Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 April 2016

Sempena PRN Sarawak - Najib Derma 8 Juta Kepada Gereja & Masjid.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat menghulurkan ‘buah tangan’ kepada masjid dan gereja di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, petang ini.
Bertempat di ruang VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Najib menyampaikan sumbangan kepada Masjid Darul Furqan Taman Malihah dan Gereja Anglican Chapel Taman Malihah.
Masjid Darul Furqan menerima sumbangan RM3 juta dari kerajaan persekutuan dan RM3 juta dari kerajaan negeri, bagi pembinaan semula keseluruhan masjid.

Gereja Anglican Chapel pula menerima RM1 juta dari kerajaan Persekutuan dan juga RM1 juta dari kerajaan negeri, bagi projek pembesaran dan penambahbaikan gereja.

Najib sebelum ini berjanji akan memberikan sumbangan tersebut, dalam satu sesi ‘walkabout’ di Taman Malihah ketika kunjungan terdahulunya pada Mac lalu.

Ketua Sembahyang Anglican Chapel Ningkap Langkup menyatakan penghargaannya kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri atas sumbangan tersebut.

“Saya rasa amat gembira. Malah tidak pernah diimpikan Perdana Menteri akan mengunjungi gereja kami tanpa perlu dijemput,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Pengerusi Masjid Darul Furqan, Mashap Alek juga menyatakan sentimen yang sama, sambil menambah sumbangan tersebut tepat pada masanya.

“Taman Malihah semakin besar dan ramai. Jadi ruang masjid semakin tidak mencukupi dan memang perlu bangunan yang lebih besar,” katanya lagi.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan dan Pelancongan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar lapor FMT



---------------------


KAH KAH KAH


Gula-gula sudah taburrr.. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...