Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 Julai 2013

Wajah2 Peserta Ratu Cantik Malaysia 2013.

Ramai yang nak tengok wajah2 peserta melayu aka muslim yang masuk pertandingan ratu cantik Malaysia 2013.

RUGI.

Dorang tak pakai bikini beb. Melepas la korang.

KAH KAH KAH

Neh ada member di twitter sharekan dua gambar peserta ratu cantik Malaysia 2013. 

Tengok ah ;

 


Fuhh..

Memang lawa masing2.

Walaupun majlis fatwa kata no to muslim yang sertai ratu cantik tapi ia sekadar fatwa jek. Jangan nak sensitif sangat masing2 oke. Lagipun menurut penganjur selagi dorang tak pakai bikini kira oke ah tue.

Mohon jangan heret Jamil Khir dalam isu neh. Dah la dia tekun berpuasa tue.

KAH KAH KAH

Harga Ayam Turun - Menteri.

Kelakar beb dia neh. Siyes aku cakap dia neh memang kelakar. Nak tahu kenapa?

Mula2 menteri kita keluarkan statement ;

1. Jangan suka2 buat spekulasi harga ayam naik. Ayam tue harga kawalan, tahu tak? Respon menteri terhadap berita2 yang keluarkan laporan yang harga ayam dah naik mendadak sejak sebelum puasa hari tue.

2. Then tetiba dia akui pula harga ayam mahal. Oke takpe. Gantikan menu ayam dengan ikan dan daging. Tatau ke ikan dan daging lagi mahal dari ayam? Apa ke logiknya kita taknak makan ayam yang mahal dengan mengantikan ia kepada daging dan ikan yang lebih mahal dari ayam pula?

3. Then menteri kita semakin tertekan sehingga keluarkan kenyataan bahawa mereka akan kemukakan langkah2 tertentu bagi mengatasi kenaikan harga ayam.

4. Then tup2 keluarkan statement harga ayam diturunkan.

Yeahhhhhhhhhhhhhh


Boleh rupanya diturunkan? Kenapa tidak sahaja ia turunkan sejurus ia dinaikkan pada ketika itu? Kenapa mengambil masa untuk diturunkan? Adakah kerana pengguna telah memperlekehkan menteri kpdnkkk?

KAH KAH KAH

BTW, harga ayam turun tak berapa tepat. Sebaliknya harga ayam dikembalikan ke harga asal secara berperingkat. Jangan suka2 gunapakai istilah turun harga..

RM7.70 masih mahal untuk sekilogram. Sebenarnya harga ayam rm6.90 sekilo jek sebelum puasa hari tue. 

KAH KAH KAH 

Ketua Polis Negara Berbohong Isu Pemuda Cina Yang Di Culik.

Sudah la tue.

Aku sedih seseorang yang berpengaruh, berkuasa dan sangat berpangkat dalam penguatkuasa undang2 mempunyai pemikiran seperti neh. Ia sangat2 mengecewakan aku.

Bila kita tahu kita buat salah, oke kita berhenti di situ dan betulkan balik kesalahan kita. Takpe la orang nak marah2 kita pun. Dah kita buat salah kan. Boleh dikatakan setiap kali kita buat salah confirm punya orang akan marah2. Dah tak boleh buat apa dah. Kita redha je la dengan kemarahan tersebut dengan anggap ia sebagai pencuci dosa dah kita buat salah kan.

Tapi bila kita tahu kita buat salah, then teruskan kesalahan tersebut untuk cover malu ke apa ke ianya sesuatu yang tidak patut.

Seperti yang berlaku pada seorang pemuda cina yang di culik baru2 neh. Korang baca la kenyataan dari IGP kat bawah neh dulu ;

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas bahawa kes penculikan seorang remaja di Klang merupakan tindak balas terhadap pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan Islam.

Katanya, tindak balas itu adalah sebahagian daripada motif jenayah selain daripada dilakukan untuk mendapatkan wang.

"Saya kata hari itu (penculikan berlaku) antaranya (kerana) sebab tindak balas (terhadap pasangan Alvivi), tapi wang juga salah satu sebab lain.

"Kita tahu dia (penculik) arahkan saudara mangsa itu memasukkan wang RM3,000 ke dalam akaunnya.

"Jadi saya katakan dua-duanya (adalah motif), bukan sebab wang semata-mata," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri di Bukit Aman malam ini.

Beliau seterusnya menjelaskan yang penculik itu mengambil kesempatan menggunakan agama susulan tindakan pasangan penulis blog seks itu.

