Khamis, 18 Februari 2016

Ratu Naga Hina Najib Tahun 2015, Tetapi Dakwa Tahun 2016, Kenapa Lambat Sangat Tue..?

Ada sesuatu yang pelik.

Tadi tengok berita kat tv9. Seorang blogger pro UMNO yang dikenali dengan nama Ratu Naga telah didakwa atas alasan menghina Najib Razak = PM Malaysia berkait isu TPPA.

Dahulu blogger/cybertropper Ratu Naga memang pro UMNO, backup Najib Razak kaw-kaw dan kritik pembangkang tapi sejak kebelakangan neh dia pro Mahathir walaupun still masih pro UMNO. Cuma duduk dalam kumpulan Mahathir. Dan bila duduk dalam kumpulan Mahathir maksudnya melawan Najib Razak le tu.

Apa yang pelik ialah, dalam berita aku dengar, kenyataan menghina PIEM dibuat pada bulan Oktober tahun lepas, tetapi bulan Februari 2016, baru nak dakwa?

Kenapa?

Untuk pastikan pendengaran aku memang tak bermasalah, aku google jap. Cari berita berkaitan untuk sahkan apa yang dengar kat tv tadi.

Ini rujukan berita ;

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana Menteri pada Oktober lalu menerusi laman sosial, Facebook.
Tertuduh, Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang menggunakan nama samaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebooknya didakwa menghantar komen yang jelek dan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bertujuan menyakitkan hati pihak lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Hakim Aizatul Akmal Maharani kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM7,000 bersama dua penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan semula pada 22 Mac ini.


Sumber.

- Komen menghina pada Oktober lepas.
- Ada kaitan dengan isu TPPA.
- Kononnya atas tujuan nak menyakiti pihak lain.

Laa. Bukan Najib Razak ke sakit ahti? Pihak lain mana yang sakit ahti tu beb? Apa-apa aje la. Cuma yang aku pelik kenapa lambat sangat mendakwa Ratu Naga neh sedangkan komen menghina tu dah lama? Kalau kita perhatikan, banyak kes yang membabitkan Najib Razak samada penghinaan ke apa ke, ialah kes yang baru berlaku atau berlaku kejap2 tu juga dan terus disiasat serta didakwa. Bukan nya berlaku tahun lepas, tahun neh baru nak dakwa. 

Aku fikir-fikir ada beberapa kemungkinan kot.

Pertama. Nak takutkan penyokong2 Mahathir. Admin SSTDM pun pernah kena. Aku rasa dorang cuak juga. Tapi tak nampak pula mereka berhenti kritik Najib. Dorang tetap lawan macam biasa juga.

Kedua. Nak takutkan pengkitik2 TPPA. Almaklumla kritikan Ratu Naga ada kaitan dengan isu TPPA. TPPA pula baru aje dimeterai. So, nak make sure rakyat tak banyak bunyi, kes Ratu Naga adalah contoh terbaik. Rakyat akan berfikir dua, tiga kali sebelum nak lawan TPPA beria-ria lepas neh. Tapi aku tak rasa ini sebabnya. Aku tengok juga mood rakyat neh dalam isu TPPA neh. Berbanding GST, rakyat memang macam tak berapa nak kisah tentang TPPA bahkan ramai belia-belia pun haram tahu apa itu TPPA. Kenal pun idak, lagi nak lawan. Macam mana?

So, berbalik kepada kemungkinan pertama, aku rasa kes Ratu Naga neh bakal mengecutkan pengkritik2 Najib yang pro Mahathir sebetulnya. Dorang akan tekan satu persatu. Menggunakan kaedah per kaedah. Mula2 gunakan kaedah A, tak jalan, guna taktik B, tak jalan juga maka strategi C akan dilancarkan. Sampailah yang mengkritik itu mengendur. Maka pelbagai plan akan dirangka atau sedang dirangka.

Lue lawan la, lawan. Kalau lue berani, lue lawan la. Lue Mahathir ka, apa ka, ini kuasa gua sudah pegang. Lue cakap banyak, gua ajar lue guna undang-undang. Sekarang apa macam? Mampos!

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...