Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Ogos 2016

3 Mahasiswa Yg Ditahan Kerana Berdemo Telah Melakukan Provokasi, Bukannya Berjuang - Dan Inila Adalah Suara Saya Yang Bebas.

Letihla nak. Letih.
Letih diperbodohkan.
Letih diperkulikan.
Letih dijadikan alat untuk melakukan provokasi bagi membolehkan pembangkang mendapat millage politik.
Letih.

Jika enam tahun yang lepas, insiden 3 mahasiswa merempuh halangan polis berlaku, nescayalah aku akan meroyan laju-laju menyokong. Ya. Dengan lajunya aku menyokong dan memihak mereka.

Tetapi dalam masa enam tahun ini, aku telah mengalami pelbagai pengalaman sehingga aku terculture shock dengan pembawakan pembangkang yang mana pada hari ini menjadikan aku lebih bersimpati & menyayangi diri sendiri. Dan bukan lagi membuta diri mempercayai pemimpin dan parti. Aku menyesal pernah mempercayai mereka dengan sepenuh ahti dan aku masih lagi menyesal kini.

Baru-baru ini, di dalam momentum ke arah perhimpunan #TangkapMO1 secara besar-besaran yang akan diadakan pada 27 kelak, yang melibatkan JV dengan BERSIH (yang takla BERSIH mane pun), 3 anak muda golongan mahasiswa telah ditangkap polis bantuan kerana melanggar arahan dengan melakukan provokasi di pintu utama masuk universiti Seri Iskandar. Jika korang tonton video yang dimaksudkan, aku entahla nak cakap apa. Dalam tergelak aku rasa bersimpati juga. Macam ni la aku dulu-dulu. Entah apa kemenda yang aku fikir aku pun taktahu. Sedih bhai. Dorang mati-mati fikir dorang sedang berjuang. Padahal mata awam melihat dorang sepertinya melawak. Entah kenapa lokasi Uitm Seri Iskandar jadi tumpuan aku pun tak pasti tetapi boleh jadi disebabkan kehadiran Rafizi ke situ pada esoknya menjadi punca. Tak aku percaya ianya kebetulan. Semua terancang bagi membentuk propaganda.

Salah ke?

Tak salah pun. Dalam perang ada strategi. Dalam politik begitu juga. Provokasi, propaganda, taktikal bagi memancing simpati adalah antara strategi dalam politik bagi parti2 meraih sokongan umum. Tetapi oleh kerana strategi sebegini dah dilakukan secara berulang-ulang sampai mencapai tahap tepu melampau maka berbanding dikatakan salah, kita nak sebut saja ia sebagai BANGANG. Ya, BANGANG.

Mane tak bangangnya kau. 3 orang beria nak rempuh polis semata2 nak bercakap tentang #TangkapMO1 kat kekawan. Hak ala. Hp ada. Internet ada. Wassap jela. Apa ada hal. Sesiapa pun boleh detect ahhh ini sengaja nak create provokasi supaya orang bercerita tentang perhimpunan yang bakal diadakan nanti. Maklumla. Sejak akhir2 neh demo-demo pembangkang bagai diboikot rakyat sungguhpun kami tak berkempen ke arah itu. Seolah2 macam ada perjanjian senyap sesama rakyat. Ramai2 malas nak layan apa2 versi demo pun. Baik yang PH mahupun PAS apetah lagi parti Mahathir. Malas! Dek terlalu sangat menguji sentimen rakyat dengan kerap mengadakan demo alih-alih rakyat yang rasa jemu sendiri. Padan muka.

Oleh kerana itu suatu keadaan perlu dicipta bagi media melaporkan hal itu & rakyat terpengaruh untuk bercakap tentang demo yang bakal diadakan. Mane tahu kan. Serba sedikit akan mewujudkan rasa ingin nak turun berdemo. Ini je taktik depa. Tak salah. Aku tak kata salah. Aku cuma kata bangang aje. Memandangkan mood rakyat dah berubah, pemikiran rakyat pun dah berubah sewajarnya juga la pembangkang menukar modus propaganda mereka. Upgrading. Enhancing. Bersesuaian dengan persekitaran yang telah berubah.

