Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 30 September 2014

Menantu Hadi Delete Komen Tentang Cukai Kereta Mewah - Apa Puncanya?

Mohon Ustaz Zaharuddin aka menantu tuan guru Presiden PAS jawab persoalan2 yang dikemukakan.

Bukan apa.

Dia kan bertanya.

Oleh kerana dia bertanya, maka jawab la.

Kalau dia salah, betulkan.
Kalau dia betul, maka biarkan.

Kenapa nak delete dan block komen orang?

Macam pelik aje.

Ce citer. Ce citer.

Kronologi ;

1. Mula2 orang sebarkan gambar kereta mewah milik Ustaz Zaharuddin.

2. Aku antara yang sebarkan. Aku rasa, antara yang terawal sebarkan. Hi Hi Hi.

3. Aku punya point penyebaran tue merujuk kepada geng2 dalam PAS sudah kaya raya, maka jangan la minta derma lagi dari golongan yang tertindas.

4. Aku tak peduli la dia nak pakai kereta mewah ke ada saham juta2 ke apa ke itu dia punya pasal. AKu taknak campur. Aku cuma nak campur bab kelayakkan dan kemampuan pemimpin2 tertinggi PAS sudah patut membebaskan PAS daripada menjadi agent kutipan derma. Oleh kerana Zaharuddin sangat hebat orangnya, kenapa tak gunakan bakat, kepakaran, kehebatan dia untuk membantu PAS mengumpul dana bagi operate parti.

5. Ada banyak orang2 hebat dalam PAS. Bukan aku cakap. Ini orang2 PAS sendiri cakap. Punyalah hebat takan takde sorang pun pemikir yang boleh merangka strategi untuk membantu PAS mengumpul dana dengan cara perniagaan daripada kutip derma? Ini boleh membantu membiayai kos operasi markas di setiap negeri bahkan membantu meningkatkan taraf hidup guru2 PASTI yang kita semua tahu di sesetengah tempat gaji dorang rm300 sebulan pun ada. Gunakan la kehebatan korang semua di situ.

6. Point setiap yang sebarkan tue berbeza2. Dan aku taknak campur point2 dorang. Aku ulas point2 aku je la.

7. Then ustaz Zaharuddin agak terkesan dengan penyebaran tue.

8. Then dia pun jawab mengenai hal tersebut. Dia ulas bab kereta mewah dan saham. Bab saham aku takde ulasan sebab aku keliru, was2 dan tatau kisah sebenarnya. Jadi aku KIV ataupun taknak campur sehingga aku mendapat kepastian yang jelas. 

9. Respon dia boleh baca kat sini.

10. Then bila dia dah respon, maka ramai la yang komen bagai apa semua. Ada yang pro dan ada yang contra. Aku antara yang contra sebab apa? Sebab bagi aku dia out of topic. Aku dari awal lagi tak peduli dia nak guna kereta apa pun. Dia kaya. Dia berhak. Dia tak mencuri. Dia punya pasal la dah duit dia. Yang aku concernkan ialah duit rakyat tertindas. Rakyat tertindas macam aku dan macam ramai lagi rakyat2 lain yang sebenarnya perlu membantu sesama sendiri, derma sesama sendiri dan tolong menolong sesama sendiri. Kita berdiri di satu level yang sama iaitu tertindas. Dan adalah amat tidak wajar pimpinan PAS yang kaya raya lepas ceramah p buka tabung derma untuk kutip derma sedangkan korang semua berkemampuan. PAS bukan macam dulu. PAS sekarang sudah hebat dan kaya raya. Pemimpin pun hebat2 belaka. Vellfire ada, BMW pun ada. Rumah baru ada. Saham pun ada. So, faham2 la kenapa aku membidas perkara tersebut.

11. Dan orang lain pula respon pula ada yang bertanya pasal cukai.

12. Yang peliknya. Orang bertanya. Dia pula pergi delete dan block komen orang tue terus du laman facebook dia.

13. Kenapa dia buat macam tue?

14. Kalau orang tue salah, betulkan.

15. Kalau orang tue berkehendakkan jawapan, maka jawab la.

16. Kenapa nak lari wahai Ustaz Zaharuddin?

Jawab la.............
 
Lihat gambar ;
 



Haizh.

Ulama dalam PAS.

Lue fikirlah sendiri sikap mereka.

KAH KAH KAH

Kbai.

'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat Kata MCA.

Semalam kat Kajang berlaku banjir kilat. Dan sejak semalam hingga ke hari neh kita tengok adun Kajang DSWA turun padang dan melakukan kerja2 yang dia sepatutnya buat. Tak percaya, p check kat facebook dia. Benda yang dia memang buat, kita kena sebut jelas2 dia memang buat. Tak payah nak propa sangat la MCA oi.

Ulasan MCA ;


Aku setuju.

Aku sangat setuju dengan point2 bahawa perlunya usaha untuk menanggani perkara ini dari berterusan. Perlunya kita merangka strategi untuk mencegah dan memperbaiki supaya masalah ini tidak lagi berlarutan dan berulangan di masa akan datang. Ini kesilapan manusia dalam merangka pembangunan. Tak dapat dinafikan point ada.

Tapi.

Mislead. Kenapa aku kata mislead? Mislead sebab dia p tembak adun Kajang. Hakikatnya DSWA memang berperanan untuk menambahbaikan perkara ini. Ini komen dia.

Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

“Saya sungguh-sungguh menggesa Wan Azizah mendedahkan rancangan masa depannya untuk pencegahan banjir, dan mendedahkan apa yang dicapainya setakat ini,” kata Ng. -Mkini-

Aku nampak ada usaha untuk DSWA participate dengan masalah2 yang berlaku di Kajang. 

Aku tipu ke?

No la. P la tengok kat wall facebook rasmi dia. Klik sini. Dan ko akan nampak aku tipu ke tidak.

Secara persendirian. DSWA sebagai adun ada usaha untuk membantu. Secara organisasi, PKR dan PR di Selangor memang tak banyak mainkan peranan. Ini pandangan aku. Aku harap dorang boleh berhenti bergaduh dan mula tumpukan usaha untuk buat kerja. Gaduh-movie PR perlu ditamatkan.

Kbai.

Bukti2 PAS Menuju Kebodohan - Gambar Inside.

Maafla PAS. Maaf ye. Maaf. Bukan aku nak kritik sebarangan. Tapi maaf la ek. Tolong la belajar untuk berlapang dada. Sorry PAS. Korang sendiri yang tunjukkan terang2kan. Jangan marah aku pula.

Kebodohan yang pertama.


Apa neh?

Solidariti.

Berapa ramai yang hadir?

Laa..

Tak meriah ke bang? Kenapa? Sebab orang tak cukup BODOH untuk participate dalam program bodoh neh bang. Maaf bang. Maaf. Jangan marah bang. Bukan suka2 nak kata abang bodoh tapi bang, abang memang bodoh bang.

Saya ada kawan. Nama dia Ali Abdul Jalil. Dia lawan kerajaan dan monarki isu2 rakyat tertindas. Dia lawan sampai 22 hari meringkuk dalam lokap bang. Keluar, masuk, keluar, masuk. Duit jaminan jangan cakap bang. Beribu habis bang. Lawan kerajaan zalim bukan sebab nak mempertahankan jawatan dia bang. Lawan pun bukan sebab dia tidur dalam bilik mesyuarat bang. Lawan sebab dia tahu bagaimana sistem kapitalis yang digunapakai oleh kerajaan kita neh sedang menindas golongan rakyat bang. Buktinya. Bina istana juta2 sana sini rakyat merempat takde rumah abang. Polisi yang tak mesra rakyat sedang memekar di negara ini. Nak beli rumah sikit punya mahal. Spekulasi lagi. Nak hadap riba lagi. Macam2 halangan yang perlu ditempuhi hanya semata2 mahu mendapatkan sebuah rumah yang selesa untuk satu keluarga bang. Bukan semua orang ada peluang untuk jadi ahli majlis atas merit partisan macam PAS abang. Abang2 semua sepatutnya tumpu usaha untuk bantu golongan rakyat tertindas yang ditindas kerana melawan penindasan. Bila abang2 semua bersatu untuk mempertahankan jawatan orang, itu pun dia bukan kena buang pula maka abang2 semua terlihat bodoh di pemikiran saya bang. Maaf bang sebab jadi jujur gila dengan abang2 semua.

Harus abang2 semua ingat. Iszuree tidur dalam bilik mesyuarat. Terbukti bang. Bukan fitnah bukan auta bang. 

Dan harus abang2 semua ingat walaupun Iszuree utarakan point yang betul tentang isu perumahan tapi akhirnya dia tak mengaku dia yang karang ayat tue bang. Dia kata dia cuma baca aje abang oi. Dia nak pertahankan jawatan dia. Abang2 semua pula sepakat nak pertahankan jawatan dia. Penyudahnya sapa nak pertahankan golongan rakyat bang? Abang2 semua berani tulis ayat, karang macam bagus2 tapi takde seorang pun nak berbahas samada point yang dibahaskan dalam muktamar tue betul ataupun fitnah. 

Walaupun kerajaan negeri tampil menafikan perkara tersebut, tapi rakyat juga tak bodoh menelan membuta tuli. Rakyat reti guna internet abang. Pergi check market hartanah. Tengok rumah jenis apa yang sedang banyak dibina kat Penang bang. Kenapa abang2 semua neh slow sangat dalam membela nasib rakyat marhaen. Owhh lupa. Abang2 semua neh hanyala golongan penjual agama. Memang tak la defend rakyat. Maafkan saya bang. Sebab sangka baik pada PAS selama neh.

Kebodohan yang kedua.

Hish hish hish..

Cantik sungguh poster abang2 neh. Cantik sangat bang.

Cuba baca jap aduan rakyat ;


Saya syak la kan. Syak saja. Si Ahmad Dhani tue upahan UMNO bang. Mana boleh dia kritik kepimpinan PAS di Kelantan. Ini mesti fitnah kan abang2 semua. PAS sikit punya bagus mentadbir Kelantan tue. Sebab tue la wakil2 rakyat PAS tak pernah berbahas mengenai masalah2 rakyat di Kelantan. Wakil2 BN pun sama. Depa dok layan isu2 bangang aje untuk menambahkan lagi peratusan kebangangan yang sedia ada.

KAH KAH KAH

Kat Kelantan tue kan. Selalu orang bahas isu kebersihan. Air tercemar. Masalah sampah. Dan masalah balak. 

Wakil2 rakyat pun dah bertukar fungsi menjadi wakil parti.

Rakyat yang bayar mereka gaji. Ya. Mereka bertanding atas tiket partisan. Tapi mereka tak naik dengan undi partisan. Mereka naik dengan undi rakyat. Mereka tak dibayar gaji oleh partisan. Tapi mereka dibayar gaji oleh rakyat. Maksud wakil rakyat ialah mewakili rakyat bukan mewakili partisan meskipun kau bertanding atas tiket partisan.

