Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 November 2015

Isu Gambar Nurul Izzah Bersama Jacel & Pengajaran Buat PKR.

Hari ini seperti hari-hari semalam, Nurul Izzah masih berterusan dikecam dalam insiden gambarnya bersama Jacel anak Kiram III.

Walaupun dah memasuki hari kelima, kecaman terhadap Nurul Izzah tidak berhenti. Sungguh pun pada dua hari yang lepas, Nurul Izzah tunduk pada gesaan dan memohon maaf secara terbuka. Sebelum itu, Nurul Izzah dengan pantas membuat kenyataan media apabila dikritik bertalu2 dan menyatakan bahawa dia menyokong penuh semua inisiatif kerajaan dalam mendaulatkan kemerdekaan negeri Sabah (bersama Malaysia) dengan menguatkuasakan undang-undang keselamatan berkaitan insiden Lahad Datu.

Gambar yang membuatkan Nurul dikecam.

 
Gambar ini dimuat-turun oleh Jacel pada 9 November. Rujuk sini.

Gambar yang sama turut dimuat-turun oleh Nurul Izzah menerusi account facebooknya berdasarkan pelbagai laporan portal berita namun ianya dipadamkan sejurus Nurul Izzah menerima pelbagai kecaman netizens.

Kalau korang semua perasan, poster yang dipegang oleh Jacel sedikit berbeza oleh Nurul. Ada diselitkan perkataan 'Filipino Friend'. Ini berlaku kerana ;

Semua yang hadir pada pertemuan itu mengambil gambar bersama saya sebagai sokongan terhadap satu kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendesak ketua umum PKR itu dibebaskan," kata Nurul Izzah.

Nurul juga tidak menafikan bahawa dia mengetahui siapa sebenarnya Jacel. Cumanya, dia menafikan bahawa pertemuan dengan Jacel diatur atas niat peribadi. 

Beliau berkata, kunjungan itu dianjurkan oleh Majlis Hal Ehwal Filipina, Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat naib presiden Filipina.

Bagaimanapun Nurul Izzah berkata, beliau tidak merancang untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan Jacel dan belum pernah bertemu dengan wanita itu sebelum ini.

"Sebaliknya, dia (Jacel) merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput oleh penganjur," katanya.

Sumber rujukan : sini

Jika kita perhatikan dari penjelasan Nurul, kita mendapati nada Nurul agak kesal dan dia seolah-olah memahami tindakannya itu memakan diri. Oleh kerana itu dia tidak berkata apa-apa bagi mempertahankan diri sebaliknya sanggup bekerjasama dengan pihak penguatkuasa andai mereka mahu melakukan siasatan selanjutnya.

Namun ada beberapa kenyataan dari MP pembangkang yang seolah-olah cuba mensabotaj reputasi Nurul Izzah dan menambahkan api dalam sekam. Nurul dalam tindakan yang sedang cuba meredakan suasana tetapi ada MP-MP pembangkang yang langsung tak membantu.

Antaranya ;
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong berkata, perjumpaan Nurul Izzah dengan Jacel yang merupakan anak kepada ketua pengganas Jamalul Kiram III atau sesiapa saja merupakan hak peribadinya.

“Kerajaan Sulu juga sudah isytihar beberapa bulan lalu bahawa mereka tidak akan menuntut Sabah sebagai milik mereka. Jangan hanya kerana seorang ayah melalukan kesalahan, anaknya perlu tanggung kesalahan itu.

“Saya tak nampak ada masalah mengenai pertemuan ini. Itu terpulang kepada Nurul Izzah,” katanya.

Dan ini lagi ;

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, perjumpaan tersebut tidak perlu diperbesarkan walaupun kerajaan Sulu pernah menyerang Sabah.

“Sulu bukan Abu Sayyaf. Bagi saya bukan satu perkara yang serius sebab mungkin (jumpa) di majlis sosial.  Teresa berkata, beliau akan berjumpa dengan Nurul Izzah bagi meminta penjelasan selepas ini.

Rujukan : sini
 
Adakah MP Sandakan dan Seputeh baru lepas menghadiri pesta mabuk ketika bercakap di hadapan media? (ini soalan).

Rujuk link ini ==> JACEL KEMPEN TUNTUT SABAH SEBAGAI MODAL PILIHANRAYA.

Thread berkenaan diambil dari FB rasmi JACEL dan pendiriannya mengenai SABAH pada ketika ini. Ia ditulis pada bulan Oktober. So di mana, macam mana dan kenapa MP Sandakan berkata 'mereka tidak akan menuntut Sabah sebagai hak milik mereka'?

Adakah Sandakan ini layak menjadi MP?
SANDAKAN kot.

Ko nak bekap Nurul pun, fakta mestila tepat. Sudah la bekap benda tak betul (tuan punya badan pun rasa kesal, kau nak tambah api dah kenapa?) lepas tue fakta ke laut. Sangat teruk apatah lagi dikantoikan buta-buta.

