Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 November 2013

Harga Kereta Mahal Kerana Nak Kawal Penggunaan Minyak - Mahathir.

Mengaku juga. Mengaku juga harga kereta di negara ini MAHAL. Bagusla sebab mengaku yang harga kereta di negara ini MAHAL. Sebab kebanyakkan menteri2 BN bahkan Mahathir sendiri enggan nak mengaku harga kereta kat negara ini MAHAL. Sebaliknya depa asyik cakap harga nya munasabah, dalam kemampuan rakyat.

Mahathir menulis ;


4. Actually the price of cars is high because we want to limit the consumption of fossil fuel. The big-engined luxury models are taxed 300%. Otherwise the rich owners would enjoy the subsidy more than the owners of small cars.

Alasan pasal subsidi neh tak valid. Kelam kabut. RON 97 mana ada subsidi lagi la. Bukan kah kereta CC besar menggunakan minyak mahal? Itu alasan yang disediakan oleh menteri. Aku petik balik, aku ingatkan semula.

Dan di akhir penulisan dia ada menyebut tentang AP. Jadi ini mungkin berkaitan dengan cadangan Rafizi yang mahu AP gula dimahsuhkan.  

Penulisan penuh boleh klik sini.

Aku meneliti penulisan Mahathir neh dan aku rasakan yang Mahathir juga mempunyai sikap yang sama macam kebanyakkan orang2 kaya yang lain. Sikap pentingkan diri, sikap suka tengok masalah dari sudut pandang orang kaya, orang berduit dan berharta. Jika semua perjuangan2 korang adalah untuk orang2 yang berduit, kenapa tidak bunuh saja kesemua mereka2 yang tidak berduit, betul tak? Jika dunia ini hanya memberikan keadilan untuk orang2 berduit, maka patut ke lagi yang orang2 yang tidak berduit ini terus hidup?

Mahathir ;

1. Traffic jam berlaku disebabkan kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang effisen. Aku ulang, effisen. Aku ulang. Effisen. Effisen di sini maksudnya cekap, tepati waktu, murah, meliputi semua destinasi, dan sentiasa dalam keadaan baik dan bersedia. Ini kita takde.

2. Jadi rakyat perlu ada kenderaan sendiri. Bagi sesetengah yang tak mampu beli motor. Time hujan basah, lepas tu kena hadap dengan pemandu2 kenderaan berat. Ramai penunggang2 motorsikal maut disebabkan kecuaian kenderaan2 besar. Maka bagi yang rasa mampu sedikit, mereka beli kereta. Yang benar2 tidak mampu gila ah, baru la beli motor.

3. Jika Mahathir mahu menjimatkan penggunaan minyak oleh kenderaan2 di negara ini sepatutnya jaringan sistem pengangkutan awam dibaiki, diseragamkan, disusun dan diperluaskan ke seluruh Malaysia. Ini baru cara yang betul. Maka kebergantungan kepada kenderaan sendiri akan susut, berkurangan sebab orang ada alternatif lain nak rely on, untuk pergi kerja, untuk bergerak.

4. Masalah pada proton ialah mereka jual mahal pada rakyat sendiri dan jual murah pada orang luar. Apa la salahnya mereka jual dengan harga yang setimpal dengan kualiti yang ditawarkan. Lepas tue mereka juga sentiasa lakukan RnD dan juga sentiasa memastikan anak2 muda, melayu terutamanya diberikan latihan2 supaya mereka menjadi pakar dalam bidang automotif, apa salahnya kerajaan bantu mereka dari segi kewangan untuk kembangkan bakat anak2 muda ini daripada Mahathir asyik2 sebut melayu takde modal, takde pengalaman macam mana nak bersaing maka perlindungan itu perlu, tapi sampai bila? Bila kita nak melindungi anak sendiri adakah sampai perlu menganiaya anak orang lain?

5. Cara pemikiran neh tak betul. Walaupun aku nampak the determination of Mahathir neh bab PROTON tapi sayang matlamat dia salah sasaran.

6. Jika ko nak melindungi PROTON cara dia ko pastikan PROTON mampu bersaing dengan pihak luar. Buat apa2 saja supaya PROTON diterajui dengan orang2 yang PAKAR dalam bidang ini. Jika pengalaman jadi isu, maka penuhkan mereka dengan pengalaman2 tersebut. Jika modal jadi alasan, maka kerajaan mainkan peranan nya disitu.

7. Dengan mengatakan mengawal PENGGUNAAN MINYAK dan mahu MELINDUNGI PROTON sebagai alasan kenapa HARGA KERETA MAHAL di negara ini bukan kah itu melampaui batas?

