Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Januari 2014

Polis Kini Perlu Pantau Harga Barang Kata Menteri.


Aku tak pasti jika skop kerja ini perlu dimasukkan dalam satu satu bidang tugas polis kita. Aku tak kata idea ini negatif. Tetapi aku rasa benda neh tak perlu. Kita ada pegawai2 yang ditugaskan untuk ;

1. Mengambil tahu aduan rakyat mengenai kenaikan harga barang.

2. Mendengar dan memperhalusi setiap aduan2 tersebut.

3. Turun padang untuk meninjau dan menyiasat lokasi aduan.

4. Seterusnya berperanan untuk mengambil tindakan undang2.

So kenapa pula PIHAK POLIS patut diheretkan sekali untuk buat kerja yang mana pegawai2 dari KPDNKK boleh buat ataupun lebih tepat, PATUT BUAT?

Bukan apa sangat. Kalau kita tengok stastistik kes2 jenayah yang terbelangkai kat negara neh. Memang cukup tinggi beb. Kalau kita tengok banyak kes2 jenayah yang tidak dapat diselesaikan. Bahkan, ada juga jenayah2 yang kita dah tahu motif, tahu siapa yang buat jenayah, tetapi penjenayah2 tersebut tak dapat ditangkap2 akibat kekurangan bukti dan sebagainya.

Bagi aku, polis2 yang berdedikasi, yang betul2 buat kerja, yang betul2 berikrar untuk membendung dan menyelesaikan kes2 jenayah, senang cakap pegawai polis yang komited la kan, pasti akan berkata what the hell si Zahid Hamidi neh.

Daripada ko sibuk arah polis untuk pantau harga barang baik ko sibuk fikir macam mana ;

1. Nak bantu melicinkan kerja2 penyiasatan pihak polis.

2. Sediakan makmal forensik yang canggih ka, sediakan sistem keselamatan yang menakutkan penjenayah ka, perbaiki prasarana pegawai2 polis ka, cuba perhalusi kelompangan undang2 yang membolehkan penjenayah2 terlepas menggunakan kelemahan undang2 ka apa ka. Lagi ada faedah.

Sebenarnya. Bukan semua pegawa2 polis kat negara neh teruk perangai nya. Kaki amek rasuah dan sebagainya. Banyak juga yang baik2. Buat kerja betul2. Komited pada tugas masing2. Mereka menyiasat. Itu neh menyiasat. Tetapi mereka tidak dibantu ataupun dilengkapi dengan satu sistem yang betul2 baik supaya kerja2 penyiasatan mereka tue membolehkan mereka mengheret penjenayah yang sebenar ke muka pengadilan.

Itu tak masuk lagi bab2 menggunakan polis dalam kerja2 politik.

Dah macam hapa dah aku tengok polis2 kita.

Disuruh itu neh. Politik ada masalah? Jom heret polis. Perkauman lagi yang ditimbulkan UMNO? Jom heret polis lagi. Apa? Gaduh pasal demo? Jom heret polis. Apa? Gaduh pasal harga barang pula? Jom babitkan polis. Semua benda ko nak campakkan kepada pegawai2 polis. Ingat polis tue takde perasaan ke bila diheret dalam segala benda masalah kat Malaysia neh sedangkan mereka sepatutnya focus untuk menyelesaikan masalah2 jenayah dan bertanggungjawab dalam menyediakan keselamatan yang stabil kat negara neh?

Mereka sepatutnya kita bantu. Cuba siasat sikit. Kenapa polis2 kita gagal membendung jenayah dengan secekapnya. Kenapa kadar kes terbantut ataupun jenayah yang tidak dapat diselesaikan kat negara neh tinggi?

Cuba heret polis dalam kerja yang polis perlu buat dan focus. Dalam erti kata lain, ko patut heret polis agar selesaikan permasalahan2 yang wujud dalam agensi polis. Ini masalah2 dorang sendiri pun dorang tak mampu nak selesaikan sebaiknya disebabkan perkara2 tertentu ko nak tambah pula bidang tugas dorang untuk pantau harga barang?

Apa ke benda tue?

Pada aku. Jangan kita tambahkan lagi perkara2 yang tak patut dan tak perlu pihak polis terlibat. Dengan skop kerja yang mereka hadap sekarang neh, kita patut cari jalan macam mana mereka boleh perbaiki cara mereka buat kerja bukan cari jalan untuk tambahkan lagi task mereka apatah lagi atas benda2 yang sebenarnya tak perlu pun.

Kalau tak cukup pihak2 yang boleh memantau harga barang, menjalankan penguatkuasaan, maka buka la peluang pekerjaan. Lantikla lebih ramai orang lagi.

Ubah juga cara KPDNKK buat kerja. Jangan tunggu orang complaint baru pongpang2 bagai nak turun padang2. Jika polis boleh buat SB politik kenapa tidak KPDNKK buat SB pegawai pemantau harga barang?

Kadang2 benda tue bukanla teruk sangat kalau kita fikirkan jalan penyelesaian yang betul2. Kita perlu inovasikan cara kita buat kerja aje. Tapi masalah betul la pemimpin2 kat negara kita neh. Samada mereka mendengar nasihat yang salah ataupun mereka itu sendiri yang benar2 bermasalah di akal. Aku pun tatau nak cakap apa.

Disebabkan sorang menteri (sebenarnya ramai tapi kat sini focus kat Hasan Malek ja) tak reti buat kerja, tak pasal2 kementerian2 lain perlu terbabit sama untuk menyelesaikan masalah berbangkit. 

Buat apa dia jadi menteri kalau akhirnya dan selepas ini menteri KDN, PDRM, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Asas Tani, Menteri itu neh, NGO itu ini, pemuda UMNO apa bagai, PERKASA lagi, PEKIDA lagi, Menteri KBS lagi, semua kena turun padang, turun pasar, siasat dan pantau pasal harga barang bagi pihak menteri KPDNKK?

Apa tujuan kita mewujudkan kementerian Kepenggunaan tue sebenarnya?

Kegilaan apa benda tah neh.

Aku satu HARAM tak faham. Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...