Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 September 2013

Siling Hospital Serdang Pula Runtuh.


Jika jam 4 pagi semalam kita dikejutkan dengan berita siling masjid runtuh, kali neh kejadian runtuhan terbaru melibatkan hospital Serdang. Siling dilaporkan jatuh menghempas ke lantai.

Ketahui la ;

1. Ini kes kali ketiga yang mendapat liputan media massa.

2. Ketika neh para wartawan tidak dibenarkan masuk ke kawasan lokasi kejadian.

3. Siling yang runtuh tue berhampiran dengan wad bersalin.

4. Tiada kecederaan dilaporkan setakat neh.

5. Sekurang2nya sebelum runtuhan siling neh, terdapat 10 insiden2 runtuhan yang berlaku di Hospital Serdang, tetapi tidak dilaporkan = sapu bawah karpet = ditutup dari pengetahuan awam.

6. Wakil hospital mengesahkan memang ada siling yang runtuh tetapi hanya melibatkan satu siling saja dan ia tidak perlu diwar2kan menerusi media kerana ianya adalah insiden yang kecil jek.

7. Kos keseluruhan pembinaan Hospital Serdang menelan belanja RM690 juta.

WOww..

Aku tertarik bab sapu bawah karpet tue. Kenapa nak tutup pula benda2 macam neh? Kenapa tak dedahkan untuk siasatan lanjut supaya pihak2 yang bermasalah dikenakan hukuman?

Ada sesuatu yang fishy bab neh.

Ini soal keselamatan pesakit dan kakitangan hospital. Kena fikir juga. Jangan kerana nak selindungi pihak2 tertentu sehingga menyebabkan pihak2 yang tak bersalah pula menanggung risiko. Untungla runtuh2 dalam 3 kali [yang dilaporkan] hanya melibatkan kecederaan. Jangan sampai ada yang dah mati baru nak menyesal tak sudah. Kalau yang mati tue geng2 kroni dia takpe juga. Geng2 yang buat masalah. Kalau yang mati tue rakyat yang tak berdosa, kakitangan hospital yang tak terbabit sama, itu memang melampau. 

Fikir2kan. 

Rujukan :  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/09/untuk-kali-ketiganya-siling-hospital.html

Masjid Ini Bernilai 6 Juta Dan Ia Runtuh - Ini Mungkin Petunjuk Dari Allah !!!

Yer.



Itula nilai masjid tersebut. RM6juta. Bukan satu kos yang kecik, tapi besar tue.  First episode kat sini 

==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/gambar2-siling-masjid-runtuh-di.html

Sekarang kita amek tahu dulu point2 penting dalam isu neh ;

1. Masjid telah siap dibina hampir 2 tahun.

2. Masjid tersebut menelan belanja hampir rm6juta.

3. MB Terengganu pula mahu SPRM siasat runtuhan masjid tersebut.

4. Dipercayai bahawa masjid tersebut tidak diselia dengan baik. Dari proses pembinaan sehinggalah kepada proses meluluskan projek. Ia kucar kacir kerana melibatkan pihak2 tertentu. Apa pun lebih baik kita biarkan siasatan dijalankan sepenuhnya sebelum membuat sebarang kesimpulan yang melulu.

Sebenarnya. Ada sesuatu yang penting yang kita semua terlepas pandang. Aku percaya.

Runtuhan demi runtuhan ini bermula sejak airmata rakyat yang berkongsi duit untuk bina SURAU Bujal jatuh ke tanah pada hari bangunan mereka diruntuhkan. Itu yang orang kata. Air mata penduduk sekitar berteriak melihat surau mereka dirobohkan atas nama politik. Ini apa yang aku diberitahu serba sedikit. Harus di ingat ada percangahan maklumat antara keduanya pihak2. Di pihak PAS berbeza dari apa yang UMNO beritahu.

PAS mengatakan ;

1. Kerajaan negeri PAS beri sebidang tanah untuk didirikan masjid/surau.

2. Penduduk kampung buat collection untuk bina surau.

3. Maksudnya surau dibina dengan duit2 titik peluh penduduk2 kampung kat situ.

4. Dengan penuh kesungguhan mereka kumpul duit, dan bina.

5. Ia adalah hasil tangan mereka sendiri untuk melihat surau tersebut terpacak atas tanah.

6. Tanpa mengambil kira sumbangan orang ramai samada miskin kaya, mereka bersatu untuk menderma bagi merealisasikan pembinaan surau tersebut.

