Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 April 2014

Ini Jawapan Rafizi Isu Mengamok Sebab Kalah Peringkat Cabang.

Yang KJ sebarkan ;


Respon Rafizi ;


Namun, ya namun.

Rafizi perlu jawab apa yang BH laporkan juga. Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/04/pemilihan-pkr-kecoh-lagi-rafizi.html

Gambar dinafikan oleh Rafizi. Katanya palsu. Baikla, bab tue kami terima sehingga terbukti sebaliknya itu lain citer pula. Tapi bagaimana pula dengan laporan oleh BH?

Sudah baca ke?

Kalau sudah baca apa responnya?

Betul ke ;

1. RAFIZI BUAT PROVOKASI?

2. RAFIZI MENGAMOK2 SEBAB KALAH UNDI?

3. RAFIZI KOYAKKAN KERTAS UNDI?

Ada nama2 yang disebut secara jelas oleh laporan berita itu. Tak susah untuk Rafizi kenal pasti siapa dan sekaligus bertanya. Heyy betul ke you ada buat laporan pada BH? Dan blablabla lagi..

Bukan apa. Setakat neh penafian hanya merujuk kepada gambar. Macam yang aku dah sebut sebelumnya. Aku harap apa yang BH laporkan adalah fitnah dan tak betul. Aku tak suka langsung kalau berita tue betul. Tapi kalau berita tue betul sekalipun tak la terjejas pun sokongan aku pada Rafizi. Pasal benda2 begini aku boleh tolerate la juga. Biasalah, kemarahan, emosi bukan semua boleh control dengan baik. Jangan nak tipu diri sendiri. Aku pun sentap dan emosi juga. Sama macam korang semua. Jangan nak tumpu pada kelemahan Rafizi aje. Cuma satu je aku harap. Harap2 takde rakaman video dan audio yang merujuk kepada keadaan itu. Itu sebab aku cadangkan Rafizi baca betul2 dulu apa yang dilaporkan oleh BH. Kalau betul, cepat2 cari jalan untuk selesaikan masalah. Bimbang ada yang sentap dan sebarkan sesuatu.. kalau tak betul, keluarkan statement penafian. Mudah je pun. Kbai.

Rakyat Rancang Gegar KL - Demo Bukan Sekadar 3 Jam !!!!!!


KL akan dirampas?

KL akan ditawan?

Kita akan pastikan KL menjadi milik kita?

Keh Keh Keh

Aku baca disini tadi ;



Rancangan untuk tidur di Dataran. Permulaan kepada sebuah perubahan dan revolusi. Orang kata test market.

Jika selama neh selalu demo 2,3 jam then balik. Then bangga p bagitau satu dunia aku join demo. Kali neh aku perhatikan adanya di antara mereka2 yang takmo buat konsep yang sama, stail yang sama, kaedah yang sama. Dah boring. Bukan kita je boring. Polis2 tue pun boring sama. Menteri2 BN pun boring. Balik2 nak layan karenah 2,3 jam geng2 rakyat neh. Disebabkan dorang dah boring layan kita maka dorang pun tak macam dulu2 lagi la. Kali neh sapa nak demo 2,3 jam demo la. Lantak la kamu disitu. Aku nak buat GST juga. Ko boleh cakap apa? Nak melalak 2,3jam? Lepas penat melalak tetap kena bayar juga.

KAH KAH KAH

Kata menteri BN lepas tue gelak2kan kita.

Bahkan, ada geng2 yang nak bermalam terus sampai 5 hari kalau takde apa2 ganguan dari polis la. Untuk tekan BN isu GST. Jangan2 tak sempat bermalam terus polis tangkap. Bukan boleh percaya sangat stail dorang. Apatah lagi bila depa tahu ada geng2 yang merancang untuk berdemo lebih dari 3 jam.

Baikla.

Jangan terus marah melulu.

Kita dah sampai satu tahap, kita kena berubah cara kita menyampaikan perjuangan kita. Sampai bila nak berdiri di takuk lama kan? Dulu2 masa baru2 memang tak biasa lagi keadaan dia macam mana, rentak dia apa semua. Tapi bila dah kumpul pengalaman demi pengalaman, keberanian kita juga dah semakin bertambah kan.

Seseorang perlu jadi lauk untuk ajar kerajaan ini apa itu erti keadilan.

