Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Ogos 2016

Adakah Filem Melayu Begitu Hina Sehingga Perlu Wujudkan Kategori Baru, FFM?

Kronologi ringkas.

FFM ataupun Festival Filem Malaysia pada tahun ini mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak samada orang dalam industri mahupun orang di luar industri. Ini gara-gara tindakan mereka yang mewujudkan segeration ataupun pengasingan di antara filem berbahasa melayu dan filem bukan berbahasa melayu.

Tindakan FFM itu pada awalnya dikritik oleh PENULIS - Presiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur Dan Selangor, Alfie Palermo.

Menurut Alfie, pengwujudan kategori seperti Filem Bukan Bahasa Melayu adalah sangat memalukan dan bersifat perkauman. Gejala itu sangat membimbangkan dan tindakan FFM28 itu tersangatlah tidak masuk akal. Alfie turut mempersoalkan peranan FFM dan FINAS dalam menyemai semangat perpaduan menerusi filem apabila mewujudkan kategori yang racis.

Afdlin kemudian tampil membela kenyataan Alfie. Afdlin tampil dengan lebih garang apabila melakukan pengisytiharan terbuka bahawa dia memboikot FFM28 atas alasan yang sama seperti yang disuarakan oleh Aflie. (rujuk)

Namun kontroversi ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Di saat FFM gasak diserang netizens atas alasan mewujudkan kategori yang menyemai semangat perkauman, Yusof Haslam tampil membela FFM. 

Yusof dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Afdlin perlu menghormati identiti negara ini dan kategori baru tidak diwujudkan kerana perkauman. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara dan kita tidak wajar korbankan nilai demi menghalalkan cara. 

Yusof Haslam ialah individu yang berkepentingan dalam FFM28, dua filem terbitan SKOP PRODUCTION antara filem yang tercalon disamping menjadi presiden kepada FINAS. (rujuk)

FFM turut menegaskan bahawa tindakan pengasingan itu tepat kerana syarat utama bagi filem Malaysia ialah yang menggunakan bahasa kebangsaan. 70% bahasa yang digunakan dalam filem tempatan mestilah menggunakan bahasa melayu atas alasan memartabatkan bahasa melayu yang juga menjadi bahasa rasmi negara.

Meskipun dikecam pelbagai pihak, FFM28 tetap ada penyokongnya tersendiri. PERKASA dan KARYAWAN tampil membela tindakan FFM28 dan mengatakan kaedah penjurian FFM28 adalah tepat.

PERKASA ialah satu NGO yang terkenal dengan agenda racisma.

Susulan dari kontroversi yang melanda FFM28, pengarah Mohd Noor Kassim bertindak memulangkan trofi yang diterimanya di tong sampah (rujuk) dan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM), Hafiz Ibrahim meletakkan jawatan (rujuk).

MIC dan DAP turut mengambil kesempatan mengkritik penganjuran FFM28. Menjadikan isu neh berbaur political. 

Susulan dari kritikan demi kritikan dan kecaman orang awam ke atas penganjuran FFM28, Menteri Komunikasi, Salleh Said Keruak akhirnya membuat keputusan ;
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memutuskan penyertaan bagi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini. 
Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian itu turut mewujudkan kategori baru Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FMM ke-28 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.

"Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

Isu itu timbul berikutan keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival kali ini.

Filem Ola Bola dan Jagat yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.

-Bernama
-----------------------

Antara netizen yang mengkritik FFM

1. Pada awalnya FFM memutuskan filem bukan bahasa melayu 70% tak layak dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

2. Diwujudkan filem bukan bahasa melayu terbaik.

3. Pengwujudan kategori itu membuktikan bahawa filem bukan bahasa melayu yang sedia ada telah menandingi filem bahasa melayu yang dicalonkan. Jika tidak, mane mungkin wujud pengasingan sebegitu.

4. Setelah dikritik dan menteri yang telah mengambil pandangan semua pihak (kononnya) akhirnya memutuskan semua filem samada berbahasa melayu 70% ataupun kurang layak dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

5. Namun kategori filem terbaik berbahasa melayu pula wujud.

6. Dasar cikai. Nampak sangat kategori filem terbaik tidak akan dimenangi oleh filem bahasa melayu. Awal2 dah tunjukkan betapa lemah dan hinanya filem2 bahasa melayu yang tercalon. Bangang.

7. Sungguhpun filem bukan berbahasa melayu 70% akhirnya dibenar untuk dicalonkan, tetapi ianya tidak menyelesaikan masalah berbangkit juga.

8. Nak taknak, nak juga juri FFM28 meletakkan filem terbaik salah satunya mestinya diiktirafkan dari filem berbahasa melayu lebih dari 70%.