7. Program2 berbentuk keagamaan akan disusuli juga untuk mendidik anak2 kecil tentang agama Islam..

8. Surau tersebut dalam proses pembinaan. Maksudnya belum siap sepenuhnya. Tapi sayangnya ia dirobohkan atas alasan politik.

9. Selain dari surau, beberapa rumah penduduk kampung yang miskin dan daif juga dirobohkan atas alasan tanah.. tanah2 tue diberikan oleh kerajaan negeri PAS kepada penduduk2 yang daif kat situ untuk mendirikan rumah. Tanah lot. Tapi ia diambil semula oleh UMNO sejurus mereka memenangi PRU ke 11. 

Dari pihak UMNO pula ;

1. Mereka kata penduduk2 yang duduk2 atas tanah lot tue duduk secara haram. Bukan hanya satu penempatan, bahkan ada banyak penempatan HARAM.

2. UMNO terpaksa membersihkan penempatan HARAM.

3. Tiada bukti dokumentasi bahawa tanah tersebut telah dianugerahkan kepada penduduk2 kampung di pelbagai kawasan di Terengganu.

4. Begitu juga dengan perobohan surau tersebut. Dikatakan itu bukan surau tapi markas PAS. Pas saja bina surau kat situ sebab tahu nanti UMNO nak robohkan bangunan tersebut.

5. PAS juga mengagih2kan tanah sesama mereka sebenarnya. Bukan diagih2kan kepada penduduk miskin yang lagi daif.

6. Jadi UMNO cuma membersihkan semula penyelewengan2 yang membabitkan pentadbiran PAS yang lepas ketika Terengganu ditadbir oleh Haji Hadi.

Pendapat aku.

1. Jika wujud unsur2 penyelewengan, penempatan haram, pengagihan tanah, jual beli tanah lot secara tidak tersusun, tidak telus, rasuah dan sebagainya, kenapa sampai sekarang tak buka kertas siasatan dan dakwa? Nak tunggu apa lagi? Dakwa saja PAS menyeleweng. Apa susah? Buat apa cakap2 macam neh nak sebarkan dari mulut ke mulut, blog ke blog, wassap ke wassap, facebook ke facebook? Amek satu tindakan yang jelas, pasti. Titikkan kes neh ke satu keputusan yang muktamad sehingga menutup cakap2 rakyat bahawa UMNO = zalim sebab roboh surau. Simple ma.

2. MB Terengganu kena berhenti main wayang. Seriyus. Ini hanyalah wayang jek bila dia arahkan SPRM menyiasat kes runtuhan masjid yang terkini di Kuala Terengganu tue. Sepatutnya jika dia benar2 mahu menyelesaikan kes runtuhan di Terengganu dia kenala tegas. Buka semua kes runtuhan yang berlaku di Terengganu.  Siasat dan dakwa semua sekali. Siapa pun mereka sekalipun even KJ sekalipun, dia kena dakwa. Even Najib sekalipun terlibat dia kena dakwa. Semua sekali tanpa kira pangkat, status dan kedudukan. 

3. Selesaikan isu yang melibatkan penduduk2 kampung yang berkongsi duit bina surau di kampung bujal tue. Ramai yang kata runtuhan berlaku selepas insiden di kampung bujal. Jumpa la semua sekali pihak2 yang terlibat. Jika perlu bermaaf-maafan, kita saling la bermaaf-maafan. Jika perlu mengadakan rundingan, maka adakan la rundingan. Jika wang rakyat yang bina masjid tue perlu diganti, maka gantikanla ia. Pendek kata lakukanlah penyelesaian yang menyeluruh.

Seperti mana yang aku sebutkan sebelum neh, jika satu atau dua runtuhan, ia mungkin kebetulan. Jika 3 atau 4 runtuhan ia mungkin melibatkan penyelewengan. Tetapi jika ia 5 dan berterusan, ada sesuatu yang kita perlu fahami. Ada sesuatu yang Allah beri. Ini petanda. Ini petunjuk. Ini kasih sayang dari Allah sebelum kita benar2 sudah tiada peluang untuk berpatah balik. Setakat ini semua runtuhan demi runtuhan tidak melibatkan nyawa rakyat Malaysia melainkan pekerja2 pembinaan. Itupun hanya tercedera. Sebelum sesiapa benar2 mati, terkorban, maka lakukan la sesuatu. Bercakap pasal penyelewengan dan ketidaktelusan BN, ia berlaku di mana2 negeri. Tetapi kenapa secara spesifiknya, hanya Terengganu aje melibatkan projek2 runtuhan secara kerap dan berulang kali? Ini la yang perlu kita fikirkan sama2.  

