Khamis, 3 Disember 2015

Mana UMNO, Mana Menteri Bila Melayu Bukit Keramat Dibuli Dalam Isu Perumahan?


Boleh nampak perangai pale b*** DBKL dalam berita di bawah. Terang-terang DBKL pale b*** menindas kaum melayu. 

Sudah la kena tindas dengan pemaju pro kapitalis, kerajaan yang diharap untuk membela nasib kita pun boleh join sekaki menindas rakyat apabila gagal menyediakan atau mewujudkan polisi perumahan yang mesra rakyat, menguatkuasa undang-undang yang melindungi hak pengguna dan orang miskin serta lebih mementingkan keuntungan berbanding menyediakan kebajikan sosial kepada rakyat.

Ini kerajaan kau pada hari neh.

Sebab tu bila menteri2 UMNO pongpang bab hidup melayu, dalam ahti aku sangat membara nak meludah sekor-sekor tu. Haram berguna bhai.

Dari kau semua menyetan buat demo baju merah, kenapa tidak kau buat demo lawan kerajaan isu perumahan. Isu perumahan majoritinya yang menjadi mangsa adalah melayu dan orang-orang miskin.

Mana priority pejuang-pejuang baju merah neh?

Perangai macam pale b***.

Bila kau hidup dan kau tatau apa yang patut kau utamakan dalam perjuangan hidup kau. Kau sememangnya pale b***.

Ini berita yang aku baca. Sangat menyakitkan ahti kot. Jilaker punya DBKL. 


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk hanya membina 274 unit pangsapuri mampu milik yang akan ditawarkan kepada Bumiputera dengan harga di bawah RM200,000 di kawasan Bukit Keramat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang menegaskan perkara itu, berkata beliau juga tidak akan bersemuka dengan kumpulan penduduk yang membantah projek berkenaan.

Penegasan beliau itu sebagai reaksi kepada kata 2 sekumpulan penduduk Keramat yang mendesak untuk bersemuka dengan beliau, dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam tempoh seminggu ini, atau mereka akan menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri.

"Itu tanah DBKL bukan tanah mereka. Tapi kalau mereka nak jumpa saya secara perseorangan di pejabat, saya boleh terangkan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) hari ini. 
Amin berkata pihaknya tidak dapat melayan desakan penduduk yang mahu tanah itu dibina 100% rumah mampu milik kerana projek pangsapuri berharga RM600,000 seunit itu merupakan elemen subsidi yang perlu diwujudkan pemaju.

DBKL, katanya tidak ada dana untuk membina rumah mampu milik seperti yang diperoleh agensi perumahan kerajaan dan ia hanya mengharapkan kerjasama swasta untuk memastikan rumah mampu milik dapat disediakan kepada warga kota.

DBKL hanya menyediakan tanah dan pemaju membayar tanah itu dengan harga RM16 juta dengan syarat 50% daripada unit pangsapuri itu mampu milik dengan harga bawah RM200,000.

"Sebenarnya Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Redha) berbincang dengan saya, harga RM200,000 ke bawah itu memang tidak logik dan tiada siapa boleh buat tanpa ada elemen subsidi.

"Jadi subsidi ini bukannya DBKL yang beri kepada pemaju. Pemaju perlu buat rumah harga bebas bawah RM600,000 itu untuk subsidikan rumah bawah RM200,000 tersebut," katanya.

Mengenai tawaran UDA Holdings Berhad yang bersedia membina 100% rumah mampu milik dengan harga bawah RM200,000 di tanah itu, beliau berkata ia tidak dapat dilaksanakan kerana tanah itu pun dijual kepada pemaju swasta sebelum UDA menghantar cadangan Oktober lepas.

Semalam, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk Keramat memberi tempoh seminggu kepada menteri wilayah persekutuan dan datuk bandar Kuala Lumpur untuk bersemuka dengan mereka di tapak projek untuk penjelasan mengenai status projek itu.

Pengerusinya, Norham Shazali Abdul Hamid berkata penduduk Keramat mahukan pemaju menawarkan kesemua 548 unit projek pangsapuri itu dengan harga mampu milik di bawah RM200,000.

Projek pangsapuri itu yang dijangka dimulakan tidak lama lagi, melibatkan pembinaan 274 unit rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000 dan 274 unit lagi dengan harga bebas. – Bernama

Alasan macam P*****!