"Sebab itu saya katakan jangan bagi orang peluang untuk ambil kesempatan daripada kes ini," jelasnya lagi.

Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana beliau membuat kesimpulan yang penculikan itu dibuat secara khusus sebagai tindak balas terhadap pasangan Alvin dan Vivian.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/236219

Nak tahu apa statement KPN sebelum hasil siasatan keluar? Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/penjihad-islam-rompak-pemuda-cina.html

Statement KPN kat atas neh seolah2 diperlihatkan seperti berikut ;

1. Penjenayah melakukan tindakan culik untuk balas dendam atas kes Alvin dan Vivian.

2. Sambil2 tue menyamun.

Ada orang kata tak logik. Naik Alphard nak merompak RM3K ka? Kalau nak tahu Alphard tue pendaftaran palsu, dalam erti kata lain, kereta curi. Dan lagi satu, pemimpin2 negara kita pun yang kaya raya ramai, tetapi rompak dan samun, tetap rompak dan samun. Yang menyamun tak semestinya orang miskin, oke?

Pada hakikatnya ;

1. Mereka menculik dan menyamun.

2. Lepas tue hisap gam sementara tunggu duit masuk.

3. Sambil2 lalok, mangsa terlepas.

4. Ketika berbuat jenayah, mereka sengaja mengambil kesempatan dengan menconteng badan si mangsa dengan perkataan jangan hina Islam supaya dapat cover perbuatan jenayah mereka.

Kesimpulan.

Mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan menggunakan isu semasa untuk cover kesalahan diri. <-- Ini apa yang aku simpulkan.  

Bukan nya mengambil kesempatan untuk balas dendam sambil melakukan jenayah. <-- Ini apa yang IGP cuba gambarkan. 

Ini sangat2 memalukan. Tergamak ko pergunakan Islam untuk kerja2 jahat ko. Setan hihi haha jek tengok perlakuan budak2 neh macam neh. Dan lebih hihi haha bila perlakuan korang mendapat sokongan dari orang ramai dan KPN sendiri.

Pendapat aku.

1. Kes neh dah jadi sangat memalukan kepada umat Islam. Dan lebih teruk ia menzahirkan pemikiran sesetengah dari kita. Ada orang halalkan jenayah atas nama jihad beb. JIHAD tue.

2. Bagaimana gambar2 dalam simpanan PDRM boleh terlepas keluar?

3. Bagaimana bloggers UMNO boleh me-reka2 citer dan yang lebih teruk ada orang yang mempercayai cerita versi mereka?

4. Bagaimana seorang KPN tergamak keluarkan statement menyalahkan mangsa tersebut sebelum hasil siasatan di muktamadkan depan press?

5. Dan selepas hasil siasatan dikemukakan, KPN slumber gile menjawab ahh ada kaitan juga, hina Islam pun jadi motif juga.. 

Apa maksudnya? Nak halalkan pembohongan yang dilakukan oleh bloggers umno? Nak jadikan ia sebagai dari kempen2 fitnah bagi meraih sokongan umat islam?

Yela.

Jika kemenangan itu penting, jika cara yang digunakan untuk menang itu sampai menindas orang bukan islam dan memperlekehkan Islam, maka buat la apa2 yang korang nak buat. Allah SWT tidak akan menghukum orang lain atas jenayah orang lain. Kita boleh rilex. Pasal Allah SWT bukan KPN. 

Bai.

Jumaat, 19 Julai 2013

Nik Aziz Di Larang Solat Di Masjid TUDM.


Menunaikan solat aje kan? Bukan nya jadi imam. Apa masalah dorang neh sampai orang nak bersolat kat situ pun tak boleh?

Gila betul.
Hasrat Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Sumber :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/20861-tok-guru-nik-aziz-dilarang-solat-di-masjid-tudm

Kalau la TGNA neh buat kerja jahat ke apa ke logik ah nak larang. Neh nak bersolat pun tak boleh. Dilarang bersolat. Lepas tue sembang kencang pongpang2 PAS merosakkan perpaduan umat islam. Siapa sebenarnya yang merosakkan? Kalau betul la ko ada akal yang waras sepatutnya orang nak bersolat ko rilex sudah la. Jangan pasal politik nak sempitkan pemikiran beb.

Solat ma. Bukan pergi membunuh.

So what? Masjid tue bukan PAS buat then PAS tak boleh bersolat dalam tue ke apa?

Melainkan TGNA buat benda2 yang merepek tak tentu hala boleh la nak larang apa bagai. Ka terkesan dengan apa yang pernah berlaku di Putrajaya dulu?