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/242449

Ahad, 29 September 2013

Isu Gambar Suspect Perogol Kanak-Kanak Tersebar - PDRM Warning Siapa?

12 tahun.

Dalam usia 12 tahun mereka2 ini terlibat dalam kes merogol anak orang. Sekarang neh terdapat pelbagai versi cerita yang pelik2 mengenai insiden tersebut.

Kalau ikut laporan berita, dia siap tulis macam neh lagi ;

" Gara2 kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu keluarga dengan alasan blablablablablaa.. "

Mengambarkan mangsa rogol = sedang mencari seks, dia sendiri yang mahu tidur dengan 8 lelaki tersebut. Yang kini ditahan reman kerana merogol remaja tersebut.

Mula2 dikatakan umur mangsa rogol 13 tahun. Tapi sekarang dah jadi 12 tahun pula. Yang mana satu betul tah. Ada 2 persoalan yang timbul dari berita ini.

Rujuk laporan berita ;


 Ini amaran dari PDRM ;



Isu gambar.

1. Gambar tue kalau kita perhatikan, ia diambil ketika suspect2 tersebut berada dalam van polis.

2. Lazimnya hanya orang2 yang berada dalam van polis je boleh menangkap gambar tersebut.

3. Rujuk posisi dari gambar itu di ambil.

4. Bukan kah ia seolah2 di ambil oleh seseorang yang turut berada dalam van tersebut?

5. Ini bermaksud orang itu juga la yang menyebarkan kepada public.

6. Aku kurang jelas siapa yang sebarkan kepada public. Adakah media arus perdana ataupun orang ramai..

7. Cuma betul juga kata mereka, mereka ini budak2 lagi. Patut kena hukum sambil2 tarbiah. Memang menakutkan ye budak umur 12 tahun terlibat dalam kejadian rogol.

8. Sebab tue tak wajar siarkan wajah mereka. Ia bukan untuk melindungi mereka semata2, bahkan juga ahli keluarga mereka yang mungkin sedang trauma dan malu dengan perbuatan anak masing2.

9. Setuju mereka di atas perlu dihukum dan dibendung tetapi tidak setuju dengan penyebaran wajah mereka.

10. Boleh jadi ada di antara mereka cuma la suspect, bukan penjenayah.

11. Tak pasal2 mereka dah menjalani hukuman tanpa dibuktikan kesalahan nya..

12. Pun begitu, sebelum PDRM warning orang awam, rasa2nya PDRM kena semak gambar di atas semula.

13. Dari segi angle gambar, ia bukan orang luar yang amek tue..

14. Gambar tersebar menerusi wassap ke wassap. Walaupun teknologi membantu dalam kehidupan kita tetapi jika digunakan secara keterlaluan, ia boleh merosakkan situasi tak pasal2.

Laporan berita.

15. Laporan berita di atas juga berniat jahat.

16. Mengambarkan bahawa mangsa rogol seolah2 seseorang yang gila seks.

17. Lari dari rumah, nak menjalin hubungan seks, tidur di surau..

18. Ini apa neh? Bila orang ramai baca berita tue apa yang mereka fikir? Tak payah tunggu orang ramai, aku sendiri rasa perempuan tue menjijikkan lepas baca berita di atas. Pun begitu aku tak salahkan Sinar Harian sebagai tukang lapor. Nama nya tukang lapor. Dia lapor apa yang diberitahu aje kan.

19. Tapi rupa2nya ada cerita versi lain la pula.

20. Adik tersebut, dikatakan berusia 12 tahun, dia keluar pergi rumah kawan dia, kemudian di ajak oleh sekumpulan lelaki tersebut untuk ke rumah kosong. <-- Nampaknya sendiri mengikut. Tapi memikirkan usia nya yang baru 12 tahun, dia mungkin TIDAK FAHAM SITUASI.

21. Adik tersebut tak balik2 rumah semalam. Tak pasti kenapa ahli keluarga dia tak mencari. Bukan itu saja, bahkan tak ke sekolah juga. Kerana ibunya sedang menunggu hari nak bersalin. [waktu itu la]. Kejadian berlaku 20 September hari tue.

22. Dia dirogol secara bergilir2 dalam 2 buah rumah kosong yang berlainan selang 30 minit.

23. Mangsa juga diugut, dan dicederakan dengan batang paip pvc. 

24. Selepas dirogol, dia ditinggalkan sebelum berjalan pulang. Mungkin ketika itu dia singgah di surau sekejap untuk cuci baju apa seme. Membersihkan kesan2 kotoran mungkin. Sekali lagi aku rasa dia keliru dan TAK FAHAM SITUASI. Patut dia boleh balik rumah dan mengadu kepada ahli keluarga. Mungkin dia takut, panik, tatau nak buat apa, dan trauma.