Pemisahan tugas kena faham betul2.

Bila ko jadi wakil rakyat, rakyat kat kawasan ko ada masalah, bawa isu dia untuk diselesaikan.

Bukannya bila ko jadi wakil rakyat, rakyat ada masalah kat tempat ko, bila rakyat bahas, ko pergi siding parti. Ini salah neh, orang awam kena sabar, anda tak dapat maklumat yang cukup, kami ada banyak tugas penting yang perlu diselesaikan, tolong sabar ya, ini fitnah semua neh, saya hari2 ada lepak kat masjid kenapa tak bincang dan blablablablablablablablablablabalbal dan lancauuu..

Kan rakyat dah marah..

Tak pasal2.

Skop tugas sendiri pun tak jelas. Nama jawatan dah terang2 sebut wakil rakyat. Masalah setempat bila majlis gagal menjalankan tugas dengan betul wakil rakyat kena participate untuk peduli apa yang sedang berlaku.

Participate bukan berada disisi kerajaan negeri ataupun partisan. Participate berada disisi kebenaran dan yang tertindas la. Itu pun parti Islam gagal faham. Lagi mao sembang pasal Islam. Dasar parti penjual agama.

Kbai. 

Isnin, 29 September 2014

Nasruddin Bangga Dengan Kekalahan PAS Di Pengkalan Kubor.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

LAWAK GILA BABIK LA DORANG NEH.

Adoi. Sakit perut aku. Tolong la.....

Nasruddin berkata ;


Ini carta perbandingan kekalahan yang dia buat. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. 



Bermula dari kenyataan LKS bahawa PAS mungkin kalah di Kelantan dalam PRU jika tidak memahami isyarat yang ditunjukkan oleh pengundi dalam PRK baru2 ini.

Ini point LKS ;


Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Katanya, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya malam tadi.

Rujukan : sini.

Maksud LKS ialah ;

1. PAS kena take note akan kekalahan mereka di PRK PK (PENGKALAN KUBOR).

2. Jika diambilkira dari peralihan undi yang berlaku di PK dan beranggapan swing ini akan menular di kerusi2 yang lain maka tak mustahil Kelantan akan tumbang.

3. LKS secara jelas menyebut PAKATAN (maksudnya PR di Kelantan).

4. Yakni, LKS gusar bahawa PAKATAN akan hilang pengaruh di Kelantan. LKS sedang bercakap sebagai PAKATAN kepada PAKATAN. Bukan sebagai DAP kepada PAS.

Tapi. Apa pula respon pak badut kita aka Nasruddin dalam citer neh? Kenapa pak badut? Pasal aku dah hilang sabar dengan dia neh. Aku boleh faham. Sikit2 la. Tapi kalau dah terlampau sangat dia bermain propaganda politik sehingga mengabaikan tugas2 utama dia untuk membela rakyat, maka aku rasa si Nasruddin neh memang melampau sangat.

Setiap hari dia sibuk dok pongpang2 citer pergaduhan dia dengan PKR dan DAP. Tak pula nampak dia begitu konsisten mengenalpasti, menganalisa ataupun menghurai masalah2 rakyat setempat yang dia wakili ataupun masalah2 nasional seperti masalah perumahan, GST dan lain2 yang berkaitan.

Jangan salah faham. Bukan aku nak bangga. Tapi bila aku antara pihak yang cakap jangan undi Nasruddin sebelum PRU yang ke 13 ari tue, aku rasa lega. Sebab aku antara pihak yang menolak dia dan tak menyesal pula berbuat demikian. Tengokla kesudahannya. Nampak tak?

Oke. Berbalik pada respon Nasruddin.

- Sepatutnya dia ambil peduli sentimen aktivis2 politik di Kelantan.

- Kita sudah dengar banyak kali bahkan Suhaizan pernah mengulas pada muktamar yang lepas bahawa PAS perlu take note akan perubahan iklim di Kelantan. Semacam sudah wujud tanda2 ataupun ruang2 yang PAS akan tumbang di Kelantan pada PRU akan datang. Antara yang mempengaruhi ialah pengunduran Nik Aziz dan krisis Husam. Isu pembalakan, sampah dan lain2 isu rakyat yang tidak mendapat respon yang sepatutnya dari kerajaan negeri dan apa yang dibuat oleh UMNO ialah pendekatan di Kedah mereka bawa ke Kelantan.

- Maksudnya strategi BN menawan Kedah akan digunapakai oleh BN untuk menawan Kelantan.

- So, apa yang LKS terangkan ialah LKS sedang bermuhasabah diri. Bukan balon PAS.

- Maka tindakan Nasruddin yang p balon PKR dan DAP tak pasal2 ialah perbuatan orang gila.

- Lebih gila bila buat jadual perbandingan kekalahan dan rasa berbangga sebab kalah sikit walaupun jumlah perolehan undi menurun.

- Ada ka seorang wakil rakyat yang waras akan buat kerja macam neh? Sepatutnya berlapang dada dengan kritikan dan teguran dan cuba ajak berbincang untuk mengenalpasti kelemahan2 kita. Perbaiki la ia sebelum ia benar2 hilang macam di Kedah.

- Buat la post mortem yang jujur. 

- Bukan nya dok tumpu untuk berperang dengan PKR dan DAP.

- Lagipun, ini PAS kalah di Kelantan yang PAS jadi kerajaan negeri.

- PKR dan DAP kalah kat Sarawak yang BN jadi kerajaan negeri.

