Rabu, 2 Disember 2015

PLUS Untung 8.4 Juta, Tapi Kadar Tol Naik Pada Tahun 2016.


Ada satu kenyataan menteri yang buat aku tertarik nak lempang muka dia bertubi-tubi.

Baca sat ;

    Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol Plus adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.

       “Walaupun pendapatan dari kutipan tol Plus setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

       Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya Plus sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya.

    Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50 peratus daripada pendapatan tol Plus digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20 peratus untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20 peratus untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10 peratus sahaja pulangan kepada pemegang saham.

        Sementara itu menjawab soalan tambahan Mohd Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan.

    “Kerajaan juga telah menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi lapan plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas),” katanya. Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk Plus yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan.

    “Inisiatif ini adalah selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mengurangkan kenaikan tol lebuh raya antara bandar secara berperingkat yang sering dimanipulasi,” katanya. — Bernama

Menteri kata = hanya 10 peratus sahaja pulangan kepada pemegang saham.

Untung 8.4 juta.

Kerajaan dapat cukai, dapat keuntungan.

Dari 8.4 juta, jika 840k diagihkan kepada pemegang saham, takde la teruk mana pun. Katakanlah, jika pemegang saham ada 10 orang. Seorang dapat 84k setahun. 84k setahun, teruk sangat ke? Orang nak cari seribu sebulan pun tak tentu, pemegang saham PLUS buta-buta dapat 84k setahun (anggaran), takan tak puas lagi kot? Lagipun, bukan itu aje yang pemegang-pemegang saham tersebut meniaga. Yang operate PLUS neh syarikat besar kot. Hasil dorang banyak. PLUS tu cuma salah satu cabang perniagaan/pendapatan je pada mereka.

Pelik juga neh.

Adakah seorang menteri patut mengatakan seperti itu. Pemegang saham hanya dapat 10 peratus aje.. perkataan SAHAJA itu perlu ke ada kat situ?


Tambahan pula, perjanjian konsesi PLUS dilanjutkan masa. So, lagi la tak logik nak menaikkan kadar kan? Ko dapat tempoh lanjutan = jadi apa keperluan menaikkan kadar tol?


Pale bana sungguh.

Dia bekerja untuk kita. Makan duit rakyat. Jadi gaji dia siang malam. Tapi dia punya suara, bercakap bagi pihak kapitalis. Haram tak boleh pakai.

Dan sekarang, selepas dihentam kaw-kaw, pandai pula kerajaan kau berkias-kias. Tidak akan berlaku kenaikan automatik setiap 3 tahun. Yela, tidak akan berlaku kenaikan automatik, tetapi still akan berlaku kenaikan pada tahun hadapan kan? Tak berani nak cakap pun tidak akan berlaku kenaikan. Sekadar bagi alasan.. belum tentu naik. Maksudnya, cadangan nak menaikkan itu tetap ada kan?

Sama macam isu caj parking KKM juga. Beria cakap depan orang bahawa nak kenalkan caj parking di hospital. Lepas kena kritik kaw2, KKM kata tak perlu marah-marah akan cadangan yang belum dilaksanakan. Tetapi jika orang tak marah-marah, korang juga akan sebut bahawa rakyat menerima cadangan tersebut disebabkan tiada kritikan. Nampak tak permainan korang macam mana? Lagi nak perlembukan rakyat. Cukupla Kak Jat seorang jadi lembu. Kami tak ingin kot.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...