Rabu, 16 Disember 2015

2 Individu Ini Berkongsi Cerita, Beli Hartanah Tahun 2013 & 2014 Tetapi Perlu Bayar GST Pada Tahun 2015 - Kenapa?

Membeli hartanah untuk dijadikan aset atau pelaburan sebelum GST dilaksanakan tetapi selepas pelaksanaan GST, pembelian hartanah berkenaan dikenakan GST walaupun ianya dibeli sebelum pelaksanaan GST dijalankan, adakah ini perkara yang sewajarnya?

Itu apa yang berlaku kepada seorang individu yang berkongsikan pengalaman dia di laman facebook baru-baru neh.

Cerita tersebut ;


Dikongsikan oleh individu yang bernama Almahera Ibrahim di laman facebook dan mendapat perhatian meluas dari netizens. Almahera turut meluahkan bahawanya, amount 17 ribu yang perlu dijelaskan dalam masa 14 hari berikutan pelaksanaan GST menyebabkan dia rasa terbeban dengan kos sebanyak itu.

Hasil semakan aku mendapati Almahera ini ialah seorang peguam. Ya, peguam. Jika seorang peguam pun merasa terbeban dengan kos GST, bayangkan jika seseorang itu bukan peguam, bukan doktor, bukan yang mempunyai kerjaya tetap atau ada karier profesional. Bukan kah GST akan lebih membebankan mereka? 

Jangan cakap nak beli rumah pun tak mampu = takan ada masalah untuk bayar GST dengan pemilikan hartanah tersebut, nak belanja hari-hari pun geleng kepala kalau ada perkara-perkara tertentu diattachkan sekali dengan GST. Betul tak? Dulu takde SST pun sekarang terus ke GST. Bukannya semua product berubah dari SST ke GST. Yang neh kena faham juga. Fakta bukan auta.

Tak dan nak kumpul duit beli rumah, habis dulu duit buat bayar GST segala.

Tak logik pula sebagai manusia untuk kita tak keluar duit atau belanja bagi mendapatkan barang keperluan. Ketika membeli inila kita terpaksa membayar sekali untuk GST yang amountnya kadang kala agak menyusahkan.

Dengan pendapatan yang semakin terhad, perbelanjaan kita pun jadi semakin ketat. Memang kita cuba untuk berjimat tetapi nak berjimat pun perlu disesuaikan dengan keadaan. Takan nak berjimat punya pasal anak yang dari susu tin ke susu cair. Takan nak berjimat punya pasal dari beras siam ke beras hancur. Takan nak berjimat punya pasal dari baju bunddle ke baju koyak2, baju derma2 then amek cuci jahit sendiri? Hak ala. 

Dalam pada itu, aku tertarik juga dengan perkongsian dari seorang facebooker yang bernama Azean.

Rujuk ;



Dia beli rumah pada tahun 2014.
Ketika itu pemaju tak mention tentang GST.
Booking dan proses jual beli berlaku pada tahun 2014.
Tetapi pembinaan berlaku pada tahun 2015.
Lalu dia terpaksa keluarkan tambahan wang untuk membayar GST ke atas nilai hartanah yang dia telah beli pada tahun 2014.

Jika kita perasan atau pernah perasan. Banyak syarikat-syarikat dan pemaju juga tidak terkecuali. Pernah mengeluarkan iklan bahkan promosi serta kenyataan. Bahawa kalau nak beli rumah, beli cepat-cepat sebelum pelaksanaan GST dilaksanakan. Rafizi juga pernah sebut. Kahwin sebelum GST dilaksanakan kalau tidak segalanya sukar. Ya, Rafizi terbukti benar akhirnya. Selepas GST dilaksanakan, kebanyakkan perkara yang kita mungkin fikir akan murah dengan GST, ia bukan sahaja tidak MURAH bahkan bertambah MAHAL sebelum GST dilaksanakan. Lebih teruk dari SST itu sendiri.

Apa yang terjadi pada Almahera dan Azean hanyalah 2 contoh pengalaman bagaimana diri mereka terbeban dan terheret dengan pelaksanaan GST yang membebankan mereka tak semena-menanya.

Sebenarnya, secara realitinya ramai yang terbeban dengan GST. Kita dah baca banyak pengalaman dan kisah. Kita dah kongsi banyak bukti dan hujah. Tetapi Najib kata dia hanya mahu mendengar. Sekadar, mendengar.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...