Rujuk video ;


 

Kesian kat korang kan? Otak tue kasi campak bagi anjing makan je la. Senang. Tak la kita hidup saling kata mengata jek. 

KAH KAH KAH

Duit Punca Adik Ini Maut Di Lif.

Semalam sapa tengok berita di tv3? TV3 ada laporkan kejadian tersebut dalam berita mereka beb. Aku sakit ahti. Aku bukan nak salahkan tv3 atau buletin utama. Tapi aku sakit ahti bila dapat tahu rupa2nya insiden di sebalik perkara neh ialah berpunca dari duit.


Aku tak ingat sapa yang bercakap tue. Aku tak pakai cermin mata masa tengok berita tue pun. So memang tak nampak la tulisan2 kecik kat bawah tue. Cuma yang aku ingat ialah ;

Penyelenggaraan lif tersebut tidak dapat dibuat ikut jadual disebabkan ada penghuni yang tak bayar kos penyelengaraan.

PPR. Projek Perumahan Rakyat. Betulkan kalau aku silap.

Berita yang sama turut melaporkan yang DBKL dan semua pihak2 yang bertanggungjawab buat kerja dengan betul, ikut peraturan dan blablablablabla..

Berita tersebut turut melaporkan pihak mereka akan menyiasat kes neh habis-habisan sambil bagitau terdapat penghuni yang gagal menjelaskan yuran penyelengaraan punca utama lif tersebut gagal diselanggara ikut tempoh yang dijadualkan.

Jadi akhirnya ini berbalik kepada DUIT punca segala2nya. Duit lebih penting berbanding nyawa manusia. Kita dilayan berdasarkan duit akhirnya. Takde duit, takde safety, takde keselamatan, takde penyelengaraan..

Ia terlalu pedih untuk tahu bahawa DUIT merupakan punca utama budak itu hilang nyawa. Aku tak pasti jika aku patut salahkan penghuni2 yang tidak menjelaskan kos penyelenggaraan sehingga menyebabkan insiden tersebut berlaku ataupun aku patut salahkan syarikat penyelengaraan yang hanya meletakkan duit sebagai faktor utama untuk menyediakan keselamatan.

Kot ye pun, duit itu paling penting dalam melakukan kerja, paling2 prihatin yang ko boleh buat ialah letak tanda AWAS, tutup operasi lif. Lebih baik guna tangga dari biarkan lif rosak atau separuh rosak, beroperasi sehingga nyawa jadi taruhan.

Duit rupanya bukan hanya mampu beli barang, bahkan nyawa pun dia mampu hilangkan. Begitu besarla kuasa duit.

Tahniah. Akhirnya duit telah berjaya mengambilalih perasan perikemanusiaan kita. 

Mampu Baca Doa, Bukti Calon BN Hebat.

Oke.

Ini memang kelakar nak mampos. So bila kelakar, kita gelak dulu. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



Sumber gambar :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=514460005293466&set=a.369278869811581.84962.368481023224699&type=1&ref=nf

Ayat kempen dorang ;

==> Ayah mendidik kami adik beradik menguasai pengetahuan agama dan berkemampuan membaca doa2 tertentu..

==> Katanya yang mendedahkan turut mengamalkan doa khusus memohon Allah mempermudahkan urusan harian nya..

==> Keistimewaan yang tidak semua ada pada diri wakil rakyat.. 

==> Adalah bonus untuk beliau dalam pilihanraya ini..


KAH KAH KAH

Dah takde kerja lain ka woit?

Lepas tue suruh orang undi dia untuk selesaikan masalah penduduk setempat. Kalau korang nak tahu wakil rakyat kita handsome dan cantik time pilihanraya jek beb. Siyes. Time pilihanraya jek depa jadi manusia paling kacak dan paling cun melecun.

Apa yang aku nak cakapkan ialah, time kempen beria2 cakap undi la saya, saya akan selesaikan masalah anda, hari2 update kat tv, turun sana turun sini, selesaikan itu selesaikan ini tapi lepas kempen? Apa jadi? Mana semua wakil rakyat pergi?

HARAM.

Nak jenguk muka lepas kempen, ada ka?

G MAMPOS la weh.

Satu sen depa tak heran kat rakyat marhaen macam kita. Tak payah aku tengok jauh, aku tengok adun tempat aku neh pun dah cukup. Ada datang lepas kempen? HARAM. Meluat aku.

