Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Oktober 2014

Kenaikan Minyak 20sen - Hasan Malek Minta Rakyat Bersyukur & Ucap Tahniah.

Sebenarnya.

Hasan Malek tahu kita marah dia bila dia sebut ayat2 suruh kita bersyukur. First time dia sebut, memang dia saja sebut. Tapi selepas beberapa kali dia sebut, itu maksudnya dia troll kita. Dia saja nak bagi kita panas. Sakit ahti.

Bugima punya menteri.

Kata Hasan Malek ;



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.

Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.

Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya. -mkini-

- Rakyat patut bersyukur sebab tindakan kerajaan naikkan harga minyak untuk banteras penyeludupan

- Rakyat tak sepatutnya melakukan protes

- Untuk selamatkan wang negara

- Rakyat patut ucap tahniah

- Rakyat kena kembali ke budaya hormati pemimpin, negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita.

Jap.

1. Apa kaitan kenaikan harga minyak dengan kegagalan penguatkuasa tempatan buat tugas untuk banteras penyeludupan? Kalau dah tahu banyak kegiatan penyeludupan, buat la kerja elok2. Apasal pula rakyat yang nak kena tanggung kenaikan akibat kegagalan korang?

2. Rakyat pun memang takde mood nak buat protes. Mood nak maki ada. Protes tue kerja2 geng pembangkang untuk alih isu la. Nak jadi populis konon2 buat kerja.

3. Takde kerja aku nak ucap tahniah atas kebahlolan korang dalam membanteras penyeludupan. Sewel.

4. Budaya hormat pemimpin ke budaya jilat pemimpin? Satu lagi. Bersyukur dengan kejayaan apa? Kenaikan harga minyak bukan kejayaan kot. 

Kata2 Hasan Malek adalah troll untuk menyakitkan ahti haters dia. Itu dia punya pemikiran aku rasa. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri akan mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Melainkan dia betul2 gila. Btw, Hasan Malek gila atau waras? Sapa tahu?

KAH KAH KAH
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...