Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Februari 2016

Semalam Sign MoU, Hari Ini Tangguh Pengambilan Pekerja Asing - Boleh Percaya Ke Zahid?

Kelakar. Kelakar. Kelakar.

Tak sampai 24 jam pun.

Semalam akhbar The Star melaporkan bahawa Malaysia - Bangladesh dah sign MoU untuk pengambilan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi memasuki pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia secara berperingkat selama 3 tahun. (rujukan)

MoU tersebut menyatakan bahawa pekerja-pekerja asing dari negara berkenaan kini bebas memasuki pelbagai jenis sektor di Malaysia tanpa ada sekatan atau kawalan seperti dahulu lagi. Jika dahulu mereka hanya dibenarkan terlibat dalam sektor perladangan dan perkilangan kini khidmat mereka diperluaskan dalam semua jenis sektor pekerjaan di Malaysia berdasarkan kepada permintaan.

Walaubagaimanapun, memang la undang2 negara kita menghadkan warga asing dari terlibat dalam sektor2 tertentu tetapi secara realitinya mereka dah masuk dalam semua jenis sektor dah pun sebelum MoU dimeterai. So takde beza la. Yang beza pun, jika dulu tak sah dari segi undang2, sekarang dah sah. Sedangkan yang tak sah dari segi undang2 pun takde pemantauan, ini kan pula yang dah sah. Maka, faham-fahamkanlah..

Hehe..

Jumlah yang akan dibawa masuk secara berperingkat ialah seramai 1.5 juta orang. Jika dahulu terhad kepada spesis lelaki kini ia terbuka kepada spesis wanita dari Bangladesh juga.

Gaji minima adalah di antara 800 - 900 sebulan. (rujukan).

Untuk rekod, sampai sekarang kerajaan tak jelaskan secara terperinci apakah pekerja2 warga asing yang dibawa masuk ini perlu la mempunyai skill tertentu jika berkhidmat di sektor yang memerlukan kita berkemahiran tertentu.

Bukan apa, ikut dari cerita member-member, bangladesh-bangladesh ini ada juga yang terlibat dalam sektor pembinaan walaupun kemahiran memang zero. Itu pasal aku perasan juga dalam beberapa tahun kebelakangan neh terbaca berita-berita kematian yang membabitkan pekerja2 binaan dari warga Bangladesh.

Kot ye pun nak jimat kos, kena juga kita fikir nyawa orang. Mungkin bangladesh-bangladesh tu terdesak, sampai sanggup kerja dalam bidang yang dia memang out terus, tapi jangan pula kita manipulasi keterdesakan mereka dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Mereka masih manusia dan nyawa mereka bukan boleh dipandang ringan. Sebab tu aku rasa kerajaan perlu perjelaskan sistem apa dan kawalan yang macam mana mereka gunakan untuk memastikan mana-mana majikan tidak memanipulasikan kemasukan warga asing ke Malaysia. Ke dorang fikir janji untung dapat caj levi je ke macam mana?

Dan, tadi ;
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ashok Zachariah Philip mencadangkan kerajaan supaya menyediakan rawatan kesihatan percuma kepada semua pekerja asing yang sah dan tanpa izin.
Katanya, cadangan itu kerana bimbang apabila ramai pekerja asing mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan kerana tidak mampu.
 
Keadaan itu, katanya, menjadi punca merebaknya penyakit yang dibawa pekerja asing terutama TIBI.
 
“Kita menggesa supaya pihak kerajaan memastikan semua pekerja warga asing dididik agar dilindungi oleh insurans kesihatan dan rawatan untuk setiap diagnosis diberikan rawatan percuma.

“Ia penting bagi memastikan pekerja asing tanpa izin juga diberikan rawatan percuma bagi setiap penyakit berjangkit selagi mereka masih di dalam negara,” ujarnya lagi.
 
Katanya, adalah tidak wajar bagi kerajaan menghantar pulang pekerja asing yang didapati menghidap TIBI atau batuk kering. (rujukan)
.
Semalam di berita tv9, aku tengok menteri kemain lagi bercakap. Bahawa kerajaan akan memastikan pekerja2 warga asing yang datang ke Malaysia akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang ketat. Selepas disaring barula mereka akan dibenar masuk ke Malaysia. Dan bukan sekali saringan sebaliknya 2 kali. Satu di Bangladesh sebelum dibawa masuk, satu lagi di Malaysia, selepas di bawa masuk.

Tapi kenyataan di atas nampak gayanya berbeza dari apa yang disebut oleh menteri. Betul ke ada saringan? Ataupun saringan tersebut tidak telus?

Pronya kenyataan di atas ialah at least rakyat Malaysia tak terjebak dengan penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing.

Cons nya ialah, siapa tanggung kos rawatan yang dibahasakan sebagai percuma tu?