At least ahli parlimen berbahas di parlimen. Adun neh kalau berbahas pun kita tatau apa yang depa bahaskan. Sudah la nak datang menjenguk tue kalau takde majlis makan2 ke majlis apa2 ke jangan harap depa nak jenguk. So nasihat aku untuk pengundi Kuala Besut, gunakan kesempatan PRK neh untuk collect seberapa banyak duit cash yang mampu korang dapat. Jangan harapkan sangat lepas PRK oke. Demand la tinggi2. 

KAH KAH KAH

Khamis, 18 Julai 2013

Keluarga Mangsa Ambil Tindakan Undang2 Terhadap Kes Budak Sekolah Maut Terputus Kepala Angkara Lif Rosak.

Mula2 baca berita neh aku dah tatau nak cakap apa. Air mata aku terkeluar. Aku tatau samada aku terlalu sedih atau takut atau rasa macam terkejut. Aku percaya, mana2 ibu atau bapa memang tak boleh baca berita macam neh. Dorang mesti sentap. Mesti automatik terfikir pasal anak sendiri. Mesti automatik rasa cemas dan rasa tak senang duduk lepas baca berita2 macam neh.

Ia terlalu menyedihkan sehingga kita tak tergambar dek kata2. 

Bayangkan. Seorang budak sekolah menjadi mangsa keadaan akibat lif yang tidak beroperasi dengan baik sepenuhnya akibat ada beberapa kerosakkan kecil yang tidak dibaikpulih dengan sebetulnya.

Ia terlalu menyakit ahti aku untuk tahu benda2 macam neh.

Lepas baca berita neh emosi aku jadi tak stabil. Aku jadi tak tenteram sebab asyik terkenang2 keadaan adik tersebut ketika berhadapan dengan situasi tersebut. Nak lupakan kes neh punya pasal aku pun study isu AES cepat2. Konon boleh lupa lepas neh.

Tapi nampaknya ahti aku semakin tak tenteram lepas baca berita neh kat NST pula. Tadi versi melayu tak la dijelaskan secara sepenuhnya. Yang neh versi english. Lebih traumatik jalan cerita dia. Ahti aku berdebar2 sampai sekarang. Rasanya nak marah seseorang yang tak bertanggungjawab sehingga anak kecil ini menjadi korban.



The boy's uncle, Kamarul Hisyam Mat Zain, 30, said the family was mulling taking legal action against City Hall and the building's maintenance contractor, claiming the flats' elevators was notorious for technical glitches, but not much had been done to fix them.

Rujuk :  http://www.nst.com.my/top-news/boy-dies-in-lift-accident-1.321411

Ambil la tindakan undang2. Ajar la manusia2 yang tamak haloba macam neh. Dia ingat kita miskin, keselamatan kita, nyawa kita tiada nilai agaknya. Biarpun kita miskin, kita pun berhak untuk hidup dalam suasana yang selamat dan aman sama macam orang2 kaya. Tahu tak?

Aku tatau nak cakap apa lagi dah. Kalau yang menjadi pihak luar pun rasa sebak, bayangkan pula mereka2 yang ditimpa musibah ini?

Fikir2kan la.

Isu AES - Adakah Menteri Salah Kira Atau Syarikat Pembekal AES Menipu?

Tengok carta kat bawah neh dulu ;




Baru2 neh telah didedahkan jumlah kutipan saman dan berapa yang syarikat dan kerajaan perolehi daripada hasil kutipan saman AES.

Rujuk ;


AES: Syarikat dapat RM13.55j, kerajaan RM3.4j

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan.

Ini apa yang aku faham mengenai berita di atas.

1. Sejumlah 673, 339 saman telah dikeluarkan.

2. Jumlah kutipan yang berjaya diperolehi ialah RM20,020,500

3. Ia merujuk kepada 10% dari jumlah keseluruhan. Maksudnya bukan 100% keluar saman 100% kerajaan dapat memperolehi bayaran. Tak pasti kenapa 10% jek. Mungkin lagi 90%  tak perlu bayar ataupun yang lagi 90% memang takmo bayar. Jika mereka takmo bayar, sila bayangkan, dengan 10% jek mereka dah raih rm20juta. Itu satu angka yang sangat besar beb.

4. Kerajaan gunapakai formula 3 langkah dalam perjanjian dengan syarikat2 terbabit. 

Oke stop sini. Apa itu formula 3 langkah? Rujuk jadual.

Sekarang apa yang aku faham mengenai formula 3 langkah?

1. Langkah pertama.  Setiap syarikat dapat RM16 x jumlah bilangan saman. Syarikat hanya akan dapat bayaran jika pesalah trafik jelaskan bayaran. Ia juga ada hak maksimum. Ia tertakluk sampai 5 juta saman sahaja. Mungkin selepas 5 juta saman dikeluarkan, mereka akan charge lain. Samada kadar berkurangan ataupun bertambah aku tak sure sebab tak dijelaskan dalam jadual tersebut.

