Ahad, 7 Ogos 2016

Mufti Wilayah Nafi Haramkan Pokemon Go, Media Tersalah Lapor Kerana Tidak Faham.


Aku petik penjelasan Mufti Wilayah daripada Razif Fuad. Dalam penjelasan itu menafikan bahawanya Mufti Wilayah telah bertindak mengharamkan Pokemon Go. Penjelasan itu juga hanya mensasarkan Malaysiakini sebagai media yang tersalah lapor.

Adakah ini adil? Petikla semua media yang tersalah lapor juga. Aku baca suratkhabar fizikal Berita Harian front page terbitan sabtu 6 Ogos (semalam) yang terang-terang lapor Mufti Wilayah haramkan Pokemon Go.

Aku akan bagi bukti lepas dapat pegang paper tu nanti. Sekarang baca la penafian Mufti Wilayah tentang pengharaman Pokemon Go. Dan, ya aku setuju dengan point Mufti Wilayah yang terbaru neh.

------------

"SAYA TIDAK PERNAH KATAKAN POKEMON GO HARAM. ITU KERJA SEGELINTIR MEDIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" - MUFTI WP

Kenali Mufti Wilayah di sini [https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri]

Artikel asal Bayan Linnas di sini [http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go]

Sebentar tadi saya sempat berbual isu kontroversi ini.

Beliau cuma tersenyum dan sama sekali tidak menampakkan riak sedih walaupun diserang oleh beberapa media alternatif dan masyarakat awam yang tidak mengenali beliau ataupun baru sahaja nak mengenali beliau.

Malah, beliau baru sahaja ditelefon oleh pihak media yang meminta izin untuk menemubual secara atas talian berhubung Fatwa Pokemon Go malam ni. Beliau menolak untuk ditemubual kerana amat khuatir fatwa ini menenggelamkan isu lain yang lebih wajar dibuat liputan menyeluruh oleh media :) Beliau membetulkan kerusi dan menarik nafas panjang sebelum mula melantunkan kata. Saya, Man Ana Man Anta dan Muhamad Hashim dengar dengan berhati-hati.

"Kalau teliti betul-betul dalam artikel Bayan Linnas, ana sama sekali tak mengharamkan Pokemon Go secara total. Sebab utama adalah ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah. Pendekatan yang ana pakai adalah menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan ana CENDERUNG ke arah keharamannya.

Ana guna ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." Ini antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka).

Beliau tak kata haram, harus dan lain-lain secara jelas. Kalau guna perkataan haram, ia adakalanya beri impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Ana nak masyarakat faham bahawa ana AMAT KURANG GEMAR masyarakat kita terlalu asyik dengan Pokemon Go berdasarkan beberapa hujah yang diberikan.

Bagi yang betul-betul baca dan faham artikel tu, akan faham pendirian ana. Kita jangan terpengaruh dengan media-media yang nak ambil kesempatan. Tak apalah. Kita terus jalan.

Banyak lagi kerja kita. Bulan September ni ada satu isu yang lebih penting ana akan kupaskan." Selepas bersalam, beliau pun berlalu.

 =========================

Lihat betapa halus dan telitinya beliau dalam memilih perkataan yang sesuai bagi proses mengeluarkan fatwa. Ini kerana, setiap istilah memberi makna faham yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Alhamdulillah.

Walaupun pertemuan hanya 5 minit namun buah-buah ilmu yang segar sentiasa diperoleh. Mufti WP tidak semberono menghukum ianya haram. Harap faham Malaysiakini (BM Version) Malaysiakini. *Gambar sebelah kanan adalah buku 'Istilah-Istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab' yang ditulis oleh beliau sendiri.

Bagus kalau persatuan mahasiswa di IPT panggil beliau bedah buku ini. Sangat bermanfaat. Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan 2.10 PM

 #MalaysiakiniTakAkanCerita

Razif Fuad.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...