Namun adalah amat diharapkan kepada mereka2 di luar sana jangan menghentam lauk2 ini. Lauk2 ini tidak berjuang demi pemimpin2 partisan PR dan BN. Lauk2 ini berjuang demi kita semua, demi rakyat.

Dan lauk2 ini akan menjadi pemangkin kepada sebuah revolusi. PR punya jalan cerita mudah. Depa nak jatuhkan BN guna pilihanraya. Rakyat punya jalan citer pula. Rakyat lihat BN akan sentiasa gunakan medium pilihanraya untuk kekalkan kuasa. Pemikiran rakyat dan pemimpin tak sehaluan disini. Sapa nak kisah pasal undang2 bila si pemegang kunci undang2 pun langgar undang2 ye tak?

Contoh, BN buat jahat. Buat jahat = langgar undang2. Then si pembuat undang2 neh boleh pula sembang bab undang2 dengan kita walhal dia sendiri langgar undang2. Rakyat langgar pihak yang langgar undang2. Jadi tindakan rakyat sama sekali tidak salah. Rakyat di asak untuk memberontak. Rakyat pun bukan suka2 nak buat drama bodoh. Kita ada banyak benda nak fikir. Tapi bila BN mendesak kita untuk lawan maka kita terpaksa la lawan juga. Sapa sanggup terima 25juta untuk panda tetapi subsidi rakyat ditarik balik secara berperingkat atas alasan tidak mahu membiarkan rakyat terus terusan bergantung kepada subsidi? IPP boleh ada subsidi? Menteri2 boleh ada elaun itu neh, tol, minyak, api air ditanggung (subsidi)? Tapi rakyat tak boleh? Menteri2 beli kereta import tanpa bayaran cukai sebab ada AP. Rakyat tak boleh. Banyak benda2 yang mereka buat, mereka cuba halalkan tindakan mereka atas nama STATUS dan KEDUDUKAN sedangkan ini SALAH.

Dalam ISLAM, konsep itu salah.

NABI tiada kedudukan di dunia. Bila seorang NABI memilih untuk menolak meletakkan diri dia sebagai seseorang yang BERSTATUS TINGGI, apakah RAJA2 boleh berbuat demikian? Apakah menteri2 boleh berbuat demikian?

Benda yang simple macam neh pun masih banyak rakyat yang tatau dengan jelas salah betul dia. Aku boleh berlapang dada dengan non muslim yang tak faham. Tetapi orang2 Islam? Dalam dunia aku, dalam dunia aku lebih ramai orang2 bukan islam memahami tentang ini berbanding orang2 Islam.

Itu sebab ada rakyat yang bodoh2 pergi up kedudukan dan status menteri2. Sedangkan jika kita belajar sirah Islam kita tahu sangat apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Antara salah satu sebab kita bertelagah macam orang gila kat dunia neh ialah kerana manusia mula membentuk hirearki status dan kedudukan.

Orang kaya dia mesti dapat macam neh macam neh macam neh..VVVIP apa bagai, kena pandang tinggi, hormat dan jangan melawan sebab dia KAYA ma. Macam baru2 neh rumah anak menteri Zahid Hamidi kena rompak. Laju aje polis tangkap penjenayah. Sebab dia ada kedudukan ma.

Cuba kalau rumah orang miskin kena rompak? Cuba motor ko yang hilang kena curi? Cuba kalau ko yang kena tipu di internet? Mesti kena ceramah kaw2. Lepas tue tiada sesiapa pergi ke rumah ko amek cap jari ke, bawa kamera ke macam dalam CSI tue. Sebab apa? Sebab ko miskin ma. Ko rakyat biasa ma. Ko takde taraf di dunia neh. Status ko layak diperkotak-katikkan aje ma. Manusia melayan kita baik buruk ikut beberapa standard.

Pertama = status (geng2 diraja)
Kedua = kedudukan / pangkat (PM, TPM)
Ketiga = kekayaan (orang kaya, orang miskin)
Keempat = populariti (artis, non artis)
Kelima = rupa paras (cantik, buruk, kacak, hodoh)
Keenam = Ilmu (pandai, bodoh, belajar U, tak belajar U)
Ketujuh = Agama (muslim, non muslim)

Untuk kategori kelapan, yang hanya melayan diri kita baik buruk berdasarkan baik buruk kita memang susah nak jumpa. Pada sesetengah orang, HARAM la dia nak jumpa pun.

