Khamis, 21 April 2016

Menteri Kata Parti Politik Tak Boleh Campur Urusan Sekolah Tetapi Berkempen Pilihanraya Boleh Pula..

Sebelum itu ;


Kementerian Pendidikan melarang mana-mana parti politik daripada campur tangan dalam hal ehwal sekolah khususnya yang melibatkan kes buli atau sebarang bentuk keganasan kerana dikhuatiri ia akan mencetuskan situasi yang tidak harmoni. 
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang bentuk keganasan atau kes buli yang berlaku di sekolah akan diselesaikan oleh pihak sekolah atau pihak jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah yang terlibat. 
"Kalau boleh kita nak elak dari sebarang campur tangan politik yang melampau kerana hal-hal sekolah ini hanya libatkan para pelajar dan di sekolah pelajarnya terdiri dari pelbagai kaum. 
"Kita tak mahu orang lain pula jadi 'jaguh' atau hero dan bawa elemen yang tidak sihat seperti memainkan sentimen perkauman," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-55 di Kuala Terengganu hari ini.

(rujuk)

Owhh parti politik tak boleh melibatkan diri dengan masalah-masalah yang berlaku kat sekolah tetapi kalau berkempen politik takpe pula ;


Seorang calon langsung BN mengedarkan bantuan kerajaan kepada ibu bapa yang kurang bernasib baik di sebuah sekolah dan meminta mereka memastikan kemenangan calon BN dalam pilihan raya negeri Sarawak. 
“Ketua menteri seorang yang baik, kita mesti sokong penuh supaya beliau dapat terus memimpin. 
“(Kita mesti pastikan) kesemua calon BN dan calon langsung BN masuk (Dewan Undangan Negeri),” kata calon langsung BN di Dudong Tiong Thai King. 
Beliau berkata demikian di SJK(C) Thian Hua, Sibu Jaya di hadapan kira-kira 300 orang hadirin.

(rujuk

Kecelaruan yang nyata.

- Parti politik tak boleh masuk campur hal ehwal permasalahan yang berlaku (melibatkan) di sekolah.

- Tetapi dalam masa yang sama parti politik dibenarkan untuk berkempen di premis sekolah.'

- Bahkan dibenar untuk berucap bagi mempengaruhi mak bapak di premis sekolah agar mengundi calon parti.

- Dan edarkan bantuan bersempena pilihanraya bagi meraih sokongan.

Nampak tak apa yang aku nampak? Takyah susah-susah minum arak pun dah mabuk. Spesis apetah dorang neh..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...