Kau jual tanah tu 16 juta. Memang la pemaju akan bina rumah yang boleh profit dia lebih dari 16 juta sebagai pulangan kepada pelaburan yang telah dibuat.

Cuba kalau ko minta dana dari kerajaan untuk bina rumah kos rendah dan mampu milik. Bukannya tak boleh tetapi kau memang tak hingin.

Orang-orang bandar sekarang nak beli rumah susah kot.

Bawah 200,000k? Cakap aje la nilai rumah tu 200k kau nak jual. Still dengan 200k, orang-orang miskin tetap tak dapat beli. Banding dengan 600k, memang 200k tu nampak murah, tetapi adakah itu yang paling murah dapat ditawarkan? Bukan kah boleh murah lagi?

DBKL pun sama macam pemaju kapitalis.

Mereka mengutamakan wang ringgit.

Dan penduduk fikir dengan menghantar memo kepada Najib akan mengubah suasana.

Kau semua jangan harap dan jangan jadi bodoh.

Baik Najib, DBKL mahupun UMNO-BN, mereka takan bantu kau semua. Setakat sembang tunjuk bagus depan wartawan boleh la.

Sistem perumahan Malaysia neh caca marba. Sepatutnya dari dulu lagi diwujudkan satu data. Aku pernah bagi cadangan neh kat Najib tu. Tapi macam setan dia tak amek port pun. Beria plak aku menaip kat blog dia. Babi betul.

Cadangan aku ;

1. Kerajaan perlu wujudkan satu data pengumpulan maklumat.

2. Data itu akan menentukan berapa ramai keluarga yang tidak memperolehi rumah sendiri setakat ini.

3. Lokasi, gaji, dan punca utama kenapa mereka gagal memiliki rumah akan dapat ditentukan atau dikaji dengan pengumpulan data tersebut.

4. Dari situ kerajaan akan mengenalpasti lokasi yang tepat bagi membina projek-projek perumahan.

5. Dan kepada mereka-mereka yang tidak memiliki rumah sendiri inila yang akan ditawarkan untuk membeli rumah.

6. Wujudkan program 1 keluarga 1 rumah.

7. Kaji isu perumahan lelong.

8. Jika yang dilelong itu ialah rumah-rumah company ke, ataupun mereka-mereka yang memang banyak rumah dan sebagainya, rumah-rumah lelong itu seharusnya ditawarkan kepada keluarga-keluarga yang belum memiliki rumah sendiri.

9. Jika yang dilelong tu rumah-rumah orang miskin, bantu mereka untuk menjelaskan hutang bank dengan mekanisme yang tidak merugikan bank dan pembeli.

10. Aku tengok ramai orang2 kaya beli rumah-rumah lelong buat sewa dan sebagainya. 

11. Bahkan aku dapat input, ada company beli rumah banyak2 then jual bila harga hartanah meningkat disitu.

12. Macam neh dorang punya permainan.

13. Rumah dijadikan aset mencari kekayaan yang mana dalam masa yang sama ia menindas rakyat secara tak langsung.

14. Apakah kerajaan lupa bahawa tempat tinggal, makanan dan pakaian serta pendidikan ialah keperluan asas manusia?

15. Kenapa keperluan-keperluan asas neh diniagakan sehingga sampai satu tahap, sebahagian dari kita merempat di rumah orang, menjadi gelandangan bahkan terpaksa berteduh di tanah-tanah haram dengan membina setinggan.

16. Takan duit tue terlalu penting sampai kita takde ahti perut dan sifat perikemanusiaan melihat manusia-manusia yang bekerja keras semata-semata cuba mampukan diri untuk beli rumah, penyudahnya sampai ke tua tak dapat beli dan terpaksa mengharap pada anak cucu untuk belikan mereka rumah?

17. Itu tak masuk lagi bab perangai banker yang mencari untung riba sana sini dan pemaju kapitalis yang bina rumah mahal-mahal untuk bertambah kaya.

Memang dah rosak sistem kita. Pentadbiran kita diresapi jiwa kapitalis. Pemimpin kita mempunyai semangat kapitalis. Sehingga memaksa rakyat kita berfikiran kapitalis. Nak ubah semua neh kena mula dari bawah. Macam mana Nabi bawa Islam, macam itu kita kena buat untuk ubah dan betulkan segala-galanya tahu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...