Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 November 2013

Masalah Defisit Boleh Di Selesaikan Jika Hapus Semua Subsidi - Ahmad Maslan.

Laa..

Ada masalah ke?

Aku ingatkan takde masalah langsung negara neh. Buka tv kemain pongpang2 kerajaan cakap ekonomi ada bagus. Ekonomi ada baik. Ini semua jasa BN. Apa defisit2? Itu PR tipu saja. Suka bohong punya orang. Ini negara banyak bagus wooo.. semua pun bagusss.. semua pun terbaek. Semua pun paling top. Semua pun orang luar negara puji2.. kita mesti bersyukur dan berterima kasih pada BN sebab menjadikan negara ini bagus dan terbaek. Betul tak?

Macam HARAM.

Kejap terbaik bagai.
Kang kejap ada masalah.
Kejap kang kata pembangkang fitnah.
Kejap kang kata masalah boleh settle kalau buat gini gini.

Pemimpin2 kat negara ini adalah masalah memahami isu dan tumpu perhatian ke? Kenapa statement2 dorang berbelit belit setiap hari? Kenapa dorang tak suka bagi statement yang jelas, terang dan padu supaya semua orang boleh faham apa yang dorang ingin sampaikan? Kenapa perlu berbolak balik dan berdolak dalik lepas tue kantoi menipu? Dorang neh memang ada bakat yang suka menipu dan memperdayakan rakyat ke apa?


Cuba lihat bawah. Satu lagi statement berbelit2 dari menteri2 Malaysia yang memang terkenal sebagai pakar pembelit ;


Ingat tak lagi tak? Masa mula2 pembangkang suarakan isu defisit neh. Apa yang pemimpin2 negara balas? Mereka kata pembangkang fitnah. Menipu. Memberikan maklumat yang salah kepada orang awam. Masuk tv, masuk berita. Pongpang2 sembang kencang kutuk PR. Then bloggers2 depa pun sebarkan isu tersebut. Then penyokong2 BN kemain bangga lagi konon nya dapat tepis hujah2 dari PR. Perghhhhhh.. macam bagus ajer.. macam hujah betul ajer.. sial. Santau syasya meresap dalam badan aku plak tak pasal2.

Then selepas beberapa bulan berlalu. Eh tetiba dorang punya buat pusingan maut. Mengaku kau ada masalah defisit. Mengaku kau ekonomi akan bermasalah jika tak laksanakan gst. Mengaku la pula kenaikan minyak itu perlu untuk mengimbangi masalah defisit negara. Kena kurangkan subsidi atas nasihat agensi kewangan luar yang melihat rating hutang Malaysia semakin tinggi dari hari ke hari.

Ah sudah.

Bila orang bagi hujah baik2. Orang tunjuk bukti baik2. Orang minta kita bincang supaya sama2 dapat selesaikan masalah baik2 dalam parlimen. Korang taknak mengaku. Kata PR fitnah. Last2 mengaku pula yang negara mengalami masalah defisit. 

Yang paling melampau tue masih lagi enggan mengakui masalah defisit berpunca dari perbelanjaan tidak berhemah oleh kakitangan kerajaan. Agensi2 kerajaan cuai, lalai dan boros. Nak salahkan rakyat bab subsidi. Hey Ahmad Maslan, setahun aje BN turun sebagai kerajaan, negara ini boleh settle macam2 masalah yang korang buat. Ini bukan cakap kosong. Korang hanya perlu turun dari kedudukan sekarang. Aku cabar neh. Aku cabar. Ikhlas aku cakap. Tolongla turun dan tengok bagaimana rakyat melantik orang yang bijak dan betul mentadbir negara.. korang tue bukan lantikkan rakyat. Korang lantik diri sendiri dan rakyat terpaksa terima walaupun tak rela.. kalau tidak kerana pilihan nya antara mati kena naya atau hidup kena tindas, korang dah lama kami beramboskan.. fikir2kanla ek.. 

BTW, aku nak bagitau sikit kat Ahmad Maslan, untuk semua kemudahan yang menteri2 terima hari neh, elaun la tol la, minyak dan sebagainya. Itu juga merupakan salah satu bentuk subsidi tau. Tolong hapuskan tue dulu. Aku rasa elok korang pergi kerja naik bas, bayar tol sendiri, minyak sendiri lepas tue aku nak tengok sejauh mana korang berani lagi berlagak sembang kencang depan rakyat. Aku nak tengok berapa lama lagi korang berani bersikap angkuh.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...