Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 November 2013

Salah, Jika Melarang Umat Islam Berjudi Di Negara Ini - Zaid Ibrahim.


Kenapa salah? Sebab merujuk kepada perlembagaan. So kalau ianya salah, maka mana2 tangkapan yang melibatkan umat Islam yang berjudi selama neh boleh dicabar melalui kuasa undang2 la kan? So perlu kita membantu penjudi2 muslim di negara neh agar mereka melantik peguam dan menyaman kerajaan kerana menahan mereka daripada berjudi sedangkan perlembagaan kata tak salah pun.

Macam tue ke ek?

Haha..

Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya Menulis di Twitter semalam, Zaid (kiri) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.


Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan. 

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kanan) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, lapor Bernama.

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

Aku sokong kerajaan Melaka dalam bab neh. Maaf cakapla hujah Zaid neh terlalu merepek bagi seseorang yang pandai dan hebat macam dia. Mungkin kah dia menyindir pihak2 tertentu? Jika ya, yang tue aku tatau la pula. Tapi kalau niatnya bukan menyindir maka aku anggap je la dia sedang merepek sebab memang merepek pun.

Nak cakap tanggungjawab kerajaan bukan menjadi lebih alim atau lebih beragama, yela kalau ko tengok dari sudut keagamaan memang itu je la yang ko nampak. Cuba tengok dari konteks kehidupan sosial pula. Berjudi neh membawa elemen2 negatif dalam kehidupan. ALONG, pinjaman cekik darah, kegiatan gangsterism, bunuh diri, tahan anak2 mereka yang tidak mampu bayar hutang judi, ini apa?

Kerajaan cegah dari segi ini. Jangan asyik dok pandang negatif je Zaid. Berjudi neh effect dia lebih besar terhadap non muslim berbanding muslim di negara neh. Berapa banyak dah MCA bawa masuk dalam paper, keluarga2 cina yang dikejar dan diburu ALONG akibat hutang perjudian? Bab neh MCA memang peka. Dorang membantu. 

Tapi apa yang kerajaan negeri buat sekarang focus kat muslim aje. Sikit pun tak larang hak non muslim untuk berjudi. Tapi ko melatah semacam. Siyes, ko betul2 berjudi ke Zaid? Dan ko betul2 bangga melakukan perkara itu ke? Perlu ke hebahkan dan mengaku kat satu dunia? OooOoo.. bijak gile weh.

Sebab tue jika ada mana2 pihak yang mahu menghalang mana2 orang Islam dari berjudi sampai buat pondok depan premis perjudian, aku sokong sangat. Nak batalkan lesen tak boleh. Tapi nak halang boleh. Mungkin lepas neh depa guna taktik upah kawan2 untuk beli no ekor atau beli online ** err ada ke? tapi janji kerajaan negeri mampu cegah yang nak beli depan2 tue. Bagusla.

Lagipun apa je sangat dengan perlembagaan negara neh Zaid? Benda boleh ubah kot. Kalau salah, maka ubah la perlembagaan tue supaya jadi betul. Sebagai umat Islam kalau kita bersama2 bersatu menambahbaikkan moral kita, akidah kita lagi bagus dari kerja nak kondem BN aje 24 jam. 

Yelah, mungkin Zaid rasa berjudi tue hak kebebasan individu tetapi jangan lupa, once ko berjudi ko sebenarnya dah menjejaskan keselamatan rakyat sebab apa? Sebab bila ko menyuburkan perniagaan judi, automatik ko bantu geng2 gangsterism neh. So semakin kukuh dana yang gangsterism neh dapat, maka semakin berani la depa ketuk rakyat dengan cara2 depa. Ini masalah sosial gak neh. Takan la Zaid yang pandai dan bijak tak reti nak faham benda2 gini?

Tolong la weh.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...