Baikla. Untuk menyimpulkan keadaan selepas aku merepek panjang di sini, satu je. Jom turun demo. Jom belajar buat perubahan. Jom belajar bebaskan diri dari kejumudan berpolitik ikut partisan. Jom belajar bebaskan diri untuk ubah sesuatu atas kapasiti rakyat. Jom belajar untuk lepaskan diri dari ketaksuban mengikut arahan pemimpin politik. Jom belajar berdemo lebih dari 3 jam. Jom belajar bersangka baik dengan pejuang2 revolusi. Jom belajar berfikir sendiri. Jom belajar tentukan arah sendiri. Jom belajar lawan kezaliman sendiri. Jom belajar berdemo kutuk pemimpin2 PR dan BN yang buat perangai macam lahanat. Jom belajar jadi pejuang yang tidak suka berselfie. Jom belajar buat demo yang bukan macam pasar malam. Jom belajar buat demo tanpa perlu dengar ceramah demi ceramah bodoh dan bosan gila dari pimpinan parti. Jom belajar buat macam2. Jom dan jom. Jom bermayday dengan penuh gah dan bermaruah.

Kbai.

Selasa, 29 April 2014

Selangor Buat Hal Lagi - Air Lombong Tercemar Pula Dah !!!!!


Sayur sayur sayur sayur sayur sayur sayurr.. apa yang aku merepek neh shetannnnnnnn..!!!!

Rakyat Selangor dah jadi sayur tak pasal2 kat kepimpinan Selangor. Aku rasa angin aje baca pergaduhan mulut dorang di akhbar online. Bukan la susah sangat pun nak kuatkan hujah masing2. Jangan beranggapan rakyat Selangor neh bodoh2 orangnya.

Kalau nak anggap pemimpin2 Selangor tue bodoh2 takpela.

Aku pun tak kisah.

Hahahaha..

Seperti yang tersebar dalam berita beberapa hari lepas dan juga semalam. Semalam pun ada. Selangor selagi lagi menegaskan bahawa air lombong yang dipam untuk kegunaan rakyat Selangor sama sekali tidak tercemar dan selamat.

Baguslah jika kenyataan itu benar.

Namun, tak cukup sekadar kata2. Kata2 is cheap. Waste. Boring. Bagi sikit dokumen, fakta, bukti yang menunjukkan air lombong tersebut adalah sangat selamat untuk digunakan oleh rakyat Selangor. Bila orang minta bukti, orang tersebut bukan ;

1. Orang Azmin.

2. Bukan orang UMNO.

3. Bukan nak dengki kat Selangor.

4. Bukan diupah oleh sapa2.

Sebaliknya nak kuatkan keterangan dan hujah kerajaan Selangor. Betul ke air tue selamat weh. Ko cakap selamat terus aku nak percaya ia selamat? Dalam dunia neh mana ada manusia jujur 100%. Jangan nak temberang la. Aku pun tak jujur. Yang baca neh pun haram jujur. Apatah lagi kepimpinan Selangor. Memang tak la kan. Mengaku sudah. Terus terang lebih baik walaupun pahit. At least sedar diri kelemahan diri sendiri.

Haha.

Dan tadinya ;
Berbeza dengan jaminan kerajaan Selangor, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago hari ini mendakwa, kajian mendapati takungan di sebuah lombong di Bestari Jaya sangat tercemar dengan bahan logam.

Wakil rakyat DAP itu berkata, dua penyelidik daripada Universiti Malaysia yang menjalankan kajian berasingan mendapati, lombong itu tercemar dengan arsenik, kromium, tembaga, plumbum, zink dan timah.

“Kedua-dua kajian ini mendapati lombong Bestari Jaya mempunyai logam berat dan penurunan kualiti air,” katanya.


Lombong di Bestari Jaya antara antara dicadangkan dipam airnya ke lembangan Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air akibat penyusutan tahap air empangan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Charles berkata, tahap pencemaran logamnya juga antara sederhana dan sangat tinggi, sekali gus sangat berbahaya kepada alam sekitar dan manusia.

“Ia memberi kesan kepada kesihatan awam,” katanya.

Beliau juga berkata, jika air lombong tercemar dengan logam berat atau toksik, loji rawatan tetap tidak dapat membersihkannya.

Menurut laporan yang disiarkan pada 2010 dan 2012 itu, kepekatan logam di Bestari Jaya melebihi tahap dibenarkan Standard Kualiti Air Malaysia.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/261371

Tue diaaa

Tak selamat pula dahhhhhh 

Satu pihak cakap selamat. Ya, kami ada laporan yang membuktikan kenyataan kami.

