Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Februari 2016

"Nak Bawa Masuk Pekerja Korea Ke?" - Nurul Hidayah Sindir Belia Melayu Isu 1.5 Juta Pekerja Bangladesh


Point penting yang korang semua mesti tahu. Tadi laporan The Star mengatakan ;

18/2 Bangladesh inks deal with Malaysia in Dhaka to suppply 1.5 million workers over 3-year period; levy fixed at RM1,946 per worker/STAR
Maksudnya sah dah la tu. Sah la yang kerajaan akan bawa 1.5 juta Bangladesh masuk Malaysia secara berperingkat sepanjang 3 tahun mendatang. Mereka pula akan dibenarkan untuk berkhidmat dalam semua jenis sektor pekerjaan yang terdapat di Malaysia neh.
Dan tolong baca sat statement kat bawah neh ;

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS


KENYATAAN AKHBAR
18 Februari 2016

PEKERJA BANGLADESH BUKAN MUSUH !

MUSUH SEBENARNYA ADALAH SISTEM NEGARA

Berikutan pengumuman Kerajaan Malaysia bahawa ia akan membawa seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia dalam jangkasama 3 tahun yang akan datang terutamanya untuk sektor pembinaan dan perladangan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari beberapa pihak. Ramai yang menganggap pekerja migran adalah musuh mereka dan mula melemparkan tuduhan yang bersifat rasis dan mengaitkan mereka dengan segala jenayah yang berlaku dalam negara.

Pihak Kerajaan sebaliknya mendakwa bahawa rakyat Malaysia tidak mahu bekerja di sektor 3D - kotor (Dirty), susah (Difficult), bahaya (Dangerous). Pihak Kerajaan juga mengatakan tindakan ini diambil kerana permintaan para majikan.

Adakah ini benar?

Mengapa tiba-tiba kerajaan ingin membawa masuk pekerja dari Bangladesh? Jika benar para majikan perlukan sejumlah pekerja ini, mengapakah Persatuan Majikan Malaysia (MEF) turut tidak bersetuju dengan tindakan ini?

Benarkah pekerja Malaysia tidak mahu bekerja di dalam sektor 3D. Jika mengikut fakta, selama ini orang tempatan yang kerja di sektor perladangan generasi demi generasi. Apa pula punca utama jika ada sektor yang kurang diminati oleh warga Malaysia?

Siapa kontraktor yang dilantik untuk membawa masuk pekerja migran ini dan bolehkah Kerajaan dedahkan senarai syarikat yang meminta pekerja migran Bangladesh?

Beberapa minggu lalu, Kerajaan mengumumkan untuk menaikkan cukai levi 100% dan ini satu langkah mengurangkan pergantungan negara terhadap buruh asing (kini ditangguhkan). Bukankah tindakan ini bertentangan dengan keputusan membawa masuk lagi 1.5 buruh asing?

Persoalan di atas amat merunsingkan dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) juga ingin menegaskan pendirian mengenai isu 1.5 juta pekerja Bangladesh seperti berikut:

1. Kini di Malaysia ada lebih 5 juta pekerja migran, majoritinya tidak berdokumen. Ini ditambah dengan lebih 2 juta pelarian. Angka ini amat membimbangkan sehingga golongan ini meliputi 30% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia. Dengan tambahan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, ini akan meningkat pergantungan negara kepada pekerja migran.

2. Pekerja migran bukan musuh pekerja tempatan. Mereka dibawa masuk oleh Kerajaan kerana dasar gaji murah yang diamalkan di Malaysia. Jika Malaysia boleh menawarkan satu jumlah tenaga kerja dengan upah yang murah, ini akan menarik pelabur asing ke Malaysia. Jadi ini adalah satu polisi yang dibuat oleh Kerajaan dan bukannya pekerja dari Bangladesh.

3. Eksploitasi terhadap para pekerja akan terus meningkat. Selain upah yang murah, pekerja migran terpaksa bekerja dalam pesekitaran kerja yang tidak selamat, kerja untuk waktu yang panjang melebihi 12 jam, terpaksa membayar levi, yuran permit dan bayaran hospital yang tinggi dan banyak lagi penindasan. Satu kajian juga mengatakan bahawa seorang pekerja migran meninggal dunia setiap hari kerana isu keselamatan pekerjaan.