25. Sebelum ditemui oleh seorang lelaki yang kemudiannya membawa dia ke balai polis untuk siasatan lanjut. [Mungkin anggap adik neh lari dari rumah kot]. Sekali lagi adik neh main ikut je orang. Aduhai.

Aku rasa ini kelemahan masyarakat. Kita gagal mainkan peranan. Kita patut buat iklan papan besar-besar untuk mengajar kanak2 ini agar jangan ikut sesiapa sekalipun kawan2 yang dikenali ke tempat2 asing dan tertutup melainkan dengan pengawasan ibu.

Kenapa ibu?

Kadang2 sang bapa pun bahaya juga.

Maaf cakapla, jangan nak terasa pula. Ia terbukti banyak kali oke.

Papan iklan / kempen2 kesedaran ini patut diletakkan secara berleluasa terutamanya di kawasan2 yang melibatkan kadar jenayah kanak2 / juvana yang tinggi. Kita ajar kanak2 ini untuk amek tahu serba sedikit beberapa perkara bagi melindungi dan menjaga diri mereka sendiri. Macam iklan2 kat tv tue. Memang bagus kempen untuk mendidik kanak2 jangan ikut sebarangan orang. Cuma kali neh kita perluaskan konsep dia, jangan ikut sesiapa pun termasukla orang2 yang dikenali kerana kalau ikut statistik rogol, kebanyakkan mangsa rogol adalah dari kalangan mereka2 yang dikenali. Ini bahaya.

Dua2 versi berita dilaporkan oleh Sinar Harian. Aku nampak gambar polis dalam laporan yang pertama. Aku syak ia sebenarnya dilaporkan mengikut keterangan polis. Adakah ia dibolehkan? Kalau betul versi yang kedua adalah yang benar, bukan kah versi berita yang pertama adalah fitnah ke atas mangsa rogol?

Apa pula yang boleh orang awam lakukan setelah menjadi mangsa persepsi serong akibat statement mendahului kertas penyiasatan oleh PDRM? Apakah orang awam tidak boleh berbuat apa2? Ya, PDRM sedang melakukan penyiasatan, bagus dah tue. Tapi bukan kah tidak patut statement berbaur fitnah dikeluarkan sedangkan siasatan sedang dijalankan? Itu kalau sungguh la PDRM yang bagi statement kat SH. Berita sekerat2. Aku tak dapat baca sepenuhnya. Cuma nampak wajah POLIS je kat statement tue. Itu yang syak PDRM yang keluarkan statement di media.

Yang Sinar Harian pun satu. Gambar adik yang kena rogol itu pun ditunjukkan. Adakah ia dibolehkan? Baju + tudung yang dia pakai tue. Sekurang2nya masyarakat sekitar yang dah biasa tengok dia, mesti cam punya walaupun dari belakang. Aduh.

Tak agak2.

Atau, ia juga adalah kerelaan mangsa rogol? Sekali lagi jika sungguh adik itu rela, dia sebenarnya TIDAK FAHAM SITUASI. Kita yang dah besar panjang + matang ini sepatutnya dah faham situasi, perlu juga melindungi diri dia.

Apa pun aku berharap sangat kepada pihak2 yang rogol dia dikenakan hukuman yang setimpalnya. Memang ia menakutkan untuk melihat budak2 umur 12 tahun dah start merogol apa seme. Walaupun mereka mungkin ada harapan untuk berubah tetapi untuk sesetengah perkara, walaupun kita dah bertaubat, kita tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut, kita dah berubah, kita dah jadi baik, tetapi ia tetap merupakan titik hitam / kenangan pahit pada mereka2 yang menjadi mangsa akibat perbuatan  jenayah kita. Sebab itu sebaikny2 jangan kita berbuat jahat kat orang. Nak melupakan sebagai seorang penjenayah mungkin boleh tapi nak melupakan sebagai seorang mangsa jenayah, ia merupakan satu perkara yang hampir mustahil. Mereka mungkin tak cakap, atau sebut2, tapi mereka takan lupa.

Percayalah. 


Link berita : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mangsa-serakah-lapan-lelaki-1.205693

Rujukan amaran PDRM :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?ref=br_tf&rf=101878626520790&filter=1

Gambar2 Siling Masjid Runtuh Di Terengganu. - Satu Lagi Masjid Runtuh!