8. Jika Mahathir ialah seseorang yang bergaji rendah dan ada anak ramai tapi tak mampu nak beli kenderaan yang selesa untuk keluarga sendiri, apakah Mahathir akan terbeli dengan alasan seperti ini?

9. Yang rakyat sebut2kan banyak banyak banyak kali. Sampai menangis2. Sampai ramai yang dah mati pun. Sampai menjerit2. Meraung. Cakap cara elok, cakap cara kasar pun ada. Semua cara yang mampu rakyat suarakan, sudah rakyat suarakan tapi kerajaan masih masih masih masih lagi tak faham apa puncanya disini.

Isunya bukan PROTON. Isu nya bukan duit. Isu nya bukan rakyat malas atau nak semua nya percuma jauh sekali sebab rakyat malas belajar rajin2 bila tak dapat kerja bagus maka meroyan sebab tak mampu beli kereta.

Cuba lihat benda neh dari kaca mata Islam. Kalau perkataan Islam tue terlalu berat dan hanya orang2 yang alim aje orang boleh ulas, maka lihat benda neh dari sudut keadilan.

1. Bila kita meniaga, kita letak harga.

2. Harga perlu ditentukan menggunapakai konsep sesuai dengan kualiti yang kita tawarkan.

3. Bila kita letak penawaran harga yang melampau mahal, maka orang akan berkata2 ia mahal.

4. Maka sudah tentulah rakyat akan beralih kepada product yang serupa tetapi dengan harga yang lebih berbaloi.

5. Tetapi apa yang kerajaan kita buat ialah mereka mahu PAKSA RAKYAT BELI PROTON JUGA.

6. Caranya mereka kenakan cukai yang melampau mahal kepada kereta2 import. Lepas tue kereta2 nasional. 

7. Peluang untuk memilih terjejas bagi mereka yang berpendapatan rendah. Yang kaya tak payah cakap. Mereka ada banyak pilihan berdasarkan range harga disebabkan pendapatan mereka tinggi.

8. So disini lah, keadaan ini la caranya kerajaan menekan mereka2 yang berpendapatan rendah. Jika mereka salah kerana tidak belajar rajin2, kerana bukan sebahagian dari orang2 kaya, apakah mereka juga salah kerana dilayani secara tidak adil melalui polisi berat sebelah yang hanya mengutamakan sesetengah pihak sehingga ada pihak2 yang tertindas?

9. Bila kita buat satu2 polisi, bukan kah seharusnya tidak boleh menindas mana2 pihak?

10. Orang kaya, orang miskin, pemimpin, rakyat, peniaga, pengguna, peguam ke orang biasa bukan kah mana2 pihak yang duduk dalam mana2 kumpulan sekalipun tidak patut dijejaskan dengan apa2 polisi yang ditetapkan?

11. Itu tak masuk bab lagi yang PROTON memang MEMAKSA rakyat Malaysia beli kereta bila mana kerajaan juga tidak menyediakan sistem jaringan pengangkutan yang EFFISEN. Apakah semua orang MAMPU MENAIKI JET MEWAH SEPERTI ROSMAH MANSUR? 

Ini la masalah utama nya. Polisi yang disangka baik bagi melindungi PROTON sebenarnya telah menganiaya orang lain secara langsung dan tidak langsung. Malas nak sebut perincian kat sini nanti thread jadi terlalu panjang.

Seperti yang dah disebutkan di atas, cara terbaik nak melindungi PROTON ialah bukan dengan mengenakan cukai yang terlalu tinggi sehingga mempengaruhi harga kereta dan riba dari BANK sebaliknya ialah bantu mereka dari segi meraih pengalaman, mengumpul modal, hantar mereka belajar ke sana ke mari, upah jurutera2 yang hebat, pereka2 kereta yang terbaik, belajar sesuatu dari syarikat2 yang berjaya dan aplikasikan perkara2 tersebut dalam syarikat PROTON. Insya-Allah kereta yang berkualiti dengan harga yang menarik orang pasti beli.

Ini baru cara yang betul untuk melindungi PROTON bagi memastikan mereka mampu berdaya saing dan terus hidup di dunia ini. Dengan menyeksa rakyat melalui mencuri wang titik peluh mereka, apabila kenakan cukai yang terlampau tinggi, itu bukan untuk melindungi PROTON tetapi menindas orang. Tiada apa2 alasan yang MAHATHIR boleh sebut depan Allah, clear and loud pasal PROTON ini. KIta selesaikan saja masalah kita neh depan Allah nanti, Mahathir.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...