- Dan PAS toksah berbangga menang kat SG Limau walaupun PAS bukan kerajaan negeri. Menang atas track rekod bekas penyandang yang juga ex MB Kedah. Kubu kuat PAS. 

- Walaupun di PK, BN ialah penyandang dan PAS gagal merampas kerusi tersebut namun majoriti yang undi PAS susut.

- Itu yang PAS kena kaji dalam2.

- Jangan asyik nak buat drama swasta, pengundi luar tak balik la, pengundi hantu la apa la.. punca PAS kalah. Kenapa nak propaganda aje tak habis2? Kalau pun pengundi luar tak balik, so what? Kenapa kau tak cuba tawan ahti pengundi tempatan? Kenapa otak kau sempit sangat nak tawan ahti pengundi luar aje? Nampak tak?

- Patutnya. Daripada dok sibuk perah otak nak p bantai kritikan bernas LKS, Nasruddin elok tumpu siasat isu ikan Sturgeon tue. Kat Pahang kan. PR Pahang tak kuat main isu tue. Buatlah kordinasi sesama korang. Yang main isu tue, dari geng2 Keadilan ada, dari geng2 DAP pun ada tapi dalam skala kecik. So, isu2 nasional kat Pahang tue kasi coordinat cantik2, then balon la pihak2 berauthoriti. 120juta punya projek tau. Isu neh besar tau. Alam sekitar, kacau ekologi, dari segi ketelusan tender binaan, banyak tau nak hurai satu persatu. Sapa wakil rakyat neh. Aku ke kau sekarang.

- Nasruddin sepatutnya tanggani kritikan dalam sikap yang positif. Bukannya sikit2 nak melatah. Itu baru LKS yang kritik. Belum lagi aku. Kalau aku kritik direct aje aku cakap PAS parti penjual agama. Point demi point aku boleh hurai. Orang2 politik kritik berkias sebab ludah punya ludah dorang tahu ada yang terludah ke atas muka sendiri. Itu yang cover2 sikit.

Tolong la sesiapa dalam PAS. Nasihat sikit ustaz korang neh. Dulu awal2 seronok gak tengok dia buat lawak dalam isu surat kepada presiden PAS ataupun isu hellfire. Tapi main lama makin meluat plak aku tengok lawak dia. Tolong berubah Nasruddin sebelum pengundi ubah anda di Temerloh. Dan kekalahan PR dalam PRK, bukan untuk tujuan perbandingan untuk rasa bangga dan hebat. Harap maklum.

Kbai.

Kes Iszuree & Eco World - Buktikan PKR, DAP Dan PAS Parti Penipu.

Menyirap la mereka dengan aku lepas neh. Ingat aku nak masuk dalam line geng2 puja dan puji PR ka? No way.

Geng2 yang puja dan puji PR dah bersepah.
Geng2 yang puja dan puji BN pun dah bersepah.

Aku akan jadi berbeza dari geng2 puja dan puji tue. Kalau semua nak jadi pemuja dan pemuji, maka siapa yang nak jadi pengkritik? Kesian la kan. Maka, biar la aku amek jawatan kosong tue.

KAH KAH KAH

First case Eco World.

Aku perhati aje geng2 neh. Saja aku perhati seminggu dua. Dan saja aku nak tunggu sampai kes MB baru Selangor dilantik secara sah. Masa tue baru aku nak sembang pasal Eco World.

Lihat dulu keratan berita kat bawah neh ;

Wow..

Ada Eco World la. Apa isunya?

Dalam kes TSKI ;

1. Antara sebab PKR nak pecat TSKI adalah berkaitan syarikat Eco World.

2. Eco World dikatakan mesra UMNO disebabkan peguam pro UMNO berada dalam organisasi teratas syarikat itu.

3. TSKI berurusan dengan Eco World dalam isu projek perumahan.

4. Intergriti Khalid layak dipersoalkan sebab dia bekerjasama dengan syarikat yang terkait dengan UMNO.

Oke. Itu isunya.

Tapi. Dalam waktu yang sama. Bila DAP sendiri bekerjasama dengan Eco World, jual tanah kepada syarikat itu untuk melakukan projek pembangunan, intergriti DAP tiada masalah.

Ada masalah jika Khalid yang bekerjasama.
Tiada masalah jika DAP yang melakukan urusniaga dengan Eco World.

Nampak tak permainan bullshit dorang kat sini? Apa beza Khalid dengan DAP? Khalid melayu, so ia salah? DAP cina, so tak salah sebab cina pandai berniaga? Takan la ko nak bagi jawapan macam tue kat aku plak kan?

KAH KAH KAH

Pokoknya. Wujud elemen2 diskriminasi, manipulasi, penipuan dan propaganda dalam citer di atas.

Ketelusan ialah isu utama. PR tak telus dalam melakukan tindakan. Mereka berkepentingan. Tapi APA, BAGAIMANA dan KENAPA? Itu kita kena sama2 cari. Buat masa sekarang aku pun tak jelas dengan halatuju dorang dalam isu Eco World.

Yang kedua. Bab Iszuree.

Ini kronologi.

1. Iszuree selalu kantoi tidur sana tidur sini dalam mesyuarat kerajaan negeri.

2. Gambar2 tidur dia bersepah sana sini.

3. Walaupun sering kantoi tidur, LGE hanya bagi warning speech aje kat Iszuree. Itu pun secara kiasan. 

4. Satu hari Iszuree telah mengkritik pentadbiran DAP mengenai polisi perumahan dalam muktamar.

5. Iszuree kritik atas dasar ahli PAS. Bukan atas dasar ahli majlis. Walaupun dia memegang jawatan ahli majlis di Penang.

