Selasa, 23 Februari 2016

Poster Najib Badutkan : Akhirnya Pelukis Ini Disiasat Polis - Dipaksa Tidur Sebilik DGN Najib Sebab Dia Penakut Kata Idris.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Patutlah.

Yang perli, yang kritik, yang kutuk, yang sindir, yang sound rata-rata disiasat polis. Siap ada ketua polis negara backup kaw-kaw lagi di laman sosial. Najib kau tu penakut rupanya.

Memetik laporan akhbar di bawah neh ;

Klik Pada Gambar Utk Paparan Lebih Jelas

Sumber gambar : Page Tentera Troll.

Kata Idris, 

"Saya juga ingat semasa di Pekan, saya dipaksa tidur sebilik dengan Najib sebab dia kata dia takut. Tapi dia tidur atas katil. saya atas lantai. Memang dia penakut".

KAH KAH KAH

PENAKUT RUPANYA DIA.

Dua tiga kali gak aku baca perenggan tu. Dua tiga kali fikir ada semacam memerli juga. Najib tidur atas katil. Si Idris tidur atas lantai. Semacam nak memberi sesuatu bayangan pun ada.

Hehe..

Dan menerusi account facebook Fahmi Reza, dimaklumkan bahawa polis akan menyiasat dia disebabkan lukisan kat bawah neh hah ;


Poster Najib yang telah dibadutkan. 

Memetik kata-kata Fahmi ;

Dear komrad,

Aku sekarang sedang disiasat oleh pihak polis mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Semuanya bermula pada 31 Januari, bila aku keluarkan satu lukisan poster muka badut di FB, IG & Twitter yang mengkritik korupsi pemerintah.

Polis bagi warning dekat Twitter pada hari yang sama, bagitahu akaun aku di bawah pengawasan polis.

Keesokan harinya, 1 Februari, Ali Tinju & geng Baju Merah buat report polis terhadap aku dan lukisan poster tu yang dia anggap sebagai “satu penghinaan kepada PM yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat dan menghasut” dan menggesa PDRM dan MCMC ambik tindakan.

Hari berikutnya, 2 Februari, aku tulis satu surat terbuka kepada PDRM, beri amaran kalau polis bertindak tergesa-gesa dengan menangkap aku, ianya hanya akan melahirkan lebih ramai rebel yang akan bangun melawan.

Selepas tu polis tak ambik apa-apa tindakan dan tak buat sebarang tangkapan.

Tapi sekarang polis dah mula lakukan siasatan. Sekarang aku sedang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian), dan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan) kerana lukisan poster muka badut tu.

Jika aku didakwa dan didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan, aku berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun dan/atau denda RM50,000.

Sekarang aku sudah dipanggil oleh pihak polis untuk bagi keterangan kepada mereka untuk membantu siasatan berhubung lukisan poster muka badut tu.

Sebab aku tengah bertugas kat luar negara sekarang, aku hanya boleh ambik flight balik KL pada hujung minggu ni. Oleh sebab tu aku dah set temujanji dengan polis untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada hari Ahad jam 4 petang untuk bagi keterangan.

Tapi selepas aku hadir untuk bagi keterangan kepada polis, aku akan berhadapan dengan dua kemungkinan.

Kemungkinan pertama, polis tak ambik tindakan, dan biarkan aku pulang selepas aku bagi keterangan.

Kemungkinan kedua, polis ambik tindakan, dan tangkap aku selepas aku bagi keterangan, atas dua tuduhan kesalahan di atas.

Yang mana satu tindakan yang akan diambil oleh pihak polis? Aku tak tahu. Yang aku tahu, aku bersedia untuk terus melawan untuk mempertahankan hak dan kebebebasan kita untuk mengkritik penguasa yang korup, dan aku tidak takut untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana aku tahu korang semua tak akan biarkan aku berjuang sendirian.

Kerana dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut.

Fuck fear, let’s dance.

Sumber.

Padan lah.

Ciri-ciri ketakutan tu memang jelas terserlah bahkan terbukti.

Ajak debat tak mahu.
Mahathir mai forum dia boleh lari pula walaupun beria canang nothing to hide.
Orang sindir di facebook, twitter dia, sampai polis buka kertas siasatan.
Kakitangan kerajaan pun di larang meluahkan rasa jauh sekali dibenar mengkritik.
Bagi belon kuning pun salah, kena dakwa.
Lukis poster badut pun kena siasat.
Serba serbi tak boleh disentuh.
Sebab apa?
Sebab dia kan penakut orangnya.
Yang korang semua p lebih-lebih provoke dia buat apa.
Serahkan saja kepada Wall Street Journal sudah.
Dia punya takut dari beria nak saman terus tak jadi saman.

KAH KAH KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...