Isnin, 23 November 2015

Isu Telur Penyu - Bila Mahu Saman Ismail Sabri, Ejek Netizens.

Pada 19 November lepas, Ismail Sabri mengeluarkan satu kenyataan seperti yang dipetik menerusi laporan portal Malaysiakini ;
Mengulas mengenai gambar-gambar itu, Ismail Sabri berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengedarkannya.

"Saya akan berhubung dengan peguam saya untuk meneliti dakwaan ini," katanya kepada Malaysiakini.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga bahkan beratus-ratus portal, blogger & netizens mengedarkan gambar Ismail Sabri yang dikaitkan dengan hidangan telur penyu. Bahkan dalam laporan yang sama, portal Malaysiakini turut menyebarkan gambar-gambar berkenaan.

Gambar-gambar berkenaan mula disebarkan susulan dari penyebaran dua kenyataan penafian menteri iaitu ;

1. Saya tidak makan hidangan telur penyu, saya makan ikan sahaja.

2. Saya makan ubat kalestrol. Saya tak boleh makan telur penyu.

Susulan dari penafian itu, 4 gambar disebarkan secara meluas dengan yang paling viral 
ialah ;


Dan apabila dizoomkan ;

 
Gambar-gambar ini pada asalnya dikeluarkan oleh Pusat Lapangan Danau Girang, sebuah kemudahan penyelidikan dan latihan di Sabah dan disebarkan secara meluas oleh mereka-mereka yang berang dengan penafian menteri, dengan alasan kononnya merasa tertipu apabila menteri menafikan memakan hidangan telur penyu tetapi kelihatan satu hidangan seperti telur yang telah dikupas dan telah dimakan (disentuh) sebahagiannya di hadapan menteri berkenaan.

Susulan dari penyebaran gambar2 berkenaan, aktivis alam sekitar mendesak menteri berkenaan disiasat dan dihukum berdasarkan kepada undang-undang Sabah.
Pengumpulan telur penyu dibenarkan hanya jika mempunyai lesen dan terhad di pantai timur Semenanjung, tetapi aktiviti itu diharamkan di Sabah di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.
Mereka yang bersalah mengumpul, menjual atau memakan telur penyu di Sabah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. 
Menteri yang dilaporkan akan menyaman pihak2 yang mengedarkan gambarnya dan mengaitkannya dengan hidangan telur penyu berkata akan mengambil tindakan undang2 namun setakat ini tiada perkembangan selanjutnya tentang hal berkenaan menjadikan menteri berkenaan diejek di laman sosial.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...