Satu lagi kejadian runtuhan berlaku di Terengganu. Kali neh melibatkan siling bagi sebuah masjid yang terletak di Kuala Terengganu.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

Rujukan :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22373-siling-masjid-di-terengganu-runtuh-lagi

Gambar2 runtuhan ;






Sekali dua orang mungkin anggap kebetulan. 3,4 kali orang akan anggap penyelewengan. Lebih dari 5 kali dah mula cakap2 tersebar mengatakan ia sumpahan.

Ada sesuatu yang kerajaan negeri Terengganu perlu fikirkan. Minta tolong amek pengajaran dari runtuhan demi runtuhan yang berlaku di Terengganu.

Jangan pandang remeh hint dari Allah ini..

Fikir2kan..

Sabtu, 28 September 2013

68,000 Orang Benci Bini Matyo.

Tahu kah anda ketika ini terdapat 68k orang tengah membenci bini Matyo? Macam tak percaya aku dibuatnya bila melihat kes neh menjadi kontroversi selama berhari2 sehingga laporan mengenai kes neh menjadi front page bagi sesetengah akhbar arus perdana di negara ini.

Lihat bawah ;

Kes ini bukan saja hangat di laman2 sosial bahkan juga telah menjadi bahan jenaka dalam satu program terbitan astro.

Rujuk sini ==>  https://www.facebook.com/photo.php?v=10151725825418510

Pendek kata bini Matyo memang tiba2 menjadi sasaran kebencian dan top di laman maya. 5 hari lepas fan page Kami Benci Bini Matyo hanya ada 5k ribu likers, tapi pada hari neh likers nya menjadi ;

68, 801 ribu facebookers, yang sama2 LIKE fanpage itu sebab NOT-LIKE bini Matyo.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/KamiBenciBiniMatYo?filter=1

Sokongan apa seme memang jangan cakap le. Majoriti nya menyokong Pak Guard kerana memahami golongan pertengahan dan miskin [kasta rakyat] selalu dipandang rendah + hina oleh golongan2 bangsawan + bajet good2.

MAZA pun sampai mengulas isu tersebut dengan memihak kepada Pak Guard tersebut. Yang tak tahan tue, beria2 pula ada orang nak p bantai Matyo. Sampai kes tue menjadi cabar mencabar di laman sosial. Itu sebab cabaran pukul dibuat secara terbuka. Jika berani nak bantai Matyo hadap mereka dulu.

Lihat ;



Fanpage yang sokong pakcik tue pun dah wujud weh. Setakat neh ada 22k likers.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/pages/Kami-Support-Pakcik-Guard-AzmanBini-matyo-sila-minta-maaf/259469260760817

Woahh

Setelah melihat pelbagai respon demi respon, aku dapat membuat kesimpulan mengenai isu neh ;

1. Bini Matyo memang kurang ajar pada pandangan majoriti rakyat Malaysia.

2. Rakyat Malaysia tak suka golongan2 kaya neh berlagak tak tentu tempat. Oke ko kaya sekalipun, relax sudah la. 

3. Rakyat Malaysia berharap semua orang dapat belajar mematuhi undang2. Kalau dah tak boleh tue, buat la cara tak boleh. Jangan la nak juga dipaksa2 supaya benda tue jadi boleh disebabkan nak kena tunduk pada status ko.

4. Ini juga satu pengajaran bahawa kita tak patut mempersendakan dan memperkecilkan mana2 pihak tak kisah la mereka kerja apa pun.

5. Jangan biadap sekalipun terlibat dengan pergaduhan di kawasan awam. Cuba cakap baik2. Dan jangan rakam orang sebarangan. 

Memang menarik melihat rakyat Malaysia bersatu sokong kezaliman yang berlaku ke atas bini Matyo. Pun begitu biar kes diselesaikan ikut saluran undang2. Bini Matyo juga menafikan sebagai pihak yang terbabit, yang menyebarkan video tersebut. Macam pelik pula. Dah tentu ko yang rakam. Kalau bukan ko yang sebar, sapa lagi?

Hehe.

Apa pun satu benda tertanya2 pada kotak pemikiran aku neh. Kes bini Matyo oke la tak dapat dinafikan ia menyakitkan ahti sesiapa saja untuk melihat seseorang mengasari seseorang yang lebih tua kerana semata2 dia kaya dan berstatus tinggi dari seseorang yang dia kasari tue..

