Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 September 2014

Apa Salahnya Pun Kalau PASMA Nak Singkir Haji Hadi Presiden PAS?

Aku tak faham.

Aku baca ini tadi. 

 
Dan.

Apa yang aku fikir selepas baca berita tersebut ialah

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Kenapa aku rasa kelakar. Dan kenapa aku rasa sesetengah pihak dalam PAS neh bongok sangat.

Aku rasa kelakar ialah sebab PAS tak meraikan kepelbagaian pendapat dan rupa2nya dorang mempertahankan batang tubuh presiden. Bukannya perjuangan dan matlamat mereka iaitu ISLAM seperti yang dilaung2kan atas pentas ceramah.

Jika mereka meraikan kepelbagaian pendapat mereka akan faham logik la ada yang suka presiden PAS. Ada yang tak suka. Ada yang boleh terima cara presiden PAS memacu PAS. Ada yang tak boleh terima. Dengan memaksa semua orang untuk hanya bersetuju dengan presiden PAS hanya kerana dia presiden PAS, itu bongok namanya.

Dengan hanya mempertahankan haji Hadi hanya kerana dia berjawatan presiden PAS, itu pun bongok juga namanya.

Tak salah pada aku jika geng2 ustaz nak mempertahankan presiden PAS. Sila la. Jika PASMA kritik Hadi, korang pun balas la kritikan tersebut. PASMA bagi hujah, ko bagi hujah. Biar kami diberikan peluang untuk mendengar hujah2 korang.

Berhujahla.

Tapi kenapa takut berhujah?

Dan kenapa pula takut jika gerakan PASMA adalah bertujuan menjatuhkan Hadi?

Salah ke kalau sekalipun PASma berperanan menjatuhkan Hadi?

Adakah Hadi perlu dipertahankan sehingga ke titisan nyawanya yang terakhir?

Kenapa pula ahli2 PAS dilarang menyertai PASma?

Kenapa nak label ahli2 PAS pengkhianat hanya kerana mereka menyertai PASma?

Adakah ahli2 PAS tak boleh berperanan menjatuhkan Hadi?

Kenapa ahli2 PAS tak boleh ada niat untuk menjatuhkan Hadi jika mereka rasa Hadi hilang keupayaan sebagai ketua kepada organisasi PAS?

Ahli2 PAS tak boleh fikir untuk mengangkat pihak lain sebagai calon untuk mengetuai PAS ke?

Adakah selagi mana tiada mana2 pihak berani mencabar jawatan Hadi maka selama itula ahli2 PAS diharamkan memasang niat untuk mengantikan presiden PAS dengan orang lain?

Kalau pun ahli2 Pas membuat gerakan untuk menjatuhkan Hadi kenapa pula ia merupakan satu kesalahan?

Pakatan Rakyat boleh buat gerakan untuk menjatuhkan BN. Kenapa pula ahli2 PAS tak boleh buat gerakan untuk menjatuhkan Hadi? Salah ke ahli2 PAS menghasut agar menolak Hadi dalam saf kepimpinan dan mengantikan dia dengan orang lain ketika berlangsungnya pemilihan parti?

Ini semua politik kan? Apa yang peliknya pula.

Ke, geng2 ustaz rasa jawatan presiden PAS ialah jawatan seumur hidup Haji Hadi? Jangan takutla. Kalau ko rasa presiden PAS itu bagus, maka dia akan kekal la dalam jawatan dia. Tapi sebab geng2 ustaz tahu presiden PAS tak bagus mana dan semakin hilang sokongan dari hari ke hari itu sebab mereka cuak dengan NGO PASma dan melarang ahli2 PAS menyertai PASma.

Geng2 ustaz begitu beria2 menguruskan persoalan mengenai PASMa tapi pendedahan tentang SANUSI sampai ke hari ini HARAM DORANG nak kupas.

Gadoh sampai mampos dengan PASMA sembang bab kuasa dan pengaruh.

Buat statement media sana sini. Kejap halang ahli PAS sertai PASma. Kejap gaduh dengan Mat Sabu. Kejap kata ahli2 PAS yang sertai PASMA pengkhianat. Langsung tak reti nak muhasabah diri. Tak reti nak ajak berbincang dan berbahas.

Cuba jika geng2 ustaz neh tunjukkan kesungguhan yang sama selesaikan isu yang didedahkan oleh Sanusi. Isu yang didedahkan oleh Sanusi babitkan hak rakyat. Kenapa tak lapor polis? Kenapa tak minta SPRM siasat? Kenapa tak hukum geng2 PAS yang terlibat berkonspirasi? Kenapa? Ko kata ko perjuangan Islam. Islam suruh kau menutup kepincangan parti sendiri yang membabitkan hak rakyat ke?

Nampak?

Isu remeh temeh bab mempertahankan kuasa individu beria2 plak korang semua ulas bagai buat statement sana sini sampai larang ahli2 join. Tah hapa2.

Baca ini.

Jika PASma bertujuan jatuhkan Hadi. Aku sokong. AKu takan join NGO tersebut sebagai ahli tapi cause dorang aku akan sokong. Aku jujur saja. Jujur lebih baik. Aku memang mahu Hadi ditukar kepada orang lain. Aku memang mahu Hadi dijatuhkan sebab dia gagal memainkan peranan yang baik sebagai presiden PAS.

Bukan hanya haji Hadi. Bahkan Mat Sabu pun layak disingkirkan. Atas sebab yang sama.

Geng2 Anwarinas. Geng2 ustaz yang jual agama. Geng2 yang tak reti buat kerja. Geng2 yang putarbelit Islam. Geng2 yang gila kuasa. Ini semua kena singkirkan dalam PAS. Dah bertapak dah dalam PAS dorang semua neh. Banyak sungguh halangan dan cabaran bagi membentuk PAS kembali ke perjuangan asal mereka. Singkirkan Hadi, hanyalah satu matlamat saja. Kalau aku la ada kuasa, memang mampos puak2 neh dalam PAS.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...