Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 November 2015

Belum Apa-Apa Menteri Tuduh Charles Bermain Wayang Tentang Isu Kevin Morais...

Pelik bin ajaib.

Belum siasat, belum teliti laju je menteri mengatakan pendedahan Charles itu merupakan satu wayang. Macam mana Rahman Dahlan tahu bahawa apa yang didakwa oleh Charles merupakan satu wayang?

Rasanya apa yang Charles ingin sampaikan ialah abangnya mati ketika dalam siasatan ke atas individu berpengaruh dalam negara.

Tak pun dia kata mana-mana individu sebagai pembunuh.

Ini apa yang dikatakan oleh menteri kesejahteraan bandar menerusi account twitternya  ;


SPRM menyatakan kertas pertuduhan itu tidak berasas. Semua orang kecuali Charles tahu siasatan SRC masih berterusan. Bagaimana boleh ada kertas pertuduhan?

Point menteri seperti di atas.

Faham tak beza kertas pertuduhan dengan draf kertas pertuduhan?

Andaikan draf itu benar ;

1. Adakah draf yang tidak lengkap akan sampai ke pengetahuan SPRM?

2. Oleh kerana ianya masih dalam bentuk DRAF, maka tak aneh beberapa agensi kerajaan yang terlibat dalam siasatan tidak akan mengetahui tentang kewujudan draf berkenaan. Kerananya ianya masih dalam peringkat DRAF.

3. Yang tahu ialah, mereka yang cetak/taip draf, mereka yang edit, mereka2 yang duduk disekeliling atau keluar masuk office yang sedang buat draf tu, mereka yang arah draf disediakan etc etc..

4. Tak semestinya Kevin yang dedahkan draf berkenaan.

5. Kadang2 orang lain yang keluar masuk office, nampak, boleh jadi tangkap gambar dan email kepada Sarawak Report..

Itu kalau kita andaikan draf berkenaan benar la. Setakat neh jabatan peguam negara kata palsu. Tapi pelik juga. Benda dalam peringkat draf, dan peguam negara ketika itu baru dilantik, macam mana nak dikatakan palsu jika kita andaikan draf berkenaan dibawah seliaan Gani Patail, ye tak?

Mungkin palsu di bawah arahan Apandi.
 
Tetapi mungkin draf tu benar jika dibawah arahan Gani.

Takde angin, takde ribut tetiba je Gani diganti Apandi, macam mana kita nak tahu? Takan rakyat tak syak kot..

Fikir-fikirkanla ek.

Sepatutnya sebagai menteri, dia tak patut beria sangat ulas macam ye-ye jek si Charles tu main wayang. Biarla go through siasatan selanjutnya.

Pendedahan Charles tu nak dikaitkan dengan perhimpunan Agung UMNO lagi tak masuk akal. Orang2 Najib dah menguasai kabinet dan kepimpinan, apa nak ditakutkan pula?

Tambahan pula, Kevin mati pada September 2015. Sekarang neh bulan November. Pen Drive sampai bulan Oktober 2015. Pada pendapat aku, hampir 2 bulan bukan masa yang lama. Rahman Dahlan kena faham. Charles dalam momentum, menerima kematian abangnya secara mengejut dan sedang merungkai persoalan.

Nak cari jawapan ingat senang ke?
Nak kaitkan insiden itu dengan insiden neh mudah ke?
Nak fikir-fikir balik apa yang pernah dibualkan..
Nak pergi rumah abang dia tengok apa-apa perkara yang boleh dijadikan bukti..
Semua tu perlukan masa..
Untuk dia susun satu persatu dan fahamkan..

Hampir 2 bulan, apa yang lamanya? Tak lama pun pada aku..

Biar polis jalankan siasatan. Menteri kau buat kerja kau je. Bila kau beria-beria ulas, orang akan syak bukan-bukan. Melantun kau neh tak kena pada situasi kot.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...