 2. Disini Kim Jong Nam yang berusia 46 tahun telah diserang dengan cara kepalanya diserkup dengan kain yang berisi cecair beracun, ketika sedang menunggu di balai pelepasan di satu sudut ruang.

Dan ini adalah kisah kematiannya yang bakal menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia buat tatapan generasi akan datang. 

Kronologi Pembunuhan Kim Jong Nam
Infografik : Kronologi Pembunuhan Kim Jong Nam
Fakta kes yang anda patut tahu.

i. Pembunuhan Kim Jong Nam, lelaki Korea Utara, 46 tahun.

1. Kim Jong Nam diserkup dengan kain yang berisi cecair beracun.

2. Ketika itu Kim Jong Nam sedang menunggu di balai pelepasan KLIA 2 untuk penerbangan ke Macau.

3. Kim Jong Nam berada di Malaysia sejak 6 Februari 2017.

4. Kim Jong Nam diserkup dengan kain oleh seorang wanita. Manakala seorang wanita yang lain berdiri berhadapan dengannya untuk menyembur sesuatu cecair di mukanya.

Imej oleh Berita Harian
5. Selepas menyerkup Kim Jong Nam dengan kain yang mengandungi cecair beracun, wanita itu melarikan diri bersama seorang wanita yang lain, wanita itu ialah suspek dan rakan subahat menurut kenyataan PDRM.

6. Selepas diserkup dengan kain, Kim Jong Nam mengadu matanya pedih di kaunter KLIA untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke hospital Putrajaya namun mati dalam perjalanan.

Pasport Palsu Kim Chol
Pasport Palsu : Kim Jong Nam
7. Penemuan polis mendapati Kim Jong Nam masuk ke Malaysia menggunakan identiti palsu, iaitu menyamar sebagai Kim Chol. 

8. Hasil siasatan awal, polis mendedahkan 2 wanita yang menyerang Kim Jong Nam kemudiannya 2 wanita berkenaan ditahan oleh polis sebagai suspek. Seorangnya dikenali dengan nama Siti Aishah, 25 tahun, warganegara Indonesia manakala seorang yang lain ialah Doan Thi Huong, 29 tahun, yang menggunakan dokumen perjalanan Vietnam. 

Doan Thi Huong
Dalam gambar : Doan Thi Huong
Rakaman CCTV : Doan Thi Houng
9. Ketika ditahan, kedua-dua wanita itu mendakwa bahawa mereka menyangka serangan yang mereka lakukan ke atas Kim Jong Nam merupakan satu bentuk 'prank' (bergurau/olok-olok).

10. Siti Aishah bekerja di salah sebuah kelab malam di Kuala Lumpur dan dibayar sebanyak USD100 untuk melakukan serangan itu.

11. Penahanan yang begitu mudah ke atas kedua-dua suspek membuktikan kedua-dua suspek itu mungkin adalah alat bagi satu pembunuhan yang telah dirancang lebih awal. 

12. Selain dari 2 suspek wanita tersebut, polis juga telah menamakan 4 suspek penting lain dalam kejadian tersebut. Kekasih Siti Aishah turut ditahan bagi membantu siasatan namun disahkan oleh PDRM bahawa dirinya tidak terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut.

4 Suspek Utama Didedahkan Polis - Imej fb PDRM

ii. Media tempatan, rakyat, keliru, tertanya-tanya

13. Ketika Malaysia masih dalam proses pengesahan mayat, berita kematian Kim Jong Nam telah tersebar di seluruh negara dan dilaporkan secara meluas oleh media-media antarabangsa dan ini sekaligus menimbulkan tanda-tanya dikalangan rakyat dan media tempatan.

14. Siapa sumber yang mendedahkan kematian Kim Jong Nam kepada media luar? Sudah tentu Malaysia perlu masa untuk proses pengecaman identiti apatah lagi Kim Jong Nam menggunakan identiti palsu semasa masuk  ke Malaysia.

15. Apakah tujuan sumber itu mendedahkan kepada media antarabangsa - apakah tekanan yang mereka mahu berikan kepada Malaysia? Ini menjadi persoalan orang ramai.