Dan Seputeh neh pun menunjukkan lagak biol yang sama. Kejap kata takde masalah tapi sibuk nak dengar penjelasan. Jelas dia pun celaru dengan apa yang dia fikirkan. Kalau takde masalah yang sibuk nak dengar penjelasan tu buat apa? Dan apa? Sulu bukan Abu Sayyaf? Adakah itu isunya? Soalnya baik Sulu mahupun Abu Sayyaf mereka ialah organisasi yang mencerobohi tanah kita dan membunuh rakyat kita. Apakah Terasa faham ini?

Diam. Bukan bermaksud kita bisu. MP-MP pembangkang neh perlu belajar berdiam di hadapan media lebih-lebih lagi atas isu yang kita sendiri tidak tahu atau jelas tentangnya.

Rafizi juga menghamburkan kata-kata berbaur emosi di hadapan media. Saya bukan suami dia.. blablabla.. adakah seorang MP patut berkata sedemikian? Mana protokolnya? Tak sesuai la awak kan SUA PKR. Kan lebih baik kalau dijawab "saya harap kita semua menunggu respon selanjutnya dari Nurul Izzah. Itu je yang saya boleh cakap". Apa hal pula saya bukan suami dia.. mana saya tahu.. blabla.. hak ala.. tak faham betul aku dengan korang neh kadang-kadang.

Pendekatan Nurul pada aku di landasan yang betul. Ya, kita buat kesilapan. Aku nampak dia memang silap disitu. Dan diakui. Minta maaf, sedia disiasat. Nak cakap banyak pun tak guna. Dah tentu orang tetap marah. Takan kita nak membalas dengan marah-marah pula. So better kita diam aje la selepas dah buat apa yang sepatutnya.

Kat berita tv3. Aku tengok media sampai interview keluarga pejuang yang terkorban. Takde la pakcik makcik tu kutuk2 Nurul. Just mereka cakap tak patut.. jangan la Nurul buat macam tu.. tak baik.. ayat pun sopan-sopan. Jelas mereka mungkin tersinggung. Silap-silap mereka tu penyokong pembangkang. Sebab tu Nurul sebagai ahli politik kena pandai faham sentimen.

Tetapi melihatkan kepada kesungguhan BN kompang isu neh kaw-kaw aku dapati sudah tentula isu neh sedikit sebanyak akan mempengaruhi atau membentuk persepsi rakyat terhadap intergriti Nurul.

PDRM katanya akan memanggil Nurul Izzah minggu depan. Atas isu keselamatan, Nurul Izzah perlu disiasat. 

 
Dan SOSMA dikaitkan sama.


Jika merujuk kepada PENAL CODE, 124 ialah merujuk kepada kesalahan menyerang ahli parlimen ;


Dan kenapa pula tiba-tiba Nurul bakal disiasat dibawah 124 = under treason? Tak tally. Akta tu merujuk kepada situasi lain.

124 merujuk kepada serangan terhadap ahli parlimen. Bukannya sedang melakukan pemberontakan. Adakah bergambar dengan JACEL boleh disamaertikan sedang menyerang ahli parlimen? Aku sungguh tak faham.

Rujukan : sini 

Selepas aku kumpulkan kronologi kecaman terhadap Nurul dan perhatikan babak demi babak, aku dapati ;

1. Nurul telah akui kesilapannya. 

2. Jika dia perlu dihukum kerana bergambar bersama JACEL, aku rasa karut.

3. Ya, dia boleh dikritik kerana tidak sensitif. Tetapi bukan kah dia telah belajar dari kritikan tersebut dengan meminta maaf dan akur dengan siasatan yang bakal dijalankan?

4. Tapi apa perlu SOSMA dan akta 124 disini? Apa kaitannya?

5. PDRM boleh memanggil Nurul. Tetapi aku sedikit pun tak percaya gambar tersebut sedang mengacam keselamatan negara.

6. Apa yang berlaku ialah gambar tersebut mengancam kredibliti politik Nurul dan PKR.

7. Nurul dianggap tidak peka dan isu neh akan diolah sebaik mungkin oleh BN untuk memburukkan reputasi Nurul. Aku nak bekap pun tak boleh. Sebab memang ia jelas memaparkan tindakan Nurul yang tidak peka. Puteri Sulu berkenaan ialah jurucakap dan penyambung kepada perjuangan bapanya. Ya, aku faham sebagai anak, Nurul sedang melakukan apa sahaja usaha bagi memastikan pembebasan bapanya tetapi apart of that, Nurul juga ialah ahli politik dan juga mewakili parti tertentu. So, tindak tanduk dia perlu la selaras dengan apa yang diperjuangkan dan menjaga nama baik parti juga. Ini kerana yang akan mengundi Nurul ialah rakyat Malaysia dan yang akan mengundi PKR juga ialah rakyat Malaysia. Bukan kah PKR mahu menawan Sabah dan Sarawak? Nak tawan macam mana kalau isu Lahad Datu neh korang tak berjaya counter persepsi orang tentang kredibliti PKR?

