Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 April 2016

Penderitaan Org Asli Yg Anda Patut Baca & Sebar - PAS Kelantan Patut Rasa Malu!!!

Maaf, Ini mungkin gambar terakhir Dendi semasa hidup.

Semalam dalam mesyuarat jawatankuasa Mayday nampak sosok ini sertai sekali. Oleh kerana ramai dan jauh aku cadang nak tegur lepas meeting. Takut jugak kalau dia tak kenal. Habis meeting aku masih perlu berbincang beberapa perkara dan bila sedar dia dah tak ada. Hampa.

Hari ini aku merayakan sambutan Hari Bumi dengan menyertai sidang meja bulat berkenaan isu perubahan cuaca dan dia hadir juga. Aku hulur tangan, dia sambut dan muka tengah cuba recall siapa aku. Aku pun malu-malu tanya ingat lagi tak. Terus berubah muka. Terus mesra.

Dendi ialah salah seorang yang bertanggungjawab membantu aku dan rakan-rakan memasuki Kampung Penad yang terletak diatas sikit dari Pos Tohoi, penempatan Orang Asal di Gua Musang Kelantan saat tragedi 7 kanak-kanak hilang melarikan diri dari sekolah. Malah ketika hari kami sampai beliau bertanggungjawab membaca mantera dan "meniup semangat" pada ayah ibu yang kehilangan anak-anak mereka dalam peristiwa hitam itu. Dendi merupakan Ketua Belia bagi sebuah pertubuhan Orang Asal semenanjung. Dendi datang ke KL untuk menemani rakannya membuat aduan mengenai beberapa isu. Namun pertemuan dengan Dendi kali ini begitu hiba, beliau memaklumkan nyawa beliau dalam terancam selepas mendapat ugutan melalui telefon beberapa hari lalu.

Ini pengorbanan yang terpaksa beliau dan rakan-rakan pikul. Beliau dan penduduk dari Pos Gob di Gua Musang Kelantan telah mendirikan benteng di laluan lori balak menghalang hutan Kelantan terutama di kawasan itu digondolkan. Saat posting ini ditulis sudah masuk hari yang kelima.

Tokey balak kapitalis laknat dengan ego menelefon beliau mengarahkan Orang Asal buka laluan itu jika tidak siap sedia dengan "tentera" yang bakal dibawa. Dendi menjawab "apa dosa kami pada kamu? Apa jahat sangat kami ini sehingga perlu menghantar "tentera" itu? Kami cuma ingin pastikan hutan ini tidak diapa-apakan, ada binatang tinggal dalam ini! Lihat Sungai Pusan sudah cetek dan tercemar sedangkan itulah bekalan air kami zaman berzaman, jahatkah kami?" Saat posting ini ditulis jam menunjukkan jam 3 pagi dan aku tak dapat tidur memikirkan keluhan Dendi siang tadi.

"Media tak sebelahi kami, pihak berkuasa juga sama, paling terkilan Jabatan Hutan pun tak mahu pertahankan hutan ini, cara apa lagi kami ada Nik kalau tidak menjadikan tubuh kami sebagai benteng? Cara apa?" Beberapa jam dari sekarang beliau akan sampai ke kampung halamannya dan kembali berjuang. Pos Gob berada dalam tahap terancam dan bila-bila masa dari sekarang pertumpahan darah boleh berlaku. Aku beri no fon, aku minta dia update setiap hari keadaan dari sana. Jika dilihat makin genting khabarkanlah. Akan kami yang serba kurang ini berangkat menyertai perjuangan kamu. Tak sanggup rasanya melihat kalian dibantai tokey balak kapitalis sendirian. Namun dia tenang.

Dia seakan tak peduli dengan apa aku kata. "Nik, ingat lagi Pos Penad yang kau dan rakan-rakan datang dulu? Ingat lagi anak-anak yang mati ketika tragedi itu? Kau tahu Nik, Orang Asal tak mahu lagi hantar anak mereka ke sekolah jauh dari rumah. Takut perkara sama berulang. Tapi aku tak mahu anak Orang Asal tidak berpelajaran. Aku buka sekolah di Jader berdekatan dengan Penad dan Gawin. Sekolahku ada 20 murid dan 3 guru" "Nik, jika apa-apa berlaku, bantulah sekolahku, sekolah kami, masa depan anak-anak kami ini, kami baru bermula dan serba kekurangan.

Ajaklah kawan-kawan kau bantu sekolah ini Nik, ini juga perjuangan penting, mengenai Pos Gob itu tak mengapalah jangan runsing, kami ada pengalaman. Tapi jika mahu membantu maka bantulah sekolah ini, samada aku ada atau tidak" Sekali lagi kami berpelukan sebelum berpisah sama seperti dulu.

Sedih dan sebak dengan apa berlaku.

Sempena Hari Bumi ini, Dendi dan penduduk Pos Gob harus diberikan anugerah perwira alam. Saat kerajaan negeri dan pusat menutup mata melihat aurat hutan Kelantan disentap dan dibogelkan, ada manusia-manusia penyayang seperti Dendi dan rakan-rakan berkawal di jalan balak menghalang lori gergasi menggunakan tubuh badannya sendiri. Gambar ini hampir sama gambar kami yang lalu.

Baju kami pakai ialah baju sama saat kami jumpa dulu. Mungkin itu baju tercantiknya yang beliau miliki (dihadiahkan mungkin). Mungkin bajuku baju paling selesa bila berbicara mengenai perjuangan. Bagi yang sudi membantu Kelas Komuniti Orang Asal Suku Temiar Kampung Jader Pos Simpoi boleh sampaikan pada akaun beliau sendiri seperti berikut. Seperti biasa aku tak galakkan bagi banyak, bagi sikit tak apa tapi berterusan.

Potong RM10 sebulan pun ok asalkan bantuan mereka terima tidak terputus dan berpanjangan.

CIMB ACC NO: 7618132818

Salam Hormat. Nik Aziz Afiq Bin Abdul
017-7144750 23 April 2016 3.38 A.M

(RUJUK)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...