Memang la warga asing tu bayar levi, tetapi adakah berbaloi dengan apa yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk tanggani PATI dan masalah-masalah berkaitan warga asing? Berbanding dipercumakan, lebih baik MMA cadangkan agar MAJIKAN perlu menanggung setiap kos rawatan yang membabitkan pekerja warga asing masing2. Majikan yang enggan tanggung kos rawatan boleh didakwa dibawah akta tertentu. Ataupun buat la skim macam SOSCO ke KWSP ke tetapi khusus untuk warga asing punya medical checkup. Tiap2 bulan kena potong untuk tujuan kesihatan dan bila mereka sakit, maka kosnya ditolak dari skim tersebut. Pun boleh juga. Tak payah nak percuma2 sangat la, aku rasa orang Malaysia bengang kot baca cadangan MMA neh. Bukan apa, kita sebagai rakyat nak dapat percuma pun payah, siap subsidi kena tarik lagi atas alasan kebajiran warga asing, ini kau nak percumakan kos rawatan untuk warga asing, apa menda. Tapi aku nak tegaskan, bukan aku benci warga asing sebaliknya polisi kerajaan yang menindas warga tempatan dan warga asing tu yang buat aku meluat.

Dan tadi juga, dan-dan si Zahid Hamidi UTURN tentang isu kemasukan 1.5 juta Bangladesh ke Malaysia. Bukan si Zahid aje buat komedi tadi, si menteri Sumber Manusia, Richard Riot pun buat lawak bangang juga.

Laporan The Star menyebut menteri berkenaan menyatakan 1.5 juta pekerja Bangladesh tu bukan untuk pasaran Malaysia aje. Sebaliknya untuk dibawa ke 139 buah negara. 

"Tak betul persepsi yang mengatakan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan masuk ke Malaysia".

"Angka itu sebenarnya ialah bilangan pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh yang mencari pekerjaan di luar negara, termasuklah Malaysia".

Itu Richard Riot yang kata (rujukan).

FOBN macam biasa, laju2 perbodohkan diri
Betul aku rasa Richard Riot neh bukan ketinggalan keretapi aje bahkan ketinggalan beca juga. Slow nak mampos.

Dah hampir setahun kot kita membidas kenyataan Zahid yang nak bawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, alih-alih dia boleh cakap angka tersebut untuk pasaran 139 negara yang lain. Zahid, elok kau tempeleng rakan sekerja kau. Sebab lembab sangat. Hehhh!

Dan tadi juga, Zahid Uturn.

Berita melaporkan bahawa kerajaan bekukan semua penggambilan pekerja warga asing termasuklah dari Bangladesh (rujukan). Bekukan sementara atas tujuan ;

1. Nak semak bilangan pekerja warga asing yang tak berdaftar = PATI di Malaysia.

2. Bilangan PATI akan diconvert kepada PADI dan seterusnya dibenarkan memasuki pasaran pekerjaan di Malaysia.

3. Nak semak keperluan industri. Apakah benar kita perlu pengambilan pekerja warga asing lagi ataupun bilangan mereka perlu dikurangkan.

Nampak tak kebodohan menteri-menteri kita?

Nak suruh mereka fikir macam di atas pun, perlu rakyat melalak berkali-kali baru nak faham.

Sepatutnya, fikir macam di atas ini la, baru buka pengambilan pekerja warga asing, itupun kalau perlu. 

Sebaiknya, halang majikan dari memanipulasikan tenaga manusia atas tujuan memaksimakan keuntungan. Pekerja perlu dibayar upah setimpal dengan apa yang mereka tawarkan. Ini baru keadilan. 

Seharusnya, kerajaan berkebajikan perlu memikirkan bagaimana nak mencegah majikan dari menjadi tamak. Bukan menyokong mereka dengan polisi yang menindas. Tapi kalau dah menteri pun tamak, kita nak kata apa lagi.

Sungguh pun Zahid umumkan kerajaan bekukan sementara pengambilan pekerja warga asing, tetapi ianya bersifat sementara. Ringkasnya, kerajaan tangguhkan cadangan tersebut. In fact kalau kerajaan umum batal, pun ianya bersifat sementara. Kerana ada kemungkinan setahun, dua tahun atau tiga tahun selepas itu, cadangan yang sama akan dilaksanakan semula. 

Dan lebih pelik, MoU baru sahaja dimeterai semalam di negara Bangladesh, hari ini dan-dan Zahid umum kerajaan bekukan cadangan tersebut.

Apa ke logikkannya?

Korang tak rasa pelik ke? Aku seriyus rasa pelik.

Bukan itu saja. Laporan berita FMT turut menyebut bahawa adik Zahid juga telah menarik diri dari segala jenis bentuk perniagaan berkaitan pengambilan pekerja warga asing (rujukan).

Kelam kabut.

Si Richard tue dah p Dhaka untuk sign MoU tau.
Bukan free. 
Pembayar cukai tanggung kos pemergian dia tu.
Atas nama kerja la katakan.

Dan hari neh Zahid kata, tangguh.

Macam mana dalam masa kurang 24 jam mereka boleh buat keputusan macam tu, macam neh?

Dan, secara tiba-tiba dia menukar kata




Buat satu keputusan, tetapi berdasarkan sentimen?

Keputusan tu pula mungkin diambil atas nama nak mendapatkan keuntungan?
Bila orang asyik berkata, kita rasa kita patut holdkan?
At least sampai masyarakat lupa atau hingga kita di undi semula?
Dan selepas itu baru la kita boleh sambung cadangan lama?

Seriyus aku cakap. Selepas Zahid tempeleng Richard, tolong la tempeleng muka dia sama.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...