Khamis, 17 Disember 2015

Tak Bagi Laluan Pada Kereta Najib, Facebooker Ini Dipuji Netizens.


Kesian. Kesian. Kesian.

Tindakan individu itu bukan sahaja tidak mendapat kritikan bahkan berjaya meraih populariti segera disebabkan tidak memberi laluan kepada kereta perdana menteri Malaysia, Najib Razak.

Ini apa yang dikongsikan olehnya pada 15 disember lepas ;

Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk 1 lagi kelas personal coaching.

Tiba2 di belakang saya, ada beberapa buah superbike polis trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi bagi memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat no plat, kereta rasmi pok jib (Najib Razak) rupanya.

Apa yang bestnya, saya ingat saya sorang je tak bagi laluan, rupanya semua kereta depan saya pun buat bodo dengan polis trafik tersebut sehingga polis itu kelihatan kalut tak tau nak buat apa apabila kereta2 buat bodo taknak bagi laluan.

Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas. Kami nak suh menteri amalkan apa yg menteri cakap hari tu je pada rakyat - kalau tak nak bayar tol dan elak jem, sila bangun pagi.

** so menteri kalau tak nak ngadap jem, hangpa bangun pagi atau balik keja lewat laa bhai... tak pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat

*** x teringat plak nk snap gambar polis dan kereta pok jib tu yg kelihatan x tentu arah x dapat lolos dr jem... terpana dgn panorama yg jarang2 dpt dilihat ni

Sumber : Fadzil Khairi

Netizens rata-rata memuji tindakan facebooker berkenaan dan setakat neh posting tersebut telah dikongsikan sebanyak 2,734 kali.

Tengokla hasilnya. Apabila rakyat Malaysia berbilang kereta, berbeza jenama bersatu di atas jalanraya, polis pengiring dan Najib Razak pun tumpo.

Itu baru dalam kapasiti kecil.

Jika 30 juta ini bersatu, bergabung, meletup depan Putrajaya, cuba fikirkan apa yang akan terjadi?

Apabila rakyat tidak bersatu, kelemahan itu digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan untuk terus menindas rakyat. Tak faham-faham lagi apa kelemahan utama kita?

Renung-renungkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...