Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Mei 2015

Syarikat UAE Tolong 1MDB Bayar Hutang.

Huru hara betul la 1MDB neh. Tak senang duduk aku dibuatnya. Diri aku sentiasa risau dengan cara BN mentadbir negara. Sangat risau. Aku melihat penindasan merata tapi tak terdaya nak bantu pula. Kita semua dah sampai ke satu peringkat yang mana menjadi sangat pentingkan diri sendiri. Bukan kerana kita tamak tetapi perlu atas alasan melindungi diri sendiri. 

Kita marah harga rumah mahal. Tapi kita tetap kerja keras untuk membeli. Kita takan berani buat lebih dari marah. Kita hanya paksa diri kita ikut arah yang dah kerajaan tetapkan.

Sama macam dalam isu 1MDB. Kita takan berani buat lebih dari marah. Kita tak suka apa yang Najib lakukan dalam 1MDB. Tapi kita takan buat lebih dari marah. Paling2 koman pun kita hanya berharapkan agar pembangkang lakukan sesuatu atas nama rakyat. Nak lebih2 pun kita semua mana ada keberanian. 

Yang terkini menteri dedahkan ;

Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.

Point.

1. Syarikat luar telah bersetuju untuk melabur dengan 1MDB

2. Butiran pelaburan tidak didedahkan secara terperinci

3. Tetapi sebahagian dari hasil pelaburan tersebut akan digunakan oleh 1MDB untuk membayar hutangnya kepada bank-bank yang menuntut pembayaran balik 4 bulan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya

4. Jumlah pelaburan yang bakal dibuat oleh pelabur dari UAE juga tidak didedahkan oleh menteri.

Hmmmm.

IPIC = pelabur dari UAE tetiba sanggup pula melabur di 1MDB dan sekaligus memberikan talian hayat kepada 1MDB. Padan la Mahathir bersilat walaupun 1MDB berjaya bayar hutang 1MDB tetap perlu bertanggungjawab. Yakni, Mahathir awal2 lagi dah dapat info yang 1MDB akan diselamatkan oleh pelabur luar. 

Tapi apa butiran perjanjian antara IPIC dengan 1MDB?

Aku tertarik baca komen yang dipetik menerusi Malaysiakini neh ;

 
1MDB bukan meminjam dari IPIC untuk membayar hutang sebaliknya IPIC melabur di 1MDB. Dan wang pelaburan itu digunakan oleh 1MDB untuk membayar hutang2 berfaedah tinggi mereka. Sekarang neh aku setuju dengan point Khairi bab kerajaan perlu dedahkan apakah butiran perjanjian yang berlaku di antara 1MDB dan IPIC. Apakah yang dijanjikan 1MDB kepada IPIC? Takan dia melabur kalau dia akan kerugian. Sudah tentu IPIC akan mendapatkan sesuatu sebagai pulangan atas pelaburan yang dia buat tapi apa? Itu yang rakyat Malaysia nak tahu.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...