Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 Januari 2014

Zahid Mahu Lee Chong Wei Jadi Calon BN Di Kajang.

Woww

Aku suka Lee Chong Wei. Sebagai pemain badminton le. Sebagai wakil rakyat belum tentu. Tetapi aku ada persepsi positif tentang Lee Chong Wei. Sebab aku suka dia. Bahkan Lee Chong Wei neh menjadi kesayangan rakyat Malaysia juga. Rata2 menyenangi Lee Chong Wei. Tapi kalau dia jadi calon BN orang mungkin akan mula menyelongkar kisah2 negatif dia dan menyebarkan di internet. Almaklum la, serangan berbentuk peribadi memang di amalkan oleh mana2 pihak sekalipun bila ia melibatkan politik.

Rekod Lee Chong Wei sebagai pemain badminton dah terbukti. Tapi rekod Lee Chong sebagai pemain politik belum terbukti. Ia bukan penanda aras yang Lee Chong Wei tak boleh buat kerja dengan baik oke. Ia cuma memberikan gambaran yang Lee Chong Wei belum ada pengalaman yang boleh menyokong karier politiknya. Dia kena belajar lagi. Nak banding dengan DSAI memang tak layak la.

Buat masa sekarang, pada aku, oleh kerana calon nya Anwar Ibrahim, ko letak dia kat mana pun, dia ialah calon boleh menang punya la.

Tak kira la berapa ramai yang protes, aku marah huha huha, bengang dengan PKR ke apa, Anwar Ibrahim sekarang neh kedudukan dia ialah confirm boleh menang di Kajang. Peratusan dia lebih dari separuh. Kedudukan Anwar secure. Walaupun mungkin pengundi2 Kajang angin satu badan dengan karenah PKR. Dorang lagi angin satu badan dengan karenah BN.

Nak dibandingkan dengan tingkah laku PKR, rasanya dorang lagi nak fack kan tingkah laku BN.

So kedudukan Anwar Ibrahim dah terjamin di Kajang.

Zahid tahu. BN pun sedia maklum bab tue.

Semarah2 orang kat Anwar, marah dan sakit ahti lagi orang kat BN dan Najib.

Sebab yang terlibat dalam skandal rasuah, penyelewengan berbillion2 ringgit, naik jet, berboros itu neh, buat projek runtuh sana sini, bercuti sakan dan blablabla tue BN. Bukan nya PAKATAN RAKYAT.

Yang buat polisi2 menindas, cukai tinggi2, cekik darah, naikkan minyak, gula, GST, elektrik, hapuskan subsidi, berkira dengan rakyat, pentingkan kroni, BN, bukan nya PR.

So, aku rasa Zahid nampak benda neh. Matlamat dorang bukan nak tewaskan Anwar walaupun kalau dapat itu dorang memang happy punya. At least dapat kurangkan undi majoriti pun jadi la. Dorang mungkin ada idea nak tawan orang melayu dan india. Tapi dorang sekarang tengah cari idea macam mana nak tawan orang cina. Almaklumla, orang cina jenis konsisten.

Mungkin Lee Chong Wei berperanan dari segi itu. Itupun kalau Lee Chong Wei setuju nak jadi calon. Kalau menang Kajang mahu Rosmah peluk kaw2 punya macam menang main badminton. Kot2 LCW fobia ke..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/30/zahidi-cadangkan-lee-chong-wei-dipilih-calon-bn-kajang/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...