Selasa, 2 Ogos 2016

Noh Omar Cadang Kutip Derma Untuk Baiki Sekolah - Rakyat Bayar GST Untuk Apa? Besarkan Telur Menteri Malaysia Ke?


Noh Omar Otak Udang Yang Begitu BODOH SEKALI!

Hambek Kaw.

Cadangan Noh Omar : Minta derma dari ibu bapa agar pihak sekolah dapat menaiktaraf kemudahan2 di sekolah.. sementara tunggu peruntukan disalurkan.. (derma tu dapat balik ke? ayat macam celake).

WHAT THE HELL!

Sedia maklum aku seringkali memperjuangkan hak murid,pelajar,guru untuk mendapatkan infrastruktur sekolah yang up-to-date sesuai dengan perubahan zaman dan tuntutan semasa.

Pernah kecoh dulu kes anak-anak manja tak boleh beratur tengah panas.. mak yang mengkritik tindakan itu dihina oleh ramai pihak tapi aku bekap mak tu. Yes, aku bekap ibu bapa yang protes anaknya berjemur tengah panas. Mak bapa, guru2 yang marah dengan kritikan itu sebenarnya BODOH NAK MAMPOS!

Ini bukan zaman baru merdeka bhai. Kita dah lama merdeka. Tapi sekolah kita macam baru merdeka. Takde perubahan reka-bentuk. Kerusi meja zaman Jepun, zaman British itu juga yang korang ulang guna. 

Kelas dengan pintu takde, loker bersepai, lantai simen, cermin pecah. Sekolah hapa macam tu.

Meja guru pun bertahun tak ganti. Balut dengan kertas hadiah je. Maju sikit. Sekarang balut guna wallpaper. Bodohla korang.

Tengok sekolah2 kerajaan di luar negara macam mana. Dorang upgrade fasiliti dari semasa ke semasa disebabkan tuntutan keadaan.

50 tahun lepas kau berjemur tengah panas kau boleh relax lagi. 50 tahun sekarang kalau ko berjemur tengah panas di saat kau boleh bina dewan sekolah memang sah kau bengap. Cuaca panas zaman sekarang tak sama macam cuaca panas zaman dulu. Panas-panas zaman dahulu pun pokok melambak lagi. Pun takde la panas piau. Zaman sekarang dengan kualiti udara yang macam hampeh, dengan peningkatan suhu kepanasan global, tak elok bebudak dibiarkan beratur tengah panas.. dengar cikgu potpetpotpet marah itu marah ini.. tambahan pula ianya adat kuno untuk beratur selepas rehat dan masuk kelas. Ubah la. Aku tengok pun semak. Baju sekolah dah la tak cantik.

Cuba kau bandingkan pula dengan kerusi empuk menteri. 50 tahun dulu kerusi kayu. Kemudian kerusi jati. Kemudian kerusi jati ada sofa sikit. Sekarang kerusi empuk nak mampos. Lebih empuk dari tilam kat rumah kita beb.

Office dorang. Setiap beberapa tahun renovate.
Lantai siap mozek bagai.

Aih, menteri reti pula renovate semua bagai bagi memudahkan dan membantu mereka bekerja dengan lebih cekap dan effisen (walaupun sebenarnya langsung tak cekap bahkan tak amanah pula tu)?

Kereta rasmi nak bertukar sesaja.
Siap rakyat tampung bab penyelenggaraan tu (dipaksa) lagi.

Tapi, dengan mak bapak kemain berkira bab kemudahan sekolah? 

Salah ke mak bapak bayangkan sekolah anak2 dorang dah canggih manggih macam sekolah2 luar negara? Aku tengok sekolah sekarang mana ada simen2 bhai. Mozek je. Perpustakaan pun besar. Gamaknya menteri kau banding dengan sekolah Myammar pun. Cukupla tu. Asalkan lebih baik dari Myammar dah patut rakyat rasa bersyukur. Lebih baik ada sekolah dari tak ada?

Pendek kata kerajaan kau neh cincai-cincai je bab fasiliti sekolah. Sebab dorang pun tak hantar anak belajar kat sekolah kerajaan. Kalau hantar pun kat sekolah2 tertentu di KL yang mana confirmla atas reference kementerian, kena la update selalu kemudahan di sekolah tersebut sebab ada anak menteri bersekolah disitu. Tengok sekolah kampung macam mana kemudahannya. Sekolah kayu pun ada lagi.  

Malas nak mengupdate-to-datekan prasarana sekolah tapi buat projek juta-juta babitkan kementerian pendidikan rajin pula. Buat sistem itu sistem ini projek komputer la apa bana la lepas tu duit lesap, hilang, rugi takpun ditipu. Last2 apa tak hel.

Cuba kau pelan2 naik taraf satu sekolah ke satu sekolah. Lakukan secara konsisten. Kalau buat dari dulu dah lama sekolah kita berjaya ditaraf secara menyeluruh.

Ko stop dulu projek2 jutaan biol ko tu. Naik menteri pendidikan baru, projek baru sistem baru. Nanti tukar yang lain, projek baru sistem baru. Boleh mati sakit jiwa tengok perangai menteri2 setan kau neh.

Ini ada ke patut minta derma orang ramai untuk upgrade fasiliti sekolah? Dulu kata bayar GST boleh bina lebih banyak sekolah (tak payah bina la, cukupla ko buat sekolah luas2 yang mampu tempatkan ramai pelajar dengan prasarana yang mengikut keperluan semasa).

Nak cukai jalan, nak tol, nak bayar lesen kereta tetiap tahun nak pula cukai tanah, hartanah lepas tu paksa bayar zakat ke dia je, tak puas ahti lagi. Hapuskan pula satu persatu subsidi. Dengan gula, minyak masak, petrol dan kini beras. Tak lama lagi apa yang nak dihapuskan tatau la. Lepas tu tuntut GST. Ewahh. Cantiknya perangai. Guna duit rakyat buat pinjaman PTPTN lepas tu kenakan riba. Rakyat apa tak dapat. Kena sakau lagi ada. Kerajaan pinjam EPF, pinjam SOSCO ada bunga tak?

800 juta duit sosco boleh upgrade puluhan atau mungkin ratusan sekolah kalau kontraktor tak main duit, menteri tak songlap dana.

Payah betul dapat menteri yang berkira dalam hal2 babitkan kepentingan rakyat tetapi laju2 berkompromi dalam hal2 yang membazirkan wang negara.

Sedih tengok sekolah kita. Sedih tengok pejabat perompak wang negara. Sedih tengok kita tak nak lawan sungguh2 demi suasana pembelajaran yang lebih berkualiti untuk anak2 kita. Sebaliknya masyarakat kita lebih suka menekankan konsep terima je apa yang ada... sedangkan dalam waktu yang sama dorang tatau hak dorang dah kena rembat dalam projek2 jutaan ringgit bagi mengkayakan pihak2 tertentu. Moga mak bapak dan cikgu2 seMalaysia berhenti memperbodohkan diri demi pemimpin yang tak guna satusen pun.

Kbai.

Dan sedikit tambahan, lupa pula. Tadi nampak status Zulhazmi. Dia cakap dia kena bayar 300 untuk kertas peperiksaan bagi ketiga2 anaknya yang bersekolah. Syabas. Lainkali kutip seribu sorang je. Senang sikit aku nak hasut rakyat revolusi. 

KAHKAHKAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...