Satu pihak cakap tak selamat. Ya, kami juga ada laporan yang membuktikan kenyataan kami.

Rakyat sekarang keliru. So, selamat atau tak selamat? Masing2 bercakap guna mulut. Tak hadirkan bukti. Yang mana satu betul. Selamat ke tak selamat ke selamat ke tak selamat ke nak maki semua sekali err tersilap taip la pula.

Jangan main2 bab kesihatan rakyat. Satgi orang sakit macam mana? Kena penyakit kulit ke. Yang alergic ke. Ada pernah fikir tak semua itu? Ke bersedia tanggung risiko?

Kan bagus sangat kalau masing2 bagi fakta masing2. Yang cakap selamat bak la bukti laporan. Yang cakap tak selamat bak la bukti juga. Bagi rakyat baca, kaji dan nilaikan sendiri samada ia selamat ataupun tak selamat. Ini hal rakyat maka rakyat kena la terbabit sama untuk buat keputusan. Buat apa nak kelirukan orang. Orang nak guna air. Bukan nak tengok korang berdua bertekak macam HARAM.

So, bila nak dedahkan bukti masing2? Ke nak sambung bertekak lagi? Err aku nak maki kedua2 pihak boleh?

KAH KAH KAH

Pemilihan PKR Kecoh Lagi - Rafizi Mengamok Sebab Kalah Peringkat Cabang.

Aku rasa Rafizi perlu menjawab dakwaan ini. Berita ini bukan saja tersebar meluas bahkan turut di petik oleh lawan Rafizi iaitu KJ di laman twitternya. Aku harap apa yang dilaporkan itu tidak benar. Dan lagi satu, kalau betul sekalipun aku harap ianya dapat diselesaikan dengan bijaksana. Bukan apa, risau juga kalau2 aksi Rafizi berjaya dirakam oleh seseorang menerusi telefon bimbit dan sebagainya.

Gambar yang disebarkan oleh KJ ;

 
Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang. 

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi. 


Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi. 

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak. 

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi. 

Cetus suasana panik 

 
“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH. 

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama. 

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat. 

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya. 

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Laporan oleh BH.

Kita tunggu saja penjelasan dari Rafizi daripada buat tuduhan melulu. 

Oke bai.

PERKASA, PEKIDA, UMNO Dan ISMA Rancang Demo Kerana Obama Sebut 'Insya-Allah'?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH  KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


Nik Abduh Nafi Atur Pertemuan Tuan Guru Nik Aziz Dengan Muhyiddin Yassin.

Respon Nik Abduh ;


Sebelum neh kecoh mengatakan Nik Abduh yang atur pertemuan TGNA dengan Muhyiddin Yasin. Spekulasi itu ditambah pula dengan kisah2 berbaur UG.

Gambar2 berkaitan ;



Oleh kerana isu berkaitan hudud hangat diperkatakan maka kisah UG tersebar semula. Inila pemerhatian aku. Aku rasa kesemua pihak terlalu fanatik dalam mempertahankan hak masing2 sehingga sanggup membelakangkan hak kawan2 seperjuangan.

Aku tak rasa pertemuan di atas negatif. Ia adalah perkara biasa untuk mana2 pemimpin bertemu dengan mana2 pemimpin. Dan mengapa pula itu salah sekalipun Nik Abduh yang atur pertemuan?

Nik Abduh anak kepada TGNA.

Nik Abduh bukan orang luar. Jika orang yang call Nik Abduh rasa selesa menggunakan khidmat Nik Abduh untuk dibawanya bertemu dengan TGNA apa masalahnya? Bila pertemuan tue sorok2 tahu pula marah. Bila orang terus terang bagitau ada pertemuan siap upload gambar di facebook pun marah juga.

Adakah sampai satu tahap nak mengharamkan sebarang pertemuan?

Cerdik sikitla. Jangan la marah atas perkara2 remeh temeh macam neh.

Apa yang aku nampak.