16. Media tempatan terpaksa mengutip berita dari luar dan terpinga-pinga, sistem keselamatan negara kita juga dipertikaikan oleh rakyat sendiri.

17. Ketika ini rakyat Malaysia telah berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama, mengkritik, kumpulan kedua, menyokong dan kumpulan ketiga tunggu dan lihat.

Akan bersambung untuk bahagian kedua.

Sumber media, rujukan : 

Gambar, infografik : Berita Harian, Bernama, Free Malaysia Today.

Berita : Sinar Harian, Malaysiakini, Berita Harian, NSTP, The Star Online.

Tak Perlu Pertikaikan Kekayaan Orang Lain Tapi Bila Dah Kaya Sangat Usahlah Minta Derma Lagi Kata RORA.

"Saya fikir tidak perlu kita pertikaikan kekayaan orang yang diberi rezeki lebih dari kita. Ia adalah kelebihan untuk beliau".

"Cuma bila beliau kata dah boleh kapal terbang dan lori itu bagi saya sangat bagus. Tidak perlu lagi digerakkan tabung tin milo untuk kumpulannya lagi. Pelajar agama luar negara yang susah juga boleh buat proposal untuk minta bantuan dari beliau", demikian status Ustaz Rozaimi yang dipetik dari fb rasminya.

Walaupun secara halus dan tidak menyebut nama, semua pihak rasanya maklum bahawa sindiran yang ditulis oleh Ustaz Rozaimi, pakar hadis itu merujuk kepada Datuk Ustaz Khairuddin At-Takiri, Ahli Parlimen PAS di Kuala Nerus yang juga merupakan salah seorang AJK dalam Dewan Ulama PAS Pusat.


Ini berikutan kontroversi yang dihadapi oleh ustaz PAS itu apabila isteri kedua beliau berkongsikan satu gambar kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepadanya di media sosial. Netizens lantas 'tangkaplayar' post tersebut dan ianya menjadi tular sehingga Ustaz Khairuddin dikecam bertubi-tubi di media sosial sejak dua hari lepas.

Troll Oleh Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Melihatkan kecaman itu semakin memuncak, Ustaz Khairuddin akhirnya menjawab kepada kritikan tersebut. Menurut Ustaz Khairuddin, ianya tidak menjadi masalah jika beliau membeli Audi kerana beliau ada hak untuk berbuat demikian. Malahan jika beliau mahu membeli lori dan kapal terbang sekalipun, ianya bukan urusan mereka (netizens).

Jawapan itu bukan sahaja tidak meredakan kritikan masyarakat malahan ianya semakin bertambah apabila semakin banyak pihak yang tampil mempertikaikan Ustaz Khairuddin kerana bersikap riak dan berlagak. Ada juga yang mempersoalkan PAS tidak sepatutnya meminta derma memandangkan pemimpin-pemimpin PAS kini hidup kaya-raya dan memiliki rangkaian kereta mewah.

Status-status lama Ustaz Khairuddin diselongkar dan dipertikaikan netizens apabila post-post meminta derma diperlekehkan umum. Malahan video-video ceramah nya juga turut menjadi bahan gelak-tawa di laman sosial kerana pandai menasihatkan orang lain untuk sabar bila menghadapi dugaan namun dirinya sendiri gagal menguruskan kritikan umum apabila memberikan jawapan seakan-akan berlagak di pandangan masyarakat.

Troll Oleh Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Ustaz Khairuddin turut dipertikaikan kerana gagal membayar saman yang menimbun tetapi dalam waktu yang sama sibuk meningkatkan jumlah denda wang dalam usul pindaan #RUU355. Lebih banyak hal peribadinya diselongkar netizens dan menjadi bahan kritikan di media sosial.

Oleh kerana selama ini pembangkang seringkali menjadikan gaya hidup mewah pemimpin BN sebagai modal kritikan maka kami tidak nampak kenapa keadaan yang sama berbalik ke atas pembangkang. 

Sebelum ini, Ustaz Nasruddin, Ustaz Zaharuddin, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Adam Rosly, Hilman, Zuraidah Kamaruddin turut menerima kecaman yang sama berhubung isu gaya hidup mewah mereka di kala rakyat bergelut dengan kesusahan hidup pemimpin parti sibuk mengumpulkan harta kekayaan kata netizens lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...