2. Langkah kedua. Setiap syarikat akan dapat 50% baki bayaran saman selepas langkah 1 tamat dijalankan. Maksudnya begini. Mula2 syarikat dapat rm16 dulu untuk setiap jenis saman yang dah dapat duitnya. Lepas dah tolak RM16, maka bakinya akan dibahagi sama rata antara kerajaan dan syarikat kendali AES. Ada had maksimum juga. Sampai mereka collect RM270juta.

3. Langkah ketiga. Selepas langkah 1 dijalankan, dan langkah 2 mencapai kuota, maka pembahagian bukan 50-50 lagi dah. Sebaliknya 7.5% untuk syarikat, yang selebihnya untuk kerajaan.

Contoh kes.

RM300 - 16 [kadar untuk 5 juta saman] = 284/2 [50-50]= 142 untuk syarikat dan kerajaan sampailah syarikat dapat perolehan sebanyak RM270 setahun.

Maka langkah ketiga akan digunapakai ;

RM300 - 16 [kadar untuk 5 juta saman] = 284/2 [7.5 - 92.5] = Rm21.3 untuk syarikat dan 262.7 untuk kerajaan.

Sekarang kita kira pula untuk jumlah saman yang dah dapat bayaran nya balik baru2 neh.

66, 735 jumlah saman yang dah dapat duitnya daripada 673, 339 jumlah saman yang dikeluarkan, lebih kurang 10% dari jumlah saman yang dikeluarkan. Angka neh dapat kat parlimen, jawapan menteri.

Dari hampir 67 ribu saman yang dikeluarkan, syarikat dapat 13.55juta, kerajaan dapat 3.4juta.

66,735 JUMLAH SAMAN x RM16.00 = RM1,067,760.00

RM20,020,500.00 -  RM1,067,760.00 = RM18, 952,740.00 / 2 [ikut kiraan 50-50] = RM9,476,370.00

Untuk syarikat ;

RM1,067,760.00 + RM9,476,370.00 = RM10, 544,130.00

Untuk kerajaan ;

RM9,476,370.00

Aku kira berdasarkan apa yang aku faham mengenai jadual di atas. Kalau ikut apa yang tercatat di jadual tersebut, kerajaan sekarang dapat sikit sangat neh. Mereka dapat RM3.4juta jek berbanding RM9juta. Betul ke menteri bagi jawapan macam neh? Salah baca jawapan atau salah tulis jawapan ataupun memang itu jek yang kerajaan benar2 dapat ataupun model pengiraan tue sebenarnya berbeza dari apa yang aku fahamkan?

Mohon menteri jawab kenapa kecelaruan ini timbul.

Sekian. 

Updated.

Nak masukkan satu lagi persoalan yang menteri kena jawab gak neh.

RM20juta - RM13.55 juta - RM3.4 juta = RM3.05 juta.. 

Duit ini duit yang tidak dinyatakan telah ke mana.. sesiapa boleh jelaskan? 

Rabu, 17 Julai 2013

Penjihad Islam Rompak Pemuda Cina RM3,000 Demi Pertahankan ISLAM.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos.

Aku rasa aku tak perlu ulas panjang2 dalam isu neh. Aku dah ulas 3 kali. Itu dah cukup untuk menzahirkan apa pendapat aku dalam kes neh.

Rujuk sini ; http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/4-di-tangkap-isu-culik-pemuda-cina.html

Dan sini ; http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/wajah2-lelaki-di-belasah-kerana-hina.html

Cuma aku nak buat kesimpulan akhir jek. Untuk pencerahan pada sesiapa yang kurang jelas dalam isu neh.

Kronologi awal.

1. Disebarkan oleh blogger umno

2. Pemuda cina tersebut di ajar kerana menghina islam

3. Mengaitkan tingkah laku pemuda tersebut dengan dap

4. Menyebarkan insiden konon nya pemuda tersebut mengaku letakkan babi depan surau

Aku cakap penulisan2 neh tidak terbukti. So aku tak percaya. Samada dia hina ataupun tak hina aku tidak menyokong sebarang bentuk kekerasan dan kekasaran ke atas batang tubuh lelaki neh. Apatah lagi yang dok sebarkan itu ialah UMNO. 

Masa insiden kecoh.

1. Muslim berpecah 50-50. Yang memihak kepada pembelasah2 tue dan yang memihak kepada hujah bahawa kita patut menggunakan undang2 untuk selesaikan apa2 kes menghina islam.. sama banyak. Boleh tengok pada jumlah like, jumlah komen dan cara mereka zahirkan pendapat di beberapa platform online.

