Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Mei 2016

Gurauan Rogol-Cangkul, Amran Fans Teruk Dikecam Netizens, Agen Lancar Boikot Buku Amran.

Selepas memuatkan satu status 'cangkul' berbaur sindiran dengan tujuan untuk berjenaka, page Amran Fans terus diserang netizens sejak semalam. Status berkenaan ialah tentang AF yang kekononnya sedang menekel seorang gadis menerusi WeChat namun tidak dilayan pada awalnya selepas memuatkan gambar cangkul yang juga alat bukti bagi kes pembunuhan kejam, sardastik dan kontroversi di Indonesia pada ketika ini, gadis tersebut terus berbalas komen. Screenshot perbualan berkenaan kemudiannya diupload oleh AF dengan tujuan untuk berjenaka tetapi nampak gayanya netizens tidak dapat melihat sindiran berkenaan dari sudut tersebut sebaliknya beranggapan admin AF biadap dan melampaui batas kemanusiaan apabila tidak sensitif dengan membuat lawak atas insiden kejam lagi ngeri itu.

Berikut ialah status yang dimaksudkan ;



Terdapat juga segilintir netizens yang beranggapan bahawanya AF sedang membuat marketing dengan melakukan kontroversi bagi melariskan jualan buku terbarunya. Malahan screenshot perbualan yang menjadi kontroversi itu juga dikatakan adalah propaganda AF bagi mencipta kontroversi. Mereka mempersoalkan tindakan AF yang kontras dengan apa yang pernah dikritik oleh AF sendiri dalam mengulas isu tudung Fareeda. Fareeda menggunakan cara kontroversi sebagai teknik marketing bagi melariskan jualan tudungnya, dan ianya dikritik teruk oleh AF tetapi apabila AF sendiri melakukan perkara yang lebih kurang serupa bahkan lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Fareeda, yang itu boleh pula? Kau neh bagaimana? Dan Fareeda itu bagaimana pula? Choi.. choi.

Dan, lebih kurang begitulah yang dipersoalkan oleh sesetengah netizens. Samada ya atau tidak, AF menggunakan isu cangkul bagi melariskan jualan bukunya itu tidakla diketahui akan kebenarannya namun apa yang pasti kesan daripada tindakan tersebut, sesetengah netizens mengajak kepada memboikot buku AF. 

Kata mereka, beli buku Meran pun yang kaya Meran so tak payah lah nak support lelaki kurang ajar dan biadap begini..

Berikut antara penulisan-penulisan yang mengecam tindakan AF ;


Aku bukak page Amran Fans tengok dia ada buat rape joke. Hantar gambar cangkul dekat pompuan di WeChat. Ini contoh mentaliti dunia kelas ketiga. Make fun of everything. Kesannya bahaya memandangkan page Amran Fans digemari ramai pelajar sekolah.

Jenayah rogol bukan boleh dibuat jenaka. Serangan seksual ialah perkara serius. 
Menjadikan rogol sebagai jenaka hanya akan mengurangkan rasa simpati masyarakat kepada mangsa rogol. Aku tak terkejut bila lepas ni orang constantly victim blaming atau memberi reaksi "alahhh rogol jeeee. Bukan mati pun." 
Atau paling koman bagi reaksi "siapa suruh seksi. Kan dah kena rogol." Semuanya gara-gara tidak menjadikan jenayah rogol sebagai isu serius.


Aku tak suka perangai sombong perempuan tapi rogol bukanlah cara untuk justify balasan perbuatan sombong mereka. Be more than just a man. Kalau orang tak suka, be better, do better, and put more efforts. Penolakan bukanlah provokasi bila melibatkan cinta. Tiada satu pun alasan yang solid di dunia ini untuk membenarkan jenayah rogol.