1. PAS nak pertahankan Islam. Tetapi ahli2 dia punyalah fanatik dalam berpendirian (idelogi tak salah) sampai sanggup fitnah kawan2 sendiri. Pertahankan Islam tak salah, berpendirian hudud itu patut dilaksanakan tak salah, memupuk perpaduan sesama umat  islam dan membentuk negara islam dan berkebajikan dengan tidak mengabaikan hak2 non muslim tidak salah tetapi tindakan kita perlu selaras dengan apa yang kita sasarkan. Kita ada niat nak buat benda baik kita juga kena cakap benda baik dan perlu bertindak ke arah kebaikan. Kita ada niat baik tetapi kita cakap benda sebaliknya ataupun buat tindakan sebaliknya sehingga dorong orang salah sangka itu pun tak betul juga sebab kita sendiri yang buka ruang fitnah. Jadi dekat sini sesama PAS perlu la duduk berdiskusi dan bermuafakat. Kaji balik kelemahan2 korang dan cuba singkirkan apa2 yang tak sepatutnya dibuat. Bukan susah mana pun nak muhasabah diri. Antara nak dengan taknak je.

2. Macam tue juga dengan orang2 PKR. Asal jumpa sikit terus buka citer UG. Asal minum berdua terus buka citer UG. Asal kritik PKR terus buka citer UG. Semua benda UG UG UG UG UG UG UG. UG KEPALA HOTAK KO LA. Padahal ini satu propaganda yang jelas lagi terang untuk kalih isu pemilihan PKR yang terbukti tidak BERSIH dan TIDAK ADIL. Korang taknak orang cakap pasal tue. Otak sapa yang korang cuba nak tipu hah? Ingat aku tak nampak permainan propaganda disitu? Aku nampak. Hanya buat2 tak nampak sebab nak tengok sejauh mana korang sanggup lowkan diri korang untuk kutuk kawan sendiri demi tutup kelemahan parti sendiri. Aku tak kata tindakan PKR itu untuk menghalang UG adalah salah. PKR mahukan PAS. Tetapi PKR buat2 macam tak mahu. Orang kata jual mahal la. Dalam ahti nak tapi mainan di bibir kemain berlagak lagi. Apa yang PKR buat sekarang, yang sentap gila babi meroyan satu hal neh sebab PKR mahu memastikan PAS harus berada di dalam PR. Dorang nampak macam provoke PAS padahal dorang provoke penyokong2 PR agar mereka2 ini balon PAS. Bila PAS rasa terbalon dengan penyokong2 sendiri sudah tentula PAS tidak akan sebarangan buat tindakan melulu seperti bersatu dengan UMNO dan BN bagai. PKR rasa insecure. Adakah PAS benar2 akan bertahan dengan PR. Adakah PAS akan keluar? Adakah PAS ada agenda sendiri? Adakah PAS mahu meninggalkan mereka?  Jadi semua benda2 yang dorang buat neh yang sangat kelam kabut neh mendorong kepada pemikiran2 negatif dan spekulasi2 liar yang satusen pun tak mendatangkan faedah kepada semua pihak.

Sama seperti PAS, PKR juga perlu muhasabah diri. Nak kekalkan PAS dalam perikatan korang gunakan cara yang berhemah dan cerdik. Jangan selit dengan unsur2 fitnahsm yang aku rasa unsur2 ini la yang buat orang makin sakit ahti. Korang nak kritik pun mesti ada benda yang pasti. Setakat duduk jumpa sembang2 melawat nak kutuk2 dan buka citer UG apa barang. UG kat Indonesia tue taknak ungkit sekali? Perpaduan Nasional dengan BN takmo ungkit sekali. Kalau nak ungkit, ungkit la semua benda bhai. Ungkit sekali kisah dari mula2 PAS DAN PKR wujud. Buka citer semua kesalahan2 lepas jika ia mampu membantu korang untuk dapatkan kemenangan dalam PRU. Buka la citer tue.

Haha.

Itu yang aku sibuk tadi. Fanatiknya dorang dalam nak mempertahankan hak2 dorang, dorang sesama sendiri sanggup tikam, serang, kutuk, fitnah dan bunuh kawan2 sendiri.

Cukupla kita berpendirian kita nak pertahankan hak2 kita. Tapi jangan sampai kita saling bunuh berbunuhan. Ikutla cara yang betul dalam mempertahankan hak kita. Niat betul perlu disusuli dengan tindakan yang betul juga. Betul niat PAS dalam mempertahankan kelangsungan dakwah Islam, tetapi jangan selitkan unsur2 fitnah dan tohmahan baik dalam bentuk kata2 dan tindakan. Kita raikan kepelbagaian dan sesuaikan tindakan dengan keadaan.