6. Dan kerajaan negeri telah mengambil tindakan drastik dengan membekukan segala macam jawatan Iszuree dalam jawatankuasa majlis tetap dan sekat segala peruntukkan atas kuasanya.

Lihat surat ;


7. Kemudian beberapa pimpinan PAS dan geng2 PAS terkedek2 membela si Iszuree neh. Sebab dia hilang jawatan apa bagai. Yusni Mat Piah dan Nasruddin antara pihak yang sentap.

8. Kemudian, Mat Sabu menjelaskan bahawa Iszuree sepatutnya hilang jawatan tapi dia berunding cara lain agar Iszuree tak dipecat.


Dah faham kronologi? Oke good.

Sekarang kenapa PKR, DAP dan PAS penipu pula kat sini?

Pertama. Si Iszuree neh kantoi tidur, tidur, tidur dan errr tidur lagi dalam pelbagai mesyuarat. Mana geng2 PKR, DAP dan PAS dalam isu ketiduran si Iszuree?

Owhhh..

Biarlah dia tidur. Janji dia tak bangun dan mengkritik dasar kerajaan negeri, tak begitu ke?

PKR, DAP, PAS, Mat Sabu, Nasruddin, Yusni Mat Piah, LGE, geng2 PR suka jika Iszuree tidur. Tapi bila dia bangkit dari lena dan pongpang2 baru jadi isu. Ini pointnya. 

Sepatutnya. Dah terang2 kot si Iszuree tak perform dengan betul, morally salah sebab tidur pula dalam mesyuarat, orang bayar ko gaji untuk berkhidmat tapi kau curi tulang pula, maka dah layak la dia kena tendang, amaran, surat, apa semua bagi menegur tindakan dia yang menidur di sana sini tapi geng2 pimpinan neh sorang pun tak berani nak membetulkan tindakan bengong dia.

Takde sapa tegur. Semua buat bodoh.

Kedua. Then dia bangkit dari lena dan kritik dasar perumahan kerajaan negeri Penang, which is memang layak kena kritik sebab Penang pro kapitalis. Sama macam Selangor. Bawah BN ka, bawah Khalid ka ataupun bawah Azmin sekalipun which is aku sangat yakin mereka akan pro kapitalis. 

Kritikan itu tepat. Sekalipun dia ahli majlis tapi dia bukan satu2nya pihak yang menentukan dasar. Boleh jadi ada yang setuju, ada yang TIDAK setuju dan tak siapa tahu jika dia tidur ataupun tidak tidur ketika dasar itu dibincang, tapi point dia kerajaan PENANG mesra pemaju bukan citer karut.

Point dia aku suka sebab betul walaupun dia sendiri senget. Aku tatau apa sebab dia mengeluarkan point itu. Samada kerana nak tunjuk besar kepala dengan DAP, atau demi rakyat atau apa itu aku taknak campur.

Tapi point dia betul. Dan bila dia melakukan kritikan atas dasar ahli PAS dalam muktamar tiba2, kerajaan negeri pergi hukum dia atas kapasiti ahli majlis. Kata kerajaan negeri, sebagai ahli majlis dia sepatutnya lebih faham akan dasar kerajaan negeri dan kenyataan dia sebenarnya mislead dari kebenaran. Hakikatnya kerajaan negeri Penang tak mesra pemaju. Kerajaan negeri Penang sentiasa berusaha untuk membantu rakyat membeli rumah.

Yeke?

Memang ye. Ada. Tengok website dia. Rumah kos rendah bawah rm100,000 punya rate dibina dengan jumlah 159 rumah teres + 266 unit rumah pangsa = 425 buah keluarga je yang dapat membelinya.

Dapat mana?

Lihat website kat sini. Klik developement untuk perincian semua jenis rumah2 yang depa bina okay.

Dan kat sini pula, korang akan nampak betapa bersepah nya jenis projek2 perumahan mampu berangan dibina kat Penang.

Itu sebab aku cakap Penang mesra pemaju. Bukan DAP aje beb. PKR pun sama. BN pun sama. Bersepah negeri pun sama macam itu. Kalau kau betul2 khususkan pembacaan pasal projek2 perumahan kau akan nampak apa yang aku nampak. Itu sebab aku sokong point Iszuree walaupun dia senget. 

Yang aku nampak sekarang. Dorang2 neh bukan la berlumba2 nak membetulkan keadaan. Tapi lebih kepada berlumba2 nak tunjukkan sapa paling hebat memainkan propaganda demi mencapai maksud ataupun kepentingan tertentu.

PR begitu.
BN juga begitu.
Dan yang amat menyedihkan ialah golongan rakyat tertindas pun ada yang begitu. Kenapa golongan rakyat tertindas nak duduk kat tengah2 antara aku dengan partisan? Kita nak tembak partisan, golongan rakyat tertindas tolong tepi sikit, jangan sibuk jadi perisai partisan sebab bila kita lancar peluru, apa2hal korang yang mampos dulu. Waktu korang bertarung nyawa, korang beri kesempatan untuk pimpinan partisan neh lari selamatkan diri. Kenapa nak buat macam tue?

Tepi sikit. Jangan beria2 sangat bekap partisan2 ini. Dorang tak give a damm pun pada permasalahan2 kita. Ini perebutan kuasa dan kepentingan sesama mereka. Kena tengokla cara dorang memainkan peranan.

