Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mei 2015

Kerajaan Tak Pernah Paksa Sesiapa Bayar GST Kata MP Bagan Serai.


Ini si gila tue kata ;


Kerajaan tak pernah paksa sesiapa bayar GST Kata MP Bagan Serai.Kredit video : TVS.
Posted by Ameno World on Friday, May 29, 2015

Ya. Memang kerajaan tak paksa sesiapa bayar GST. Tetapi kerajaan gunakan faktor keadaan. Keadaan yang mana rakyat terpaksa bayar GST walaupun tak rela. Senang cakap keadaan kita sangat kondusif kepada pembayaran GST.

Contoh kes GST ke atas bil elektrik domestik yang menggunakan elektrik 300KWJ sebulan dan ke atas.

Dalam sesetengah keadaan, kerajaan mungkin boleh anjurkan kita berjimat cermat agar tidak perlu membayar GST.

Ya, benar. Jimat cermat tue nasihat yang betul. Membazir tue sebenarnya salah. Tapi tak pula bermaksud setiap isi rumah yang menggunakan elektrik 300 KWJ ke atas tue sebenarnya sedang melakukan pembaziran.

Kalau orang tue ramai anak macam mana?

Dalam satu rumah bilangan ahli keluarga ramai. Macam mana?

Atau dalam rumah tue ada orang meniaga kecil-kecilan yang mana perlu menggunakan oven (elektrik) untuk buat kuih muih dan kek?

Macam mana?

Tak sama kan kita semua. Ada orang yang kaya raya tapi guna elektrik maybe bawah 300 KWJ sebab jarang berada di rumah. Ada orang miskin tapi elektrik kadang2 melebihi 300 KWJ disebabkan anak2 semua bersekolah, nak kena gosok baju pagi petang kalau masak air guna periuk elektrik kena masak beberapa kali dalam sehari sebab bilangan ahli keluarga yang ramai. Guna dapur gas ke atau guna periuk elektrik ke sama je kosnya memandangkan dapur gas pun dah semakin naik harganya.

Jadi keadaan ini walaupun kau tak rela nak bayar GST dan kerajaan tak pula paksa kau bayar GST tapi suasananya sangat kondusif pula ke arah pembayaran GST disebabkan polisi yang kerajaan sendiri laksanakan.

Elektrik bahan asas.
Tapi kerajaan kenakan GST juga. Memang kerajaan tak paksa tapi mana kita nak hidup kalau takde elektrik? Hidup dalam hutan ke macam mana?

Semenanjung neh TNB conquer. Macam kau ada pilihan lain. Kerajaan mewujudkan satu suasana yang mana tak boleh tidak, rakyat tetap perlu membayar GST. Kalau bukan melalui pembayaran bil elektrik, kita kena bayar GST dengan topup. Dengan internet. Dengan membeli belah apa semua. Adakah sebenarnya Bagan Serai mencadangkan agar kita sebagai rakyat jangan keluar rumah, jangan bekerja dan belajar, jangan berbuat apa-apa langsung duduk kat rumah tue sampai mati masuk kubur supaya kita semua terlepas dari membayar GST ke macam mana?

Kerajaan tak paksa guna mulut atau arahan. Tetapi kerajaan paksa guna keadaan. Mewujudkan satu keadaan yang mana walau kau cuba elak untuk dari bayar GST, kau tetap kena bayar GST. There's no other way around kata pensyarah aku. Kalau kerajaan tak boleh seluk poket kau secara direct kerajaan akan seluk poket kau guna pihak ketiga. Lebih kurang macam tue la situasi kita neh sebenarnya. 

Jadi MP Bagan Serai tak boleh la dengan nada sombong berkata kerajaan tak paksa rakyat bayar GST kerana yang sebetulnya kerajaan mewujudkan suasana yang memaksa kita semua perlu membayar GST walaupun tak rela membayarnya. 

Faham???

Klik sini jika video gagal load.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...