4. Pekerja migran juga terdedah dan amat mudah menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Malaysia mempunyai rekod yang buruk dalam isu pemerdagangan manusia dan rekod menunjukkan pekerja dari Indonesia, Cambodia, Filipina, Nepal dan termasuk Bangladesh pernah menjadi mangsa pemerdangan manusia.

5. Semasa kelembaban atau kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, pengangguran akan meningkat kerana para majikan akan mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan dan memaksimakan keuntungan. Para pekerja akan kehilangan kerja. Dua hari yang lau, MEF mengatakan pada tahun 2015, 26,000 pekerja diberhentikan kerja dan ramai lagi akan diberhentikan pada tahun ini. Jadi apa rasional membawa pekerja migran pada masa ini?

Maka, JERIT menyeru kepada pihak Kerajaan untuk memberhentikan polisi yang menindas semua golongan pekerja termasuk pekerja migran. Sebaliknya, berikan dokumen dan sahkan semua pekerja migran yang tidak berdokumen tanpa bayaran yang tinggi. Pastikan semua majikan membayar gaji minima dan tidak mengeksploitasi pekerja migran.

Bagi pihak Sekretariat JERIT

Sivaranjani Manickam
010-2402159

Nampak tak beberapa point yang aku highlightkan tu?

1. Hampir 26,000 hilang kerja tahun lepas. Berapa peratus rakyat Malaysia dari 26,000 tu? Tatau. Berapa peratus warga asing dari 26,000 tu? Pun aku tatau. Tetapi dorang semua hilang pekerjaan. Dan apa rasional bawa 1.5 juta warga asing lagi sedangkan baru aje 26k orang hilang kerja? Nampak?
2. Setuju point JERIT. Dalam pada Najib pongpang kata nak kurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing dia p lulus pula kemasukan warga asing beramai2 ke Malaysia. Apa ke hel? Ucapan Najib yang bab nak kurangkan kebergantungan kepada warga asing tue aku dengar kot. Tue sebab aku tahu Najib yang sebut.
3. Tue dia. 5 juta warga asing + 2 juta pelarian = 7 juta dan 30% pekerja di Malaysia ialah warga asing. Tak cukup banyak ka 30% tu lagi yang nak bawa masuk neh?
Ya, warga Bangla ka Indonesia ka apa ka bukan musuh kita, musuh kita adalah kerajaan BN yang rangka polisi2 yang menindas, bukan hanya rakyat Malaysia bahkan rakyat luar negara pun depa tindas sama semata2 nakkan duit dan keuntungan.
Dan si Nurul Hidayah si anak Zahid Hamidi pula berkata begini ;
 
Nurulhidayah pernah berkata isu pengambilan buruh asing tidak dipersoalkan oleh bukan Melayu kerana mereka mampu berjaya melalui hasil usaha gigih sendiri.
“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?” katanya semalam.
Mempertahankan hasrat kerajaan itu, beliau juga berkata kemasukan ramai pekerja asing tidak harus dijadikan isu.
“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh?” katanya.


Sumber.

Indirectly dia nak sindir melayu tu pemalas la tu. Mempertahankan juga la kan statement dia yang sebelum neh kononnya orang Malaysia semakin malas. Hampeh punya ikon belia. Baik ko tukar status jadi icon melalak satu Malaysia je la. Ajak debat takmau pula. Dah la tukar id INSTAGRAM sampai 3 kali. Takut ke? Hehe.

Pertama. Ko boleh buktikan ke takde orang cina yang kritik isu kemasukan warga Bangladesh beramai2 ke Malaysia neh? Mai depan aku. Aku boleh tunjukkan bukti, orang cina pun ada bising juga. Yang tak bising cuma geng2 majikan yang memang suka bayar upah pekerja murah. Ko neh pun. Nama aje belajar tinggi2 tapi otak zero. Hadoi.

Kedua. Kemasukan beramai2 warga asing ke Malaysia memang isu la. Kalau dah ramai sangat sampai tak memerlukan, ko tahu ke ianya menyusahkan? Bukan Malaysia je bising bab migran. Satu dunia pun bising isu yang sama. Mereka seperti kita juga. Mahu jumlah migran yang dibawa masuk adalah jumlah yang benar2 diperlukan oleh negara. Tidak berlebihan sehingga menjejaskan. Dan rasanya Nurul Hidayah ko neh mesti jenis pemalas baca berita kan? Ko tatau ke menteri2 gila kau suka bagi alasan warga asing antara faktor kenapa subsidi harus dimahsuhkan? Contohnya subsidi beras. Mahsuh. Sebab? Warga asing beli. Nampak? Tak menyusahkan kita ke tu? Bukan isu ke tu? Halamak.. ada juga yang kena sumbat cili neh karang.