Dalam kes Iszuree, kalau sungguh2 la isu rakyat jadi modal, dah lama dah dia kena pecat. Membuta aje. Membazirkan duit rakyat kot. Orang bayar untuk bekerja dia membuta pula. Kalau betul la kritikan dia mislead kenapa pula pimpinan PAS macam Mat Sabu nak membela dia? 

Nampak?

Mat Sabu tak fikir dia membuta time mesyuarat?

Dah takde orang lain boleh ambil alih tugas dia?

Nampak?

Kenapa berlumba2 nak selamatkan talian hayat dia dalam pentadbiran kerajaan negeri? 

Ini semua sekumpulan pihak berkepentingan, ambil sesuatu tindakan atas sebab mempertahankan sesuatu kepentingan. Syukur Doraemon tue kartun aje. Kalau betul dah lama wajah2 ahli politik neh terdedah. Meluat aku.

Kbai.

Ahad, 28 September 2014

PAS Dibuli PKR & DAP - Luahan Nik Abduh.


Berikut kat bawah neh ialah luahan Nik Abduh mengenai hubungan PAS dengan PKR dan DAP.

Bagi aku, PAS yang merelakan diri dibuli, kenapa nak nampak salah PKR dan DAP semata2? PAS bagaimana? Jika PAS seriyus taknak dibuli, jangan lupa bersihkan segala kotoran dalam parti dulu. Dah bersih kita baru boleh nampak kotor orang. PKR dan DAP memang haprak. Sama haprak macam BN. Ini rahsia umum. Semua tahu. Tapi PAS jangan la perasan yang korang tue pencuci. Sebab korang pun sama je perangai macam PKR, DAP dan BN. Jenis partisan yang pentingkan kuasa. Jika seriyus kuasa tak penting, pasai apa sampai sekarang gagal nak betulkan apa yang didedahkan oleh Sanusi dan lain2 perkara berkaitan contohnya skandal balak?

Mengaku sudah.

Luahan Nik Abduh ;

PAS Dan Kisah Buli

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi. 

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana. 

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS. 

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah.. 

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP? 

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan. 

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Sabtu, 27 September 2014

Menantu Presiden PAS Jawab Isu Kereta Mewah Dan Saham.

Aku ada sebarkan dua gambar kereta ustaz Zaharuddin. Ulasan ustaz mengenai kereta adalah out of topic jika ia merujuk kepada sebaran aku.

Gambar pertama. Ketika muktamar. Ustaz dipersoalkan bukan kerana kemampuan membeli kereta. Pakar ataupun mahir mengubahsuai. Tapi atas sebab jika orang2 dalam PAS sudah sebegini cerdik dan hebatnya, maka cari la strategi untuk tidak mengutip derma lagi. Point dia ialah kutip derma. Ko pakai kereta mahal atau kereta yang dimodifikasi hasil kepakaran kau bukan isu. Pakai la apa2 sebab itu guna duit ko kot. Bukan mencuri. Tapi kena belajar terima situasi. Mungkin. Ada sesetengahnya cemburu lalu sebar fitnah. Tapi bukan semua nya cemburu tak tentu pasal. Ada yang persoalkan kemampuan pimpinan PAS sudah sampai ke tahap tak perlu la PAS minta derma lagi.

Gambar kedua berkenaan gambar park di parking OKU. Gambar berkenaan untuk penyokong2 Pakatan Rakyat. Seperti yang kita sedia maklum. Kalau gambar dalam kereta tu pemimpin BN. Laju2 aje geng2 PR neh mengutuk. Cuba kita tukar situasi sket. Apa akan jadi? Nak bagi sesetengah orang buka minda. Asal nama partisan, apa2 hal taksub dulu. Itu point dia.

Bab saham aku tak pernah usik langsung. Sebar ke ulas ke komen ke like ke apa ke langsung tak pernah. Bila aku tatau maka aku buat cara tatau. Diam2 sudah. Cuma bab kereta tu aku tetap konsisten dengan ulasan aku. Oleh kerana ustaz sendiri dah dedahkan bahawa bidang automotif ialah kepakaran ustaz dan minat, why not ustaz gunakan kepakaran ustaz untuk meningkatkan taraf ekonomi parti PAS. Bukan saja gaji2 guru PASTI akan terbela bahkan PAS tak perlu lagi meminta derma. Something is fishy. Orang tu pakai kereta mewah (meskipun dia beli bawah harga pasaran, tapi ini bisnes dia memang le) takan la orang2 yang pakai kereta buruk nak menderma ke dia pula?

Aku harap ustaz Zaharuddin faham la ye kenapa ia menjadi isu. Yang lain2 tu aku tak campur.

Baca penjelasan ustaz Zaharuddin kat bawah ;

Fitnah Kereta Dan Saham.

Pada 13 September 2014 saya dah tulis dalam timeline saya bahawa saya dapat maklumat daripada kawan yang masuk dalam mesyuarat NGO Politik pertama di Malaysia yang merancang menguasai kepimpinan PAS dan cuba menjatuhkan orang-orang tertentu dengan fitnah.

Waktu itu, saya tak nampak fitnah apa yang mereka nak buat terhadap saya. Ternyata selepas itu, sewaktu muktamar baru-baru ini fitnah ini bertalu-talu diratib dengan mengimejkan saya sebagai mewah dengan disebarkan gambar BMW 7 series berwarna merah yang harga pasaran lebih setengah juta.

Fitnah ini ditambah lagi dengan isu saham ESOS. Saya tergelak apabila membaca sebaran yang diforwardkan oleh rakan-rakan kepada saya kerana melihat penyebar-penyebar ini terlalu dangkal dan jahil tentang kereta dan saham.

