Khamis, 3 Disember 2015

Timbalan Menteri Saran Beli Tiket ERL Guna Kad Kredit Kerana Lebih Murah..


Orang ramai boleh menggunakan kad kredit bagi mendapatkan diskaun 40 peratus bagi tambang Express Rail Link (ERL).
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah itu bagi tambang pengangkutan awam tersebut untuk mendapatkan kadar tambang murah.
“Kalau hendak murah, ada pakej travel kad, very cheap, boleh dapatkan maklumat dengan pihak ERL. Ada tiga pakej hingga kurang 40 peratus daripada harga tiket yang diumumkan.
“Ada pakej yang disediakan untuk penumpang bagi mendapatkan harga yang lebih murah sehingga diskaun 40 peratus. Ada banyak pilihan, (pengguna) boleh beli melalui kad kredit, katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Sumber : Free Malaysia Today.

Pada tahun 2012, aku mendengar perbahasan mengenai jumlah/kadar peratusan anak muda yang diisytiharkan muflis di sidang parlimen.

Menerusi sidang tersebut, menteri yang bertanggungjawab telah menjawab bahawa kebanyakan anak muda muflis disebabkan hutang kad kredit atau ketidakmampuan untuk membayar hutang-hutang tungakan kad kredit sehingga diisytiharkan muflis.

Maka beberapa usaha dijalankan seperti mengetatkan syarat mereka yang berkelayakan untuk menggunakan kad kredit dan meninggikan kadar gaji untuk permohonan kad kredit.

Oke. Itu sekadar selingan untuk kita faham bahawa jika tiada keperluan better jangan la kita apply kad kredit apatah lagi semata-mata nak dapatkan discount ERL. Nampak sangat bullshitnya disitu.

Mengulas point menteri.

1. Aku rasa Aziz neh sejenis manusia yang berotak tapi tak berakal. Spesis beruk juga la dia neh.

2. Mungkin baru-baru neh dia ada bersalam-salaman dengan Ahmad Maslan sebab tu tahap kebodohan dia meningkat secara mendadak.

3. Seperti yang kita sedia tahu, bukan semua pengguna pengangkutan awam memiliki kad kredit.

4. Tambahan pula, jika sekalipun ada kad kredit, adakah kadar bayaran ERL tu seperti biasa? Kenaikan tetap berlaku dan pengguna tetap perlu menambah wang ketika membayar.

5. Isunya samada kau bayar guna kad atau cash, kau tetap perlu bayar dan serap kenaikan yang berlaku.

6. Jimat 40%?

7. Kalau ko dah boleh jimatkan wang pengguna sebanyak 40% dengan kad kredit, kenapa tak apply benda yang sama ke atas yang menggunakan cash atau pas? Sudah la budak2 umur 2 tahun ke atas kena bayar. Jilaker. 2 tahun aje pun.

8. Ke sebabnya discount pada kad kredit tu untuk memanfaatkan warga asing yang melancong ke Malaysia?

9. Kau cakap elok2 sikit Aziz. Kalau berani ulang benda sama depan orang awam. Jangan ada bodyguard escort kau. Jangan ada polis semua. Kau seorang diri ulang balik statement kau depan orang awam. Kalau kau berani la. Memandangkan kau belum tahu lagi tahap kebodohan kau takat mana elok juga kau sebut benda neh depan-depan orang. Insya-Allah, rakyat Malaysia boleh mengajar kau dengan PERCUMA. Tak payah susah2 kau nak bayar menggunakan kad kredit atau cash bagai.

Aku bukan apa. Kot ye pun menteri-menteri neh anggap rakyat terlalu lemah untuk melawan dan protes, jangan la sampai kau semua ingat kami neh betul-betul bingai dengan main keluar je statement tanpa jaga sensitiviti rakyat yang terjejas.

Ingat sket. Bukan rakyat je ada hari mati. Kau semua pun ada walaupun kau semua menteri tetap tak berkecuali. Jadi jangan melampau sangat Aziz.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...