Dan sebagai guru, aku mampu ajar remaja lelaki agar menghormati perempuan dan ajar remaja perempuan agar lebih terer membaca tipu daya lelaki. Tapi audience aku kecil saja. Sekadar beberapa ratus orang. Page yang beratus ribu likerzzz seperti Amran Fans sebagai anggota masyarakat yang patut buat community service meningkatkan kesedaran. Bukannya mengundur ke belakang dengan menjadikan wanita sebagai objek.

Apa pun, regarding kes cangkul di Indonesia tempoh hari, aku kesian jugak. Aku bukan jenis suka balas violence dengan violence tapi tengokkan berita tu, most part of me harap sangat penjenayah tu semua dapat ke tangan orang ramai.

Akhir kata, jagalah keluarga masing-masing. Ajarkan kepada anak-anak lelaki agar menjadi gentleman. Ajarkan kepada anak-anak perempuan agar berhemah dalam penolakan.


Sumber.


Berikut pula screenshot respon dari netizens tentang apa yang dilakukan oleh Amran Fans.






Dan ZF Zamir juga menulis ;

Tuan-tuan,

1. Amran Fans ni hanyalah simptom. Yang memang masyarakat kita sedang sakit. Tenat.

2. Perempuan ni bukan saja adik beradik kita, atau rakan taulan. Tapi juga isteri. Ibu kita. Orang - yang melahirkan anak-anak kita.

3. Syurga kita di tapak kaki mereka. 

Mengkhianati mereka, samalah sepertinya kita mengkhianati ibu kita sendiri. Menolak syurga kita nanti.

4. Sejak semalam, ada rakan perempuan yang mesej aku katanya tak lalu makan.

5. Ada yang muntah lepas baca kes Enno ini di Fb. Ya, muntah betul-betul.

6. Ada yang sampai paranoid menggigil ketakutan tak keluar rumah tak keluar bilik.

7. Ini semua, rakan perempuan kita. Berpangkat adik, sebahagiannya kakak kita sendiri.

8. Ada pula mangkuk ni, setan yang dilaknat pi buat status Fb persenda rogol. Walaupun mangkuk ni bertopengkan Fb Page (sebab takut nak dedah identiti sendiri – jenis tacing kalau orang maki)

9. Tidak ada binatang yang lebih binatang daripada diri kita sendiri sebenarnya, lelaki murahan yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kaum wanita ni.

10. Penyakit sebenar masyarakat kita ialah diri kita sendiri. Lelaki-lelaki gampang yang lemah syahwat, mengemis Likes dengan mempersenda perbuatan rogol.

11. Kita boleh report page, tapi kita semua tahu, berapa kali dah depa ni tutup buka page sebab report? (sambil-sambil tu sempat buat sepam dua buku buat jual)

12. Hak dan batil tu tak bercampur. Benda betul harus diperkatakan betul. Yang salah tetap salah.

13. Selain report, kita juga bertanggungjawab didik anak lelaki, adik beradik serta si suami untuk hormat perempuan sebagai perempuan.

14. Walau sekuat mana kita doa Amran dihapuskan pun, takkan jadi apa kalau kita sendiri tak didik rakan taulan, warga lelaki untuk hormat perempuan sebagai perempuan.

15. Kerana tiap satu Amran dijatuhkan, akan bangun beratus lelaki bangang yang lain pula.

16. Hanya ilmu yang akan menyelamatkan kita. Hanya melalui didikan, Amran-Amran ini dapat dihapuskan. (mengakulah, kita hidup dikalangan lelaki bangang ini saban hari tiap masa)

17. Aku tak pernah lagi melawan Amran ni. Harap kali terakhir ni, dia jatuh tersungkurlah.


---------

Dan banyak lagi la hingga tak terdaya nak screenshot satu persatu. Komen-komen berkenaan langsung tidak berjaya melembutkan ahti Amran Fans yang ternyata lebih keras dari batu  tahap kedegilannya tetapi dalam masa yang sama lebih lembut dari tisu dari segi emosinya. 

Ini pula pendapat ikhlas aku.