Tapi kan untuk melihat kes neh diperkatakan secara keterlaluan agak tidak kena. Kita patut belajar untuk menyusun kes mengikut tingkat kepentingan. Maka dari situ kita akan tahu kes apa yang patut diperkatakan secara meluas. Ketika ini sepatutnya yang menjadi tanda tanya dan kebisingan masyarakat umum bukan kes bini matyo yang diletakkan pada anak tangga yang pertama beb.

Tetapi kes kat bawah neh ;

1. Mahathir perli Muhyiddin, draf pendidikan apa yang sampai bayar perunding luar RM20juta. Berapa? Ya, RM20juta ko tahu.

2. Kos untuk satelit RAZAKSAT II meningkat sebanyak 71.2 juta. Ini bukan isu nak mempersoalkan kemajuan, kebaikan teknologi ataupun apa, sebaliknya menyoal pertambahan kos itu, adakah ia telus? Adakah ia benar2 perlu ataupun wujud unsur2 penyelewengan disitu? 71.2 juta bukan sikit beb. Disaat rakyat dihadapkan dengan pelbagai kempen jimat cermat, sejauh mana kerajaan kita juga menerapkan perkara yang sama dalam pentadbiran mereka.

3. Tahanan tanpa bicara diwujudkan semula. Pada sesetengah orang, alah tak buat salah nak kecoh apa der. Tapi dia tak faham apa maksud tahanan tanpa bicara. Ia adalah satu akta bahawa polis boleh menahan sesiapa saja walaupun takde bukti2 yang konkrit untuk menyabitkan bahawa dia ialah penjenayah. Ini bermaksud, polis boleh tahan orang walaupun takde bukti dalam akta ini. Jika suatu hari nanti polis beranggapan bahawa sekian2 orang neh di anggap mendatangkan bahaya walaupun takde bukti dan atas syak wasangka saja, polis boleh tahan ko. Ya, betul kadang2 kalau fikir dari sudut mangsa, mana2 penjenayah yang terlepas dari menjalani hukuman seperti Khir Toyo, kalau dihadapkan dalam akta macam neh memang best. Tapi fikirkan pula kalau akta ini menghukum mereka2 yang tak bersalah? Sebab itu dalam prinsip undang2, mereka menyatakan bahawa membebaskan seseorang penjenayah adalah lebih baik daripada menghukum seseorang yang tidak bersalah. 

Ini bermaksud biarpun disebabkan kelemahan undang2 kita gagal untuk sabitkan seseorang penjenayah dalam kes tertentu, tetapi kita masih ada harapan untuk berterus-terusan mencari bukti bahawa dia ialah penjenayah kerana seseorang penjenayah cenderung lakukan jenayah. Seseorang penjenayah juga cenderung untuk mengingati kembali perbuatan jenayah dia sehinggalah suatu masa nanti dia kantoi. Tetapi pada saat kita jatuhkan hukuman pada seseorang yang tak bersalah, masa + maruah individu tersebut jadi taruhan. Kalau dipenjarakan 10 tahun alih2 rupa2nya tak bersalah, macam mana?

Sebab itu akta ini harus ditentang dengan sekeras-kerasnya. Tapi rakyat Malaysia tahu pasal PCA? Majoriti tahu pasal bini matyo, tapi adakah majoriti juga tahu pasal PCA? Adakah kerana ia isu berat pada pandangan sesetengah pihak?

Ingat, barat adalah contoh bagi kita selagi mana ia mengamalkan apa2 benda yang tak menyalahi tuntutan agama kita.

Tetapi mereka tidak boleh dijadikan contoh jika undang2 tersebut telah melanggar etika dalam Islam. Dalam Islam kita hanya menghukum seseorang setelah disabitkan dengan bukti, saksi dan keterangan yang lengkap + asli.

Kita tak boleh penjarakan seseorang berdasarkan syak wasangka. Ataupun bukti tak lengkap. Boleh jadi bukti itu disalahtafsir oleh akal manusia yang terhad, siapa tahu? Oleh kerana kita tidak tahu, maka undang2 draconian seperti ini kita mesti tolak. Jadi adakah rakyat Malaysia yang concern pasal bini Matyo concern juga pasal perkara2 di atas? Jika ya, tahniah. Jika tidak, ini nasihat untuk anda. Perjuangan bukan la perjuangan pada saat kita tak pandai meletakkan keutamaan dalam perjuangan.

Terima Kasih.

Khamis, 26 September 2013

Teksi Satu Malaysia Di Perkenalkan..