9. Disitulah kesakaian penyokong2 FFM28 neh bermula.

10. Mereka tidak mahu menerima kelemahan dan kegagalan pembikin2 filem melayu yang rata2nya bertaraf sampah sarap.

11. Tidak salah mencari keuntungan tetapi filem memandangkan kita sedang melakukan pelaburan tetapi biarlah sesuatu yang mampu membuatkan masyarakat kita berfikir dan menjadi cerdik. Bukannya memperbodohkan masyarakat dengan cerita2 cinta palsu tak berkesudahan. Satu dua filem cinta takpe lagi. Ini rata2 filem kita sebegitu. Macam ikut trend. Orang buat filem hantu, nanti sederet filem hantu yang keluar. Orang buat filem hantu kelakar, nanti sederet filem hantu kelakar yang keluar. Orang buat filem motor, nanti sederet filem bab motor keluar. Ape neh. Takde idea sangat ke apa? BODOH.

12. Aku dah bertahun tak jejak wayang tengok cerita2 melayu neh. Aku p wayang pun tengok animasi. Tapi baru2 neh ada keinginan nak tengok Redha. Cuma tak berkesempatan. Bagi aku genre filem sebegitu rare di Malaysia tetapi sayangnya ia kurang mendapat sambutan. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Mungkin juga kerana itu pembikin2 filem kita membuat filem berdasarkan kepada kecenderungan masyarakat. Sebenarnya, lagi dibuat sebegitu, lagi la tak terdidik masyarakat kita. Jika pembikin2 filem bertegas hanya mengeluarkan filem yang bermutu tinggi, lama-kelamaan masyarakat kita akan tertarik nak menghayati. Atau mungkin juga industri filem kita hanya diminati oleh golongan remaja. Sebab tu genre2 filem seperti Redha takde sokongan. Yang dah berusia apa semua malas nak p wayang. Tengok free kat internet sudah. Huhu.

13. Meskipun begitu, aneh juga apabila filem2 bukan berbahasa melayu yang tidak memaparkan genre cinta seperti Ola Bola boleh mendapat sambutan luar biasa masyarakat.

14. Sejak kebelakangan ini pengiat2 seni tanah air bukan melayu rajin betul membuat filem2 yang bermutu dan mempelbagaikan genre filem mereka. Ini bermaksud mereka menjadi trend setter. Orang yang melakukan perubahan tanpa mempedulikan kecederungan masyarakat dan lama kelamaan masyarakat akan terdorong untuk menonton disebabkan terpengaruh dengan perubahan.

15. Mungkin disebabkan itu pengiat2 seni tanah air melayu rasa terancam apabila industri yang dikuasai oleh mereka secara majoriti bakal diambilalih. 

16. Persaingan tak patut ditutup. Raikan ia secara positif.

17. Untuk membuktikan pembikin2 filem melayu bermaruah, elok FFM28 mahsuhkan sahaja kategori filem berbahasa melayu terbaik. 

18. Jangan manjakan dan momokkan mereka dengan anugerah2 yang tak selayaknya mereka terima.

19. Kalau amek juga anugerah bagi kategori tu nampak sangat terdesak. Sangat memalukan. Nampak sangat takde maruah.

20. Apabila filem kita selayaknya menjadi yang terbaik, filem kita terbaik. Apabila filem kita bukan terbaik perlu kita akui filem kita bukan terbaik. Kualiti kerja kita, kita lebih tahu. Kualiti kerja orang lain pun kita boleh tahu memandangkan kita bekerja dalam industri. Kita ada pengalaman dan faham kenapa satu2 filem itu layak menjadi yang terbaik. Bukannya kita tak belajar untuk sampai ke peringkat ini sungguh pun hasil kerja kita kadangkala cincai sebab perlu cari makan, ye tak?

Sebenarnya, sejak tahun-tahun kebelakangan ini perpecahan antara kaum semakin teruk. Kita bincang tentang pemahsuhan sekolah jenis cina, tamil dikatakan racist kerana mahu mewujudkan sekolah satu malaysia, kita bincang tentang penghapusan sekolah agama dan satukan dengan sekolah kebangsaan agar murid tidak merasa letih ke dua sekolah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dikatakan sedang menyebarkan ajaran liberal, pendek kata isu-isu yang membabitkan kaum dan agama cukup meletihkan bagi mereka2 yang cuba mendamaikan semua kaum di Malaysia dengan memupuk semangat perpaduan. 

Tambahan pula parti2 politik elit gemar juga mempergunakan sentimen masyarakat yang berbilang bangsa bagi menyemarakkan api perkauman. Itu semua mewujudkan jurang perpecahan di antara kaum di Malaysia. FFM tidak sepatutnya menambahkan masalah perkauman yang semakin teruk di era pemerintahan Najib. Cukup2la dengan masalah sedia ada, jadila sesuatu yang memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat memandangkan sikap kita pada hari ini akan menjadi rujukan bagi generasi mendatang. Kita nak membina generasi yang bagaimana, adalah tertakluk kepada pendirian kita pada masa kini. Nak hancurkan negara dengan sentimen perkauman atau memupuk semangat perpaduan dan sikap tolenrasi antara kaum, terserah. Apa yang pasti kita tidak hidup selamanya. Generasi akan datang pasti akan menilai keputusan kita kelak. Fikir-fikirkanla ya. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...