Saya yakin tak sampai 5% rakyat Malaysia yang mahir tentang jenis kereta, harga kereta, design kereta dan cara mendapatkan kereta dan spare part murah secara sah di pasaran global.

Tidak melampau jika saya kata tak sampai 3% rakyat Malaysia yang betul-betul mahir tentang selok belok saham ESOS dan saham-saham lain di pasaran terbuka seperti IPO.

Asalnya saya tak nak jawab dan layan dengan sebaran ini justeru ianya terlalu dangkal dan melucukan di samping kesibukan tugas dan tanggungjawab.

Tapi bila saya dapati ia semakin tersebar dan cuba mengaitkan parti, jemaah, golongan Ustaz, Ulama dan Majlis Syura, maka saya bimbang ia akan berlarutan.

Justeru itu saya akan jawab secara ringkas, kerana kalau nak terangkan detail, 10 muka surat masih tak mengcukupi. Berkaitan isu kereta, memang saya mempunyai syarikat jual beli kenderaan motor dan kereta yang didaftarkan sebagai Al-Faqeeh Trading. Fokus perniagaan ialah mendapatkan kereta-kereta murah dan dimodifikasi semula supaya selesa dan sedap mata memandang.

Oleh itu, saya mampu memperolehi kereta dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran biasa. Saya telah menjual kereta BMW 730i sebelum ini dengan margin sebuah sekitar RM20-RM40 ribu. Sekarang masih ada 1 biji Myvi yang masih dalam pembikinan semula, 1 Myvi 2013 dan motor Z100 2011 yang sedang tunggu payment bank.

Stok masih ada ialah Mercedes CLS350 dan E240 milik bekas duta dan pegawai kedutaan Saudi yang dah balik kampong. Kereta-kereta yang dijual termasuk kereta yang saya pakai sendiri sebagaimana yang disebarkan dengan tujuan negative. Ia adalah kereta lama dengan pendaftaran JMB2003, dicustome/modifikasi dan dimakeup semula. (lihat gambar dari store sehingga ke jalan raya).

Harga asal kereta yang saya pakai ialah RM64,500 sahaja (pembelian daripada CIMB), jauh lebih murah berbanding Exora baru yang berharga RM89,000 (Jenis Prime Premium 1.6 cc) (Rujuk Purchaser invoice yang saya lampirkan) Iaitu mahal sedikit berbanding Myvi 1.5 extreme full spec.

Harga pasaran pada waktu itu lebih kurang RM100,000. Margin yang saya dapat daripada pembelian dan jualan semula kereta BMW 7 series ialah RM40,000. 2 buah saya jual, dapat free sebiji. Paling murah jenis 7 Series 2005 (735i model E65 ialah RM45,000) pada tahun lepas di mana harga pasaran ialah RM110,000.

Dengan lampu belakang depan 7 series model terkini yang saya masukkan, menjadikan kereta tersebut dilihat model terkini dan ekslusif, bahkan lebih mantap dengan sport rim terpilih dan fender yang diubahsuai sehingga menaikkan nilai pasarannya kepada RM150,000.

Tidak menjadi kesalahan Puspakom jika modifikasi melibatkan lampu dan fender yang lengkap. Kos lampu baru BMW 7 series terbaru di Malaysia lebih kurang RM6,000, maka anda akan kata kos modifikasi sangat tinggi.

Walhal, apabila saya dapat keluar daripada monopoli ini pasaran ini melalui import direct lampu terpakai daripada USA, maka kos lampu depan dan belakang hanya sekitar RM1000 lebih sahaja termasuk penghantaran.

Kos korporat untuk shipment hanya RM0.70 (70 sen) sahaja (DHL) sekilogram apabila Al-Faqeeh Trading berdaftar sebagai importer korporat dengan syarikat DHL justeru syarikat saya juga terlibat dengan import motor (Recond) daripada USA menggunakan shipment udara (kapal terbang) sekitar 400kg sebiji motor.

Automotive designing ini memang bidang kepakaran dan minat saya justeru ini bukan kereta pertama yang saya design semula. Tangan saya sendiri yang melakar bentuk kereta tersebut daripada kereta usang di dalam store bank berubah menjadi kereta terkini yang selesa, kuat dan laju.

Besi yang diguna pakai setebal 0.8mm berbeza dengan kereta jepun biasa sekitar 0.6mm manakala besi kereta Malaysia sebahagiannya 0.4mm+- sahaja.

Sebab tu bila anda tekan bodi kereta tempatan, dia akan masuk ke dalam macam telur. 0.8 mm takkan kemik walau anda tendang dengan kasut besi sekalipun. Ini seni kereta yang saya miliki, di mana jika anda tidak memilik seni ini, dengan RM64,500 anda hanya mampu mendapatkan sebuah kereta tempatan berbesikan 0.4mm bodinya, enjin 1.3 liter tanpa horse power.

Penggunaan spacer tayar 3.5mm menjadikannya stabil apabila di selekoh, tiada dalam kelebihan kereta Exora yang lebih mahal daripada kereta ‘mewah saya yang disebarkan’. Oleh itu, persoalan yang perlu dijawab oleh penyebar-penyebar fitnah:

1. Di mana salahnya jika saya membeli kereta untuk diniagakan semula dengan harga yang lebih murah daripada kereta Exora? Di sini berlaku penjimatan dan pembelian mampu sebagaimana firman Allah swt bermaksud: Hendaklah orang yang mampu berbelanja (berbelanja) menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia berbelanja dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu) –(At-Tolaq: 7).

