Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Respon Mahathir Dalam Isu Roboh Surau Dan Pengomen Yang Mahu Halau Cina.

MEROBOH SURAU

1. Ramai berpendapat surau yang telah diguna oleh orang bukan Islam tidak lagi boleh diguna sebagai tempat sembahyang orang Islam. Surau itu patut diroboh.

2. Saya berpendapat jika jemaah di qariah berkenaan tidak lagi suka untuk mengguna surau berkenaan, itu adalah hak mereka membuat apa-apa tindakan.

3. Apabila Sultan Mehmet II tawan Constantinople, ibu kota Byzantium, gereja Hagar Sophia yang terbesar, dijadikan masjid bagi bangsa Turki yang beragama Islam. Demikian juga beberapa gereja Kristian di Hungary dijadikan masjid apabila Hungary jatuh ke tangan Othmaniah Turki.

4. Di Cordoba (Kurtubah) dan di Granada, masjid orang Islam dijadikan gereja apabila wilayah-wilayah ini ditawan semula oleh orang Katolik Sepanyol.

5. Di Malaysia juga ada gereja yang dijadikan masjid. Kem Terendak di Melaka di zaman British diguna sebagai kem bagi askar British. Sebuah gereja didirikan oleh British untuk askar mereka yang beragama Kristian.

6. Gereja ini sekarang, jika saya tak salah, dijadikan masjid untuk askar Melayu.

7. Setakat yang saya tahu tidak ada kuil Buddha atau Hindu yang pernah dijadikan masjid.


Rujukan :  https://www.facebook.com/TunDrMahathir?filter=1

Antara kecerdikkan Mahathir bila dia komen dalam satu2 isu neh, mesti dia selitkan maksud tersembunyi. Ada juga penyokong2 Mahathir yang tak faham apa yang Mahathir sampaikan. Nama jek totok Mahathir, apa jadah dia cuba huraikan korang tak faham. Takde ke mengalir sesuatu dalam jiwa dan ketenangan yang dirasai jika totok Mahathir diperlihatkan berbeza pendapat dengan Mahathir?

Hehe.

Boleh rujuk link di atas. Ada ramai juga totok2 Mahathir yang tak faham apa yang Mahathir cuba sampaikan. Kelakar siot baca komen2 dorang. Pendirian Mahathir cukup jelas ada pada no 2 dan keputusan akhir dia ada pada jawapan no 7. Apa citer neh pengkritik Mahathir pun lebih faham Mahathir dari totok Mahathir. BTW, aku tak rasa tenang dan ada sesuatu mengalir dalam jiwa lepas tatap wajah Mahathir oke.

KAH KAH KAH

Apa pun dalam banyak2 komen yang aku baca, aku tertarik dengan komen kat bawah neh hah ;


 
Korang nak tahu sapa, boleh baca komen kat link tue sendiri. Sorry la, aku bukan macam bloggers UMNO. Sikit2 report, sikit2 nak rasa sensitif tak tentu pasal, sikit2 nak sentap, sikit2 nak ugut dan kecam sebagainya. Cukupla aku paparkan kecerdikkan komen dia sebagai rujukan kepada pembaca, betapa inilah mentaliti 

Umat Islam
Pejuang suci murni yang pro Islam konon nya
Melayu
Penyokong BN

yang sedang mensasarkan SYURGA sebagai matlamat akhirnya. Aku tersangatlah kagum. 

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...