1. Tindakan upload gambar cangkul berniat sindiran sebenarnya tak kena gaya. Insiden baru berlaku dan jenayah pula membabitkan maruah wanita. Isu rogol dan liwat ialah isu yang sangat sensitif. Bayangkan jika ADMIN AMRAN FANS sendiri diliwat atau MAK AF kena rogol dan mati angkaranya.. apakah AF rasa insiden tersebut layak diperjenakakan?

2. Jangan fikir semua manusia sama. Ya, ada yang berbuat lawak tentang C4. Simen. MH370. Dan Altantuya. Tetapi yang disasarkan lawak tersebut pada yang dianggap masyarakat sebagai penjenayah yang melakukan jenayah tersebut ataupun pada individu yang mereka fikir bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. Dalam lawak AF, AF mensasarkan mangsa jenayah = sama jantina dengan wanita yang dia mengorat tu (atau yang dia propagandakan tu). 

3. Jadi sudut pandangan pun berubah la. Tak sama lagi. AF memang jelas melakukan penghinaan disitu sepertimana dia menghina wanita2 yang menyusu anak. Bermula atas nama nak menasihati menjadi kepada menyerang, menegakkan benang basah sehingga event beberapa tahun lepas pun diangkat menjadi point untuk menyerang wanita2 menyusu. Sedangkan suasana beberapa tahun lepas tak sama pada suasana sekarang. Sebetulnya sememangnya benar lagi berfakta, bilik menyusu anak tiada di kebanyakan mall, bahkan kalau tersedia pun ianya dalam keadaan terbiar dan menakutkan. Ibu2 memperjuangkan isu sebegitu pun dihina. Kalau berebutkan kasut dan tudung apetah lagi. Lainla kalau berebutkan buku Meran, itu barula dianggap mulia lagi suci bukan? KihKihKih

4. Tambahan pula bukan semua orang membuat lawak tentang C4, simen dan sebagainya. Dengan memberikan bayangan ianya sebegitu pada semua orang, AF sebenarnya melakukan generalization. Jangan2 dia yang over2 lebih buat lawak macam tu. KihKihKih

5. Sudahla melakukan kesalahan, enggan pula memperbaiki kesalahan dengan melakukan permohonan maaf yang ikhlas. Keengganan tersebut berlaku kerana AF beranggapan dia tidak salah lalu apa perlunya meminta maaf.

6. Tetapi dalam waktu yang sama AF seringkali bertindak membetulkan orang lain atas nama menasihati. Padahal nampak lebih kepada menghina je. Bahkan siap hina sosok tubuh wanita lagi. Choi. Walaupun gemuk ada pilihan tetapi bagaimana dengan menghina sosok wanita bermaksud menasihati seseorang? Kau neh muslim yang bagaimana? Kejap2 paste ayat suci Alquran, Hadith bagai, kejap2 menghina orang pula. Choii. 

7. Kali ini apabila dia yang menjadi subjek dibetulkan umum, dia tidak mahu mengaku salah bahkan dibela oleh pengikut2 taksubnya. Pengikut2 taksub Meran selalunya dilabelkan sebagai penganut Tuhan Meran kerana selalu menuhankan Meran atas semua topik tanpa mengambil peduli samada Meran salah mahupun tidak. Mereka meletakkan pandangan Meran no 1 melangkaui pandangan agama mereka sendiri. Sebab itulah mereka digelar sebagai penganut Tuhan Meran kerana beranggapan Meran seperti Tuhan.

8. Mereka mengatakan dalam 10 kali update, baru 1je salah, terus nak memperbesarkan kesalahan Meran.

9. Sebetulnya dalam 10 kali update, 1 troll ada makna, 7 troll mengarut, 2 status sia-sia. Penganut Tuhan Meran tidak akan nampak semua itu. Takpe. Usia, pengalaman, masa akan mengubah pemikiran mereka tak lama lagi.Sememangnya sesetengah manusia sangat slow berbanding manusia lainnya. KihKihKih