HAHAHAHAHA

Aku tatau la kerajaan BN neh.. aku tergelak2 je tengok peel dorang sekarang. Nak bahan isu neh aku pun taktau sangat apa yang nak dibahankan. Cuma aku tak sangka plak dorang boleh buat inisiatif macam neh.

TEKSI 1 MALAYSIA?

Agak lucu gak sebab jenama 1Malaysia neh branding yang dah tercemar dan tercalar reputasinya. Berikut kat bawah neh aku jumpa satu video yang amat menarik perhatian aku. Korang tengok dulu ;


 

Buat permulaan aku takmo cakap apa2 yang negatif sangat tentang benda yang tak pasti. Walaupun jauh di sudut ahti, benda2 yang begini mesti side negatif lebih banyak berbanding side positif. Takpe. Relax dan cool je dulu.

Apa yang aku diberitahu tentang teksi neh serba sedikit ialah ;

1. Teksi 1Malaysia akan mula beroperasi seawal bulan oktober 2013.

2. Teksi 1Malaysia ialah satu skim yang diperkenalkan oleh SPAD untuk meningkatkan taraf hidup pemandu2 teksi di negara ini.

3. Setakat neh 1,000 lesen dah dikeluarkan selepas permohonan mengenai TEKSI 1Malaysia dibuka.

4, Yang menariknya, pemandu2 yang bawa teksi neh bukan orang baru tapi orang lama. Dengar citer je la. Harap2 betul. Yang dulunya menyewa teksi dari syarikat2 teksi. Tapi kadar sewa yang dikenakan sangat mahal. Makin lama makin tertekan pemandu teksi dibuatnya. Then mereka diberikan peluang untuk bawa teksi di bawah skim Teksi 1 Malaysia.

Maksudnya kadar sewaan lebih rendah la ek?

Kalau tengok kat video, teksi tue memang nampak cantik. 

Dan kalau sewa bulanan dah rendah, tambang teksi pun mestilah lebih rendah juga kan. Kalau betul la tujuan nya untuk ;

1. Membantu meningkatkan pendapatan pemandu2 teksi semalaysia,

2. Membantu rakyat mendapatkan lebih pilihan untuk pengangkutan yang murah lagi effisen,

3. Menyediakan persaingan sihat sehingga membuatkan syarikat2 teksi turunkan kadar sewa bulanan mereka sekaligus menguntungkan pemandu2 teksi dan pelanggan2 yang menggunakan perkhidmatan teksi,

Maka inisiatif ini aku puji. Buat pertama kali nya aku nampak branding 1Malaysia sesuatu yang wajar dihargai. Patut diperluaskan ke seluruh negara tanpa kira negeri.

Itu kalau ini tujuan nya. Kalau sekadar nak kayakan kroni, lepas tue pemandu teksi kena tanggung macam2 karenah, lain citer pula ek.

Apa pun kita tunggu dan lihat dulu la keadaan dia macam mana. Dah beroperasi nanti baru boleh sembang kencang.

Hehe. 

Betul Ke Banglo RM7juta Ini Anak Nazri Aziz Yang Punya?

Korang tengok gambar rumah kat bawah neh dulu ;



Aha.

Sekarang neh dikatakan inilah gambar rumah mewah yang dimiliki oleh salah seorang anak Nazri Aziz, Menteri Pelancongan di Malaysia.

Apa yang special dengan banglo mewah neh? Sime Darby punya projek neh. Projek neh memang berskala besar. Mensasarkan orang2 kaya + berduit + harta juta2 untuk beli kediaman kat situ. 

Memang cantik2 kalau korang tak percaya sila google.

==>  http://www.simedarbyproperty.com/property_Township.aspx?townshipID=5ab8c73d-5ddf-4e98-992e-1c723be87328

Link yang boleh dilayari.

Taip neh ==> Seri Pilmoor.

Memang perumahan untuk orang2 yang berpendapatan tinggi + mewah. Guard, taman, safety, privacy seme complete.

Yang menjadi persoalan nya ialah ;

1. Anak Nazri neh kerja apa ek? Kenapa nama dia terkait sekali dengan pembelian banglo tue?

2. Anak Nazri dipercayai lakukan urus niaga secara cash. Err..

3. Beli atas orang aku rasa, bukan directly dari Sime Darby. Pasal untuk lot banglo macam tue, rate dia dalam 5 juta paling mahal. Rujuk website beb.

Lihat ==> http://www.simedarbyproperty.com/property_view.aspx?productID=f7fe9561-f4a3-47e6-814b-72dc19fe73a5

Apa pun SAMM meminta persoalan2 tersebut dijawab oleh Nazri Aziz. Jika betul, nyatakan betul. Dan berikan penjelasan terperinci, kenapa.

