Khamis, 4 Ogos 2016

Apa Dah Jadi Pada Siasatan Kemasukan 2 Juta Dalam Acc Rosmah - Ratu Naga Melawak Pasal Rosmah Laju2 Pula Kena Siasat.

Adakah Malaysia ini kepunyaan Rosmah? Aku tanya aje neh. Bukan tuduh atau fitnah. Yang terfitnah hari tu aku dah minta maaf okay.

Hahahaha.

Pada tahun lepas, Awani melaporkan ;

Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memaklumkan mereka sudah mengetahui berkaitan dakwaan wang RM2 juta dimasukkan ke akaun isteri perdana menteri.

"Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan," kata Pasukan Petugas Khas itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan media itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan Petugas Khas itu dalam kenyataannya turut menegaskan siasatan dijalankan dengan telus, bebas dan profesional serta berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan mereka.

"Semua pendedahan itu dipandang serius oleh Pasukan Petugas Khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan," kata kenyataan itu lagi.

Pada Khamis, Sarawak Report mendakwa isteri perdana menteri menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Jumlah itu didakwa didepositkan seorang "pembantu peribadi" bernama Roslan Sohari menerusi lapan transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)" di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Sementara itu, portal berita Malaysiakini dilapor sudah menghubungi seorang pembantu Rosmah dan masih menunggu reaksi pihak beliau.

Rujukan : Awani.

Berita tarikh 10 Julai 2015.

Sekarang 4 Ogos 2016.

Lebih dari setahun tunggu hasil siasatan. Apa yang berlaku ye? Baru-baru neh satu laporan polis dibuat ke atas Suara Rakyat, Ratu Naga, Hilbert dan Johor Bangkit atas insiden penyebaran gambar Rosmah yang dikatakan bermesra dengan Sultan Pahang.

Gambar tu biasala, bebudak neh nak troll-troll..

Lepas tu tak dinafi ada macam unsur-unsur fitnahsme. 

Kemudian pegawai khas Rosmah kata Rosmah pemaaf. Dia dah maafkan semua..

Tapi masih ada laporan polis dan masih siasat pula individu-individu yang disebutkan. 

Laporan polis tu kononnya atas alasan menghina monarki Pahang. Tapi monarki Pahang yang ku kenali, dia tak amek port benda-benda gini. Bukan ahti tisu punya orang woo. Yang pepuak neh buat report sebenarnya ada alasan lain tapi saja-saja la up alasan lain. Takde la nampak sangat pembodekan terancang disitu. Kita sama kita faham-faham sendiri sudahla.

Dan yang beria nya. Polis kau neh. Laju gila siasat. Ratu Naga dikhabarkan telah disiasat polis. Semalam report, hari ini siasat.

Yang kes kemasukan 2 juta ke dalam account Rosmah pula macam mana? PDRM ialah antara entiti yang terlibat dalam pasukan siasatan khas meskipun ianya dah dibubarkan atas alasan tertentu tapi bukan kah rakyat berhak mengetahui kata putus dalam isu kemasukan 2 juta dalam account Rosmah itu?

Tambahan pula baru2 neh SR sekali lagi mendedahkan ada pihak yang menggunakan dana SRC untuk mengubahsuai rumah dan membeli product anti penuaan.

Source duit tu begini secara ringkasnya.

Duit KWAP 4B -> diberikan kepada SRC International atas nama pinjaman -> SRC masukkan ke dalam personal acc Najib. 

Dan pihak Najib mengatakan Najib tidak pernah walau sekali menyalah gunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Entahlah.

Nak tuduh bukti takde tapi kronologi aliran wang tu macam hampir kepada kecurian. 

Hehe.

Dan account Rosmah tu pula dikesan menerima kemasukan wang 2 juta secara beransur2 selama hampir 2 bulan. Ianya berlaku selepas SRC diberikan pinjaman oleh KWAP. 

Dan kalau korang lihat gambar ;


SRC International yang dikaitkan dengan beberapa skandal dalam laporan kewangannya sejak 7 Januari 2011 hingga 31 Mac 2012 seperti yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mengesahkan menerima pinjaman itu. 
Malah, laporan menyatakan pinjaman berkenaan dikatakan tidak mempunyai cagaran dan hanya dijamin oleh kerajaan di mana sekiranya SRC International gagal membayar hutang tersebut maka ia akan ditanggung oleh rakyat.


1. SRC International ialah anak syarikat 1MDB pada asalnya.

2. Terlibat dengan beberapa masalah kewangan.

3. Namun diberikan pinjaman oleh KWAP.

4. Gagal bayar hutang.

5. Dan diserap ke dalam kementerian kewangan. Ketua dia Najib Razak.

Cerdik tak permainan dorang?

Berita di atas dilaporkan pada 7 April 2016. Sahla yang SRC gagal bayar hutang sampai ke hari ini. 

Dan MSTAR pernah melaporkan pandangan KWAP. Katanya SRC peminjam yang bertanggungjawab.

Rujuk : MSTAR.

Pinjaman itu ada bunga. Berakhir pada tahun 2021 dan 2022.

Setakat neh katanya patuh pada jadual pembayaran. Tapi pasal apa pula Kementerian Kewangan serap masuk?

Nampak tak apa yang aku nampak? Sapa tak nampak dia Noh Omar.

Ringkasannya begini.

KWAP bagi pinjam -> SRC terima pinjaman -> Duit tatau ke mana, SRC hadapi masalah kewangan -> Serap masuk dalam Kementerian Kewangan -> Status pembayaran pinjaman kita tatau macam mana -> Jika gagal bayar, rakyat tanggung kerana pinjaman dijamin kerajaan -> Najib terima wang dari SRC -> Acc ditutup -> Rosmah terima kemasukan wang secara berkala -> Kecoh -> Pegawai yang masukkan duit menghilang -> Pasukan Khas siasat kes -> Tapi takde conclusion dan Pasukan Siasatan Khas pun dah bubar -> Najib tak bersalah.

Eh sy-al la. Macam neh pun boleh kata tak terlibat dengan apa2 salah laku lagi tu. Gilak!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...