2. Yang bekap penjihad2 tue tak pun minta bukti untuk menilai betul ka pemuda cina tersebut melakukan perkara tersebut.

3. Bila kita minta bukti dikatakan kita pro kepada cina tersebut. Aku dah agak dah. Benda neh memang terpakai kat sesiapa sekalipun. Masa aku tanya pasal bukti tv3 cakap Morsi diktator pun ramai gak yang serang2 aku. So terpakai la juga dengan insiden neh. Seolah2 bila kita minta bukti kita diperlihatkan sedang condong kepada pihak yang mereka sedang balonkan tue padahal kita minta bukti supaya kita boleh jelas dengan diri kita sendiri, apa pendirian yang sepatutnya kita amek dalam situasi macam neh. Tue jek.

4. Siap ada pakatan nak buat demo bekap wira2 melayu terakhir. Demo. 

5. Penulis2 yang anda tahu siapa yang saya maksudkan menyebarkan maklumat yang pemuda cina neh ada kedai judi la buka pusat judi la terlibat dalam insiden perjudian la banyak orang2 melayu rosak angkara mesin judi dia la..

Selepas pemuda cina tampil berikan penjelasan.

1. Masih lagi terdapat puak2 pejuang islam yang pro kepada pembelasah tue.

2. Sekarang dikatakan penjihad2 korang tuntut 3k untuk bebaskan si mangsa dalam kes neh.

3. Apa penjihad2 kesayangan korang lepas mempertahankan islam mereka akan hisap gam dan merompak orang ke apa?

Hehe.

Macam biasa. Aku beri peluang untuk PDRM siasat jek kes neh habis-habisan. Tak la aku nak bekap mana2 pihak pun. Tapi bayangkan jika ko ialah mangsa culik belasah conteng bogel dan samun tetiba ko difitnah ko ialah individu yang hina islam, wajar ka?


Yang lebih teruk, dalam satu artikel berita english yang aku baca menerusi handphone, kat mana tah, The Star kot agaknya, si Khalid KPN kita boleh bagi satu statement yang menasihatkan orang ramai jangan pandai2 menghina mana2 agama ataupun ia akan menaikkan kemarahan orang awam sehingga mereka mengambil tindakan sendiri.

WOW.

Itu KPN tue beb.

Dia bagi statement tersebut yang relate dengan kes pemuda cina neh. Dalam kes neh pemuda cina neh mangsa samun kot. Takan KPN tergamak release statement tanpa amek tahu fakta kes ?

Aku tak sure la kalau2 family pemuda cina neh akan sanggup menipu sampai babitkan press macam neh. Benda pun dah jadi kes polis. Transaksi pemindahan 3k tue pun ada bukti dan salinan semua. Aku fikir disebabkan ada bukti2 berkaitan la PDRM boleh memberkas 4 dari 8 individu yang terbabit dengan pantas.

Cuma aku nak cakap la, dari apa yang aku perhatikan sekarang neh, ia sangat2 mengecewakan untuk mengetahui seseorang yang dilahirkan Islam sanggup ada pendirian untuk membela benda2 merepek macam neh. Ia mengecewakan. Dari pengalaman aku sendiri, seseorang yang beria2 canang akulah pejuang islam, aku berjihad apa bagai dan etc2, mereka ialah seseorang yang sukar dipercayai. Aku lebih suka berkawan dengan seseorang yang tak nampak seperti pejuang islam tetapi sejauh mana dia sanggup pergi demi islam, ia akan terbukti bila dia berhadapan dengan situasi2 tertentu. Kita tidak perlu saksi dan bukti untuk tunjuk pada mana2 manusia beb. Allah tahu. 

Baca ini juga : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-saya-tiada-kaitan-dengan-blogger-lucah-kata-mangsa-culik

Penjelasan Pemuda Cina Yang Di Bogelkan Kerana Hina Islam.

Dia kata ;

1. Dia tiada kaitan dengan pasangan lucah.

2. Dia tidak melakukan apa2 penghinaan terhadap Islam.

3. Badan dia di conteng untuk mengalihkan isu sebenar.

Kita dah dengar penjelasan dari pihak A yang kata dia hina Islam. Sekarang kita dengar penjelasan dari pihak B pula.

Kepada mereka yang menghalalkan perbuatan tersebut, samada dia menghina mahupun tidak, meskipun dah terbukti tiada bukti, pasti akan tersentak kalau dia betul2 teraniaya dan menjadi mangsa dalam kes neh.

