Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 November 2015

Pengerusi NFC, Suami Shahrizat Bebas Dari Tuduhan Pecah Amanah.


NFC ialah satu projek yang gagal dan terbukti. Sehingga kini kita tidak mengetahui status wang-wang pelaburan. Adakah akan diganti semula oleh laki bini Shahrizat atau burn begitu sahaja.
Sudah la rugi, gagal mencapai matlamat yang disasarkan, wang pelaburan (dana awam) pula tidak diketahui statusnya kini pengerusi NFC dilepaskan dari pertuduhan pecah amanah.
Menurut petikan laporan oleh Malaysiakini ;
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk melepas dan membebaskan Mohamad Salleh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah,
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFC didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140.
Ini melalui empat keping cek NFC untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di ibu negara.
Beliau juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, ke dalam akaun syarikat National Meat Livestock Corporation pada 2009.
Beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Cuba perhatikan.

Siapakah yang mendakwa NFC kalau bukan kerajaan itu sendiri. Macam mana pegawai-pegawai kerajaan dalam bidang pendakwaan buat kerja neh sehingga pengerusi NFC boleh dilepaskan dari dua pertuduhan tersebut? Adakah kerajaan gagal membuktikan wujudnya unsur-unsur salah laku kerana sememangnya perkara itu tidak berlaku ataupun kegagalan berpunca dari kekurangan bukti?

Bengang juga aku sebab pengerusi dibebaskan dari pertuduhan tersebut. Perkara itu akan menjadi modal mereka untuk mengatakan bahawa NFC terbukti bersih dari sebarang unsur2 salahlaku, mahkamah sudah membuktinya, apa lagi yang kamu mahu?

Kalau faham undang2, even tak cukup bukti pun tak boleh proceed untuk mengatakan si tertuduh bersalah.

Kalau faham undang2, even bukti2 terkumpul pun boleh dihilangkan oleh beberapa jenis tangan yang corrupt.

Aku sikit pun tak percaya NFC bersih.

Paling2 koman pun, projek dah terbukti gagal. Yang dedah audit. Apesal tiada sesiapa yang dipertanggungjawabkan atas projek yang gagal? Punya corrupt negara kita. Seberapa corrupt lagi perlu kita pergi untuk kita sedar betapa semua benda2 macam neh salah dan perlu diperbetulkan? Fuck la. Nak kata NFC bersih dan telus.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...