8. JACEL tidak boleh bebaskan Anwar tetapi rakyat Malaysia boleh. Bagaimana? Dengan mengundi PKR dan memastikan pembangkang menjadi kerajaan yang sah. Dengan itu, selepas mendapat kuasa, Anwar boleh dibebaskan.

9. Sebab itu, Nurul kena faham, setiap tindak tanduk yang merugikan diri dia, akan merugikan parti. Semakin orang hilang kepercayaan terhadap PKR semakin orang tidak akan mengundi kamu.

10. Sebagai anak, kita faham emosi Nurul. Berpisah dengan bapa pada zaman remaja. Berpisah sekali lagi dengan bapa pada zaman dewasa. Bukan hanya itu, melihat ibunya kembali bersendiri dan terlibat dengan politik atas sebab desakan, apakah kita tidak nampak? 

11. Apatah lagi politik ini bukan bidang DSWA. Aku percaya bila DSWA sebut dia nak berehat jaga cucu itulah keikhlasan ahtinya tetapi bila atas sebab keadaan dia terpaksa menceburi semula bidang politik, dia sebenarnya.. ini bukan dia punya bidang. Keluarga Anwar sudah tentu tahu tentang ini. Jadi soal pembebasan Anwar bukan hanya melibatkan Anwar semata-mata bahkan ia melibatkan ibu Nurul juga. Jadi sudah tentu Nurul akan melakukan yang terbaik dan terdaya bagi memastikan bapanya dibebaskan.

12. Namun jangan sesekali melibatkan musuh atau berjabat tangan dengan individu yang tak sepatutnya. Selain dari JACEL, penglibatan USA juga patut dijauhi. Apakah dengan trading-trading aje kita boleh dijajah? Lupa dengan peranan penasihat ketika zaman kesultanan dulu? Sibuk masuk tanah melayu atas nama/jawatan penasihat-penasihat konon. Last-last terus kena jajah bertahun2 kao.

13. Bercakap tentang JACEL, dia memang akan meneruskan perjuangan bapanya. Iaitu mendapatkan Sabah sebagai hak milik mereka.

14. JACEL juga tanpa segan silu menjadi jurucakap Sulu kepada pihak media dalam merujuk kepada serangan di Lahad Datu.

15. Tentera kita terkorban, polis kita terkorban, orang awam juga terkorban dengan serangan tersebut. Ia merupakan satu fakta SULU mencerobohi tanah kita. Bahkan membunuh rakyat kita. Apakah JACEL meminta maaf? No. Dia sekarang nak bertanding senator dan menjadikan isu Sabah sebagai modal kempen. Whatthefuck!

16. Kerajaan sepatutnya konsisten melakukan satu usaha untuk menangkap puteri berkenaan untuk diadili menerusi ruang undang2. Najib perlu ada usaha tersebut. PDRM pun sama. Apakah cara terbaik. Sudah tentu penguatkuasa lebih tahu tentang undang2. Takan aku yang nak kena godek2, siasat dan bagi nasihat kat korang pula.

17. Apa pun aku harap PKR mengambil iktibar dari insiden ini. Bahkan Nurul sendiri secara peribadi. Even dalam pembangkang pun ada yang sibuk nak jadi batu api besar-besarkan cerita supaya kecaman terhadap Nurul tidak reda. Sibuk buat statement karut-karut. Apa neh? Ko nak tolong kawan tu ke atau nak bagi tambah masalah?

18. Perlu PKR fahami. Isu sensitif seperti Lahad Datu, MH370 dan seangkatan dengannya tidak boleh diulas secara membabi buta dan tidak boleh juga kita melibatkan diri dengan pihak2 yang mendorong atau menyokong insiden2 berkenaan.

19. Menjaga sensitiviti itu sangat penting dalam kita sedang mencari undi dan sokongan.

20. Diharapkan PKR ada counter measurement yang terbaik dalam menanggani persepsi yang sedang ditanam oleh BN terhadap reputasi Nurul Izzah. Terus terang aku katakan, politik Sabah dan Semenanjung memang berbeza. Ya, nasib baik yang mengundi Nurul tu di semenanjung tetapi untuk PKR terjah Sabah, phewww.. anda baru saja tambah satu tajuk kepada modal kempen BN.. ianya sangat tidak bagus untuk parti anda.. walaupun rabu dah berlalu banyak kali dan sampai sekarang Zahid gagal bawa bukti yang mengaitkan pembangkang sebagai dalang kepada insiden Lahad Datu tetapi bukan bermaksud gambar Nurul bersama JACEL tidak mengoncang 'iman' mereka terhadap reputasi dan kredibliti pembangkang.. 

Fikir-fikirkanla.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...