Jika benar sekalipun dia menghina, maka bukan kerja kita pergi culik dan belasah anak orang. Kot2 kalau ada yang mati, tak pasal2 dari pejuang islam konon nya kepada si pembunuh. 

Heh.

Apa pun dalam kes neh, meskipun kita dah dengar penjelasan dari kesemua pihak yang terbabit, still kita tatau sapa yang berkata benar mahupun sebaliknya. Berhentilah berpihak atas kes yang kita sendiri kurang jelas kebenaran nya.

Tunggu la tindakan selanjutkan dari PDRM. 

Berikut di bawah ialah penjelasan dari pemuda tersebut ;

Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.


"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

SPRITZER Air Mineral Dari Kubur.

Korang baca kat bawah neh dulu ;



KAWAN2!!!!

Kalo korang rajin buka la google map dan cari lokasi sumber air mineral spruitzer di taman semarak taiping. tapi jek CHUAN SIN SDN BHD syarikat pemilik air mineral spritzer. korang akan lihat jirat [kubur] cina hanya 500m sahaja dari kolam air spritzer. uwekkksssss. share info neh kat kawan2 korang kalo korang jenis selfish. minta tolong download gambar ni kemudian upload kat status korang, salin ayat ni bulat2, kemudian tag sebanyak mungkin kat kawan2 korang. Ia akan membawa kesan berantai yang maha dahsyat berbanding sekadar klik share. Ayuh saudara seagama ku !!!

Ini kalau BN menang besar mesej kat atas neh HARAM timbul. Aku nak bagi pendapat sikit.

1. Kalau nak boikot air mineral Spritzer neh boikot je la sudah la.

2. Terang2 mengaku nak boikot lebih baik dari buat2 citer untuk menghalalkan boikot.

3. Dekat dengan kubur orang cina itu bermaksud mereka proses air mineral tue dari orang2 yang dah mati ke?

4. Tahu tak bagaimana air mineral dihasilkan? Tahu tak bagaimana kerajaan berikan lesen kepada pengilang2 air mineral? Jika korang mendapati syarikat tersebut melanggar kebersihan yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan, sila buat report polis supaya penguatkuasa boleh amek tindakan.

Rujuk ==>  http://drzubaidi.com/blog/?p=1630

Kat sini serba sedikit terkandung info yang korang perlu tahu bagaimana air mineral dihasilkan. Ia berkaitan rapat dengan kerajaan juga. Kalau sekalipun SPRITZER neh salah, kerajaan yang korang puja juga tak terlepas sama.

Hehe.

Fikir2kan oke. 

4 Di Tangkap Isu Culik Pemuda Cina, Bloggers UMNO Bakal Berdemo.


Ketika neh beberapa bloggers UMNO menyeru agar penyokong2 turun padang berdemo dan berhimpun untuk selamatkan 4 wira negara yang ditahan polis berikutan kes seorang pemuda cina yang diculik dan dibelasah oleh 8 pemuda melayu baru2 neh dengan alasan pemuda cina tersebut menghina Islam di laman facebook.

Pemuda cina itu melakukan perkara tersebut di dalam wall Alvin dan Vivian. Apa perkara yang dia lakukan itu aku pun kurang jelas sebab tiada bukti yang didedahkan pun. Dan dorang juga cakap bahawa pemuda tersebut dah mengaku yang dia letak babi depan surau. Yang neh pun tak terbukti lagi setakat neh.

Aku cadangkan kita tunggu penjelasan dari PDRM je sebelum membuat apa2 kesimpulan. Cerita demi cerita kita dah dengar. Sahih dengan tak sahih jek yang kita tatau sekarang neh.

Pemuda cina yang diculik dan dibelasah itu bernama Ng Mun Tatt, berusia 24 tahun. Selepas dia dibebaskan dalam keadaan bogel, di atas tengah jalan, dia bernasib baik ditemui oleh seorang polis yang sedang menaiki motorsikal ketika itu. Polis yang menemuinya telah mengambil beberapa keterangan sebelum menahan 4 dari 8 lelaki yang menculik pemuda tersebut.

8 lelaki tersebut dikatakan wira negara oleh bloggers dan penyokong2 UMNO.

Aha.

Sekarang ;

Culik + belasah + conteng badan orang + bogelkan orang = ialah wira negara ?

Aku tak pasti jika ada mana2 dalam term Islam yang mewajarkan tindakan ini. Aku tidak mahu melibatkan diri aku untuk bersetuju dengan perbuatan di atas.