10. Sama seperti penyokong2 politik BN dan pembangkang. Hujah penganut2 Tuhan Meran juga tidak jauh berbeza. BN buat bangunan, sekolah, kemajuan, bagi BRIM, takan satu dua salah terus nak padamkan kebaikan2 BN? Fakla lue wei pembangkang (pembangang is the new name)

11. Seharusnya, apabila orang menegur perkara yang salah itu maksudnya orang cuma nak ko focus isu yang diperdebatkan. Yang p babit isu2 takde kaitan, jasa, benda baik yang pernah dia buat, etc etc tu buat apa. Bantu janda la, bebas dari Along la, beli peralatan sekolah la etc etc la. Hadoi. Aku tak pernah nampak walau ada seorang pun rakan2 aktivis aku yang lebih aktif dari dia, menglistkan perkara2 yang pernah mereka tolong orang. In fact banding dengan aku pun hmm.. Meran, Meran. Jauh lagi kau neh.

Tujuan bagitau kebaikan Meran semata-mata nak halang orang dari mengkritik tindakan bodoh dia = menghalalkan kelakuan sochainya itu.

Contohnya A pernah bagi ko duit 100 kali, satu hari A rogol adik kau, dan ko nak report polis supaya A dikenakan tindakan tetapi tiba-tiba kawan kau berkata sambil tepuk bahu, maafkanlah A, dia pernah bagi ko duit 100 kali kot jangan ko lupakan kebaikan dia yang banyak kali untuk kesalahan dia yang nan satu tu. Choiii. Penganut Tuhan Meran, berakal ke kau? Eh silap soalan. Kalau berakal tak jadi penganut Tuhan Meran, Ya Ampun, maaf kerana bertanyakan soalan tak patut tadi tu. 

12. AF sebenarnya dah delete pun posting kontroversi tersebut selepas dikritik teruk. Mungkin kerana merajuk. Relax AF, relax. Hal kecik jek neh. Tunggu kau kena sound setepek dengan geng2 monarki. Dan bila aku kata geng2 monarki aku bukan sebut geng2 monarki yang biasa-biasa sokong monarki di laman sosial tu tau. Ini geng2 secara seriyusnya berkhidmat dengan monarki. Tunggu kau kena sound setepek dengan dorang baru kau tahu langit neh rendah ke tinggi ke apa. Ai dah bertaubat. Jari-jari ai dah insaf. Setakat kena dengan netizens apa la sangat. Bukan depa boleh bunuh kau pun. Ah syial la. Apesal aku nak pujuk kau pula kan. Kahhh!



13. Pun begitu kecaman masih terus dilakukan kerana keengganan dia meminta maaf.

14. Tetapi bagi aku, tak guna kau semua desak dia minta maaf. Dia nak minta maaf ke taknak ke apa ke biarlah dia dengan cara dia.

15. Tapi ko tu apa yang ko boleh untuk memastikan lelaki2 seperti AF tak lagi mempersendakan insiden rogol sardastik sebagai satu lawak.

16. Caranya terserahlah pada tindakan masing2. Cara aku, aku lawan Meran. Ada orang taknak beli (boikot) buku dia. Aku tak pernah beli, baca apatah lagi promote buku dia. Aku minat bacaan berat. Stok ringan2 neh bagi kat bebudak yang baru nak up sudah.

17. Bagi aku buang masa kita ubah manusia yang keras ahti. Baik kita ubah diri kita.

18. Aku tak kesah samada Meran akan belajar atau tidak dalam insiden tersebut cuma aku harap penganut2 Tuhan Meran belajar la bahawanya menjadi taksub ialah satu kebodohan dan doktrinisasi. Kau jangan citer bab nak lawan BN, nak lawan rejim, nak lawan politikus kalau diri kau sendiri diselubungi ketaksuban melampaui batas terhadap batang tubuh atau individu tertentu. Kau pergi lawan diri kau dulu. Kau dengan pengikut Najib takde beza. Kalau ada beza pun ialah pengikut Najib anggap Najib maksum kau pula anggap Meran Tuhan. Mengaku je la. 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...