Ini tidak. Taktik ketinggalan zaman juga dia harung. Dengan harapan akan meraih sokongan yang luar biasa. Luar biasa abah kau. Orang tak bercakap pun tentang himpunan tu. Sebaliknya 3 orang pemuda tu jadi mangsa kutukan awam. Jangan kata pro BN, pro pembangkang pun kekah dorang ber-ramai2. Kesian la adik2 tu. Aku tahu dorang dipengaruhi untuk buat apa yang dorang buat. Dorang hanyala alat. Mastermind tu pimpinan pembangkang & parti politik. Hari ini mahasiswa2 tu takan buta2 mengakui kenyataan aku. 10 tahun akan datang bila dorang imbas kembali tingkah laku dorang ketika itula baru mereka akan akui. Ini kerana 10 tahun akan datang pun pembangkang masih macam tu juga. Pusing2 bergaduh sesama sendiri, guna taktikal kuno yang tak berkesan menjahanamkan BN berkali2, bila takde kuasa jalan bertunduk, bila ada kuasa berjalan sampai langgar orang pun idakle menoleh. Inila pembangkang korang. Sampai aku fikir satu benda. Bodohla aku mengharap dorang berubah. Baik aku yang berubah. Buat macam Brother Lando. Ada dia menepek kat parti2 pembangkang untuk lawan JKR dan penguatkuasa2 yang buat jalanraya Malaysia macam jalan tak cukup sifat. Ada dia gegar JKR bawa logo? Nooo. Dia nak langgar, dia langgar. Dari seorang diri sampai berkumpulan. Dari kumpulan kecik sampai kumpulan besar. Hampir semua negeri ada BROTHERHOOD. Dari orang tak kenal sampai JKR sendiri geram & sakit ahti dengan brader kita neh. Pendekatan yang bagus sebab konsisten pada satu isu & focus. Perjuangan macam neh yang aku nak ikut & tiru. Tapi aku nak focus isu perumahan, pendidikan & keselamatan. Mungkin dengan cara ini baru la rakyat akan mahu sokong. Ketidakmahuan rakyat memberikan sokongan kepada pembangkang dalam isu2 berkaitan rasuah, penyelewengan & 1MDB mungkin disebabkan kelemahan oleh parti2 pembangkang sendiri dalam mempertahankan diri bila dipersoalkan isu2 yang membabitkan moral, intergriti & ketelusan sesetengah pemimpin pembangkang.

Kita ambil contoh mudah. Mahasiswa2 yang merempuh polis bantuan kerana dihalang masuk, mempertikaikan tindakan tersebut atas alasan kebebasan bersuara. Tetapi tahukah mereka even Rafizi sendiri blocked kawan2 aku yang mengkritiknya dalam isu Kajang Movie. Kebebasan suara abah kau. Sembang boleh la. Tetapi bila tiba bab amal, pembangkang pun 2 x 5 juga dengan apa yang dilawannya. Bab sembang berapi tak jejak tanah serah je ke pembangkang kerana mereka memang pakar. Lepas tu tak dapat jawab disebarnya serata alam Ameno World kena bayar wei. Hahahaha. Sapa je tak bayar aku. Semua pun bayar. Yang baca neh pun bayar. Aku jadi macai semua orang kot.

Kahkahkahkahkahkahkah!

Terover lak gelak. Padahal aku tengah seriyus neh kot.

Berbalik pada tajuk asal, aku harap pembangkang2 berubahla sebelum korang betul2 lemas & hilang kuasa. Sila baca komen2 yang mengkritik bebudak mahasiswa yang berdemo di perkarangan universiti kemudiannya ditahan polis kerana merempuh.

Rakyat dah bagi korang hint. Maksudnya taktik lapuk, kuno & ketinggalan zaman tidak lagi akan terkesan ke atas pemikiran2 mereka. Nak sokongan? Boleh. Buktikan kemampuan. Tingkatkan prestasi sampai ke tahap yang menyakini rakyat. Dan barula sokongan akan kembali semula. BN walaupun kaki rasuah tetapi rakyat tak sakit ahti seperti mana sakitnya ahti mereka pada pembangkang. Ini kerana BN bermula sebagai musuh pada kami. Tetapi pembangkang ialah kawan baik yang mana kawan baik ini tikam kami depan dan belakang. Dah la tak minta maaf. Dah la tak mengaku salah. Dimarahnya kita lagi ada bila kita taknak mengikut rentak dia. Manusia jenis apa korang neh. Setelah memperlakukan rakyat sesuka ahti dengan keputusan2 bangang lagi membangangkan kami & kamu juga, boleh pula takde rasa bersalah walau sebesar syiling 1sen pun? Haktuih betul rasanya. Faham tak.

Nah, baca. Komen2 dipetik dari page pembangkang. Semua yang mengkritik tu kena bayar sama macam aku. Inila kebebasan suara stail pembangkang yang membuatkan aku sering terkagum siang malam.

Kahkahkahkahkahkah!













Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...