Para sahabat memiliki Humr An-Niam (unta merah) yang nilainya pada zaman itu 2000 dinar (RM1.4 juta pada hari ini).

2. Di mana salahnya memakai kereta yang selesa? Banyak hadis yang di taqrirkan (diiktiraf) oleh nabi SAW sehingga menjadi galakan kepada orang Islam memiliki kenderaan yang selesa.

Antaranya ialah sabda nabi SAW:

Empat kebahagian (di atas dunia): isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.

Empat perkara yang menjadikan seseorang itu kesempitan: isteri yang teruk, jiran yang jahat, kenderaan yang jengkel dan kediaman yang sempit. – (Hadis Sahih, riwayat riwayat Al-Haakim).

3. Di mana salahnya jika saya mengguna pakai kereta ini sehingga saya mampu melakukan perjalanan 1400 km dalam masa 2 hari untuk kerja-kerja parti? Hari pertama daripada KL ke Ayer Kuning Perak (250+-km). Lepas zohor bertolak ke penang (115+- km).

Malamnya di Alor Star (115+- km). Lepas subuh bertolak ke Kuala Terengganu (460+-km). Petang bertolak ke KL untuk usrah selepas Isya di sana (450km+-).

Jarak sekitara 1400 KM dalam masa 2 hari yang pernah saya tempuhi sewaktu PRU13 sangat sukar ditempuhi dengan menggunakan kereta biasa dengan memandu seorang diri.

4. Di mana salahnya jika mengikuti jejak langkah sahabat yang memiliki kenderaan yang bukan sahaja selesa tetapi kuat untuk berjihad menyampaikan dakwah seperti mereka memiliki Humr Niam dan kuda-kuda yang kuat. Abdul Rahman bin Auf memiliki 100 ekor kuda sewaktu beliau meninggal.

Zubair bin Al Awwam, salah seorang antara 10 sahabat yagn dijamin syurga dan terkenal sebagai seorang yang zuhud, memiliki sebanyak 20 ekor kuda. Berkenaan saham ESOS pula, apa yang disebarkan adalah palsu apabila cuba menggambarkan saya memperolehi setengah juta ringgit kerana kroni kepada Presiden dan MB.

Lucunya, orang yang sebarkan berita ni tak tahu maksud ESOS dan bagaimana ia berlaku dan dikira. Ringkas cerita, saham ni bukan parti yang tentukan. Bukan MB yang tentukan.

Apatah lagi presiden PAS. Ia berlaku ‘by law’, diluluskan melalui Bursa dan akta, dilaksanakan melaluli mandat pemegang saham dan dipantau oleh Option Committee.

Ia bukan bermula pada tahun 2008 sewaktu PR ambil Selangor, ia bukan di luluskan waktu saya masuk tahun 2011, tetapi ia telah diluluskan oleh AGM (bukan parti politik) pada tahun 2004 lagi. ESOS ni wujud di syarikat-syarikat korporat.

Jika mereka tak pakai ESOS, mereka pakai LTIP (Long Term Incentive Plan) sebagaimana syarikat lama saya dulu (saham di UK). ESOS tertakluk kepada Bursa kerana Perangsang di bawah BURSA justeru ia adalah syarikat Listed Company.

Waktu ESOS dibuka, harga ESOS kepada staf ialah RM1,00, market value (Harga pasaran di Bursa) RM.080 manakala fair value ialah RM1.20+-. Maknanya, kalau saya beli pada waktu itu, saya akan rugi RM0.20 sen setiap saham.

Tapi setiap orang boleh beli saham tu hatta kalau nak beli 1 juta unit saham sekalipun boleh melalui open market dengan harga RM0.80 sebab dia disenaraikan di open market di Bursa. Maknanya kalau anda beli saham tu di open market, harganya RM0.80 tapi kalau anda beli melalui ESOS, maka harganya RM1.

ESOS ni bukan dapat tiap-tiap tahun dan bukan saya dan Sabki je dapat, semua staf dapat hatta eksekutif biasa sekalipun. Lagi satu, angka jumlah ESOS yang disebarkan itu adalah tidak betul. Lebih melucukan apabila si penyebar fitnah sebut: "offer pada tahun 2012 (RM1) dan jual pada 2014 (RM1.80). Maka untungnya setengah juta".

Nampak sangat tak tahu bab saham ESOS yang expired hanya sekitar 6 bulan sahaja. Kalau benda tu salah, saya cabar mana-mana pihak buat aduan SPRM atau aduan ke Bursa.

Kalau tak percaya kepada SPRM maka report ke Bursa supaya diblock kumpulan Perangsang daripada senarai. Bursa adalah badan berautoriti, telus dan responsif jika berlaku perlanggaran peraturan dalam pengurusan Listed Company di Malaysia.

P/S: Taip ‘jahat’ kepada penyebar copy paste fitnah ini semoga anda termasuk di kalangan pencegah tangan sebagaimana hadis: ‘barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya.”

Jumaat, 26 September 2014

Sultan Seru Sokong Azmin Ali Sebagai MB Baru.

Yela.


Azmin pilihan sultan. Kalau lawan Azmin nanti dikatakan lawan sultan, ye tak?

KAH KAH KAH

Berikut teks penuh titah sultan Selangor berkenaan krisis politik di Selangor.

Baca ;

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai  apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan  agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta  mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor  akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat  menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.
Kredit : Mkini.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...