Pada PKR ia adalah tindakan yang betul untuk memastikan PAS perlu bersama2 PR dan sama sekali tidak boleh bersatu dengan UMNO kerana niat UMNO bukan mahu ISLAM tetapi hanya mahu kucar kacirkan kesatuan PR dan melihat kehancuran PKR, namun jangan selitkan ia dengan unsur2 fitnah dan tuduh menuduh sesama sendiri. Cakap benda yang betul, hanya sebarkan info yang terbukti sahih dan hanya benar2 menyuarakan sesuatu setelah ada bukti yang menyokong tindakan korang. Jangan p sebar benda2 mengarut lepas tue rasa marah dan sakit ahti berbalik kat diri sendiri ataupun pada kawan2 seperjuangan.

Aku nampak situasi dia macam neh jek.

Ada dua orang sahabat baik sedang duduk santai2 di atas sebuah kerusi. Ali dan Abu. Ada pihak ketiga yang tengah menyorok disebalik tiang. Pihak ketiga guna kayu pukul Ali, tetapi Ali fikir Abu yang pukul sebab dia cuma nampak Abu disitu. Tapi dia diam2 dan tak bertanya pada Abu sebaliknya buat andaian sendiri. Pihak ketiga pukul Abu pula. Abu pun diam2 juga sambil perhatikan Ali. Kemudian pihak ketiga pukul Ali dan Abu secara serentak dan tiba2 Ali dan Abu berkawan sesama sendiri tanpa pernah mahu buka mulut bertanya, mendapatkan jawapan, memahami, berlapang dada, mendengar dan sebagainya.

Macam tue juga la dengan pemimpin2 PAS dan PKR.

Ahli2 dan penyokong2 mereka. 

Mereka akan terus bercakaran sesama mereka, kerana pada mereka bercakaran itu lebih baik dan ahli2 pula tak membantu memainkan peranan yang positif sebaliknya masing2 bagi api api dan api supaya semua jadi api dan bakar diri sendiri.

Teruskan.

Hanya satu pertemuan. Macam2 cerita yang keluar. Dan itupun berani lagi sembang bab keadilan dan kebajikan? Belum bangun dari mimpi yang panjang ke wahai PAS dan PKR?

KAH KAH KAH

Isnin, 28 April 2014

Landasan Jarak 1KM Bernilai RM100juta !!!!! - Hanya Di Malaysia.

Kerajaan bayar. Bukan didedahkan oleh pembangkang kali neh. Sebaliknya didedahkan oleh PAC. 

Baca sendiri kalau tak percaya ;

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoal mengapa pembayar cukai perlu membayar kira-kira RM100 juta untuk penyambungan KLIA Express bagi menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dengan jarak hanya satu kilometer.

KLIA Express ialah sistem Express Rail Link (ERL) yang kini berfungsi menghubungkan KL Sentral dan Putrajaya Sentral.

"Walaupun jaraknya hanya satu kilometer tetapi kos pembinaannya yang dibiayai oleh kerajaan adalah RM100 juta.

"Lepas itu, masih lagi dikenakan bayaran untuk airport transfer dari KLIA to klia2. Kita pun nak tanya apa rasional memberikan pampasan atau membayar kos penyambungan ini," kata Pengerusi PAS Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam sidang medianya petang ini. -MKINI-



Aku kalau baca berita2 macam neh rasa nak mencarut je. Aku nak mencarut sebab geram sangat. Sekarang aku nak pergi mencarut. Mencarut sorok2 dapat dosa ke tak agak2 korang?

KAH KAH KAH

Surat Terbuka Untuk Obama - Dr. Jeyakumar - A Letter To Obama.


Ke hadapan Presiden Obama,

Ingin sekali untuk diri ini untuk mengucapkan “Selamat datang ke Malaysia” kerana kami orang Malaysia secara amnya, orang yang senang menerima tamu, dan ramai daripada kami teruja kerana anda dinobat menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke 44. Kemampuan anda menyampaikan dan menggulungkan hujah – benar benar mengagumkan!
Tetapi ada seperkara yang menahan saya dari menerima kehadiran anda ke Malaysia seikhlasnya kerana antara agenda utama anda adalah untuk Kerajaan Malaysia menandatangani TPPA – Perjanjian Usahasama Rentas Pasifik* (the Trans Pacific Partnership Agreement.)

