Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Ogos 2013

Raja Langkasuka Nusantara Serang Istana Negara.


Baru kejap tadi tengok Nightline. Rupanya geng2 Raja Langkasuka Nusantara sememangnya wujud di alam realiti. Maksud aku kat Malaysia neh hah. Selama neh punyala dok ingat depa berlawak. Troll dan sengaja buat lawak bangang.

Tapi tak sangka pula depa betul2 ada perjuangan tertentu.

Menerusi Nighline tadi aku dapat tahu ;

1. 10 orang datang ke pintu masuk Istana Negara..

2. Mereka gelarkan diri mereka sebagai orang2 kepada Raja Langkasuka Nusantara.. iaitu kumpulan panji hitam dari timur yang mewakili empayar Raja Langkasuka Nusantara.

3. Raja Langkasuka Negara ialah Yang Dipertuan Agong yang sebenarnya.. itu yang depa sebutkan. Tujuan datang ke Istana Negara sebab dah tiba masanya nak amek alih pentadbiran negara dan berikan kepada pewaris yang sah iaitu Raja Langkasuka Nusantara.

4. Namun kesemua mereka telah ditahan selepas polis datang..

5. Sekarang neh tengah disiasat di bawah kes derhaka ataupun mengisyitharkan perang terhadap Agung.

6. 8 lelaki 2 orang wanita, semua berpakaian hitam.

7. 3 dari dorang takde IC Malaysia yang sah kat sisi dorang tapi ada kad pengenalan Empayar Raja Langkasuka Nusantara.. macam yang Nighline paparkan..

Aku boleh kata aku terkejut, terpegun dan mungkin kagum selepas tengok berita tersebut. Itu yang amek masa dalam 10 minit kejap nak tulis benda gini. Aku pun tatau kenapa. Mungkin aku pun dah tak berapa nak normal dah kot sekarang neh.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...