Jika salah, betulkan apa yang salah dan berikan juga penjelasan kenapa anak Nazri Aziz terkait dalam dokumen urusan jual beli tue.

Tq

Untuk bukti dokumen rujuk sini ==>  http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/09/memohon-penjelasan-dato-seri-mohamed.html

Sumpah, Saya Tak Hina Kematian Ustaz Azizan.

Ini adalah satu sabotaj. Sumpah saya tak tweet. Ramai orang yang tahu account email dan password twitter ini. Bukan saya tweet. Saya busy dengan urusan kolej sejak pagi.

Antara kata2 penafian yang dipetik dari account twitter twt_penang.

Sebentar tadi account tue kena serang sebab persendakan dan hina kematian Ustaz Azizan.

Dia dilaporkan tweet begini ;

" Mati juga akhirnya macai pas ini.. May u rest in peace. Huhuhuhu.. "

Sekarang tweet tersebut dah hilang dari account twitter tersebut. Kena delete. Tapi sapa yang tweet benda tue? Yang guna account tue seorang gadis bernama Fatin. Ada gambar semua cukup. Dia berulang kali menafikan tweet tue datang dari dia.

Tapi rasanya dah ada orang screenshot benda tue dan disebarkan secara meluas. Yang copy paste pun ada. Yang serang dia pun ada. Tapi tuan punya badan buat penafian sekeras-kerasnya. Mungkin kita patut pertimbangkan penjelasan dari dia juga. Mungkin betul ini angkara sabotaj.

Lihat penafian dia kat bawah neh ;

Ron 95 Akan Dinaikkan Lagi Dalam Masa Terdekat.

Yahoooooo

Kami suka dan gembira kaw2 dengan berita yang baru kami terima ini. Terasa macam terbang di awang-awangan wa cakap sama lue. Tak sia2 cik kak kita yang comel lote menulis surat kepada PM, rujuk  ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/surat-terbuka-untuk-najib-dari-siti.html

Terus PM kita balas dengan kadar segera. Tak sangka.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH


Nak kata mereka BODOH kasar sangat. Tapi bila tak dikatakan begitu terasa kita pula diperbodoh2kan. Mereka anggap rakyat Malaysia neh semua tak pergi sekolah. Takde akal, takde otak. Sebab tue tak henti2 bagi statement demi statement yang memperbodohkan intellectual manusia.

Semua orang tahu. Cara terbaik nak atasi penyeludupan ialah dengan memperketatkan lagi kawalan. Dengan meningkatkan lagi tahap keselamatan. Dengan memantau lebih kerap dan memastikan penyiasatan dilakukan tanpa henti. Bukan hanya waktu2 terpilih je.

Hanya kerana ada pihak2 di sana gagal menjalankan tugas mereka, rakyat Malaysia pula kena menanggung akibat. Tak pasal2 satu Malaysia kena sama2 banteras penyeludupan hanya kerana kerajaan gagal menanggani perkara tersebut.

Adakah ini logik?

Tak cekap buat kerja, tak reti nak buat kerja, tapi rakyat pula kena tanggung beban?

Sapa la undi korang neh.

Menyusahkan hidup aku aje la oi setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

Rujukan :  http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/searchindex.php?terms=subsidi

Rabu, 25 September 2013

Surat Terbuka Untuk Najib - Dari Siti Hajar Binti Aladin

Ya, mohon Najib berikan respon balas. Dengan gaji berbaki 213.40 sebulan boleh beli rumah apa? Nak kumpul deposit berapa lama? Harga rumah semakin tinggi. Tak tercapai dengan deposit yang kita nak sasarkan. Katakan nak kumpul muka 10ribu. Setahun boleh ke? Lepas setahun tahu2 je dengan luas rumah yang sama, tetiba harga dia jadi dua kali ganda. Masa tue dari deposit 10k menjadi 20k. 

Itu kalau gaji berbaki 200 ratus sebulan. Ada ramai orang nak berbaki rm50 pun susah. Kalau ada simpanan tiap2 bulan 50 pun rasa macam bersyukur sangat. Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi, rasanya rakyat malaysia tak terkejar dengan kemajuan dah. Memang nak maju, tapi tidak la sampai rakyat sendiri ketinggalan. Apa yang susah sangat dengan memajukan negara tanpa meninggalkan rakyat kat belakang?

Baca luahan kat bawah neh. Yang dipetik dari blog beritaterkini.



Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.
Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?
Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?
Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?
Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.
Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.
Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.
Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...