Anda perlu tahu wahai Presiden, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan buat kami, sekaligus meningkatkan kos bagi pesakit HIV untuk mendapatkan rawatan lanjut yang diperlukan saatnya mutasi virus menjadi lali terhadap rawatan biasa.

Firma farmaseutikal (ubat ubatan) telah menetapkan klausa seperti “pengekskusifan data” yang akan menghalang pengimportan ubatan generik* (Ubat yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang bukan pengeluar asal ubat tersebut setelah hak patennya tamat) walaupun selepas tamat tempoh hak paten dengan menjadikannya satu “jenayah” apabila penggunaan data berkaitan ubatan digunakan syarikat lain. Ramai pesakit kanser akan menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan efektif untuk mengubati kanser  sebaik saja Malaysia menandatangani TPPA.
Apakah anda sedar wahai Presiden, bahawa kebanyakan syarikat berebut mahu mematenkan  prosedur pembedahan sehingga ke spesis hidupan – peruntukan melalui Hak Milik Intelektual* (IPR – Intellectual Property Right) menjadi satu kebiasaan untuk “memagar” hak asalnya milik kita bersama – satu cara penjarahan kekayaan Abad ke 21 oleh syarikat korporat dari negara maju terhadap negara membangun.

Semenjak zaman penjajahan, kekayaan dunia ketiga dijarah – mulanya dari pemerintahan oleh penjajah, kemudiannya melalui kawalan teknologi, seterusnya melalui keberhutangan dan kawalan akses kepada pasaran. Dan peruntukan melalui IPR adalah kaedah terbaru menjarah hasil kekayaan negara yang lebih miskin untuk keuntungan 1% yang kaya.

Presiden Obama, anda mesti pernah mendengar kes Philip Morris,pengilang rokok dari US menyaman Kerajaan Australia kerana meluluskan undang undang untuk memastikan semua syarikat pengilang rokok untuk meletakkan gambar pesakit kanser di atas kotak rokok. Kata Philip Morris untung berniaga mereka diganggu oleh penguatkuasaan ini kerana akan menurunkan hasil jualan rokok di Australia!

Apa pendirian anda wahai Obama – apa ianya tidak menjelikkan untuk sebuah syarikat mempunyai hak undang undang untuk menyaman sebuah kerajaan yang dilantik rakyat untuk mengambil langkah  melindungi rakyatnya sendiri? Apa anda tidak gusar bahawa peruntukan TPPA memberi kuasa terlalu luas buat syarikat gergasi?

Dan juga ada beberapa perkara – ada sesetengah kerajaan yang sudahpun menandatangani klausa  Investor State Dispute Settlement (ISDS) disaman di tribunal antarabangsa oleh syarikat gergasi yang mencemarkan sungai dan sumber air, dan ada yang disebabkan kerana mengharamkan praktis industri yang merbahaya kepada masyarakat antara yang lainnya. Jadinya mengapa anda wahai Obama bersungguh untuk TPPA yang hanya akan menguntungkan bos korporat?

Apakah boleh saya boleh bertanya soalan yang kurang sopan pada kamu wahai Presiden? Pada kemahuan siapa anda datang melawat Malaysia – kemahuan orang negara Amerika kah? Saya yakin bahawa majoriti rakyat negara kamu sendiri mahukan rakyat Malaysia punyai akses terhadap ubatan dan buku teks pelajaran dengan harga berpatutan.

Kebanyakan rakyat Amerika pastinya melihat tidak ada salahnya sesebuah kerajaan untuk melindungi kesihatan warga dan alam sekitarnya. Rakyat anda wahai Presiden pasti tidak akan bersetuju kepada banyak peruntukan yang terdapat di dalam TPPA – dan mungkin sahaja ini adalah sebab mengapa rundingan itu hingga hari ini berlaku tanpa pengetahuan rakyat anda sendiri,malahan Ahli Kongres sendiri.

Setiausaha Perdagangan negara anda, Encik Fromann baru baru ini memberitahu kepada Kaukus Parlimen kami bahawa TPPA adalah perjanjian terpenting Abad Ke 21. Apa anda bersetuju dengan itu wahai Presiden – dengan rundingan yang dilakukan secara rahsia, dengan menyimpan maklumat dari keseluruhan warga 12 negara yang menyertai rundingan – apa yang “berkualiti” dan “canggihnya” tentang itu? Mana perginya kejujuran, rundingan dan ruang untuk penglibatan warga?