Disebabkan 4 pemuda tersebut telah ditahan, maka bloggers UMNO telah memutuskan untuk berdemo bagi mempertahankan tindakan 4 pemuda tersebut. Mereka persoalkan tindakan pihak polis. Aneh betul.

Apa yang polis buat dalam kes neh memang betul. Menculik memang salah. Membelasah orang pun salah. Kalau betul pemuda cina itu menghina islam ko report polis sudah. Dah berapa banyak kes hina Islam yang PDRM siasat sekarang neh? 

TAK LA BANYAK MANA. Tapi memang terbukti yang PDRM ada amek tindakan.

Kes2 terdahulu boleh dijadikan contoh. Kes2 seperti Alvin dan Vivian ialah contoh terbaru. Memang agak lambat tetapi setelah didesak akhirnya PDRM bertindak juga melakukan siasatan. Ini kan point yang paling penting. Amek tindakan, bukan tiada tindakan langsung.

Bila mereka mempersoalkan polis, mereka tak pula marah dan maki hamun pada diri sendiri. Bila sesiapa selain dari UMNO/BN persoalkan polis, kemain lagi mereka maki hamun dan hina2 orang tersebut. Pendapat aku memang terdapat sesetengah tindakan polis itu wajar dipersoalkan. Tapi selagi mana kita berikan pendapat yang bersandarkan hujah ia patut diraikan. Pendapat maki hamun dan fitnah itu lain citer.

Berbalik kepada cerita asal, ini antara petikan komen yang aku baca di salah satu blog UMNO yang sedang berkempen agar berdemo selamatkan wira2 negara tue.

Saya sangat setuju dengan kau. Cina2 babi yang menghina islam ni harus dipandang berat. Nanti kalau ada pape2, berita berhimupun di mana, sila email saya abeed29@live.com. Saya nak juga join berhimpun haha. MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA INI. ALLAHUAKBAR! JIHAD KERANA ALLAH!


Anonymous says:
July 17, 2013 at 9:06:00 AM GMT+8
Aku rasa tak lama dah nie...silap2 haribulan jadi balik 13 Mei...mende yg sama jugak bila UMNO lemah disebabkan pemimpin2, cina naik kepala...lepas tu melayu habis sabar pegi belasah cina....benih2 tu dah ada skrg nie....terang2 cina yg kena pukul tu taukeh judi...patut kena sumbat jel je laa..apa2 pun syabas brader2 alphard tu sbb sempat tibai cinabeng nie...masuk jel pun hati puas hati jugak...

Rujukan : http://theunspinners.blogspot.com/2013/07/bela-islam-melayu-segera-dihukum.html

Sebenarnya sejak kebelakangan neh apa yang aku nampak ;

1. Bloggers UMNO sedang menerapkan unsur2 kebencian kepada kaum cina.

2. Seolah2 berusaha mewujudkan sentimen MELAYU VS CINA.

3. Seolah2 mahu menghasilkan sesuatu agenda..

Situasi neh ialah situasi yang tidak sihat. Kita tak boleh benci semua cina itu kerana mereka cina. Mereka tidak dilahirkan cina kerana mereka minta jadi orang cina. Ia sesuatu yang Allah beri. Macam mana kita boleh ubah dari mana kita datang sedangkan benda tue hanya Allah jek yang boleh tetapkan?

Tetapi jika ada di mana2 di antara mereka melakukan apa2 kejahatan kita boleh minta mereka dihukum dan diambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung perkara tersebut. Yang berjudi pun ada lesen kat Malaysia neh. Nak marah yang buka pusat judi jek ke? Taknak marah yang luluskan lesen judi sekali? 

Jika majoriti cina memilih untuk memangkah pakatan rakyat, sudah sepatutnya kita cermin diri. Kaji balik salah silap BN agar PRU yang akan datang BN boleh mendapatkan kembali kepercayaan dari masyarakat cina.

Dengan membenci sesuatu kaum itu disebabkan mereka tidak mengundi kita, yang undi neh pun kerja dunia, yang benci neh pun didorong akibat dunia, maka ia bukan jihad bukan pula Islam. Sebab tue dari dulu lagi untuk meletakkan diri aku, situasi aku atas nama Islam aku cukup takut. Aku tak kisah jika orang hina aku tapi aku cukup risau jika2 tindakan aku akan memburukkan Islam dan memberikan gambaran yang salah tentang islam. Tak perlu la beria2 menjenamakan diri as Islam. Jika kita percaya apa yang kita buat ialah benda betul, bersangka baik la pada Allah. DIA ada untuk kita di akhirat sana. 

Simple. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...