Seterusnya, aku serahkan button pada geng DAP untuk balon budak Hidayah yang tak berapa nak terima HIDAYAH sangat neh..
 
"Ikon Belia" atau "Ikon Bonggol Kaki Instagram"? Siapa PEMALAS? Gaji minima di Semenanjung RM1,100 manakala di Borneo RM920?! Saya nak tanya kepada "Ikon Belia" kita, dalam bonggol tu ada otak atau sampah? Sampai hati kamu panggil kami belia ni pemalas?! Hoi, banyak orang Dayak bekerja di Johor dan Singapura untuk mencari rezeki tetapi bapak kamu senang-senang import 1.5 juta pekerja warga asing dari Bangladesh. Kemudian kamu dengan mulut celupar kata belia pemalas?!

Apa rasionalnya bawa 1.5 juta pekerja warga asing dari Bangladesh sedangkan sekarang Malaysia berlambak dengan 6.7 juta pekerja warga asing. Kamu buang 6,000 kakitangan MAS, kamu buang 3,600 pekerja CIMB Bank, kamu buang 3,600 pekerja Standard Chartered, kamu buang 2,700 pekerja RHB Bank, dan kamu buang 1,300 pekerja Shell. Lepas tu, kamu kata kami pemalas sebagai alasan kamu import 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh?! Mana sikap patriotik kamu? Kamu manusia yang tidak punya otak dan hati perut!

Kamu tahukah terdapat ramai orang Dayak makan gaji RM900 dan bekerja sebagai kontraktor atau kuli? Lepas itu kamu kata kami pemalas?! Oh My God!!! What the FISH!!! Kalau warga Bangladesh menggantikan Dayak, Dayak nak bekerja di mana? Kami minta gaji minima RM1,500, kamu tidak setuju. Disebabkan sikap kedekut, kamu gajikan pekerja asing RM900 sebulan dan kata mereka lebih setia? Saya cadangkan gaji Menteri diberi sebanyak RM900 supaya mereka setia kepada rakyat!

Ramai anak muda mengganggur di luar sana. Ada yang layak menjawat jawatan besar tetapi disebabkan tiada kabel politik, maka yang bodoh diambil bekerja manakala yang bijak pandai jadi pengganggur. Bukannya kami malas tapi kamu anggap kami ni seperti tak berguna. Kamu buang kami, lepas tu kamu kata kami pemalas? Kepala bana kamu!

Kamu kata gaji kamu dulu RM1,700? Hoi, annoying lady, dulu tak ada GST! Dulu nilai matawang kita tinggi! Kamu tu anak Menteri, dapat 'Datuk' lepas jadi Ketua Kawad Kaki. Kami yang dituduh 'pemalas' inilah yang bayar GST untuk bapak kamu. Kami yang siang malam 'kawad kaki' cari rezeki tak ada pula dapat 'Datuk'. Kang aku kata kamu bodoh, kamu marah nanti.

Siapa malas? Kamu atau kami? Kamu sebenarnya malas sebab tidak memikirkan cara penyelesaian untuk isu ini. Kamu buang kami, kamu kenakan GST 6%, kamu turunkan EPF kami, kemudian kami dituduh sebagai pemalas?! Lepas ni nak salahkan DAP? Ingatkan makin tinggi bonggol makin pandai tapi rupanya makin kurang cerdik.

Saya tak benci Bangla sebab mereka datang mencari rezeki. Mereka adalah manusia punya perasaan dan akal. Mereka memang rajin dan ada yang lebih pandai dari Menteri kita. Tapi saya persoalkan kamu sebagai "Ikon Belia" dan bapa kamu. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Setakat jadi Ketua Kawad Kaki terus bangga dengan gelaran 'Datuk'. Poooooraaaaah! Perangai tak ubah macam 'Nenek Kebayan'. Kamu layak digelar "Ikon Bonggol Kaki Instagram" daripada "Ikon Belia". Kuat makan dedak!


If you have nothing to say, say nothing at all! Just SHUT UP annoying lady!





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...