Jadinya wahai Presiden, jika anda di sini bukan sebagai wakil rakyat Amerika, pada kemahuan siapa anda di sini? Apa mereka yang memiliki 1% kekayaan dalam dunia ini bagi memaksimumkan keuntungan mereka? Apa mereka ini yang diwakili anda?

Jika begitulah, sukar untuk saya mengucap dan benar benar ikhlas dengan ucapan “Selamat Datang ke Malaysia” saya ini. Adalah sesuatu yang menyedihkan, untuk seorang  individual yang cerdik pandai seperti anda akhirnya diperkudakan untuk menjadi tunggangan syarikat korporat Amerika – kata mereka, kuasa itu cemar tetapi tidak bagi mereka ini!

Walaubagaimanapun ianya adalah satu kerugian untuk  bakat anda dipersiakan dari dikerjakan ke arah dunia di mana kehidupan warga lebih utama dari keuntungan, di mana pengeluaran gas karbon dioksida terkawal dan alam sekitar diperlaku penuh hormat.
Sampaikan salam kami buat warga Amerika wahai Presiden Obama, kami tidaklah berkelahi dengan mereka, kerana dengan ikhlasnya, kami mengerti warga biasa Amerika turut terjejas – dengan status pengangguran dan pendapatan 60% rakyat termiskin Amerika yang semakin meleset sedari 20 tahun yang lalu.

Mungkin satu hari nanti, tidak jauh dari sekarang, warga marhaen negara anda dan kami akan berganding bahu mencabar tamak haloba syarikat korporat dan menyusun atur semula masyarakat kita berdasarkan prinsip demokrasi penyertaan, keadilan sosial dan perpaduan atas nama kemanusiaan.

Di dalam tatanan yang baru itu wahai Presiden, dagangan antara negara menjadi penting, dengan semangat, “Pasaran Adil” yang memberi manfaat pada warga dunia, bukan tamak haloba korporat atas nama “Pasar Bebas”.

Jeyakumar Devaraj

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM & Ahli Parlimen Sg Siput

Parti Sosialis Malaysia (PSM)

26/4/2014

019-5616807

Rujukan : http://www.projekdialog.com/featured/surat-terbuka-dr-jeyakumar-untuk-presiden-obama

Everything is fine. Cuma surat neh dalam bahasa melayu. Macam mana Obama mao baca? Ke ini translate dari english to bm?

Haha.. 

Gambar Lelaki Tunjuk 'Isyarat' Kepada Rombongan Obama Ke Malaysia Tersebar..

Ada orang ambil gambar neh dan sebarkan di internet. Dia sebarkan sekali no plat individu terbabit. Aku tatau kenapa dia nak sebarkan gambar neh. Nak cari pemandu tersebut sebab nak bantai ke? Nak dakwa? Ataupun nak puji? Entahla. Tapi kalau aku yang jumpa individu neh aku nak ucapkan syabas dan bagus. Bukan setakat isyarat f#Ck aje yang patut ditunjukkan. Lebih dari itu lagi. Ini bukan zaman nak lembut2 dengan pengganas no 1 dunia.

KAH KAH KAH


Maaf.

Aku blurkan no plat dan apa yang dorang sebarkan tue. Aku tatau niat penyebaran. Dan risau2 gak kalau depa sebarkan dengan tujuan nak jejak dia.

Apa pun aku nak bagitau satu benda. Tahniah sebab tunjuk f%ck kat rombongan tak guna tue. Dah la datang beramai2. Tutup jalan pula tue. Disambut dengan besar-besaran macam good2. Lepas tue dok sembang kencang bab dasar2 negara kita padahal dasar2 negara dorang pun haprak. Nak bagi nasihat kat kita konon padahal demokrasi dorang pun cacat dan berat sebelah lagi mao perasan good2.

PERGI MAMPOS SAMA LUE AMERIKA.

Aku ucapkan syabas dan bravo pada student UM yang melawan. Aku ucapkan syabas dan tahniah pada rakyat Malaysia yang melawan. Aku ucapkan syabas dan tahniah kepada yang tunjuk fack samada aku tahu ataupun tatau ketika korang bertembung dengan pasukan pengiring Obama. Korang semua memang berani dan best. Teruskan lawan puak2 tak guna tue. Kita ada maruah dan kita takan sesekali gadaikan maruah kita demi Amerika lahanat tue. 

HAHAHAHA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...